aktiviti.

Assalamualaikum.


sebenarnya saya wonder pet RING nak letak tajuk apa.jadi sebab itu tak pasal2 saya meletak  AKTIVITI sebagai tajuk walaupun aktiviti ni takde lah semenarik aktiviti stalker instagram rozita che wan semata-mata nak curik pandang bulu mata palesu beliau weewwiiitttt ! lepas stalker siap tarik2 rambut sambil marah diri sendiri HOII-APA-NIH-CHE-TA-LAWA-GILA-GILA-LAWA-LAWA-GILA-GILA-LAWA-GILA !
sekarang boleh tampar diri masing2 sebab stress baca apa saya tulis..kahkah bergelak megah.




macam biasa,ini cerita lama yang tak pernah update.cerita boring tapi nak update gak memang lah sifat2ku.
27.8.13 saya keluar untuk urusan.tapi bukan urusan kerajaan isketanbola ke hape..urusan ni haku sendiri pun tak ingat sangat uolsss..maklum la kan benda 4,5 tahun lepas baru nak setori kan uolsss...




berpakaian simple untuk aktiviti yang tak diketahui hala tujunya sambil mempakai kasut sport RIM dan membawa bag terpaling mahal di dalam hidupku T______________T
jap2...kasut tu orang panggil sneakers kan? tapi teringat zaman baru nak up dulu kasut tu bebudak zaman tu panggil kasut sport.kalau pakai masuk mall rasa macam kau lah yang up to date sekali kan? tapi orang yang buat camtu lah..iolsss tak buat pooonnnn(kejinya tak nak ngaku T__T )




hai cik puan..mengapakah di dalam gambar wajah kesayangan hamba cik puan nampak sangat mulus,putih,licin,berseri seperti ini? sedangkan ketika terjumpak secara depan2 wajah cik puan IS THE WORST FACE I'VE EVER SEEN??? fulamak dia keluar omputih tuuuuuu....pastu teruk2 je nak cakap haku kan? muahahaha.ok2...baiklah..kepada yang bertanya soalan cepuk emas tersebut,izinkan cik puan menangis setitik dua dan mentarik nafas sedalam-dalamnya...

cik puan macam tak dapat terima hakikat je dapat soalan semacam ini...


baiklah...sebenarnya dalam gambar mungkin cik puan telah meng-editing wajah beliau sebanyak 7 ke 10 lapisan mungkin? mungkin je la kan.. wajah asal beliau di luar tidak lah se flawless mana punnn..tapi takde la sampai tahap hantu kak limah go back home(takmo ngaku tak cantik).jadi diam2 saja lah kalau uolss terserempak saya di luar tak se flawless di dalam gambar ye.peliss kasi can kat saya jugak T______T


selepas beberapa minit:
 laaa...bila dah melalut haku lupa sebenarnya nak letak caption kat gambar ni yang waktu ni saya pi beli lipstick kat satu tempat tu.ada satu lipstick dia yang saya guna.dah nak habis,waktu ni pi beli baru.




pergi tesco semata2 nak beli beli waffle inti coklat+butter dengan air kat daily fresh.aiskrim coklat dengan waffle dia sedap lah.sampai terhingin-hingin,termimpi-mimpi dibuatnya tau(hoverrrr).




ok baru nampak waffle dan air tersebut.tadi sibuk nak memfokus pada wajah sendiri T____________T



sebab cik puan nafsu gajah..errrrr..tolong jangan tersalah faham.maksud saya nafsu makan dia kuat sangat,maka berdesup pergi beli western food pulak.beli bungkus saja sebab saya pening2 waktu ni.bukan saja waktu ni tapi hampir kebanyakan waktu pun(sila doakan saya sihat sejahtera semula ya kawan2?).
sementara order kami siap,saya berlagak la posing macam big boss sikit kan walaupun muka berkilat bukan main akibat flash kamera.





beli western food kat sini.ak-one ke apa tah nama dia.dekat2 hi-tech  kulim tu.
seperti yang anda lihat,suasana restoran masih belum dikunjungi ramai pengunjung blablablabla(gaya wartawan tv)




teringin sangat2 nak makan laksa.minta mak buat tapi mak saya bz orangnya.dia membuat dekkk saja terhadap permintaanku..ok sila muntah sekarang(sebab ayat bukan main)


ok2..sambung2...
saya ada satu strategi,jadi saya terus perg beli ikan dan barang2 memasak laksa.bila balik rumah nak tak nak mak saya yang gojes confirm akan masak jugak..KAHKAHKAH.waktu ni saya pi beli barang2 masak laksa walaupun terhegeh2 nak beli.saya tak beli sangat barang masak2 ni.jadi agak kurang terer ya kalau nak shopping bab ni.kalau kau bagi barang mekap ke haaa...yang tu haku terer..muahaha.tau tak sebelum masuk ke kedai ni baru perasan duit cuma tinggal RM20 saja.susah2 je nak patah balik pi bank.jadinya saya shopping secara berhati-hati dan berjimat cermat.pilih ikan pun kira satu2 uolsss.takut terlebih bajet.nasib baik cukup dan siap lebih lagi.duit lebih buat beli telur 10 biji.apa lah maknanya kalau buat laksa kedah tak dak telur rebus? tambah2 telur hat merah tu kan? sedapnya.




balik rumah.sibuk pi beli barang laksa sampai sejuk western food iolss.saya beli steak daging apa entah.nama glamer sangat sampai tak boleh nak ingat.not bad la tapi rasa steak dia macam pahit2 sikit la.




ini steak kambing apa tah(orang panggil lamb steak,haku hentam steak kambing).
saya dan satu family tak makan kambing kecuali adik saya CCE.dia sorang tersesat pi makan kambing.
saya tak tau lah rasa dia macam mana sebab tak makan kan.


tu ja.rasa macam banyak merepek.setahun lebih kot saya jarang update blog kan? jarang merapu merepek macam dulu2.biasa la dah tua...biasa laaa..biasa laaaa...

tamat.


like page saya:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


like iklan nuffnang saya.

tq.


5 comments:

cha syaf said...

perh dapnye nak sikit pos2 huhu lame xsinggah sini..huaaa hai k.zoey :)

Nazriza Suratman said...

akak selalu baca bloc cik zoey ni, best betul, kelako..santai2 je kan..banyak betul idea awak yea, teruskan menulis.....

Siti(zoey) said...

cha syaf:
hai2 ;)

Siti(zoey) said...

Nazriza Suratman:
insyaallah...thanks akak :D

sYiRa LoKMaN said...

sedappp tuu..ni makin teringin ni