shopping selepas raya.

Assalamualaikum.



tak boleh stop fikir pasal ni.sama2 lah kita berdoa dan meminta pertolongan dari Allah.
Allah berkuasa ke atas segala-galanya..semoga urusan mencari dipermudahkan dan mereka ditemui semula
dan semoga Allah tabahkan dan sabarkan hati keluarga mereka yang terlibat insyaallah :'(


ok,back to entry....
adakah mengupdate to date blog kes dari fail yang lama dikira satu perbuatan keji?
kalau macam tu habis lah cik puan datin markonah wewwittt kena sumpah2 dengan sesumpah berkepala hitam sebab asyik update benda yang bertahun2 dah lepas.nasib bertahun lepas,kalau 20 tahun lepas punya cerita baru haku sibuk2 nak hupdate maunya pembaca belog sekelian menfailkan petisyen tanda tak puas hati.lepas tu masuk muka depan paper harian metro.erkkkk? macam scary je imaginasi tuan blog


21.8.13 lepas raya.bulan puasa sampai lah raya saya tak sihat teruk,habis plan saya nak shopping kasut raya baru lah,baju baru lah,seluar baru lah,mekap baru lah,pakwe baru lah...HOI !
jadi,tak lama lepas raya tu saya terus saja menjalankan pelan nak cover line balas dendam shopping benda2 yang memang nak beli sebelum raya tapi tak dapat tu.benda ni bukan saja2 nak beli tapi memang perlu pun..yang tak berapa perlu pun ada beli jugak sikit2...UHUK ! UHUK !



saya ada satu tabiat.kalau naik kereta dan orang lain drive..dan2 haku mengantuk tahap wonderpet..
salah satu teknik berkesan takmo bagi mengantok ialah dengan selpi ! kembang kempis hidung haku dok control senyum .habis kembang hidung,haku ngantok balik...padiaaaa....zZzzZzZz



destinasi-dituju-macam-takde-tempat-lain-jeeee-jusco-perda.
lepas tu masuk kedai kasut pilihanraya iaitu opera.maap lah..tak mampu nak masuk kedai kasut louboutin,kedai opera pun jadi la kan.kasut dah rosak2..itu pasal nak beli baru tu.ni waktu ni tengah mengetest kasut hat berkenan.



macam dah 14 tahun tak beli kasut,sebutir kasut adalah tak relevan bagi diriku..muahaha!
berkenan 2 butir,maka kena rembat dua2 tu jugak.kalau tak,memang tak lena malam lah cik puan datin markonah kau yang over ni.




terpaling tergoda dengan kasut bling2 hitam tu..kasut kelabu+coklat hat tegah tu pun best.kasut kiri sekali hat warna turquoise tu kasut favourite saya.dah lama beli melalui onlineshop.sangat2 selesa dan import dari indonesia ke thailand tah.jangan tanya nama shop tu..memang tak ingat dah.tapi sedih la kasut tu dah koyak sebab asyik pakai dia saja T___________T



selesai shopping.saya pakai dress rimau bintang beli kat padang besar.dah lama beli baru hegeh2 nak pakai.pegang bag tangan ala2 mak datim memang tak boleh belah.kahkah sungguh mak datin dalam mimpi dia ni.



belakang patung macam model,depan dia pun model jugak tapi model 'kayu' T____________T



bosan lah tengok muka aunty ni NEXT !



hari tu telah melepaskan lelah kempunan dan makan nasi kandaq.sebungkuih boleh shared 2,3 orang..
untuk saya lah sebab saya makan sikit saja.



hasil memborong hari tu.opera beli kasut,hanzo beli seluar jeans dan elainto beli apakejadah pun haku dah tak hingat..bhahaha..bahasa tak senonoh tuan blog ni.



taadaaa ! kasut yang dok robek2 hati suruh beli.dua ketul terus saya beli.
flat shoes saja.mana larat nak pakai heels.orang ada penyakit jalan tergedik2 boleh penat susah nafas wooo pakai tinggi2.ada tapak sikit atau berat sikit pun tak boleh dah T__________T



seluar jeans.susah nak beli saiz saya sebab over kuruih.tiba2 masuk kedai ni ada saiz saya.siap ada sale dapat harga murah pulak tu.seluar jeans habis tak muat dah(jadi besar,nak terlondeh ja),tu yang beli baru.



tu ja la story hari tu.
tamat.


like page saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.

3 comments:

Fha Hzh said...

bile birthday awak? hehe. sje tanye. sy pun suke shopping kasut. skali beli macam 2 3 , tpi jrg sgt beli. tpi kalau skali shopping boleh rabak jugak la. hehe. mane tau besday sme bulan sbb perangai lebih kurang je.

:)

Cik Puan Eka said...

suka dress zoey cantik sangatttt

Nazriza Suratman said...

lawa lah dress siti, mana beli?