product review:facial sendiri dan review botanical choice purifying dead sea mud mask "papaya".

Assalamualaikum.


p/s: ini entry lama.saya baru jumpa dalam draft T___T


kehidupan saya yang sibuk kebelakangan ini membuatkan saya tak sempat nak rawat muka sendiri.
muka sendiri pun tak sempat nak rawat,apatah lagi muka ibu2,kakak2,jiran tetangga dan orang2 kampung sekelian..muahahaha..motif sangat merepek tengah2 malam kan(entry ni dibuat pada pukul 3.23am!).


sebenarnya tak rawat muka bukan sebab sibuk semata2 tapi jugak ditambah sifat2 yang sangat pemalas.
baru2 ni terasa nak bajet mak datin semula.nak pakai masker,nak ilek2 sambil gosok kuku(pengaruh mak datin dalam tb).stock masker dan lain2 ada lagi,so buat sendiri je sep bajet uolsss.



kali ni buat facial simple2 je pun.ni barang2 yang saya guna.semua ni dah lama ada dalam simpanan,
tapi sebab malas nak buat,maka terkontang kanting lah mereka di dalam laci saya..ekeke.
benda yang saya guna adalah watsons energising eye mask reshreshing for tired eyes(insyaallah kalau ada masa nanti saya review yang ni ok),botanical choice purifying dead sea mud mask "papaya"(kali ni saya nak review yang ni sekali) dan cathy doll so happy berry yogurt peeling gel.
produk cathy doll ni hisyfadz beauty home(sila klik) yang bagi.lama dah bagi.bagi free untuk try saja
sebab masa tu dia cakap tak jual yang ni,uolss try masuk fb page dia dan usha kot2 dah jual sekarang k.



mula2 sekali lepas cuci muka saya pakai cathy doll so happy berry yogurt peeling gel.
dia macam scrub lah.tapi dia tak kasar macam kebanyakan scrub.tekstur dia macam krim warna putih.
lepas apply kat muka tu gosok lembut2 dia rasa ringan dan sejuk macam air.lepas tu dia bertukar dan keluar macam serdak2 tu.produk ni berbau strawberry dan wangi sangat.lepas pakai ni rasa kulit bersih.
best tau produk ni.satu paket trial pack ni pun boleh pakai sampai 3 orang ! 
saya shared pakai dengan adik dan kakak saya.



watsons energising eye mask refreshing for tired eyes.
sebenarnya yang ni saya pakai last sekali.saja nak pakai last pastu baring sampai hampir terlena..
muahaha.sebelum pakai saya letak kejap dalam peti sejuk.lepas tu bila tempek kat bawah mata tu rasa sejuk dan fresh sangat2.best jugak produk ni.lepas pakai mata rasa segar.



hari ni saya nak review sikit pasal produk botanical choice purifying dead sea mud mask "papaya".
saya tak ingat berapa harga dia sebab dah lama beli.beli kat watsons.
saya dah pernah try jenama ni,memang ini antara jenama mask terbaik.mask dia semua best2 bila pakai.


KATA PENGELUAR:
- membersihkan secara mendalam.
- digabungkan dari lumpur laut mati dan ramuan semulajadi yang menenangkan seperti
betik,lavender dan bergamot.
- membersihkan kulit yang letih.
- membersih/menarik kotoran dari dalam.
- menjadikan kulit lebih berseri,segar,bersih dan licin.



HASIL PENGGUNAAN SAYA:
- bau wangi ! best bau dia.tak pening kepala pun.
- tekstur pekat(macam lumpur lah).saya paling suka mask macam ni,lumpur2 tu kan.
- warna dia putih nak biru2,nak hijau2 sikit.
- satu paket ada banyak! muka saya kecik pulak kan,so saya shared pakai dengan adik dan kakak saya.
- walapun tekstur macam lumpur,tapi senang nak apply.saya guna jari je.
- jimat masa pakai mask ni sebab tak payah bancuh.buka paket dan terus sapu kat muka.
- pengeluar tulis pakai selama 15-20 minit,tapi mask ni cepat kering dan cekang muka.best !
- lepas cuci dengan air memang kulit rasa best sangat.jadi lembut dan rasa fresh.
- kadang2 lepas pakai mask mesti kulit jadi berminyak atau naik jerawat,tapi lepas pakai mask ni kulit kurang berminyak dan tak ada tanda2 nak naik jerawat.


mask yang sangat best ! sapu seluruh muka,elakkan kawasan mata dan bibir.
biar selama 15 ke 20 minit dan cuci bersih.lepas tu pakai lah produk muka macam toner dan pelembab.



lepas buat rawatan muka takde lah nak jadi muka tokti ke ape kan.
tapi kulit kita terjaga,awet muda,bersih,lembut dan rasa fresh.
kalau tak jaga dan tak buat rawatan secara konsisten kulit kita akan jadi kasar dan cepat nampak tua.
bintik putih dan hitam pun teruk(picit buang tau...kalau tak,dia jadi teruk dan rosakkan kulit kita).
cewaahhhh ! pandai dia bebel bagi pesanan kat orang,padahal dia sendiri pun malas nak buat rawatan :p


tamat.


like fanpage saya di: 


like fanpage mekap dan tudung di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.

1 comment:

suri said...

Since ada ank ni lgsg x sempat nk buat facial sendiri..ms zaman anm dara n belum ada ank ritu ken mahen dok pakai segala mak nenek mask..ni mary kay punya mask pun x abis2 lg sejak beli setahun lepas..semalam sesaja belek2 muka sekali kauuuuu white head black head tumbuh mekar bak bunga ditaman..sedih oiii