product review: total image smelly-no-more berkesan hilangkan bau badan !

Assalamualaikum.


ADAKAH ANDA BERBAU BUSUK?
amboi..ini soalan meminta penampar.tapi betul lah saya sedang bertanya soalan ini kepada kamu semua.
kalau2 ada yang berbau busuk lepas tu try macam2 produk pun tak berkesan,haaa....meh sini meh cik puan datin markonah nak share satu pengalaman ngeri a.k.a kisah benar yang berlaku kat cik puan datin markonah sendiri.harap lepas baca nanti anda tak bergosip kencang kat dalam hati "tengok cik puan datin tu,muka segak tapi bau busuk macam bawang" luar hati pun sila jangan..ehhhhh... T____________T


saya tak pernah ada masalah bau badan teruk2 setanding mat bangla.tapi 2,3 bulan baru2 ini saya ada masalah bau badan yang sangat busuk! sampai ke tahap tak mampu nak angkat air muka sendiri sebab malu..kahkah.saya sangka sebab deodorant yang saya guna tu sebagai punca,jadi saya tukar jenama lain.bau busuk makin menjadi pulak.tukar beberapa jenama lagi(sampai ada yang bagi deodorant free kat saya) dan buat macam2 termasuk guna tawas tapi masalah bau busuk makin teruk.spray perfume banyak2 pun tak jadi hape .bau busuk makin kuat macam sedang berlawan dengan bau perfume ku yang mahal2 tu..
ceh nak jugak sebut mahal..takpe,dimaafkan sebab tuan blog ni cewi..muahaha.


sampai lah 2,3 minggu lepas saya cuba pakai satu produk ni.terkejut sangat tau sebab kali pertama pakai bau busuk yang sangat dasyat tu hilang !!! sungguh saya tak tipu.sebab tu saya nak share dengan anda.
mana la tau kalau ada yang alami masalah bau busuk ni jugak.boleh la try kan.


produk:
total image smelly-no-more natural crystal roll on deodorant stick.

harga:
RM16.90 untuk 60gm dan RM24.90 untuk 120gm.

boleh dibeli di:
watsons,guardian,caring,vitacare, dan semua farmasi utama seluruh malaysia.

saiz:
60gm untuk penggunaan selama 3 bulan dan pek 120gm untuk penggunaan selama 6 bulan.

maklumat lanjut:
facebook: facebook.com/Totalimagemalaysia
web: www.totalimage.com.my


bau badan yang busuk memang ngeri.orang boleh bercakap buruk pasal kita atau mengelakkan diri dari berkawan/duduk dekat dengan kita hanya disebabkan bau badan.selalunya kita tak akan sedar bau badan sendiri yang busuk sebab dah terbiasa dengan bau sendiri.kalau ada bau busuk jom lah rawat ! dan kalau rasa2 tak ada bau badan pun jom cegah sebab bau badan boleh muncul secara tiba2.


antara kawasan utama bau terjadinya bau:
-ketiak
-kaki.terutamanya kalau kita pakai stokin dan kasut yang tertutup.
-tapak kaki.
-leher.


punca utama bau badan:
bau badan berpunca dari gabungan peluh dan bakteria.peluh sebenarnya tak berbau dan proses ini berfungsi sebagai satu cara semula jadi badan untuk menyikirkan toksin.bakteria memecahkan peluh kepada asid lemak berbau.deodorant komersial di pasaran hanya menghentikan proses perpeluhan atau  menutup masalah busuk dengan bau(bau wangi deodarant tu).sebab tu tak deodorant biasa kurang berkesan mengatasi punca utama bau badan.


total image smelly-no-more:
- menghapuskan bau badan dengan efektif.
- diperbuat daripada garam mineral semulajadi.
- berfungsi 300% lebih berkesan berbanding deodorant komersial kerana menghalang pembiakan bakteria,iaitu punca utama bau badan.
- boleh digunakan oleh kanak-kanak dan dewasa yang ingin mencegah atau merawat bau badan.
- sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan atau kulit sensitif kerana tidak mempunyai bahan wangian dan alkohol.
- selamat digunkanan pada kulit kerana tidak mengandungi aluminium chlorohydrate yang bahaya.
- boleh digunakan pada kawasan yang bermasalah seperti di ketiak,leher,belakang lutut,tapak tangan,dan tapak kaki.
- produk ini disyorkan untuk individu yang kerap berpeluh atau mereka yang sering melakukan aktiviti berat seperti atlet sukan.
- tidak menggelapkan/menghitamkan kulit.


cara guna:
gunakan produk ini selepas mandi,basahkan permukaan produk/batu ini dan sapukan di bahagian yang memerlukan perlindungan seperti ketiak,leher,belakang lutut,tapak tangan dan tapak kaki.
disyorkan mengguna 1 pek untuk seorang individu untuk memastikan kebersihan produk.


hasil penggunaan saya:
- kali pertama pakai bau badan yang sangat2 busuk tu tak muncul dah ! hilang terus !
katanya untuk hasil maksima,guna setiap hari selama 30 hari,tapi sejak kali pertama pakai pun dah berkesan dah.
- dia macam batu dan tak ada kesan melekit macam deodorant biasa.
- setiap kali lepas mandi saya spray permukaan produk/batu ni dan sapu pada bahagian yang saya rasa akan berbau.kulit akan rasa air yang kita basahkan tu saja.lepas tu terus kering dan tak melekit.
- tak rasa macam pakai apa2 produk pun sebab lepas air yang kita basahkan tu kering,terus tak rasa macam guna apa2 produk.yang ni memang best ! rimas kan kalau guna deodorant biasa ada rasa lekit2 tu.
yang ni takde rasa rimas tu dah.
- walaupun dia crystal dan macam batu tapi tak berat.dia kecil dan senang nak bawa ke mana2.
- tak ada kesan kuning atau berwarna,jadi tak ada lah kesan warna kuning kat baju kita.
- saya rasa yakin yang produk ni selamat sebab jenama total image memang dah lama dan dipercayai.produk ni pula boleh digunakan oleh kanak2 jugak.so maknanya memang selamat lah.tak lah risau kalau2 ada kesan sampingan,produk beracun dan sebagainya.
- keseluruhannya saya sangat suka produk ni! sungguh saya tak tipu.saya cadangkan sangat2 untuk sesiapa yang ada bau badan busuk untuk cuba ni.kita kena rawat sebab bau badan memang akan efek pada kehidupan harian kita dan hubungan dengan orang sekeliling.saya dah alami,memang saya tau susah sangat nak hilangkan bau badan yang busuk.bukan bau biasa tapi bau yang sangat busuk! tapi macam ajaib betul bila guna produk total image smelly-no-more ni.please try jugak ok?



ini lah produk yang berkesan sangat2 tu.saya guna yang pek saiz 60gm.
bentuk macam deodarant biasa tapi ni bukan macam kebanyakan deodorant di pasaran.
yang ni sangat2 bagus dan berkesan.



pernah guna sekali sehari sebab pernah mandi sekali je dalam sehari..haha kantoi..tapi lepas 24 jam pun badan tak busuk macam dulu.biasakan diri lepas mandi pakai produk ni tau.sangat2 bagus.


ni rupa dia.crystal dan macam batu.tak ada bau dan tak ada warna.



memang smelly no more lah.tak ada dah bau busuk.
the best product ever ! dalam banyak2 produk saya pernah try dan review,yang ni memang puas hati sangat2.macam ajaib tau.kalau suruh bagi bintang,saya akan bagi 10/10 ! sila try ye.


like page saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang saya.
tq.



10 comments:

GiGi_ChAnTiq said...

wahh...mmg detail btoi pnjagaan k.zoey ye...hehe..menarik. ^_^

Nurzakiah Hanum said...

great

MG schmidt said...

takde bau so plain smell ke bau nyaman ke cmne sis? :)

Nurul Atiqah Ahmed said...

kena try nihhh... :D

Siti(zoey) said...

GiGi_ChAnTiq : mestiiii...

Siti(zoey) said...

Nurzakiah Hanum : yup.

Siti(zoey) said...

MG schmidt : bau batu yg plain.bila lama2 pakai dekat produk/batu tu bau busuk sikit mcm bau bdn kita(kalau hidu dia betul2 baru bau tu).mungkin dia menyerap bau busuk dari bdn kita.walaupun camtu, body kita tetap x de bau busuk kalau pakai dia.

Siti(zoey) said...

Nurul Atiqah Ahmed: try tau mmg berkesan,insyaallah.

Siti(zoey) said...

Nurul Atiqah Ahmed: try tau mmg berkesan,insyaallah.

♥ imperfect ♥ said...

eksitednya lepas baca review kak zoey! thanks akak. will try it

KLIK SINI TUAN BLOG NAK KAWEN