perfume hallo kitty ala comey2.

Assalamualaikum.


terkejut bangun tidur siang tadi tiba2 ada plastik yang menerujakan di sebelah saya.mak yang letak.
over tau tiap kali nampak plastik pos laju mesti nak teruja tak tentu arah sebab dah tau mesti ada barang untuk saya.memang betul pun,hari ni saya dah dapat perfume hallo kitty yang comel !


kalau awak semua pun nak beli perfume hallo kitty ni sila lah ke:
harga dia sebotol RM15 tak termasuk pos.
perfume ni jenis edt saiz 20ml.



teruja ! teruja ! teruja ! 
kotak dia comel,botol dia lagi lah comeeelllll !!!
bukan saja boleh beli untuk pakai,tapi jugak beli untuk buat koleksi atau hiasan..
tambah2 yang gilakan hallo kitty si kucing yang takde mulut nih..muahaha..



buka kepala dia tu dan spray..srutt..sruuuttt...wangi hangpa tau dak.
dua2 wangi tapi saya suka yang merah tu.bau dia sweet2 sikit.yang pink pulak bau dia kuat sikit.



sebarang pertanyaan dan pembelian sila klik link yang saya bagi di atas tadi
dan berhubung dengan owner dia ya.


like fanpage saya di:



klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.


product review: nak bulu mata lentik macam barbie doll tak?

Assalamualaikum.


saya paling suka pakai maskara.dalam banyak2 barang mekap,maskara lah yang paling cepat habis dan paling kerap dibeli.baru2 ni saya try 3 jenis maskara jenama cathy doll.
famous sungguh jenama ni sekarang.walaupun produk ni dari siam dan ada tulisan siam,
tapi sebenarnya dia adalah produk korea yang super comels ! (comels macam tuan belog ni)
comels? T___________________T


so selaku tuan belog yang suka verangan comels( malu mak gua ada anak camni T_T ),
saya dah try 3 jenis maskara dan saya berasa agak comels selepas memakai ketiga-tiga maskara tersebut.
jadi saya nak shared dengan uolss hasilnya macam mana.so uolsss dapat lah tengok sendiri samada saya betul2 kelihatan comels atau saya sorang je berkhayal rasa comels kat dalam hati? sobssss ~


produk:
1) cathy doll dolly long mascara.
2) cathy doll pretty volume mascara.
3) cathy doll sexy curl mascara.

harga:
RM30 free postage(promo price).

tempat beli(onlineshop):

cara order dan pertanyaan:
014-7407424(sms/whatsaap/wechat/viber).

stock:
semua produk adalah ready stock.cepat2 order sebelum kehabisan stock
sebab laku giler produk mereka ni tau.



ini adalah cathy doll dolly long mascara.comel giler packaging maskara ni semua weh !
* 4 kali lebih memanjangkan bulu mata.
* micro fiber formula.
* kalis air.
* dolly eyes efect.



ni lah bentuk berus untuk maskara cathy doll dolly long mascara.
berus dia macam sikat tapi dalam bentuk special yang saya tak reti nak sebut..kahkah.
loser betul tuan belog ni.uolss tengok lah sendiri bentuk dia macam mana ye.



sebelum dan selepas memakai canthy doll dolly long mascara.
* berjaya memanjangkan bulu mata saya.
* tak bergumpal.
* takde sisa serbuk maskara kering yang jatuh dan masuk ke dalam mata.
* tak comot.
* senang nak apply.
* warna hitam pekat menyaluti bulu mata dengan secukupnya(ni bahasa iklan..muahaha).
* ada bau tapi mild dan tak busuk macam sesetengah produk mekap.
* kalis air tapi senang nak cuci.selalu orang komplen susah pakai maskara kalis air sebab
susah nak cuci terutama waktu nak berwuduk.tapi maskara ni senang je cuci.tak susah pun.



yang ini cathy doll pretty volume mascara.
* 2 kali lebih menebalkan bulu mata.
* lebih tebal dan lebat.
* kalis air.
* segera kelihatan cantik (^_^*)



berus dia berbeza untuk ketiga-tiga jenis maskara.
ni bentuk berus untuk cathy doll pretty volume mascara.
berus dia lebih tebal dan lebat.bentuk special macam dalam gambar(failed lagi nak kenalpasti bentuk).



hasilnya.sebelum dan selepas memakai cathy doll pretty volume mascara.
* bulu mata nampak berbeza.nampak macam bergumpal sikit kan? 
tapi memang normal untuk maskara jenis yang melebatkan bulu mata.
apa2 jenama pun akan jadi macam ni.jadi..ini memang normal dan saya suka dengan hasil maskara ni.
* bulu mata nampak tebal jugak dan mata nampak 'galak' berbanding biasa.
* kalis air.tapi mudah dicuci.
* takde sisa serbuk maskara kering yang jatuh.
*  ada bau yang mild.tak busuk.
* warna hitam pekat.



yang ni pulak cathy doll sexy curl mascara.
* melentikkan.
* 100% sexy black(rasanya warna tu).
* kalis air.
* tahan sepanjang hari.



ni bentuk berus cathy doll sexy curl.
berus macam pendek2 tapi bentuk dia melengkung.



sebelum dan selepas memakai maskara cathy doll sexy curl.
* bulu mata lentik.
* senang nak apply.
* tak bergumpal.
* takde sisa serbuk maskara kering yang jatuh.
* selain lentik,bulu mata nampak panjang.
* kalis air tapi senang nak cuci.
* ada bau yang mild.tak busuk.
* warna hitam pekat.



letak sikit muka tuan belog.takde muka ni tak berseri belog jadinya..KAHKAH.
dalam gambar ni saya pakai cathy doll dolly long mascara.
sengaja tak pakai eyeshadow dan eyeliner sebab nak tunjuk hasil sebenar produk ni kat uolss.
p/s: eyebag tu toksah kata apa lah nohhh.sejak kecik2 lagi dia dah naik seketoi macam tu.


uolss pun kena try.tak rugi pun.dah lah produk comel,hasilnya pun buat kita nampak comel.
saya puas hati lah dengan ketiga2 maskara ni.tapi ni review hasil penggunaan saya.
hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang sebab bulu mata setiap orang pun bukan sama tau.
apa2 pertanyaan dan pembelian sila hubungi no yang saya bagi kat permulaan entry ni.
like lah fanpage mereka.klik je link yang saya bagi kat atas entry ni.jangan tanya atau nak beli
kat saya pulak,tak dapek eden nak nolong kak oiii ! ekeke.



like fanpage saya:



klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.

D.I.Y katil pusaka berusia lebih dari 100 tahun !

Assalamualaikum.


awal tahun ni rumah saya kena ribut lagi.bumbung rumah tercabut.
kali ni sekali bumbung bilik saya tercabut ! amboi tragik...habis laptop,katil,tilam tebalku
dan meja solek rosak tak dapat diselamatkan lagi...kasihannnn....


benda pertama dan konon terpenting kena beli tentulah laptop tanpamu cemana gua nak buat kerja.
pastu simpanan di bank berkurang(walaupun dah beli laptop yang terpaling murah).
pastu ada sipi2 simpanan tu berangkatlah saya dan family ke kedai perabot dengan misi nak cari
katil dan tilam baru.sampai sana semua mahal2 belaka.yang murah langsung membuatkan ku kuciwa..
katil yang tak tahan langsung pastu tilam pulak takde yang murah.miskin sungguh waktu ni..sobsss.
punya lama dok fikir pusing pi mai pi mai kat dalam kedai tu,last2 terfikir pasal katil pusaka
arwah tok saya.katil tak berapa ok rasanya tapi gagahkan jugak lah try balik check kot2 masih dapat diselamatkan.korek lah semua2 katil tu.dah berkarat pun tapi nasib lah diri sendiri tau berfikir.
kita D.I.Y !




untuk mendapatkan hasil katil macam ni kena lah bersusah-susah dahulu
 dan bercantik-cantik kemudian T___T




nahhhh ! ambik hang ! tiang2 katil ni semua dah berkarat.
sebab ni katil pusaka dan dah lama,semua jadi berkarat.sebenarnya tiang2 dia warna hitam dan ada corak bunga merah.tapi sebab berkarat,boleh nampak sisa2 corak je.
memula tengok semua dah berkarat ni,hatiku turut berkarat sekali..macam nak nanges wa cakap lu.
punya teruk karat tu.pastu tiang dia berat..ada lah kot 2,3 kali ganda berat saya ni.



kalau nak tau,katil ni berusia lebih dari 100 tahun !
waktu bapak saya bagitau tu macam tak percaya jeee...tapi bila fikir balik memang betul lah.
arwah tok nek(mak kepada tok saya) beli katil ni waktu arwah tok saya nak kahwin dengan arwah tok wan.
tu waktu depa muda2 tu.tahun berapa pun tak tau.sekarang bapak saya yang anak bongsu tu pun
dan berumur 60 tahun lebih,so memang betul lah katil ni berusia lebih dari 100 tahun !
hebat !




tu tangan kakna..sebab tu tembam2...KAHKAH !
mula2 tonyoh buang karat2 tu guna kertas pasir.nak guna kertas batu ke,kertas simen ke,
tu kau punya pasal lah kan..muahaha.




lepas tu mula sesi mengecat.saya nak cat warna putih sebab saya suka putih(ala2 inggeris kononnya).
tapi cat besi warna tu takdak,so saya cat warna krim saja.ni guna cat untuk besi.
2 hari jugak ambil masa nak cat dan jemur tengah panas.dah la tak larat.tiang2 ni berat nak mampos !
nasib kakna tolong angkat.saya cat kejap pastu stop. pastu sambung balik dan ulang benda yang sama.
peluh bertimba2 keluar..kuruih cek ! :p




dah habis cat mula sesi memasang.ni bapak saya yang pasang.
ada jugak badan dia yang dah hilang tapi bapak saya buat macam mana entah,dapat lah pasang.
katil ni tinggi,so bapak saya buat pemijak kaki dari kayu dan papan.
tilam pulak mak saya bagi tilam serba guna yang nipis dan boleh lipat2 tu.
tak boleh guna tilam tebal2 sebab katil ni memang tinggi woooo..kang satu hal pulak
saya nak kena panjat2 tak tentu hala.




taaddaaa ! ni lah hasilnya.
dah siap kemas2 dan pasang langsir katil.cce yang tolong jahit langsir ni.
tau tak cce punya berangan nak pakai katil ni time dia kahwin,sekali saya pi rembat dulu...
kecewa cik senah kauuuu...muahahaha.




pandangan hadapan.best tido atas katil ni.feeling2 inggeris pulak kan.
dasar mak datin verangan betul haku nih -.-'



tamat.



like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


like fanpage mekap dan tudung di:
http://www.facebook.com/fabulousiti


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.

homemade steamboat dan tempat beli periuk steamboat.



Assalamualaikum.


dah lama tak update blog kan? siap private kenkononnya,now buka balik tapi
sekarang malas betul nak hadap laman sosial..sebab tu blog jarang2 update...ekeke.


kali ni saja nak crita skit pasal steamboat.
saya suka makan steamboat tapi saya jenis yang makan sikit2 tapi kerap.
maksudnya sekali makan tu seciput je pun.tak boleh makan banyak2..nanti nak muntah.
pastu saya jenis tak suka duduk lama2 kat kedai makan(walaupun hakikatnya saya makan slow dari orang lain)disebabkan semua alasan tu,saya tak suka makan steamboat kat restoran.
rugi weh rugi...satu kepala RM20 ke RM40,all-you-can-eat tapi saya makan ciput je.
rugi bebenor la!  jadi terfikir lah kan best kalau buat steamboat kat rumah sendiri.
boleh makan slow2 tanpa dihalau dek tuan kedai(amboi nipu T_T),boleh makan sikit pastu stop
pastu sambung makan lagi dan lagi dan ulang proses yang sama sampai kau bosan menghadap steamboat tu
muahaha... gua genius ka apa ni?



tapi yang menjadi masalahnya bila saya tak tau kat mana nak beli periuk steamboat tu.
tahu lah boleh buat dalam periuk biasa pun tapi kena guna dapur gas kecik tu kan?
takmo lah...saya nak periuk eletrik.
nasib baik ada fanpage,tulis status tanya kat mana nak beli periuk buat steamboat,ramai yang
bagitau kat mana boleh beli.tq kawan2 fb ye.



saya beli periuk yang ni kat tesco.harga RM89.90.ada banyak lagi jenama dan saiz tapi harga berbeza la.
saya tak tau pun rupanya buat steamboat guna multi cooker gini ja!
ingatkan ada periuk khas untuk steamboat je..muahaha..luku sikit pala budak ni.
tau lah tak suka masak,tapi jangan malukan diri sendiri dengan ketidaktahuan pasal periuk boleh tak?
T______________T
nasib lah angkut cce pi beli sekali,kalau tak asik nampak muka haku je la
kat dalam tesco tu dok pusing carik periuk steamboat.
mula2 nak carik yang ada tempat grill sekali,tapi tak jumpa pulak.tempat grill saja(asing2) ada lah.
tapi lain kali ja lah beli.




periuk ni sebenarnya ada 2 lapis.satu non stick pans,satu lagi yang ada lubang2 tu(untuk steam).
dia boleh buat macam2.ni antara kegunaan dia.




rupa periuk tu.time ni nak buat sesi makan2 steamboat.4 orang je pun.saya,cce,mak dan si dia.
sebab nak buat steamboat,kami pakai non stick pans saja.yang periuk ada lubang2 tu tak guna.




periuk ni boleh control suhu.ni guna eletrik tau.
mula2 nak bagi masak kuah stamboat tu on lah 'hi'.bila dah masak time celur2 tu
agak2 lah control suhu dia kan.pastu dah masak bahan2 celur tu bagi lah suhu tu 'low' untuk
kekalkan panas je(ewahhh..explain macam orang len tak pernah makan steamboat plak T_T).




bahan2 steamboat kami.beli kat kedai bawah je.
time beli tu kedai dah nak tutup,pakai ambil ja mana yang sempat.




bahan dia lagi.saya suka yang ketam panjang merah ni.
kalau beli yong tau fu pun mesti nak taruk ketam ni.




kuah dia cce buat kuah tom yam.2 kali jugak lah buat kuah.
time ni tengah masak bahan2 celur tu.




sebelum bahan2 ni masak.




selepas bahan2 ni masak.tembam2 semuanya..ekekek !




yummy ! syok buat steamboat sendiri kat rumah.
memang betul2 all-you-can-eat.selesa lagi dari makan kat restoran.
pastu untung sangat.beli periuk boleh guna buat macam2.beli bahan pulak dalam packing besar2
tu total semua baru berapa puluh ringgit.boleh pakai untuk buat steamboat 2,3 kali.
bahan2 kami ni lebih banyak tau.simpan dalam freezer boleh buat lagi dan lagi.
makan kat restoran puluh2 ringgit satu kepala pun sekali tu ja.
pastu rugi kalau anda jenis yang sama macam saya(makan ciput).
so uolss pun sila lah buat sendiri di rumah ye ;)



like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage



like fanpage mekap dan tudung di:
http://www.facebook.com/fabulousiti



klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.