tutorial black crease eye makeup(messy style).

Assalamualaikum.


cak!cak!cak! dah lama mak datin(dalam mimpi) ni tak buat tuto mekap kan.
biasa lah,dah rasa tua2 terus berasa tidak masyhur dan segah dulu lagi..kahkah.


sebab ada masa sikit jadi saya buat tuto mekap ni.
saja nak try buat lepas tengok satu mekap model runway dari luar negara.
bila dia buka mata nampak mekap lawa,bila tutup rupanya mekap pelipat mata dia tu comot2 je.
memang depa sengaja buat camtu.jadi tak senang duduk lah mak datim sorang nih..
terus dia pun sibuk2 nak try jugak T_______T


p/s: saya tak redha dan saya tak maafkan sesiapa yang mencuri dan mengambil gambar saya
tanpa kebenaran.lebih2 lagi sesiapa yang menyamar dan menyalahgunakan gambar saya.saya serahkan pada Allah semata2.anda boleh diambil tindakan.boleh didenda sebanyak rm58 ribu atau penjara setahun
atau kedua2nya sekali.



sebelum uolss tanya baik saya jawab siap2.
kalau nak kulit licin glowing macam ni sila lah beli set skincare tuuttttt dari saya.
saya jual murah2 dari harga biasa di pasaran.kalau nak tau produk apa,sila ke http://www.facebook.com/fabulousiti atau http://www.instagram.com/fabulousitibnc
pakai mekap ke tak pakai mekap ke kulit tetap nampak glowing.






pilih kualiti HD atau 480p supaya video nampak lebih clear.

produk yang digunakan:
1.supra foundation
*dah lupa kod warna.saya tak pakai sangat supra tapi saja dalam video ni saya guna.

2.elianto concealer warna 01

3.pixy two way cake compat powder warna natural white.

4.NYX eyebrow kit warna light brown campur dark brown.
*saya tau mesti ramai nak tanya saya beli kat mana kan.
saya beli dari satu onlineshop ni,tapi sekarang dia tak dapat dihubungi dah.
macam tak berniaga dah pun :( tapi boleh la try cari kat sephora ka.ada kot.

5.bourjois bronzer.
*ni pun beli dari onlineshop tu.sorry,dia macam tak berniaga dah.
saya guna bronzer ni untuk mata,pipi+rahang dan shading tepi hidung.
bronzer ni jenis cerah sikit warna dia.tak gelap sangat macam kebanyakan bronzer lain.

6.miss rose 3D eyeshadow warna hitam.

7.maybelline gel eyeliner warna hitam.

8.maybelline liquid eyeliner warna hitam.

9.maybelline cat eyes mascara warna hitam.

10.bulu mata palsu jenis tebal.
*saya tak tahu jenama apa sebab dah lama beli.jenama dari china kot?
ni pertanyaan tau...kahkah.

11.silkygirl eyehsadow warna cream.
*saya guna untuk bawah kening dan atas hidung tu.

12.revlon colourburst lipstick warna soft nude 070

13.mac lipstick warna milan mode AB8

14.maybelline high shine sheer colour warna mad about melon.



jangan annoying asyik pose yang sama.dah lama tak buat tuto,sila paham ok =p



gambar dari front camera.






ni gambar takde lampu.waktu ni dah nak malam.



selamat mencuba ! taknak cuba pun takpa..tengok ja video bagi hilang rasa bosan tu kan...haha.



like fanpage saya di:

like fanpage mekap+tudung+skincare:


follow:


klik iklan nuffnang  nak kawen.
tq.




scarf perfume yang wangi !

Assalamualaikum.


pernah dengar jenama scaft perfume?
marilah saya nak gebang sikit pasal perfume yang dah jadi favourite saya ni.


produk:
scarf perfume dari fragrance by mood.

saiz:-
terdapat di dalam 3 jenis saiz/packaging:
*premium pack 15ml x 5 botol.
*mini pack 2ml x 5 botol.
*single pack 15ml x 1 botol.

harga:
premium pack RM167.00
mini pack RM37.00
single pack RM47.00


tempat beli(online):

cara order:
sms/whatsapp kod (SCARF) ke 011-28511631



ini yang premium pack.packaging cantik,ada aura macam international brand.
i loike ! beli buat hadiah kat orang pun cun jugak eh? atau buat hantaran ke(amboi).
perfume ni dicipta khas untuk muslimah sebab takde alkohol dan perfume ni satu2nya
perfume jenis EDP tanpa alkohol di malaysia ! 
kalau nak tau,perfume jenis EDP adalah perfume yang paling tahan lama baunya berbanding jenis 
EDT dan lain2 sebab tu harga perfume jenis EDP lebih mahal.tapi scarf perfume ni berpatutan,
dapat 5 botol dan bau lain2 lagik tu..untung.perfume ni jugak bukan untuk pakai kat scarf ye,
dia perfume biasa.scarf tu jenama dia.



kan dah cakap packaging dia lawa.paling untung sebab satu set ni ada 5 wangian.
boleh pakai tukar2.pernah dengar tak mood kita akan berubah mengikut hari dan warna baju yang dipakai?
sama lah macam perfume ni.



5 botol wangian yang berlainan mampu mempengaruhi mood dan memberi kesan yang berlainan.

ACTIVE & EXOTIC(merah):
 untuk mood aktif dan eksotik.

ELEGAN & LUXURY(ungu): 
bau agak kuat berbanding yang lain dan lebih sesuai dipakai ke acara formal seperti dinner,perkahwinan dan lain2.

NATURE & OUTDOOR(hijau): 
bau yang lebih kepada alam semulajadi dan sesuai kalau terlibat dengan aktiviti luar
seperti excercise,picnik dan lain2.

FRESH & LIGH(biru):
bau yang segar dan ringan,paling sesuai digunakan ketika solat.

SMART & CASUAL(kuning):
sesuai untuk pakai hari2 seperti bekerja,bertemu rakan dan sebagainya.

PENGALAMAN SENDIRI GUNA:
bau sangat best dan tahan lama.saya ada masalah sensitif dengan bau perfume.
selalu pening,sakit kepala sampai rasa nak muntah.tapi dengan 5 jenis perfume ni memang takde
masalah.bau dia semua best.saya suka semua sebab saya try pakai,semua tak membuatkan saya 
sakit kepala,tapi rasa fresh je.siap spray kat katil lagik ! muahaha.



botol dia kaca dan selim haha..suka betul dengan botol dia.
mungkin sebab semua perfume saya besar gedabak,bila tiba2 ada yang selim macam ni
rasa best bila pegang dan senang nak simpan.



premium pack dan single pack didatangkan dalam jenis spray macam ni.



siap ada tarikh exp kat bawah botol.



yang ini pulak mini pack.



sama jugak,ada 5 jenis perfume.haruman dia sama macam premium pack tadi,
cuma dia lebih kecil.sesuai kalau uolss baru nak cuba pakai atau kalau suka travel/spare perfume
 kat dalam handbag.



alolo comelnya.mini pack ni jenis calit.tapi kalau nak compare antara mini pack
dan premium pack,saya suka jenis spray dari premium pack sebab lagi best bila sembur tu.
bau dia merata dan lagi kuat.tapi beli dua2 pack lagi senang.
yang kecik ni memang senang nak bawak pi mana2.saya pulak memang suka spare perfume 
kat dalam bag.bajet mak datim katakan..kahkah.



saiz kecil molek.rugi tak try.saya suka betul perfume ni,
perfume ni  mesti lagik suka saya pasal hari2 saya dok pakai dia..
dok rumah pun pakai uolssss...ekeke.


untuk sebarang pertanyaan dan pembelian,boleh lah berhubung dengan mereka ya.
maklumat saya dah tulis kat atas tadi.


like fanpage saya di: 


advertise/review:-
atau
email: fabulousiti.bnc@gmail.com
atau
sms/whatsapp: 012-4141421.


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.


tutorial shawl half moon simple.

Assalamualaikum.


dah lama tak buat tuto.alasan busy.dia punya busy pak najib boleh kalah nih(menipu).
tapi disebabkan secara tetiba hati saya rasa nak buat tuto semula,
tak pasal2 terhasil lah video tuto pakai half moon ni.sila berterima kasih pada hati saya..
KAHKAHKAHAKAH..tak lawak ponnn T___________T



secara kebetulan ada kawan instagram request tuto cara pakai macam ni.
tapi maaf lah.tolong tarik diri kalau uolss rasa nak request apa2.
diri nih tak sempat sangat nak buat tuto banyak2.nanti uolss gak kecewa menanti rombongan 
meminang tak kunjung tiba...what the?????
*shawl half moon dalam gambar ni dari fabulousiti beauty & closet(klik sini).



cara pakai yang sama.tapi waktu ni pakai tak kemas sebab kalut2.
kalut apakejadah haku pun tak tau kahkahkah!
*shawl half moon tartan ni dari fabulousiti beauty & closet(klik sini).





waktu video tengah play tu pilih kualiti 480p supaya video nampak clear.
dah lama tak buat video.dah lupa cara edit semua2 tu.dah lama jugak tak cakap kedah.
dalam video ni saya cakap balik.tak boh muzik macam selalu tu.saja syok2 nak cakap.
tapi muka tak cun sebab mekap pelik.baru habis photoshoot.tak boleh belah siap taruk bronzer
bagi jadi kaler beyonce.haku memang tak torah camgini kalau hangpa nak tau..muahaha =p



like fanpage saya di:

jom beli shawl half moon saiz besar dan senang jadi muncung di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.











mencerahkan ketiak hitam dengan cathy doll armpit toner.

Assalamualaikum.



haahh.hambik kau sekali tajuk betul2 menunjukkan intipati entry cik puan datin kali ni..
mencerahkan ketiak hitam ! muahahaha.
bagi pemilik ketiak tak hitam takpe,boleh join sekali baca entry ni..takde halangan,
takde syarat pun ahli kumpulan ketiak hitam je yang boleh baca..takde..takde..
*apa haku merepek nih? T______T


produk:
cathy doll armpit toner.

harga:
RM30 termasuk pos semenanjung.

tempat beli(onlineshop):
sms/whtasapp/wechat/viber:
014-7407424(fadz).


packaging cathy doll armpit toner.
gedik sangat kau punya packaging..tergoda maakkk ! kahkah.



cara guna pun ada kat kotak dia.takyah bajet terer buat2 paham bahasa korea,
bahasa omputih tu ada haaa...boleh baca yang tu(bebel pulak dia ni).



ni lah botol dia.sama gedik macam kotak dia tadi.
*gedik=comel+menggoda=pandai2 haku je :)~



tekan pump armpit toner tadi kat kapas.toner ni jernih je.



kemudian sapu lah kat kawasan ketiak dan kawasan2 yang gelap2 tu.
kat belakang lutut,lutut,siku atau mana2 saja yang nak bagi cerah sikit.
hasilnya macam dalam gambar ni ! cara saya? sapu mengarah ke atas dan waktu sapu tu gosok lembut sikit kan mesti kotoran akan keluar.


menurut pengeluar:
- melembabkan.
- mengecilkan pori(pori2 yang besar selepas shaving tu).
- mencerahkan.
- tidak melekit.


hasil penggunaan saya:
- nampak cerah.kena pakai secara konsisten lah untuk hasil yang ketara.
- tekstur ringan macam air.
- ada bau yang mild tapi fresh.macam bau sabun pun ada gak hi hi.
- tak melekit.
- berkesan hilangkan daki dan kotoran.macam dalam gambar kat atas tadi lah.
- overall memang best toner ni.bukan saja boleh guna untuk ketiak,tapi jugak kawasan lain.
kira all in one jugak lah.tektur dia yang ringan dan bau pun best.fresh je.
rasa selesa,tak macam deodorant.paling penting dapat hilangkan kotoran dan mencerahkan kesan gelap.
uolsss pun patut try hokeh.



kat bawah ni antara customer hisyfadz beauty home yang berpuashati dengan armpit toner ni.





sebarang pertanyaan atau order sila berhubung dengan hisyfadz beauty home sendiri ya.
saya hanyalah pengguna,bukan penjual.jadi sila ke:
atau 
sms/whtasapp/wechat/viber:
014-7407424(fadz).


untuk review produk,sila contact:-
sms/whatsapp: 012-4141421(call dll tidak akan dilayan).
email: fabulousiti.bnc@gmail.com


like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.

merawat bintik hitam dan putih di muka.


Assalamualaikum.


saya cukup geram tengok bintik putih dan hitam kat muka orang.
rasa nak terkam sambil jerit2 nak picit muka dia T___T 
dasyat sungguh.tah2 orang pun sibuk geram tengok muka haku sebab
muka tak malu pastu siap diaorang nak tampar2 sebab sibuk bab bintik diaorang.
lagik tragik T_________T
ok lah kawan,jom nak shared sikit cara2 kita nak buang bintik putih dan hitam ni.


p/s: all pitures taken from google.



 BINTIK PUTIH DAN HITAM.

proses terjadinya bintik putih dan hitam.



bintik putih dan bintik hitam(whiteheads & blackheads)
bukan ada kat hidung je.tepi2 hidung,bawah hidung(atas bibir),
pipi berhampiran hidung(apple of the cheek),dahi dan dagu pun ada !
mula2 kita susah nak perasan,lama2 bila dah jadi bintik hitam maunya meroyan sekampung.
pastu orang kampung pun buat deekkk je sambil cakap kat dalam hati 
"padan muka si markonah anak pokcik semat tuh,takmo jaga muka...haa sekarang rasakan
hikmat $%&*&(*&"  ok,tetiba keluar drama diikuti kartun apakejadah T___T



bila lama2 dibiarkan bukan saja jadi bintik hitam,tapi jugak akan jadi macam dalam gambar ni dan jerawat.
bintik2 tu dah jadi macam ni.bila dipegang kulit akan jadi kasar ! 
sungguh ini antara punca utama kulit seseorang tu kasar bila disentuh.jangan biar cekk oiiii.
caranya,kena selalu picit walaupun kita tak nampak bintik tu ada atau tak.
try je picit.kalau ada dia akan keluar.kalau takde pun apa masalah kau ?! muahaha.


kenapa kena selalu try picit walaupun tak nampak tanda2 bintik?
jangan tertipu kalau tak nampak tanda2 dia.try picit,selalunya mesti akan keluar putih2.
bermakna waktu ni proses liang roma tersumbat baru nak jadi,bila picit dia senang keluar.
kalau dah jadi hitam atau macam dalam gambar ni,susah sungguh nak keluar.
picit la kau sampai meleleh air mata.
waktu kerja dulu saya pernah buat facial kat customer yang
whiteheads dan blackheads terlalu teruk sampai berkeping2 bila dipicit.
susah sangat nak picit bagi keluar sebab terlalu lama dibiarkan.kulit pun rasa kasar bila disentuh.
jadi tolong lah jangan biar.


CARA MENGELUARKAN BINTIK PUTH DAN HITAM.

CARA NO.1:
guna besi pemicit ni atau bahasa omputihnya comedone extractol tool(cewahh cakap mat saleh).
memang sakit.meleleh ayaq mata weh !
tapi apa kes takut nak guna.tak macho arrrrr. bagi saya la kan,lebih baik sakit kejap
dari kulit jadi masalah di kemudian hari.mencegah kak senah,mencegah tahu !

1) cuci muka dengan pencuci dan bilas dengan air.
*fungsinya untuk membersihkan kotoran di kulit.

2) wapkan muka selama beberapa minit.takyah lama2.
kalau takde alat wap tu,isi air panas kat dalam besen,serkup kepala dan sebahagian muka untuk memerangkap wap,halakan muka ke besen tersebut.bagi wap yang naik tu kena muka.
*fungsinya untuk membuka liang roma.bila dah terbuka tu whiteheads dan blackheads
yang tersumbat tu mudah keluar bila kita picit.

3)sambil2 tu rendam lah besi pemicit tu kat dalam air panas tu sekali.
*fungsinya untuk mematikan kuman.kita nak guna untuk picit kulit.
kena jaga kebersihan.takut nanti jadi jangkitan ke ape ke.

4) dah siap wap tu picit lah whiteheads dan blackheads.
try picit2 kat kawasan hidung,tepi hidung,bawah hidung(atas bibir),
pipi berhampiran hidung(apple of the cheek),dahi dan dagu.
picit slow2.kalau picit kat diri sendiri kita boleh control sebab kita yang rasa sakit kan?
saya dah selalu buat,memang dah biasa dah(berlagak sebab terer).
satu lagi,calit kotoran yang keluar tu
kat kapas atau tisu.jangan picit2 pastu biar kat muka atau besi pemicit gitu aje.

5) bila dah habis picit,dah puas nangis jerit2 silalah pakai toner.
*fungsinya untuk tutup liang pori yang terbuka waktu picit tadi.

6) pakai pelembab.

NOTE:
ada jugak yang confuse camne nak guna alat besi ni.
haaa.buat macam dalam gambar ni.bintik/sasaran kita kena ada di tengah.
pastu picit dan tarik sikit supaya ada tekanan kat keliling bintik/sasaran lalu kotoran pun keluar.
tapi jangan over tekan,nanti ada parut dan silap2 boleh luka terus.pandai2  lah nak lawa kan? muahaha.



CARA NO.2:
guna tisu atau kapas muka.pegang kemas2 guna jari sambil jadi telunjuk
memicit bintik/sasaran kita.
kurang sakit tapi bagi saya kurang berkesan sikit lah.ikut lah masing2 punya keselesaan kan.
banyak jugak salun guna cara ni.

1) cuci muka dengan pencuci dan bilas dengan air.

2) wapkan muka selama beberapa minit.takyah lama2.

3) kalau guna kapas,nak basahkan sikit pun boleh.
guna toner atau air suam.

4)  picit whiteheads dan blackheads.
try picit2 kat kawasan hidung,tepi hidung,bawah hidung(atas bibir),
pipi berhampiran hidung(apple of the cheek),dahi dan dagu.

5) pakai toner.

6) pakai pelembab.


CARA NO.3:
guna jari dan buat macam cara no.2 tadi.
guna jari telunjuk untuk picit.tapi saya rasa cara ni pun kurang best terutama untuk
tempat yang naik biji.picit guna jari susah sikit kotoran dalam biji tu nak keluar.

1) cuci muka dengan pencuci dan bilas dengan air.

2) wapkan muka selama beberapa minit.takyah lama2.

3) sebelum sentuh muka,pastikan jari yang nak guna tu betul2 bersih.
cuci dengan pencuci dan bilas bersih2 dengan air.lap kering guna tisu atau tuala bersih.

4)  picit whiteheads dan blackheads.
try picit2 kat kawasan hidung,tepi hidung,bawah hidung(atas bibir),
pipi berhampiran hidung(apple of the cheek),dahi dan dagu.

5) pakai toner.

6) pakai pelembab.


CARA NO.4:
guna nose pore strips.
macam2 jenama dah keluarkan benda ni.cara guna bergantung pada pengeluar
tapi selalunya cara yang sama ja.saya suka gak pore strips nih.
tapi paling suka jenama yang cce rekemen lah.the face shop kot.keluar habis !
tapi kelemahan dia pakai kat hidung ja.takleh tempek kat kawasan lain yang ada bintik jugak.

1) cuci muka dengan pencuci dan bilas dengan air.

2) basahkan kawasan hidung.

3) lekatkan pore strips elok2 kat kawasan hidung.
tunggu ikut cadangan pengeluar.selalunya dalam 15 ke 20 minit rasanya.

4) tarik pore strips dan lihat hasilnya.
kalau tengok2 tak keluar bintik memang nak kene terajang pore strips tu  muahaha.
kalau keluar kotor takpe.muka manyak sinyyiuuuummmm.pastu plan nak beli lagi.
KAHKAH.

5) pakai toner.

6) pakai pelembab.


CARA NO.6:
mask khusus untuk membuang bintik putih dan hitam.
yeaaaa untuk teknology terkini T___T
saya selalu gak try.ada yang berkesan,ada yang suam2 kuku tahap keberkesanan tu dan ada yang 
yoo yoo ooo je lebih..muahaha.cara pakai sama jugak,ikut pada saranan pengeluar.
tapi standard cara pakai tu macam biasa.selalu mask ni kena tarik2.baru keluar semua kotoran,
KATA PENGELUAR TERSEBUT...bhahaha.


1) cuci muka dengan pencuci dan bilas dengan air.

2) sapu masker rata2 ke kawasan yang kita nak buang bintik.
biar selama 15 ke 20 minit atau sampai kering atau senang citer ikut saranan pengeluar.
saranan tuan blog ni kadang2 tak boleh pakai(sape tuan blog? sape? sape?).

3) tarik HIYAAAKKKK !!!!!!! bagi ada efek bunyik biar meriah,
biar semua orang tau kau tengah tarik mask..kahkah.
kalau keluar air mata tolong lap sendiri..muahaha.

5) pakai toner.

6) pakai pelembab.


CARA NO.7:
guna scrub.kebanyakan pengeluar cakap scrub depa boleh keluarkan bintik putih dan hitam 
kat muka kita.tapi saya rasa kurang betul lah kot.
scrub selalunya di permukaan kulit,bintik2 sealunya diakibatkan oleh kotoran di dalam liang roma.
scrub kot atas memang segak,selagi kot punca tu tak rawat,tak keluarkan kotoran selagi tu lah 
masalah bintik ni berterusan.ewaahhh ! cakap banyak pulak haku T___T
tapi sila try.tak salah nak try.dia cegah dan kurangkan juga masalah ni terutama di permukaan kulit.


1) cuci muka dengan pencuci dan bilas dengan air.

2) sapu scrub dan gosok perlahan2.ikut saranan pengeluar lah senang citer
sebab produk la nih canggih2.cara pakai pun jadi macam2 dah.

3) basuh lah muka hangpa tu.bersih berseri licin berkilat haaaa.

5) pakai toner.

6) pakai pelembab.


CARA NO.7:
sekali sekala pi lah buat facial.murah ja facial sekarang ni.
takyah pikiaq apa dah,buat facial memang depa akan picit habis semua bintik2 tu.
lepas tu depa buat segala mak nenek untuk rawat kulit kita.
wap,scrub,mask,massage.dah kerja kuat2 sekali sekala pi la manjakan diri untuk kecantikan.
bukan sehari dua,tapi efek dia untuk jangka masa yang lama kalau kita amalkan.
tapi hati2.kadang2 kulit kita tak sesuai dengan facial di sesetengah tempat.
mungkin tak sesuai dengan produk yang mereka guna.takpe,try je kat tempat2 lain
sampai jumpa yang serasi dengan kulit.macam saya sendiri memang tak sesuai buat facial kat salun.
mesti nak naik jerawat lepas tu.kasihaaannnn -.-'

TAMAT.


like fanpage saya di:


like fanpage mekap dan tudung di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.





product review: cathy doll mahad camu gluta serum foam cleanser.

Assalamualaikum.


hai uolsss.... kali ni cik puan datin markonah nak shared pasal pencuci muka cathy doll.
mesti uolsss bebel2 kat dalam hati kan..apesal lahh cik puan datin markonah ni tak habis2
dok review produk tu,produk ni.tak sempat nak try produk review yang lepas,
dah review produk baru pulak kan? uolsss ni pun..cer paham skit..i kan beauty blogger...
bab review mereview nih kan makanan i...ahaks!(amboiii..nyampah kan?) ekeke.


produk:
cathy doll mahad camu gluta serum foam cleanser.

harga:
RM30 free postage sm.

tempat beli(onlineshop):



macam biasa..produk jenama nih memang packaging dia comel2.
kalau tak comel tu tak sah.kalau saya si pencinta barangan comel ni tak jatuh cinta lagi tak sah !
muahaha.saiz 100gm nih tahan lama tau.



menurut pengeluar:
- pencuci muka ni berkesan menghilangkan whitehead dan blackhead.

- berkesan mengurangkan minyak pada wajah.

- melembutkan kulit wajah.

- mencerahkan kulit wajah dalam tempoh yang singkat.

- mempunyai bau yang wangi.


hasil penggunaan saya:
- bau dia memang wangi sangat2..suka lah !

- buih dia berkrim,pekat dan banyak.tak berbuih macam buih biasa tu.

- berkesan mengurangkan minyak.saya cuci guna pencuci ni dan biar selama beberapa jam
tak pakai toner atau apa2 krim pun.hebatnya kulit saya tak berminyak macam selalu !
kalau selalu lepas cuci muka beberapa minit pun dah keluar minyak dah.ni tak pun.
tapi dalam masa yang sama tak kering.kulit tu jadi seimbang,tak kering dan tak minyak.

- kulit lembut.

- lepas cuci rasa bersih sangat.mungkin sebab buih dia banyak buat kita rasa best dan puas
time cuci tu kan.sesuai untuk sapa2 yang ada kulit berminyak dan yang suka mekap.
buih dia berkrim pekat.tak payah ulang cuci 2,3 kali dah.
sekali cuci pun kulit bersih dah terutama bersih dari sisa mekap(foundation dan bedak di kulit).

- lepas cuci kulit muka tak rasa cekang atau tegang macam kebanyakan pencuci lain.

- overall saya suka pencuci ni.saya suggest sangat2 untuk sapa2 yang ada kulit berminyak atau yang selalu pakai mekap tu sila lah try pencuci ni.memang berkesan untuk control minyak dan buang kotoran.
selalu kita jumpa pencuci yang hilangkan minyak dari kulit tapi kulit jadi kering dan rasa cekang pulak kan? yang ni tak pun.kulit rasa selesa.tak minyak dan tak kering.lagipun bau dan buih dia best.



ni tekstur dia sebelum dibuihkan.berkrim dan warna putih.
cara guna macam biasa lah...picit pencuci sikit kat tapak tangan,buihkan lepas tu urut
pada muka dalam 2-3 minit kemudian bilas.


satu daripada bukti customer yang berpuas hati dengan pencuci muka ni.
selain menjual pencuci muka ni,Hisyfadz Beauty Home jugak ada jual macam2 lagi
produk dari jenama cathy doll termasuk lah alat mekap dia.
klik link saya bagi tu dan pi lah usha2 kat sana.produk ni glamer dan berkesan.
saya tau lah sebab saya selalu try produk2 dia..ekeke.



untuk sebarang pertanyaan atau pembelian,sila berhubung dengan mereka sendiri ya.


kalau nak review produk di blog saya sila hubungi saya di:-
atau
email: fabulousiti.bnc@gmail.com
atau
sm/whatsapp: 012-4141421


like fanpage saya di:



klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.


shawl cantik senang pakai dari woodpecker_store,

Assalamualaikum.


bila tengok orang pakai shawl mesti kita pun teringin sama kan.
tapi try tanya diri sendiri mesti kita pernah fikir leceh lah nak pakai shawl kena lilit,susah nak bentuk,
makan masa kalau pakai shawl dan blablabla.
ok,takyah bising2...meh nak share shawl yang senang nak pakai dan onlineshop yang jual.


produk:
shawl dayana.

saiz:
70cm x 170cm

Material:
high quality chiffon

harga:
RM24 tidak termasuk pos.
pos RM6 untuk s/m dan RM9 untuk s/s.
beli 3 helai dan ke atas untuk free postage.

tempat beli(onlineshop di instagram):

untuk order:
sms/whatsaap: 019-4811401(jaja).



saya memakai shawl dayana warna pink kod SD03.
berkenan warna hitam tapi hari tu sold out pulak.tapi alhamdulilah pilih pink
sebab warna ni sangat gojes ok! tetiba rasa sweet2 bila pakai..muahaha.
shawl dayana ni terdapat dalam beberapa warna.kalau nak tengok warna apa yang available,
boleh lah pi usha kat instagram woodpecker_store.selain shawl ada jugak baju2 yang dijual.
comel uolsss....*juling mata.



ni pulak saya pakai shawl dayana warna putih kod SD01.
apa yang paling best pasal shawl ni sebab senang nak pakai.mudah sangat nak bentuk.
mula2 tu saya pegang kain lembut,dah fikir mesti susah nak pakai..mesti susah nak bagi muncung.
tapi bila pakai tu eh senang sangat2 nak bentuk! mudah jadi muncung tak payah guna pengeras fabrik
apa pun.kain dia pulak lembut,ringan dan sejuk.selesa sangat bila pakai.
shawl ni panjang jugak dan saya pakai cover dada takde masalah.



corak shawl dayana ni cantik ! memang tengah cari shawl yang corak camni pun.
nasib lah dapat jugak.memang tak sia2 try pakai shawl ni sebab senang pakai dan selesa sangat.
memang cantik bila pakai sampaikan mak saya dok puji2 lah..bukan puji anak dia ni,
tapi dok puji shawl tu lawa..siap cakap "nasib mak tak pandai pakai,kalau tak mak pun nak jugak"
ekekeke...mak gua ni comel ke hover macam anak dia jugak? kahkah.


sekali lagi,jom follow dan usha2 shawl dan lain2 produk di  instagram woodpacker_store
pertanyaan atau order sila sms/whatsapp: 019-4811401(jaja).
tq jaja untuk shawl yang superb best ni.semoga berjaya dalam bisnes.



kalau berminat untuk review produk di blog saya sila contact saya di:
sms/whatsapp: 012-4141421
email: fabulousiti.bnc@gmail.com
*saya review 100% berdasarkan pengalaman sendiri guna.
takde tipu2 ya.dan saya agak teliti bila try sesuatu produk atau nak review tu..
bukan promosi semata2 ya :)



lik fanpage saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.


resepi roti telur cheese.

Assalamualaikum.


kat rumah ni semua terer masak dan semua rajin2 belaka...UHUK! UHUK! batuk bodek sikit -.-'
tapi ada sorang yang tak suka masak dan kebarangkalian untuk beliau memasak ialah sebanyak 2324354 perpuluhan #E$34543546 ok takyah baca.gua sendiri pun tak paham..muahaha.
toksah nak nak berdalih..orang yang tak suka bab masak memasak ni haaa...ni haaa...! tuan belog intan payung comel pompompom pewwwiiittt ! amboi panjang berjela gelaran dia T_______T


tapi hari tu dan beberapa hari kebelakangan hari tu tiba2 boleh TERmasak sendiri kalau nak makan apa2.bukan masak setanded lauk2 tu semua..tak..tak.ni masak benda simple je pun..nak kecoh daaaa ! sebab bangga dapat masak benda simple sendiri,nak shared lah kan kot2 uolss pun malas2 macam saya,tapi lapar tahap encik gaban pun tak boleh nak tolong dah..so meh la nak shared resepi main hentam tapi sedap jugak.simple dan sedap..eceeehhh...nak jugak sebut sedap tuh.



roti yang sedang digoreng,ditaburi cheese hasil korekan didalam peti ais..auummmm!
sedapnya! caption nak overrr je kan =p



hampir masak ni.benda simple memang sedap untuk orang2 bujang trang tang tang ni...hahaha..
menipusss =p


RESEPI ROTI TELUR CHEESE:
1) 2 keping roti(kalau guna telur besar boleh buat 3 keping roti).
2) 1 biji telur.
3) secubit garam atau kurang.
4) bawang besar di potong dadu.
5) cheese.guna ja apa2 jenis pun.saya terjumpa parmesan cheese kat dalam peti ais.
hentam saja lah walaupun saya tak suka parmesan berbanding cheese yang lain :)~
6) mentega untuk menggoreng.boleh guna minyak masak je,tapi saya suka rasa mentega tu kat roti nanti.

CARA2:
1) pukul telur bersama bawang dan garam.
2) panaskan kuali dengan mentega.nak guna minyak masak pun boleh.
3) celup roti kedua2 belah dalam bancuhan telur tadi dan goreng dalam kuali.takkan nak goreng atas muka tuan blog oi? (in case kalau muka over minyak boleh goreng telur ke kan kahkah..ok, tak lawak poonn :p ).
4) tabur cheese atas roti telur tadi.goreng depan belakang ye kawan2.agak2 dah masak boleh la angkat dari jemuran..muahaha.
5) dah siap, hidangkan dan makan !

p/s: ok,pelis jangan gelak.benda ciput pun sibuk2 nak shared.tapi asalkan gua happy ilek arr kan? ekeke.




walaupun rupa tak berapa nak best,tapi asal kau masuk perut ku kenyang sudah.
selamat mentry kawan2 ^.^*



like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


like fanpage mekap,tudung dan custome made hp case di:
http://www.facebook.com/fabulousiti


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.