cermin mata baru saya weewiittt !

Assalamualaikum.


hari itu telah menukar sepek mata baru.tapi besar sangat ke peristiwa menukar sepek mata sampai nak kena buat entry kepoh2 macam ini? harap tak keji saya di dalam hati.bab over nak shared segala mak nenek kat blog memang kelakuan saya sejak muda2 dulu sampai lah dah tak berapa nak muda nih...UHUKSS !



sewaktu sesi pilih mempilih.nak yang selesa.sejak mula memang dah set kat dalam hotak dah.kali ni nak sepek besaq2 biaq luas sikit pandangan mata ni.senang nak ushar pakwe hensem2..tapi masalahnya pakwe hensem nak usha haku ke? haaaa..jawab ! jawab !
 
beruk ni pun tak kuasa nak menjawab T________T



akhirnya saya pilih hat ni.kena dengan muka ka,tak kena ka memang tak peduli dah.janji selesa dan nampak luas pandangan mata ni.tokey tu pulak pandai ja dok perangat saya dengan gambar artis2 korea pakai speck brand dan jenis yang sama macam ni.terpengaruh haku tau.harga tak mahai pun sebab iolsss mana mampu nak beli hat mahai2.guna cermin hat biasa,tambah power(macam power rangers haku rasa bila sebut power),dapat diskaun kawan2 sikit sebab kawan dengan tokey dia,maka dapat lah harga murah dan termampu.



tadaaa....! cewi la dengan sepek mata baru dia.saya rabun dah lama,tapi selalu kena pakai contact lens saja sebab tak boleh pakai speck lama2.mesti sakit pala sangat2.pakai sat2 ja boleh.macam2 design dah pernah buat,semua jadi sakit pala.last2 lepas buat design ni alhamdulilah..boleh pakai lama sikit tanpa sakit kepala.pandangan mata pun luas sebab besar dan design cermin dengan bingkai tu lain sikit.rasa agak selesa berbanding design2 hat pernah pakai sebelum ni.mentang2 hat ni selesa,terus rabun menjadi2.tak pakai ja mata blur2 dan pening dah.hover tauuuuu !




amboi..cewinya dia :p



ni speck sebelum ni.brand levis beli waktu promosi murah2.tak selesa sangat dan rasa sakit pala bila pakai.



ni hat lama.walaupun jarang pakai sebab sakit pala bila pakai,tapi terima kasih jugak sebab berjasa kat iolss.



speck ni jenama plasta 90.kat bahagian dalam dia warna merah ang2.tak berapa berkenan pun nak merah ang2 tu tapi bila try depa len kata elok ja kat muka saya tu yang pilih kaler ni.kat luar dia warna hitam.bingkai speck ni tak tahulah plastik ka apa tapi ringan,nipis dan berkabut.bentuk di tepi speck ni macam condong ke dalam sisi mata.sebab tu bila pandang ke kiri dan kanan pandangan mata tak terhalang macam pakai speck biasa.pandangan mata jadi luas dan selesa.bahagian tengah yang melekap kat sisi hidung kita tu pun ringan dan selesa.dia tak berat sampai asyik nak meleret jatuh dari hidung,tak mencengkam kuat sangat sampai rasa tak selesa.



lepas try kat muka kedai tu alter2 sikit.muka saya ni senget sebenarnya,so takyah keji kat dalam hati kalau nampak bingkai speck ni senget dan pelik semacam T_____________T



bekas speck ni.kotak plastik bentuk 3 segi yang ringan dan pelikssss.



speck jenama ni memang dari korea.tokey tu pandai pulak tunjuk artis2 korea yang pakai,maunya haku tak terpengaruh.tapi nasib baik terpengaruh jugak,tak rugi beli sebab dah boleh pakai speck lama sikit tanpa rasa sakit kepala ;)



tamat.



like page saya di:



klik iklan nuffnang nak kawen.

tq.

5 comments:

asimah md isa said...

Sebijik macam spek saya... hahhaha... mmg best spek ni... ringan..

MiSz fiFiEyQa said...

haiii kak zoey...hehe..
spec hitam yg hat lama tu mmg sejibik design dia dgn spec sy skarang ni..tapi saya punye brand lee cooper..

and tadi saya pon baru je pi buat spec baru..spec bingkai besar camni jugak..nak fefeeling kpop katenye...muehehehe..

nanti nak update kat belog jugak lah..hikhikhik

Yan Kah Luke said...

Your Eyewear look nice!

Syamil Zainal said...

blh tahu harga standard spek besar cmni...sbb tringin nak buat

super blogger said...

Lawo bingkai cermin mata tu. Sesuai di bawa masa jalan2.