product review: bifesta cleansing lotion makeup remover.

Assalamualaikum.


si tukang mekap yang suka pakai mekap memang wajib ada makeup remover.
macam2 jenama yang saya dah try.hari tu try pulak jenama bifesta cleansing lotion for 
combination & oily skin.saja nak try sebab jenama ni waterbase.selalu dok pakai yang berminyak sikit
untuk tanggalkan mekap waterproof.kali ni nak cuba yang ringan2 dan tak berminyak.

produk:
bifesta cleansing lotion suitable for combination & oily skin.

harga:
tak ingat..muahaha..

tempat beli:
tak ingat tapi antara guardian dan watsons.



packaging bifesta cleansing lotion suitable for combination & oily skin.
dia ada 4 jenis untuk kulit yang berlainan.saya pilih yang ni sebab kulit saya jenis kombinasi,
berminyak di zon-T dan normal di bahagian muka yang lain.
saiz 300ml.besar dan tahan lama.berbulan2 saya guna tak habis lagi.


menurut pengeluar:
- berasaskan air.
- tidak perlu dibilas.
- mengandungi ekstrak teh hijau untuk mengetatkan/mengecilkan pori.
sesuai bagi sesiapa yang bimbangkan masalah pori2 besar dan terbuka serta kesan melekit
selepas guna.


hasil penggunaan saya:
- 'ringan' dan sejuk seperti air sebab produk ni memang berasaskan air.
- tak berminyak dan tak rasa melekit selepas guna.
- bau produk yang mild(bau tak kuat).
- mudah tanggalkan mekap tapi kurang berkesan untuk mekap yang kalis air.
- katanya tak perlu dibilas,tapi saya tetap guna pencuci muka dan bilas dengan air
 sebab nak bagi kulit lebih bersih dan elakkan kulit dan pori2 dari tersumbat.
takut naik jerawat uolss.bersih banyak2 kali tak rugi pun.
- kalau bilas dengan air dia akan rasa lekit2 macam ada lotion kat kulit kita.
kalau tak kena air tak rasa lekit pun.
- kadang2 rasa pedih kalau guna di mata.
- keseluruhannya saya suka jugak produk ni.tapi dia tak berkesan untuk mekap yang waterproof,
so saya cuci maskara guna baby oil,lepas tu saya double cuci lagi guna produk ni pulak.
tapi kena hati2 takmo bagi pedih kat mata.
untuk tanggalkan mekap di seluruh muka,saya terus guna produk ni je.



gambar sebelum:
saya sapu foundation jenis stick tebal2 ,sapu loose powder dan compact powder di tangan tu.
lepas tu sapu pulak eyeshadow jenis yang terang dan susah tanggal,lipstick yang susah tanggal,lipliner pencil yang susah tanggal dan liquid eyeliner jenis waterproof.

gambar selepas:
sekali sapuan guna bifesta cleansing lotion makeup remover.
memang berkesan untuk tanggalkan mekap dan tak rasa melekit atau berminyak.



sebelum:
kapas bersih yang dituang bifesta cleansing lotion.

gambar selepas:
hasil mekap dan kotoran yang keluar selepas sekali sapuan/cucian.



now kita tengok hasilnya untuk tanggalkan maskara pulak.

sebelum:
saya pakai maskara waterproof.maskara yang saya pakai ni memang betul2 kalis air
dan susah nak tanggal.kena pakai makeup remover jenis berminyak baru dia bersih.
tapi ni saja nak tunjuk kat uolss hasilnya macam mana kalau cuci guna bifesta cleansing lotion.

selepas(gambar tengah):
selepas cuci guna gifesta cleansing lotion.
nampak macam bersih kan? tapi sebenarnya masih ada sisa2 maskara dan mata rasa tak selesa.
produk ni berasaskan air dan takde unsur2 minyak,agaknya tu lah sebabnya kurang berkesan
untuk maskara kalis air.

selepas(gambar kanan):
sisa dan ketulan maskara yang masih ada walaupun dah cuci dengan produk ni.
nak cuci banyak2 kali pun tak boleh sebab dia rasa pedih sikit kat mata.
sebab tu untuk cuci maskara saya guna baby oil,lepas tu baru double dengan bifesta cleansing lotion pulak.



sebelum:
kapas bersih yang dituang bifesta cleansing oil.

selepas:
selepas 2,3 kali cuba cuci maskara kalis air.hasilnya macam ni.
tapi maskara tu tak dapat ditanggalkan 100%.masih ada sisa.
tapi apa2 pun produk ni berkesan untuk tanggalkan mekap yang lain di muka :)


selamat mencuba dan terima kasih :)


like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.

tq.


3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow bagus

GiGi_ChAnTiq said...

wahh..slalu pkai tisu basah je..heheh.. thanks for shared.

Nafisah Hanim Hamdan said...

Assalamualaikum cik puan. Info yg best. Thanks.

Btw, saya selalu sgt bace blog cik puan. Suke laaa.. cerita semua best2. Byk jugak saya amalkan petua2 n cuba produk2 yg cik puan kenalkan. Berbaloi la jugak. Terima kasih ye. La ni bru ade kesempatan follow cik puan. Saya budak baru belajar. Kalau rajin, follow saya ye. Hehe

Saya baru nak mula menulis blog pasal beauty2 ni. Baru sangat2. Mohon perkongsian ilmunye ye.
Thanks.

Terpanjang pulak komen. Sorry. Salam perkenalan ye cik puan. :)