kenduri kahwin kawan.

Assalamualaikum.



24.2.13 yang lepas pergi kenduri kawan kahwin.
3 K..agak2 sebut 3 k boleh dapat laki macam dato k tak? muahaha..verangan sangat kan.



pergi 3 orang.saya,kak nurul dan shida.
naik kereta kak nurul..maka merempit lah kami bertiga pergi kenduri yang rupanya
jauh bebenor T___T
sampai kat rumah pengantin tengah cari parking tetiba tayar masuk longkang
kat depan umah orang..nasib shida terer,sambil kak nurul tekan minyak,sambil dia angkat
bahagian bawah kereta bagi naik dari longkang tu..dasatttt...
gua? gua insan lemah,hanya mampu memandang dari kejauhan usaha kawan2 gua tersebut..
dah la hujan! hahaha...nasib baik depa hebat.





kenapa haku serabai sangat ni? pakai jubah dengan tudung dilabuhkan,
terus depa cakap haku jadi ustazah daahh..amin...haha.
salam2 dengan tuan umah terus serbu nak makan.lapar punya pasal.
tapi sebab saya ada kawan2 yang baik,maka saya cuma cari tempat untuk kami bertiga duduk.
makanan shida dengan kak nurul tolong ambilkan.
time ni kan makcik2 macam usha kitaorang jee...ingatkan sebab kami bertiga
dok bersembang kencang sampai hilang ciri2 gadis melayu,rupanya depa usha mata haku T__T
mungkin mata biru adalah satu kepelikan yang dasyat bagi mereka ataupun makcik2 tu
anggap saya seorang pembajet minah saleh yang tak sedar diri..kahkah..
tak baiknya haku buruk sangka.ampun the makciks...sobs.




kiri shida,kanan kak nurul.
pakai sepek mata terus dua2 nampak macam cikgu2.
belah kiri isteri orang,belah kanan takde sapa2 lagik..nak masuk sila ngorat sendiri..haha.




setelah tunggu selama beberapa jam,akhirnya the pengantin pun sampai.
sampai stress lah kami tiga2 dok tunggu..dah lah kawan2 yang lain pun takdak.
dok tunggu sampai habis ayaq satu jag wehhhh haha.
kawan kami yang pengantin lelaki tu...nama nizam.hari kahwin dan2 nampak semat..kahkah.
tahniah nizam dan isteri.



dah bajet kenduri sorang lagi kawan nak pi jugak.dekat felda yang sama gak.
kali ni nak naik kereta bmw suami shida sebab nak rempit lebih dasyat..
tapi kawan sorang ni buat kenduri hari khamis pulak..semua pakat keja.
tapi nak ucap gak,selamat pengantin baru untuk suhaimi jemu dan isteri dia fura.
depa kahwin 6.6.13 hari tu(kalau tak salah.tak pi kenduri dia,tu yang lupa).


like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzayahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.

produt review: bedak arab super summer cake kokuryu.

Assalamualaikum.


soalan bedak dan diri saya memang tak boleh dipisahkan dah.
sungguh tak boleh.hari2 orang akan tanya "pakai bedak apa?".
adakah bedak nyonya cap kaki tiga?,adakah bedak sejuk orang kampung semua ok!? 
haaaaa...kau tengok punya banyak soalan sampai pening2 ai nak menjawabnya.



tapi toksah risau,toksah stress sampai hentak kaki,
meh saya nak shared salah satu bedak yang saya guna.yang saya guna weh,
bukan yang saya nak promote mengkhinzir buta bak kata johan...muahaha.


produk: 
bedak arab summer cake kokuryu.
warna:
ada banyak pilihan warna,saya pakai warna
orange blush.

saiz:
50gm(besar nih).

harga:
1 pcs RM55(free postage & add RM5 for s/s) 
dapat free gift !
2 pcs RM100(free postage & add RM5 for s/s) dapat free gift !

tempat beli(onlineshop yang jual):
sms/whatsapp: 012-2292739



PACKAGING.

the packaging.
ini lah dia kotak bedak arab ni.pemes bedak ni sekarang.



belakang kotak ada details2 produk seperti bahan,cara guna dan lain2.



bertemakan chinese new year,bekas bedak ni berwarna merah ang2..
mungkin dengan harapan ianya akan membawa ong? haha..haku nih suka lah pandai2 :p



bedaknye.bedak padat sungguh.sampai sapu guna jari pun tak terjejas langsung,
tak melekat di jari langsung..haha.
tapi rupa yang cantik ini dah retak seribu sebab tercocok dengan kuku saya T__T

p/s: abaikan rambu ramba manik tu.tak tahu apa motif diri sendiri
tapi saya suka manik2 tu..haha.

dapat span sekali.dia tak letak sekali.span ni packaging dia kat dalam plastik.



bahagian belakang plastik dia.ada details2 dia.



CARA GUNA.
cara nak guna senang saja.basahkan span guna air atau lain2 produk skin care yag sesuai.
lepas tu pedap span kat bedak tu.



terus sapu di muka.tak kisah lah samada kita nak pakai foundation dulu
atau tak pakai foundation tapi terus guna bedak ni ja.
bedak ni agak tebal dan hasil dia macam bedak two way cake.


1) basahkan span dengan air atau apa2 produk skin care yang sesuai.

2) pedap span ke bedak arab.

3) sapu rata di kawasan  dahi,keliling mata,hidung,pipi dan dagu.
senang citer sapu rata2 seluruh muka.

4) guna bahagian span bersih tanpa calitan bedak,blend semula sapuan di muka tadi
bermula di dagu menghala ke atas.ni untuk meratakan warna.



WARNA.
belah kiri tak sapu bedak ni.belah kanan hasil lepas sapu bedak ni.
sebenarnya tangan saya gelap sikit dari warna muka tapi apa yang saya nak tunjuk
bedak ni boleh blend dengan warna kulit kita.
nampak dalam bekas warna dia agak oren/kuning dan gelap dari tona kulit saya.
bila sapu di tangan dia blend elok dengan warna kulit yang asal,bila pakai kat muka pun sama.
sedangkan tona tangan dengan muka saya tak sama sangat pun.bedak ni magic ka apa ni?



CARA CUCI SPAN.
apa yang specialnya lagi ialah span bedak ni.
dia berkualiti,elastik dan boleh dibasuh ! jadi span akan kekal bersih dan jadi macam baru.


1) gambar kiri tu lepas saya guna span untuk sapu bedak arab ni.

2) tengah2 tu saya cuci.boleh cuci dengan air dan sabun baby atau pencuci muka.
tapi saya guna pencuci muka dengan teori pencuci muka lebih lembut 
dan hygiene sebab nanti nak guna sapu kat muka lagi kan :p
tuangkan pencuci,gosok2 lembut memang sisa bedak akan terus keluar.

3) lepas tu cuci dengan air bersih dan pastikan sampai takde sisa buih dah tau.
kanan tu pulak hasil lepas dah cuci.jadi bersih macam baru !
keringkan semula span tu tau.angin2kan je.pastu masukkan dalam plastik dia semula.



HASIL SELEPAS GUNA.
tadaaaa ! ini ialah saya si tuan blog cik puan datin markonah weewiitt.
ini saya mekap guna foundation nipis2 pastu pakai dengan bedak arab.
walaupun warna dia tadi nampak oren dan macam gelap dari tona kulit saya,
tapi lepas pakai dia blend cantik jadi natural gini.


sorry lah kalau uolss terkejut tengok mata mak datin in the dream ni besor semacam,
dia ni tengah praktis main mekap ala2 barbie doll.dolllll laaa sangat kannnnnn.
tapi sebab lapar tak tahan sangat,mekap cepat2..bulu mata dengan eyeliner pun jadi tak kemas.
takpe,asalkan ada feeling2 doll tu kira jadi lah kan..muahaha.



yang ni pulak saya mekap tak pakai foundation tapi terus sapu bedak arab.
dia kan kena sapu guna span basah,so hasil dia agak tebal.
bila kita peluh ka apa dia tak terjejas.dia melekat elok kat kulit.


tadi feeling barbie doll,ini feeling princess arab..KAHKAH.
haku ni kan kalau bab verangan nombot satu baq hang !
nasib baik orang2 kat dalam ghumah ni dah paham sangat dah =P
kening abaikan sebab bersepah.kebelakangan ni malas sungguh nak perabis masa kat kening sendiri.




KATA PENGELUAR:
serbuk bedak dan cream base digabungkan secara saintifik untuk dijadikan
bedak,foundation dan pelembab didalam satu produk.
bedak ini mengandungi formula kencantikan yang unik dengan warna yang halus
serta tidak menggelapkan .
ianya menutup jeragat dan cela di kulit,menjadikan kulit anda kelihatan cantik.
ia menjadikan anda kelihatan semulajadi yang tahan lama berjam2 di bawah terik matahari
dan kelembapan.



HASIL PENGGUNAAN SAYA:
- bedak ni all in one.fungsi dia macam foundation,bedak dan pelembab sekaligus.
so sangat untung dan mudah sebab kalau nak cepat sapu terus bedak ni je.
takyah guna banyak2 produk asas dah.

- warna dia blend elok dengan warna kulit yang asal.
dia akan nampak natural.saya suka !

- tahan lama.saya mudah berpeluh dan kulit berminyak sikit.
tapi bedak masih elok dan mekap tak terjejas pun.
waktu tengah mekap guna bedak ni saya saja nak test,saya tak buka kipas.
nak bagi berpeluh,memang peluh menitik bukan main lagi !
tapi bedak kekal ok ! ini sangat bagus.

- hasil bedak ni tebal macam two way cake.
sebab tu boleh pakai dia terus takyah pakai foundation atau concealer dah.
saya dah try dua2 cara.bersama foundation dan bedak arab ni saja.
dua2 hasil mekap jadi elok.tapi saya suggest kalau uolss ada masalah jerawat yang timbul,
nampak jelas atau banyak,pastu parut ke kan..lebih baik pakai dengan foundation.

- nampak gebu ! gebu macam patung ye bukan berdebu
berdebu ni maksudnya nampak berbedak sangat lah.

- bedak bau wangi tapi bau yang mild lah.

- overall saya sangat suka bedak ni.uolss pun kena try.
bukan saja2 promote tapi memang saya guna.tapi saya review dari pengalaman diri sendiri
yang guna,hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.



sekali lagi kat mana nak beli?
sms/whatsapp: 012-2292739
*sebarang pertanyaan dan pembelian sila contact onlineshop ni ya.



like fanpage blog saya di:



klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.

product review: obuse lip tint orange,pink dan red.

Assalamualaikum.


saya suka pakai apa2 saja benda yang berbaur korea.
adakah saya membajet korea? errr...boleh lah dikatakan macam tu...boooo T____T
jadi saya suka pakai lip tint dan sewaktu dengannya.asal benda tu boleh buat saya nampak comel.
kadang2 keluar tak mekap pun tapi pakai jugak lip tint..dah pelik gila pulak rupa haku
sebab muka pucat lesi,tang bibir boleh pulak merah ala2 korea.arggghhh! i don't care(ececeh).


bila keluar produk bibir yang dipanggil obuse candy lip tint,mesti lah ai nak kan...
satu kepelikan yang dasyat kalau ai tak mentry benda alah ni.comel kot!


produk:
obuse candy lip tint.


warna:
ada banyak warna tapi saya cuba warna
orange no.3,pink(kod bawah dia tertanggal,so tak tau no berapa) dan red no.12


harga:
1 botol RM10,2 botol RM18,3 botol RM24
(tidak termasuk pos).
kalau beli satu kotak ada 12 pcs RM60 free postage+kawaii free gift.


tempat beli(onlineshop yang jual):
Le Chantique Shope(sila klik sini)
atau sms/whatsaap: 012-2292739




bentuknya..comel gilerrrr !
jangan risau,walaupun bentuk dia macam ni tapi dia senang 'berdiri' dan tak mudah sememeh.
penutup dia elok,packaging memang elok lah,so produk dia tak meleleh sampai comot2.
saiz kecik,ringan dan ditambah pulak packaging tak mudah meleleh,
so produk ni sangat best untuk disimpan kat dalam bag dan dibawa kemana2.




warna orange no.3




warna pink(kod tak dapat dikenalpasti).




warna red no.12




ada berus.sapu terus guna berus ni senang.takyah guna jari.
tapi kalau rajin nak guna jari pun apa salahnya..jari kau kot bukan jari haku..muahaha..
gengster kata kau..!
satu yang best,dia tak meleleh kat botol dan tak sememeh macam sesetengah produk lain.
sangat bagus.




colour swatches.
oren,merah dan pink.warna dia pekat,mudah melekat dan tone tu berlainan
dari lip tint lain..cotohnya warna merah tu..nampak sama macam lip tint biasa tu kan
tapi bila pakai dia sebenarnya lain.kena try sendiri kalau nak tau beza dia.
saya paling suka pakai warna orange dan red..nampak berseri sangat.




warna oren.sangai cantik !




warna pink..pink dia lain dari lip tint biasa tu.ini sangat comel tau.




merah ! cantik sangat2.



kata pengeluar:
- mempunyai 12 warna menarik.
- boleh digunakan sebagai pemerah pipi juga.
- tidak membuatkan bibir kering.
- mengandungi vitamin E.
- bau wangi susu dan buah-buahan.
- warna kekal sepanjang hari.
- tidak seperti lip gloss,lip tint tidak membuatkan bibir anda tebal dan melekit.
- jangan risau dengan warna didalam botol kerana lip tint ini sebenarnya menjadikan bibir
kelihatan semulajadi.
- lip tint dari jenis cecair ini mengandungi jojoba seed oil.
- cepat menyerap,bagus untuk proses pembaharuan kelembapan kulit dan menegangkan.



pengalaman saya guna:
- bau candy !
- warna pekat dan senang melekat  di bibir.
- warna terang,menyerlah dan tahan lama.
- bibir tak terlalu kering.boleh pakai dengan lip balm atau lip gloss kalau bibir uolss jenis kering.
- sapu guna berus dia tu ja senang nak bentukkan bibir bagi shape bibir nampak
sharp macam pakai lipliner.
- tak melekit di bibir.
- saiz kecik,ringan dan senang nak bawak pi mana2.
- penutup selamat,tak membuatkan produk meleleh dan mengotorkan botol.
- overall saya suka sangat2 pakai obuse lip tint ni..terutama warna oren dan merah.
terus nampak berseri2..uolss pun kena lah cuba.murah je.



kat mana nak beli?
Le Chantique Shope(sila klik sini).
atau sms/whatsapp 012-2292739
*sebarang pertanyaan dan order sila berurusan dengan owner dia sendiri ya.
saya tak jual.saya cuma review dari pengalaman sendiri yang guna dan shared tempat jual saja.



like fanpage blog saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.

product review: magic salt spa.

Assalamualaikum.


penat kerja,penat study meh arr manjakan diri kejap.
takyah nak manjakan diri kat salun dan spa sangat,sekarang orang buat kat rumah je senah.
ihik ihik ! apesal haku gelak macam ni ? T__T


nak buat spa kat rumah? senang je,guna la magic salt spa!
jangan tak tahu,garam spa antara bahan terpenting yang digunakan untuk rawatan spa.
saya pernah kerja salun,saya tahu lah(cewah berlagak !).


produk:
Magic salt spa.

harga:
RM10 tidak termasuk pos.

tempat beli(onlineshop): https://www.facebook.com/HisyfadzBeautyHome(sila klik sini)



packaging magic salt spa.
berat/saiz tak pasti pulak,tapi memang banyak dan boleh tahan lama.
kalau tak salah dia ada 3 haruman,saya cuba yang ini.




produk ini dari thailand,tapi kau jangan pandang sebelah mata weh..
produk ni best tau..




sebab ini produk spa,terus ambil gambar ala2 spa.. :p




garam untuk spa.




teksturnya garam dan kering.bau macam aromaterapi.




saya cuba pakai secara kering..tapi...




lagi best kalau basahkan kulit dulu lepas tu gosok garam spa ni kat badan.
best giler !




gosok lembut lepas tu cuci.bila cuci dia takde buih ye.




hasilnya lepas gosok guna garam spa ni,kulit rasa lembut,bersih dan badan jadi relaks.
kalau rajin amalkan,kulit kita tak mudah hitam dan berdaki.
bau dia macam aromaterapi dan  melekat lama di kulit.best !



kata pengeluar:
-diperkaya dengan vitamin E dan minyak jojoba.
-mengembangkan daki dan memecahkan sel mati secara lembut.
-membersihkan liang roma yang memerangkap minyak.
-menghalang pembiakan bakteria.
-mengurangkan bau.
-mengawal ph.
-semua dalam satu,boleh digunakan di muka,badan,kaki dan bahagian intim.



hasil penggunaan saya:
-kulit lembut lepas guna.
-rasa bersih sebab butiran garam yang kasar ni boleh tanggalkan daki dan kotoran.
-bau macam aromaterapi.kat botol bau macam kuat,tapi lepas pakai
kulit akan bau lembut ja.
-yang penting,garam spa memang bagus kalau kita amalkan.
daki dan hitam2 tak mudah naik,badan kurang berbau,kulit sentiasa lembut dan cerah.




sekali lagi kat mana nak beli?
https://www.facebook.com/HisyfadzBeautyHome
(klik sini)
*sebarang pertanyaan dan pembelian,sila klik link di atas ini dan berhubung dengan ownernya
sendiri ya.bukan saya yang jual tau.



like fanpage blog saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.


product review: elf studio endless eyes pro mini eyeshadow palette shade everyday.

Assalamualaikum.


orang selalu tanya,lawanya eyeshadow kau..jenama apa? eyeshadow dah lawa,
kau pakai lagi berganda2 dia punya lawa! wakaka..
tak...ayat tu gua muhung ja beb.
tapi bab eyeshadow memang betul orang selalu tanya.
tanya jenama apa yang saya pakai?,jenama apa yang saya guna untuk mekap customer?,
eyeshadow apa yang cantik dan tahan? macam2  soalan weh.


jadi selaku tuan blog yang baik hati dan comel(nak jugaaakkk),
meh lah saya memecahkan rahsia eyehsadow terunggul yang menjadi favourite
saya kini..cewahhh,,ayat nak hebat je kaannn..muahaha.


produk:
 elf studio endless eyes pro mini eyeshadow palette shade everyday(32 warna).


harga: 
RM35 tidak termasuk pos.


tempat beli(onlineshop):
https://www.facebook.com/elly.stylista(klik sini).


p/s: sesetengah gambar nampak kedudukan eyeshadow terbalik/tak sama
contohnya eyeshadow hujung bawah sekali sepatutnya warna ungu gelap(no.32),
tapi dalam sesetengah gambar hujung bawah tu warna no.25 pulak.
ni sebab saya rotate gambar.sorry kalau confuse.




the packaging.
didatangkan didalam kotak yang selamat untuk elakkan pallete ni dari pecah terburai...
lagi2 sewaktu proses penghantaran..hardcore camne pun abam2 pos laju buat kerja,insyaallah pallete ini akan selamat sampai ke tangan anda dalam keadaan yang elok.ewahhh.
eyeshadow ni ada beberapa shade,tapi saya guna yang ni..shade 'everyday'.


meh nak citer sikit pasal jenama ni.kalau uolss tak tahu jenama ni memang saja sangat lah kan.
jurusolek dan yotubers yang buat tutorial terutamanya dari luar negara
memang selalu sangat guna jenama ni.
e.l.f ni singkatan dari Eyes.Lips.Face.
jenama ni adalah jenama antarabangsa based in new york.
jenama ni takde jual kat supermarket biasa tu.tempat2 tertentu saja yang jual..
bila ada jual online dan original pulak tu,tunggu apa lagi weh? serbu lah ! wakaka.




pallete hitam dan berkabut..maknanya dia tak licin macam kebanyakan pallete lain.
so,senang nak pegang dia dan tak mudah terjatuh dek permukaannya yang licin.




ada cermin dan span.
saya selalu guna span yang dapat siap2 ni berbanding berus sebab span ni akan kurangkan
serbuk2 eyeshadow dari jatuh kat kawasan sekitar mata dan pipi.
nanti buruks lah kesan eyeshadow lekat kat muka semua kan.
sapu guna span dia dan eyeshadow lagi mudah lekat kat kelopak mata.




ada 32 warna semuanya.ini dari shade 'everyday'.
kalau nak tengok shade apa lagi yang ada,silalah usha https://www.facebook.com/elly.stylista
saya suka dengan pallete ni sebab warna matte(tak berkilat) ada dan warna shimmer(berkilat)
pun ada jugak.yang shimmer ni sederhana shimmer ada,yang betul2 shimmer pun ada.
dari warna cerah sampai lah ke gelap,semua ada dalam satu pallete.
warna dia jugak mudah melekat di kulit,terang dan tahan lama.


p/s: ada kesan 'colek' or dah guna sebab saya dok guna mekap customer..
hehehe...



warna2 dari barisan pertama.
warna2 ni lebih kepada earth colour.saya paling suka guna warna no.1 tu sebagai higlight,
no.4,no.5 dan no.6...cantik woooo untuk buat mekap natural.




ini warna2 dari barisan kedua.
warna yang saya selalu guna dari barisan ni ialah no.10,no.13,no.14,no.15 dan no.16.




warna dari barisan ketiga.
nampak macam sama je warna dia kan? tapi kalau tengok real2 kat luar,
warna dia ada tone yang berlainan.ada yang kebiruan,kekelabuan,kehijauan,kecoklatan dll.
paling saya kerap guna dari barisan ni ialah warna no.22 dan no.23.




barisan ke-empat.
barisan ni terpaling favourite.saya suka guna warna no.28,no.29,no.30,no.31 dan no.32.
bila guna eyeshadow dari pallete ni,saya suka campur2.nanti dia akan jadi warna yang cantik.
kalau tak caya,try lah beli dan main2 dengan warna dia.serius memang cantik !




bukan setakat guna eyeshadow ni untuk mekap diri sendiri ja,
untuk mekap customer pun saya guna eyeshadow dari pallete ni jugak.
ni antara hasil mekap kat customer yang saya guna eyeshadow ni.
 bawah sekali tu bukan customer,itu tuan blog cik puan datin markonah weeewiitt !
eyeshadow ni best,nak mekap natural boleh,nak mekap gelap2 pun boleh.


uolss kena try eyeshadow ni.memang best.
nak beli kat mana? kat sini: 
https://www.facebook.com/elly.stylista(klik sini)
*sebarang pertanyaan dan pembelian,sila berhubung dengan owner dia sendiri ya.
saya tak jual tau.saya cuma share benda best dan tempat beli.


like fanpage blog saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.

saya dalam majalah rapi 1 april 2013.

Assalamualaikum.


hari tu saya muncul dalam majalah rapi 1 april 2013.
muka depan nelydia senrose.


muka depan dia ialah saya...HAHAHAHA!
over sangat perasan tu.ini nelydia senrose lah dey !



cinonet tapi saya bukan hot dan spicy sampai nak jadi dia punya cover..kahkah..
amboi tak lawak pooonnnn T__T



nama baru,kelas kauuu.




thanks ahkak amy tersayang.


p/s: hari tu mimpi jadi cover majalah mana entah.mimpi hokey! mimpi!
haha..nampak tak aura stress di situ?
lepas tu saya 'hutang' dengan ahkak wartawan program saafiyah TV9 sejak
awal tahun ni lagi.bukan pasal penyakit ok..tak..tak..pasal lain.
atas sebab2 tertentu,asyik tolak je.kesian dia.tak berhenti contact tanya.
insyaallah nanti kalau ada rezeki ok?



like fanpage saya di:


like fanpage mekap dan tudung di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.


product review: Honey delicious cheezy(sos cheezy wedges).

Assalamualaikum.


saya memang hantu cheezy wedges kat kfc tu.
sekali beli sampai 2,3 bekas terus! tapi kadang2 hampeh sebab sos depa taruk tu sikit,
wedges pun sikit... tak puas makan weh!
hilang nikmat dia..pastu bayar mahal,makan sekali tu je.



tapi sejak ada sos cheezy wedges yang kita boleh buat sendiri kat umah ni,
memang puas hati gilers lah makan dia.
lagi untung beli sos segera yang balik buat sendiri ni.boleh buat banyak2,
taruk atas kentang tu banyak2..takyah bazir duit bebanyak kat pokcik kepci tu dah.
pastu bukan je boleh taruk kat kentang,boleh juga taruk kat salad,kerepek,nugget dan macam2 lah.
untung weh..untung!


sebelum uolss tanya,meh nak bagitau details2 produk dan kat mana uolss boleh beli
sama macam saya.


produk:
Honey delicous cheezy.

harga:
RM10 untuk 1 hingga 10 paket,
RM9 untuk 11 paket dan keatas
(tidak termasuk pos).

tempat beli(onlineshop):
Le Chantique Shop(klik sini).




packaging honey delicious cheezy.
packaging dia agak cantik berbanding packaging sos cheezy wedges yang lain.
lagipun packaging dia kemas dan bersih.
saya pernah beli dari tempat lain,kebanyakannya cuma letak dalam plastik.
bila sampai kat saya,ada yang dah pecah dan produk terkeluar!
ya lah,proses menghantar tu macam2 lah yang boleh jadi kan? so,packaging yang kemas dan bersih
sangat penting tau.




bahagian belakang packaging.ada maklumat lengkap seperti bahan2,cara penyediaan,
tarikh luput dll.




untung bila ada honey delicious cheezy ni sebab boleh guna dan tambah kat apa2 makanan je.




luarnya tadi kotak,isinya pulak dipacking dalam plastik yang juga kemas dan bersih.





hari tu saya dengan kakak saya makan wedges dan keropok kentang bersama honey delicious cheezy.
wedges tu perisa spicy.itu pasal kaler dia macam hangit..
wedges makan dengan cheezy ni yang dah dibancuh menjadi sos.
keropok kentang tu pulak perisa original,kitaorang gaul dengan serbuk cheezy ni.
SEDAP ! rasa sebijik macam kepci punya.kalau taruk kat kerepek atau keropok rasa
dia jadi lain tapi memang sedap lah. kalau tak caya try lah weh.


*cara bancuh untuk jadikan sos:
bancuhkan dengan air panas,kacau sehingga sebati.
sejukkan dan hidang bersama makanan pilihan kita.




teringin balik dah.... T____T
nasib lah ada lagik bahan2nye.nak buat lagik...sebab ni lah untung beli yang boleh buat sendiri.
takyah bazir duit untuk beli dan makan sekali tu je.
yang ni boleh buat banyak kali.buat pun tak ambil masa yang lama.sat saja dah siap.




kerepek boleh,keropok pun saya dengan kakak saya hentam gaul serbuk cheezy ni.
sungguh memang sedap! uolss kena try sendiri untuk tau macam mana kesedapan tu
(taptap meleleh air liur gua beb).




nak bubuh sos ni atas dia boleh,nak cicah pun boleh.
kitaorang buat dua2 cara.baru nikmat habis...kahkah..kecur liur uolss.




sos yang memang terangkat habis! memang puas lah dapat letak sos cheezy ni banyak2 dalam makanan.
kakak dengan mak saya cakap yang honey delicious cheezy ni sedap dan tak masin sangat
macam yang saya beli kat tempat lain hari tu..satu family suka yang ni.
*suka letak sos dalam bekas camni siap2,kalau tak habis makan boleh tutup dengan penutup dia
pastu simpan dalam peti sejuk.nak makan,amik je terus.



uolss memang kena try.saya suggest sangat2 sebab sedap dan untung.
 kalau saya beli sos cheezy ni,memang beli banyak paket dan buat stok.
kadang2 siap boleh bagi kat kakak,anak sedara,bakal mak mertua..punya banyak stok lah kata..
wakaka.




kat mana nak beli?
sini: Le Chantique Shop(klik sini)
* untuk sebarang pertanyaan dan pembelian,sila berhubung dengan onlineshop ini sendiri ya.
saya tak jual,saya cuma share benda best dan tempat jual saja.



like fanpage blog saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage



klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.