product review: mistine egg white peel of mask.

Assalamualaikum.


acara yang paling eksaited bagi gadis2 pertengahan 20-an seperti saya ialah mempakai masker.
eksaited sebab bajet muka boleh awekss mude la kan lepas tu..muahaha..nampak sangat iolss takut kerepot.
kite belum kawen nyaahh...mesti nak jaga kulit elok2.yang lepas kawen lagi la kena jaga.
amboi nyaahhh...entry pasal masker tetibe bertukar ke entry kawen2 ni dah kenapa? kahkah.


mesti semua  pun dah terer kalau sebut putih telur dipakai sebagai masker.naahhhh..! sekarang ni takyah susah2 guna telur yang hanyir tu dah.sekarang dah ada masker putih telur yang wangi,berkesan dan best!


produk:
mistine egg white peel off mask.

harga:
RM19.00 tak  termasuk pos.

boleh dibeli di:

cara order:
pm inbox naaila beauty atau
contact 012-4915583(yatie).


kebaikan mistine egg mask:
- menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan.
- menganjalkan serta melicinkan kulit.
- membantu menghilangkan blackhead dan whitehead.
- memudarkan parut2 halus.
- mengecilkan pori2 muka.
- mengecutkan jerawat.
- mengatasi kesan sunburn pada wajah.
- menyejukkkan dan menenangkan kulit yang stress.
- mengurangkan masalah kulit berminyak.
- membantu mencerahkan kulit.
- sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan oleh wanita mahupun lelaki.

review saya:
- bau wangi.tak hanyir macam putih telur asli yang kita selalu guna tu.
- mudah sebab boleh guna mask petua tradisional dengan cara moden.picit dan terus pakai.
- cepat kering.
- kulit rasa sejuk,segar dan selesa waktu pakai.
- hasil selepas pemakaian,kulit rasa tegang.maksudnya tegang yang positif la.takde la kulit kendur2 stress2 semua tu kan.
- kulit lembut.
- kulit tak berminyak.
- rasa segar.
- tanggalkan kotoran halus/simple dari liang pori sebab ni jenis peel off kan.
- tak naik jerawat.kadang2 lepas pakai mask,kulit saya akan naik jerawat.naik terus tak tunggu2 dah.
tapi lepas guna produk ni jerawat tak naik pun.maknanya sangat bagus dan sesuai dengan kulit saya.
- lepas tanggalkan masker ni dan pakai pelembab,tekstur kulit jadi elok.licin dan lembut.
- keseluruhannya saya suka masker ni.paling suka sebab sesuai dan tak naik jerawat.kulit pun jadi elok.
suka betul efek dia sampai rasa nak pakai hari2.kakak saya pun tumpang pakai sekali haha.
saya rekemen kat anda untuk try jugak k?




packaging produk.senang packaging jenis picit ni.
kebersihan terjamin.



produknya jernih tapi ada macam glitter2 sikit.pekat dan kena sapu cepat2 kat muka,kalau tak..dia melekit kat jari pulak haha.tapi tekstur dia senang nak apply kat muka.




dah apply masker,tunggu kering.jangan hairan muka saya flawless tak pasal2,depan saya ada lighting kuasa kuda ku lari gagah berani
T_________T


p/s : untuk semua,please jangan guna gambar saya untuk onlineshop anda atau apa2 sahaja tanpa kebenaran.
saya agak bosan dengan orang yang ambil gambar saya tanpa kebenaran.saya serahkan pada Allah saja.
kena usaha untuk cari makan.jangan buat kerja mudah dengan curi gambar orang.lepas tu tersebar.
usaha sikit ye untuk ambil gambar sendiri walaupun produk yang dijual adalah sama macam yang saya review.pleaseee usaha.semua nak rezeki yang berkat kan?




masker ni jernih.bila pakai glowing habis muka saya..tu yang cewi ambil gambar banyak2.
syok sendiri la deyyy tengok muka glowing2..muahaha.





bila dah kering dia jadi tegang sampai tak mampu nak tersengih macam kerang busuk..kasihaannn..
suka giler muka nampak tegang macam ni.kan best kalau betul2 glowing dan tegang lagu ni.tapi bila tak boleh senyum tu takpelah..terima kasih je la.saya pilih untuk senyum no.1 hahaha.

eh jap.. ape budak ni buat pakai masker sambil pakai contact lens? uolss sila jangan tiru.
macam tak hygiene je pakai lens sambil buat rawatan muka,tapi sebab tuan blog cewi,maka aksi2 beliau terpaksa diabaikan hehe :p




bila dah kering tarik perlahan-lahan bermula dari bahagian bawah muka.pergh ! dia punya efek tarik2 ni boleh meleleh air mata tapi tu yang syok tu.rasa macam kotoran dah tertarik sekali.
berbaloi tahan sakit ni dengan hasilnya nanti.




taaaddaaaa ! muka tetap muka zoey zau yah.takde tukar2 muka jadi tokti ke,che ta ke.
tapi hasilnya best dan puas hati.pakai masker ni memang lah kita rasa macam efek dia kejap je tapi sebenarnya bagus biasakan diri merawat muka kita.untuk jangka masa panjang hasilnya memang bagus dan nampak muda berbanding kalau kita tak rawat langsung.sila jaga kulit anda sekarang !
marah nih..marah nih..!



sebarang pertanyaan dan pembelian sila rujuk apa yang saya tulis kat atas sekali.
saya hanya pengguna,bukan penjual ye.


like page saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang.
tq.

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

SINGGAH PTG

Lyaa Suriany said...

haish
jealous tgk kulit cik zoey ni.
sekata jeee

cikpuanzahraa said...

salam sis, nak share review ni kat blog saya boleh?

Siti(zoey) said...

cikpuanzahraa : minta maaf,mmg blog lain atau onlineshop lain tak dibenarkan untuk guna review ni.share link di fb mcm tu saja blh.yg lain mmg x dpt.minta maaf ya.

KLIK SINI TUAN BLOG NAK KAWEN