tips untuk pemakai contact lens.

Assalamualaikum.


nak pakai contact lens kena jaga betul2.tak boleh pakai lebih dari tempoh yang dibenarkan.
ada contact lens pakai buang untuk sehari,ada yang tahan sebulan,ada yang 3 bulan,6 bulan dan setahun
tapi paling elok pakai sebulan atau 3 bulan saja.lepas tu sila baibai kat contact lens sekelian ye.
air cuci pun sama.tak boleh pakai lebih dari tempoh dibenarkan.nak tau tempoh expired lens dan air cuci
kena tanya penjual/kedai speck tempat anda beli tu k.
cuma masalah kita mesti selalu lupa berapa lama dah pakai lens tu kan? meh nak kasi tips cara saya.
ni cara saya sebab tak mo bagi lupa.cara puan sri saodah,datin meriah dan sewaktu dengannya
saya tak tahu ye..muahaha.




air cuci.saya guna all in one.maksudnya boleh guna untuk cuci,bilas dan simpan.
selalu beli jenama solo care aqua sebab tak pedih mata.
jenama ni tahan 3 bulan.takmo bagi lupa expired lepas buka senang saja cik senah oiii...
saya akan tulis tarikh mula buka(open) dan tarikh expired selepas buka(exp).
tak tau lah saya kira betul ka tak 3 bulan tu,tapi stop awal takpa dari terus guna walaupun dah expired.
bahaya tau !




contact lens pun sama.buka2 ja saya akan tulis di bekas dia tarikh mula buka
dan tarikh expired.kalau pakai lens yang diaorang cakap 6 bulan pun saya cuma akan pakai 3 bulan.
lepas tu terus buang dan beli baru.jangan cuba2 pakai yang dah expired.
nampak elok tapi kuman di lens tu kita tak nampak.mata kita sangat sensitif dan berharga tau.
setiap kali nak pakai lens biasakan diri tengok tarikh yang kita tulis kat bekas tu.
kot2 kita tak sedar tarikh expired dia.bila tengok boleh ingatkan kita tarikh tu kan.




satu lagi nak share.kalau pakai lens mesti lepas tanggalkan lens mata kita rasa
tak berapa selesa.macam saya pun kadang2 rasa pedih atau jadi merah2.
tak pun mata kering kan.so lepas buka lens saya akan titik ubat mata.
ni kes kalau mata rasa tak selesa lah.kalau tak rasa apa2 saya tak pakai.
kalau nak guna ubat mata,lebih baik pi klinik dan jumpa doctor sendiri.cakap ja apa problem
bila pakai lens atau lepas tanggalkan lens.doctor akan bagi ubat titis yang sesuai.
saya tak berani beli suka2 di farmasi atau tempat lain.benda nak titik kat mata weh..sila hati2 ok.
p/s: kadang2 orang suka titis ubat mata waktu lens masih ada kat dalam mata.
ada yang boleh,ada yang tak boleh.kalau jenis yang tak boleh tu kita pi titik jugak boleh pedih mata dan rosak lens tau.jadi seeloknya tanya doctor/klinik cara guna ubat titis tu.


tu ja nak share..maaf kurang update blog sebab emosi tak stabil T________T



like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage



klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.

2 comments:

NinaAz said...

nina jenis pelupa. better buat gini

✗ fifiyfitrianiee ✗ said...

ohh mcm tu ke? saya dah lama tak pakai lens sebab mata alergic.. kering dan kerap gatal..