product review: monopod dan shutter untuk selfie.

Assalamualaikum.



situsinisanasinun orang dok kecoh pasal monopod.walaupun mungkin mak cik..errr..maksud saya puan,cik kak,cik adik yang sedang terpampang menghadap belog saya ini dah tahu menahu pasal monopod dan sewaktu dengannya,saya selaku ketua gajah darjah yang jakun toksah citer ni,nak jugak kecoh2 review pasal  monopod dan satu lagi yang nama dia shutter tu.tapi saya tak beli dua2 ni sekali.monopod beli kat orang lain,shutter beli kat orang lain.uolss boleh cari kat instagram ramai yang jual.



MONOPOD:
produk:
hand held monopod.

harga:
RM50 termasuk pos.


tempat beli:
online
*MOHON JANGAN TANYA SAYA BELI DI MANA.
BOLEH SEARCH DI INSTAGRAM GUNA TAG MONOPOD,RAMAI YANG JUAL.


ni lah rupa monopod yang dipukul canang orang ramai tu termasuk la tuan belog ni T_______T
plastik kecik tu kena sambung kat kepala rod(batang) monopod ni.tak tau lah orang panggil dia apa.grip kot? kot la kan.



kiri:
dah siap sambung grip tu kat kepala rod monopod.ni lah rupa dia.

tengah:
rod ni kita boleh tarik bagi panjang atau pendek.

kanan:
no.1) bahagian ni macam skru.untuk ketatkan grip ke kepala rod.
no.2) ball head.boleh adjust untuk ambil gambar di mana2 sudut.nak bagi hp/kamera kita tu tunduk ke,hala ke atas ke,bawah ke,adjust saja kat sini.



grip ni boleh tarik.dia untuk cengkam hp/kamera kita supaya ketat dan tak jatuh.
sebab dia boleh tarik,so hp saiz besar macam note pun boleh.kamera compact pun boleh.dalam pic ni saya tunjuk contoh guna hp samsung wonder saja,saiz sederhana saja kan.tapi realitinya saya guna note2 hat boleh tahan besar gedabak saiz dia ! tu pun muat... (-.-")



rod monopod ni boleh tarik bagi panjang.panjang rod warna silver tu saja 72cm.
maksimum panjang rod termasuk handle hitam tu dengan grip 101cm.
memang panjang.tarik je rod bagi panjang supaya senang ambil gambar ramai2 bagi semua orang masuk dalam gambar.senang nak ambil gambar full kita sendiri,nak bagi nampak pemandangan di belakang kita dan lain2.tapi tangan saya tak stabil.pakai pulak hp besar dan berat macam note2,memang parkinson tangan menahan berat T__________T



supaya stabil,tarik rod pendek2 sudah,asalkan dapat ambil gambar full jugak kan.dalam gambar ni saya macam salah letak ja kamera tu kan? memang salah pooonnnnn...grip tu orang letak  tegak,ni saya pusing kat tepi macam tu.tapi pelissss....ini monopod saya,kamera saya,malahan blog saya juga,sukahati la nak buat macam mana pun kan..kahkah..emo pulak tuan blog ni.kalau guna monopod je macam ni kena ambil gambar guna self timer.tapi yang kurang best bila self timer macam leceh gak.kena set dulu.kalau gambar tu tak menjadi kena ulang set setiap kali nak ambil gambar.100 keping? 100 kali la kau kena ulang set.lepas tu self timer selalu blur.tak sharp.eh tolong lah apa ke cerewetnya tuan blog ni? nak ambil gambar je pun :'D


SHUTTER FOR ANDROID
produk:
shutter(ada 2 jenis,untuk iphone dan android)

harga: 
RM30.saya beli waktu promosi birthday anak owner,
so dapat harga rm28.50 tak termasuk pos.

tempat beli:
online.
MOHON JANGAN TANYA SAYA BELI DI MANA.
BOLEH SEARCH DI INSTAGRAM GUNA TAG MONOPOD,RAMAI YANG JUAL.


ni lah rupa shutter tu.macam wire je kan.yang petak warna hitam tu untuk tekan waktu nak ambil gambar.
sebenarnya dah lama cari shutter ni,last2 ternampak kak zana adieyza post pasal ni kat ig.terus lah tanya beli kat mana.berdesup iolsss pun order jugak.



tapi jangan konpius2 macam saya tau.punya la heran awat pi tekan hat hitam tu tapi dia tak tangkap gambar pun.dia dok zoom ja.rupanya saya sendiri yang setting tak betoi.so pi kat kamera,pilih 'use the volume key as'(rupanya ni untuk butang tengah yang kita tekan kalau nak ambil gambar tu) dia akan keluar popup macam gambar belah kanan.pilih la 'the camera key'.lepas tu bila tekan shutter hat butang warna hitam tu baru lah dia boleh tangkap gambar T__________T



ha sambung dia macam ni.



kalau guna monopd dan sambung shutter ambil gambar camni.senang sikit sebab shutter ni bila kita tekan dia akan fokus sama macam kita tekan butang tengah tu.gambar jadi lebih clear.
maaf lah,kedudukan grip dan hp dah betul tapi tegak pulak rod dia..hentam saja la.janji senang nak selfie.

p/s: perasan tak macam ada dua orang 'model' yang berlainan dalam entry ni? hoiii ! dua2 pun saya lah tapi nak buat camna,kena taruk mekap baru boleh nampak cun sikit.kalau takde mekap jadi macam gambar atas ni lah.macam makcik2 je kan(walau hakikatnya memang dah makcik2 pun...tuan bangka tak sedar diri dah).



gambar ni selfie guna monopod.dapat jugak ambil gambar sediri bagi nampak full tudung.saya ni meniaga tudung..selalu nak keluar stock baru kena ambil gambar sendiri sebab tak ada orang untuk tolong ambil.jual pulak tudung saiz besar2 dan labuh.jenuh setiap kali ambil sendiri.mesti nampak sekerat2.tak boleh full.tapi lepas ada monopod dan shutter ni senang betul kerja.dah boleh ambil tudung bagi nampak full.yeaappiiii !


p/s: saya sedang sakit gigi.tolong la sapa2 jangan mencarik pasal dengan saya,nanti saya tampar kamu kuat2 ! kahkahkah..eh tak..tak..saya cuma bergurau saja.
hebatnya penangan sakit gigi..


baiklah..ianya sangat sakit..dan saya menjadi tidak ketahuan hala...


baibai saja la.


update 18.3.14: gigi saya dah kurang sakit..alhamdulilah.nanti nak cabut..HAHAHAHA ngeri T___T


like fanpage saya:


klik iklan nuffnang saya.
tq.




22 comments:

Fiq Fikri said...

wahhhhhhhhh lepas ni nenek berselfie leeee gamaknyaaaaaa~

rindu! lama tak singgah blog nenek ni urmmmmmmm :((

Chekgu Azrine said...

Dah ada xpkai2 lg..kiki

Lyaa Suriany said...

Good review zoey. Clearr. Nnti beli monopod kna bkk blk entry ni

Siti(zoey) said...

fiq: pokcik huaa..nenek pun lama x pi jln2 blog kengkawan.x dan la ni.

Siti(zoey) said...

Chekgu Azrine:
cpt2 rasmi hehe.

Siti(zoey) said...

Chekgu Azrine:
cpt2 rasmi hehe.

Siti(zoey) said...

Lyaa Suriany :
hihi thanks.

Siti(zoey) said...

Lyaa Suriany :
hihi thanks.

zeera lily said...

best nye sng nk ber selfie..
kena beli ni..
wishlist baru 2014
btw, sy blogwalking sini ^_^ setelah lama menghilang..hihii..

ima salsuzaima said...

yaeyyyy..selfi puas2 pasni..hehe

MG schmidt said...

eh murah ni :)

RoseBerry said...

ahaa kak cabut jangan tak cabut.. tak sakit pon cabut :D

eyqa razak said...

beli dekat mana? boleh share ^_^

sYiRa LoKMaN said...

MCM2 DAH ADE KAN SEKARANGG

CikPuan FiDa said...

galokk lah berselfie pasni cik zoey.. hehe... cmner kesihatan awk skg okey x?

Nani Mazalan said...

cantik ^_^

Cik Puan Eka said...

ohhhh gitu ke rupanya. Eka duk fikir camne nak gunanya.
hehehehe
tq zoey

kayla said...

beli kat mana...

Cik Yaya said...

monopod mmg tgh femes skrng kan.. =)
yaya pon cam nak je...huhu

fazsrieza said...

Terbaik la cik zoey...fazs suke sangat pasal entri ni...baru tau penggunaan monopod dan shutter tu...hihihi...tq

Zefa NorAsmara said...

Cari2 info tentang monopod, en. google bw Ibu Yusuf singgah sini.. Salam kenal..

Kak Mahh said...

Akak masih tak pandai guna ni.