cathy doll bonjour paris set,bodycare terwangi dari hisyfadz beauty home.

Assalamualaikum.


saya suka betul guna produk2 cathy doll nih.satu sebab comel,dua sebab wangi,tiga sebab berkesan.
macam2 dah guna dan kali ni nak share dengan uolss bodycare dia pulak.didatangkan dengan set..
tapi waktu saya try ni lotion dan scrub dia habis,so saya review shower gel saja ok.

produk:
cathy doll bonjour paris set
(ada shower gel,lotion dan scrub).

harga:
satu set RM85 free postage untuk semenanjung.

tempat beli(onlineshop):

pertanyaan atau order:
sms/whatsapp/wechat/viber: 014-7407424(fadz).



menurut pengeluar:-
1) cathy doll bonjour paris luxury perfume gel 250ml:
-bau yang sangat wangi.
-tahan lama.
- rasa fresh selepas mandi.
-mempunyai biji2 seperti scrub.
-menghilangkan daki di badan.
-bau wangi seperti memakai perfume.
-kandungan 24k gold+pearl+rose.

2) cathy doll bonjour paris luxury perfume body lotion 250ml:
-bau yang sangat wangi.
-melembutkan kulit.
-tidak melekit/berminyak.
-mengurangkan kedutan.
-menganjalkan kulit.
-melembabkan kulit.
-bau yang tahan lama(sehingga ke petang).

3) cathy doll bonjour paris scrub gel:
-menyingkirkan daki/sel kulit mati.
-menjadikan kulit cerah serta merta.
-menghilangkan kulit kusam.
-melembutkan kulit.
-bau yang wangi.



nilah shower dia yang saya guna.packaging dia omey wooooo....
rasa sayang nak guna...hihihi.



tag tu pun rasa sayang nak buang..haha..hover kau cik senah!
memang comel lah.



kalau nak open kena tekan kat atas penutup tu.



tekstur shower gel ni bersinar2 uolss..
mungkin disebakan kandungan 24k gold+pearl+rose tu kan.


hasil penggunaan saya:
-bau wangi sangat2! bau dia macam perfume ralph lauren dan ada jugak yang cakap
bau dia macam produk body shop.tak kisah lah tapi memang wangi sangat2.
- kalau nak buih tu banyak,guna lah shower brush(macam jala tu).
-kulit lembut.
-memang rasa fresh lepas mandi.mungkin disebabkan bau dia tu kan.
- bau wangi tu buat kita rasa macam pakai perfume.macam mandi dengan perfume pun
ada jugak..haha.tapi memang bau wangi lah..jangan risau,bau dia tak peningkan kepala.
- saya puas hati dan suka guna shower gel ni.baru guna shower gel je,
belum guna lotion dan scrub lagi.berganda2 bau wangi tu tau.
saya rekemen lah uolss beli set ni.tak rugi..berbau wangi orang pun suka dan senang
dengan kita kan(maksudnya takde bau badan).


sekali lagi,kalau nak tengok dan beli produk2 cathy doll sila lah ke page
pertanyaan dan order sila sms/whtasapp/wechat/viber: 014-7407424(fadz).



untuk review produk di blog,fanpage,fb dan instagram saya,sila contact:
sms/whatsapp: 012-4141421
email: fabulousiti.bnc@gmail.com



like fanpage saya di:

klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.


product review: Bifesta cleansing express eye makeup remover.

Assalamualaikum.


p/s: entry ni dah tlama taip,berbulan2 dah tapi terlupa nak publish,
ni baru terjumpa balik kat dalam draft T___T


ok,dalam banyak2 produk muka,yang  paling cepat habis ialah make-up remover.
nama pun tukang mekap cek kiah oiii *libas2 rambut.


saya suka try macam2 jenama make-up remover.
sebab takde idea nak try yang mana pulak,saya google tengok review make-up remover yang best.
jumpa jenama bifesta ni.ramai cakap produk ni bagus.
tapi ni produk jepun punya..hoi nak pergi jepun ke beli?! sabar dulu...kecoh betul cek kiah ni.
benda ni kat watsons dan guardian pun ada jual lah....


saya beli di guardian.nak beli yang lain,sekali terbeli yang eye remover punya..
dah balik rumah baru sedar tersalah beli,tapi hape kisah? guna jugak untuk seluruh muka..
wakaka.


nama produk: Bifesta cleansing express eye makeup remover
*tapi kat packaging takde tulis bifesta.dia tulis dalam bahasa jepun kot?
 kot je la kannn pasal haku tak paham T_T
saiz: 145ml.
harga: lupa :p (dalam belas2 ringgit je rasanya).



packaging beliau.
ada balutan plastik.sila baca betul2.fungsi,cara guna dan bahan2.
mesti baca betul2 sebab kat plastik saja yang tulis bahasa inggeris,kat botol dia tulis bahasa jepun.
kalau kau terer bahasa jepun takpe,tu dimaafkan.macam saya ni bahasa melayu pun masih kantoi,
sekali haku baca jepun tak pasal2 makan selipar jepun..bhahaha.



produk ni ada dua lapisan.
lapisan no.1 tu tekstur dia macam minyak.lapisan no.2 pulak tekstur macam air.
tiap2 kali nak guna kena goncang2 untuk sebatikan dua2 lapisan.baru dia berkesan.



goncang2 produk supaya dua2 lapisan tadi bercampur,tuang atas kapas dan mulakan proses
mencuci mekap.kalau tak salah,kena pedap dan biar beberapa saat supaya mekap mudah tanggal.
tapi orang bz macam saya ni mana ada masa nak tunggu2?
tuang atas kapas terus cuci mekap tu semua..wakaka..INI SEMUA POYO! orang bz konon...

produk ni untuk mata sebenarnya,tapi saya guna jugak untuk seluruh muka.
nak jimat ke kedekut? dua2 pun boleh..wakaka.



saja je mekap smokey,bibir merah ang2.nak test produk punya pasal.
sebelum dan selepas cuci mekap.agak bagus lah produk ni sebab kesan mekap mudah hilang.
tengok yang selepas tu,takde hitam2 sangat kat mata kan.bibir pun cuci bersih.
eh jap,amboi putisssnye kulit awak? haaa.ini punya kes tangkap gambar depan tingkap kasi cahaya
 over masuk sikit haaa.siap!
p/s: ni gambar lama,produk ni pun dah habis guna berzaman dah T__T




tang mata.sebelum cuci dan selepas cuci.
senang tanggalkan maskara dan eyeliner kalis air.celak kening semua pun senang tanggal.




lipstick.hasil selepas sekali sapuan produk.merah ang2 tu tanggal dengan mudah.
belah kanan pulak blusher,bedak dan foundation.sekali sapuan jugak.mudah tanggal walaupun
bedak tebal2.




guna 3 keping kapas untuk tanggalkan mekap yang tebal.
kapas pertama tu banyak gila kesan mekap yang keluar.
kapas kedua sisa2 tertinggal.kapas ketiga ada sikit2 je kesan mekap.
kesimpulannya produk ni tanggalkan mekap dengan mudah dan berkesan.takyah guna banyak2 produk
dan kapas.mekap tebal2 pun 3 keping kapas ja yang saya guna.


kata pengeluar:
contains deep sea water and vitamin B,E (with moisturizing  ingridients).
vitamin B derivative(panthenol).vitamin E derivative(tacopherol).containts alkanedol(moisture retainer).
revolutionary water-based cleansing agents removes stubborn water-proof mascara easily.
gentle yet thorough cleansing action to instanly dissolve and lift all traces of mascara and
eyeliners while helping to protect lashes and the delicate eye area.
non-oily and gentle moisturizing properties of deep sea water and vitamins B and E for the
protection of lashes and sensitive eye area.
hypo allergenic formulation suitable for sensitive skin.
presevative free,fragrant free,colorant free,paraben free.


hasil penggunaan saya:
- mudah sangat tanggalkan mekap.sapu2 je terus mekap tanggal.

- mekap kalis air mudah tanggal.
saya guna maskara,celak dan bedak kalis air,kena cuci betul2.
tapi dengan produk ni senang nak cuci.

- ada bau yang ligh tapi dekat2 nak habis guna ni bau dia macam cecair berkumur(listerine dll)
haha.

- waktu mula2 beli dan guna(isi masih banyak),
dia tak berminyak sangat.rasa selesa bila tanggalkan mekap.
tapi lama2 dekat nak habis isi dia tu baru rasa agak berminyak sikit.
mungkin sebab lapisan no.1 yang tinggal banyak.

- cuci mekap mata tak rasa pedih.tapi dekat2 nak habis
mula lah rasa pedih walaupun guna sikit je produk.
saya rasa sebab lapisan yang no.1(berminyak) tu.

- kesimpulannya saya suka jugak eye make-up remover ni.
sangat senang nak cuci mekap.takyah tonyoh2.
sapu lembut2 pun mekap dah tanggal dah.dia untuk mata sebenarnya,
tapi saya guna jugak untuk tanggalkan mekap kat seluruh muka.agak bagus sebab dia berkesan jugak.
cuma dekat2 nak habis ni ja dia jadi over sikit.saya suka dengan botol dia.cantik dan tak mudah meleleh.
ok,tu je.


like fanpage saya di:
http://www/facebook.com/zoeyzauyahfanpage


like fanpage mekap dan tudung di:
http://www.facebook.com/fabulousiti


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.



product review: cathy doll 2 in 1 concealer+cheek tint.

Assalamualaikum.



kalau nak pipi comel macam pau gebu berkaler pink,peach atau oren
sila lah baca entry ni sampai habis.tak cukup lagi,boleh comelkan sekali
mata panda akibat tak cukup tidur atau terlebih tidur atau nak coverline cela2 kat muka tu kan.


produk:
cathy doll 2 in 1 concealer+cheek tint.

harga:
RM35 free postage untuk sm.

pilihan warna:
01 petit pink,
02 romantik peach,
03 sexy orange.

penjual:
hisyfadz beauty home(klik di sini).
sms/whatsapp/viber: 014-7407424(fadz).




inilah dia produk yang boleh mencomelkan pipi sampai nak cubit2 pipi sendiri..kahkah.
cathy doll 2 in 1 concealer+cheek tint.




produk ni 2 in1,sebelah ada concealer dan sebelah lagi ada cheek tint.
untung kalau beli sebab jimat duit dan jimat space.nak bawak pi mana2 pun senang
sebab 2 produk dalam satu batang je.cheek tint pulak boleh digunakan sebagai eyeshadow jugak.




ni lah warna2 dia.tapi concealer tu sama warna untuk tiga2 kod cheek tint.
tekstur produk jenis liquid.jangan risau tengok warna2 ni,bila pakai kat kulit akan jadi natural.
bau pulak wangi.




concealer ni jenis liquid.titik2 kat bawah mata atau kat mana2 kawasan kita nak cover tu.
lepas tu pedap2 dengan jari supaya rata.jangan sapu sebab tekstur cocealer ni agak nipis,
kalau sapu dia susah nak melekat dan cover apa2 yang patut.




concealer ni agak cerah,so saya rasa boleh buat sebagai highlighting di kawasan
muka yang kita nak.cara tu sama jugak,titik2 lepas tu pedap sampai rata.




sama jugak dengan cara pakai cheek tint.
sebab dia jenis liquid,so kita kena titik2 atas tulang pipi lepas tu pedap sampai rata.
ulang lah sampai kita dapat takat mana terangnya warna yang kita nak.
lepas pakai ni boleh pedap2 pipi dengan bedak untuk bagi nampak gebu atau biar camtu je
dia akan nampak basah2 dan glowing sikit.




ni hasilnya saya guna concealer+cheek tint warna 02 romantik peach.




yang ni guna warna yang sama tapi nampak pink2 sikit sebab ambil gambar ni
guna front camera(saturation dia tak sama).


MENURUT PENGELUAR:
- memudarkan jerawat,parut jerawat,bintik hitam dan jeragat.
- mengurangkan lebam/lingkaran hitam bawah mata.
- menghilangkan kesan kemerahan di sekitar hidung dengan mudah.
- meresap dengan sekata di kulit seolah2 tidak memakai concealer.
- tidak menyebabkan jerawat.
- sesuai untuk kulit normal atau kulit sensitif,berjerawat dan berminyak.
- boleh digunakan sebagai pemerah pipi dan juga eyeshadow.


HASIL PENGGUNAAN SAYA:-
concealer:
- jenis liquid dan hasilnya agak nipis berbanding jenis lain.
so kita kena pedap2 dan ulang 2,3 kali proses yang sama kalau ada lingkaran hitam,
parut atau cela yang teruk.tapi kalau biasa2 je dia memang boleh cover.

- warna concealer agak cerah,so boleh dibuat sebagai highlights jugak.

- overall concealer dia memang boleh cover cela2 tu semua.

- bau wangi.


cheek tint:
- pilihan warna dia cantik dan nampak natural lepas sapu di kulit.
warna dia tu nampak cantik di kulit.kita boleh pilih nak bagi dia nampak biasa2 je
atau terang/menonjol sikit.saya suka pakai terang2,so saya akan sapu 2,3 lapis.

- kalau nak nampak gebu2 sikit,lepas pedap cheek tint tu pedap pulak bedak kat pipi.
kalau nak bagi nampak basah2 dan glowing,lepas pedap cheek tint biar camtu je
tak payah guna bedak dah.

- walaupun jenis liquid dan kena pedap2,tapi senang ja nak apply.

- warna tahan lama.

- bau wangi.

- keseluruhannya memang saya suka dan selalu guna produk ni.
awak2 semua pun kena try sebab warna dia comel dan natural.
tapi kalau ada sebarang pertanyaan dan nak beli,sila contact penjual sendiri ya.
saya hanya la pengguna,bukan penjual.mereka lebih arif.
link dan no. tel penjual saya dah tulis kat atas tadi.



like fanpage saya:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.





free total image sample+watsons voucher: senarai pembaca yang terpilih.

Assalamualaikum.


ini senarai pembaca blog saya yang terpilih untuk menerima
1x50ml  free sample apple stem cell drink+RM8 watsons voucher.


saya dah email semua yang terpilih,
ada yang dah reply,ada yang belum.cepat2 chek email di senarai ni
kalau ada email anda dalam senarai yang belum reply tu tolong reply secepat yang mungkin ya.
saya kena bagi details anda pada total image sebab depa yang akan pos.
p/s: tak sempat check dan tulis nama satu2,so saya tulis email ja k.

update 9.12.13.
.
.
.
semua dah bagi maklumat.terima kasih sebab bagi kerjasama.
saya akan send semua maklumat anda ke pihak total image dan selepas ni
depa yang akan uruskan dan pos semua.terima kasih ya semua :)

1) lyacraft13@gmail.com
2) izzanywhere@gmail.com
3) nojiejihah@yahoo.com
4) mulanmia@rocketmail.com
5) azlina_hapip@yahoo.com
6) airamahira@gmail.com
7) xieoanna87@gmail.com
8) ikathequeen@yahoo.com
9) mimiruslee@gmail.com
10) shiqin.nexus7@gmail.com
11) anne_smksb@yahoo.com
12) aminina0205@yahoo.com
13) busymonkey07@gmail.com
14) nurulatiqah_ahmed@yahoo.com
15) farahdeenafisal@yahoo.com
16) sherry.purple@gmail.com
17) auliayulia90@gmail.com
18) lianarazali760@yahoo.com
19) nurulathirahms@gmail.com
20) babyz_iqti@yahoo.com



terima kasih pada yang mencuba.yang dapat tu tahniah dan selamat mencuba
produk yang best ni.yang tak dapat pulak insyaallah lain kali ada rezeki ya.
pembaca yang terpilih ni semua berdasarkan syarat dari total image sendiri.
terima kasih ye semua :)



tq.

product review: total image apple stem cell dan free sample untuk pembaca blog saya !

Assalamualaikum.



baru2 ni saya diberi peluang untuk mencuba produk 
total image apple stem cell +salmon & silk peptide.
adik saya pun cuba produk ni,jadi saya nak kongsi kebaikan produk 
dan hasilnya macam mana.
p/s: baca sehingga habis,akhir entry ni nanti saya akan bagitau macam mana caranya
untuk dapatkan free sample total image apple stem cell  ni :)



packagingnya di dalam kotak macam ni.
thanks total image,siap ada ribbon lagi.santa clause sangat kan..ihiks !



tak sabar nak sahut cabaran bila dah dapat produk ni.
rasa bahagia macam dapat hadiah..haha.



wanita2 harus exited bila nampak perkataan 
*ANTI PENUAAN.
*MEMPERBAHARUI SEL KULIT.
*MELEMBUTKAN DAN MELEMBABKAN KULIT.



maklumat produk ada ditulis di kotak.



kebaikan dan fungsi 3 bahan utama produk ini.



satu kotak ni mengandungi 15 botol untuk tempoh sebulan.



maklumat juga ada di pamphlet produk.



satu botol 50ml.produk ni sangat mudah.minum satu botol setiap pagi sebelum sarapan
untuk tempoh 10 hari yang pertama,diikuti 1 botol setiap 2 hari.
senang,buka penutup terus minum..tak payah bancuh.minum macam minum air kotak je.
rasa dia pulak sedap ! rasa jus laici,tak rasa hanyir pun.jadi nak cantik tak payah seksa diri
makan atau minum benda yang tak sedap.sila cuba produk ni ok sebab sedap dan bagus
untuk kecantikan kulit.



selain kandungan utamanya apple stem cell,salmon roe peptide dan silk peptide,
produk ni juga mengandungi banyak lagi bahan dan vitamin yang bagus untuk kecantikan kulit dan
ianya halal.


total image apple stem cell+salmon & silk peptide dirumuskan menggunakan teknik kultur tisu tumbuhan
yang inovatif.ia mengambil peranan dalam melindungi sel tunjang kulit dan mendorong pembaharuan sel.
memandangkan peranan penting sel tunjang terhadap penuaan kulit,total image apple setm cell+salmon
 & silk peptide tampil dengan rumusan yang menggunakan sel tunjang daripada sejenis epal yang
jarang dijumpai.pokok epal yang sangat tua ini sememangnya terkenal dengan tempoh penyimpanan
yang luar biasa lamanya.buahnya tidak mengering/mengecut dalam tempoh penyimpanan yang lama.

fungsi total image apple stem cell+salmon & silk peptide bukan ini sahaja,
ekstrak acerola yang kaya dengan vitamin c melindungi kulit daripada menjadi gelap.
peptida telur ikan menggalakkan pembaharuan sel tisu kulit manakala peptida sutera berupaya
mengekalkan kelembapan kulit.ia bertindak sebagai kubu pertahanan yang memerangkap air
bagi melembabkan kulit yang kering.pendek kata total image apple stem cell+salmon & silk peptide yang diperkaya dengan pelbagai esen dan nutrien memberi sumbangan besar
dalam usaha anti penuaan anda! 
ia memberi anda pendekatan yang lengkap,selamat dan efektif dalam pembaharuan kulit !


faedah-faedah kesihatan:
-memperlahankan penuaan sel.
-memanjangkan jangka hayat sel tunjang kulit.
-memelihara keupayaan pembaharuan tisu kulit.
-mengurangkan kedutan dan garis halus.
-mempercepat pertumbuhan tisu kulit.
-menyokong fungsi sel dan melindungi sel.
-mengekalkan kelembapan kulit dan memberikan nutrien.
-merencatkan penghasilan melanin.
-mencerahkan warna kulit.
-mempermuda kulit.


alami kesan anti-penuaan dalam 15 hari:
-wajah cerah berseri.
-kulit kekal lembab dari lapisan asas.
-kulit muka anjal dan tegang.
-faktor-faktor yang memperbaharui dan mempermuda kulit dipergiatkan.
-penampilan kulit sempurna dengan ph seimbang.
-permukaan kulit yang gebu dan licin dengan keupayaan perlindungan terhadap uv.


satu kotak: 50mlx15 botol untuk tempoh sebulan.
cara penggunaan: minum 1 botol setiap pagi sebelum sarapan untuk tempoh 10 hari pertama
dan diikuti 1 botol setiap 2 hari.
harga: RM133.
tempat beli: boleh didapati di semua farmasi utama di malaysia.

untuk maklumat lanjut:-



taadaaaa ! takde pic sebelum guna hihi.
kalau anda pun nak hasil kulit yang lebih elok,nampak cerah berseri,rasa lembut dan anjal,
kena amalkan total image apple stem cell+salmon & silk peptide ni tau.



adik saya pun cuba jugak.sebelum dan selepas minum total image apple stem cell + salmon & silk peptide.kulit dia jadi lebih tegang,nampak cerah dan berseri.tengok kat kawasan mata tu...ada beza kan?
selain tu masalah sembelit dia pun jadi ok.



FREE SAMPLE UNTUK 20 PEMBACA BERTUAH !!!
anda pun boleh cuba dan dapatkan 1x total image apple stem cell drink+RM8 watsons voucher.
caranya mudah sahaja...

tinggalkan komen anda di entry ini dan sertakan maklumat ini serta jawapan:
nama:
email:
nama facebook:
jawapan:


soalan:
"apakah 3 bahan utama yang terdapat di dalam rumusan total image apple stem cell drink?"



selamat mencuba !
tq.


UPDATE 11.12.13:
kempen ini telah telah tamat dan pembaca bertuah telah pun dipilih.
terima kasih.