product review: colourvue starbust gray contact lens.

Assalamualaikum.


benda yang paling kerap ditukar ganti adalah contact lens.

bajet minah saleh sangat kaann...?

kejap mata hijau,kejap mata biru,kejap kelabu,kejap pink..

hey overnya minah saleh celup ni...


tapi sudah lah..jangan memandang serong kepadaku..*muntoh!

sebenarnya menukar contact lens dengan kerap semata2 kerana rabun.

saya kena pakai yang kaler2..baru lah cun..eh tak..tak..

baru lah saya tak terlupa ada contact lens kat dalam mata ni haaa...

jadi kali ni saya nak review satu lens yang saya guna tak lama dulu.

jenama ni yang terpaling saya suka.meh jom ;)


produk:
colourvue starbust

warna:
gray

saiz:
15mm

harga:
RM90

jangka hayat:
3 bulan selepas dibuka.

tempat beli:
kedai speck yang menjual lens jenama ini.

power:
power tak sama pun boleh order satu pasang saja.
sebelah power lain,sebelah power lain.tak payah beli 2 pasang macam kebanyakan jenama lain.



packaging produk.nampak apa yang dia tulis tu?meh saya explain secara ringkas.

high oxygen:
bermakna lebih banyak oksigen dapat masuk ke dalam mata.
jadi mata tak jadi terlalu kering yang menyebabkan kita rasa tak selesa.

hydrogel material:
secara ringkasnya bermakna kanta yang fleksibel yang diperbuat daripada gabungan
plastik dan air.kanta jenis ni lembut.

water 45% dan 55% terpolymer:
lens dengan kandungan air sebanyak ni agak ni selesa untuk mata
sebab oksigen dapat masuk ke dalam mata.

CE:
deklarasi pengilang bahawa produk ini mematuhi piawaian kesihatan eropah.


ISO:
produk ni dibuat mengikut standard iso.
secara ringkasnya iso ni satu siri standard yang yang dibangunkan oleh pertubuhan standart antarabangsa
untuk menentukan,mewujudkan dan mengekalkan sistem jaminan kualiti yang berkesan untuk
industri pembuatan dan perkhidmatan.

sterile:
medical terms la.bebas dari kuman atau mikroorganisma yang hidup.

Rx only:
RX tanda perubatan untuk preskripsi.
Rx only bermakna anda mesti mempunyai preskripsi doctor untuk lensa.


P/S: semua ni hasil dari google.saya bagitau secara ringkas saja sebab kadang2 kita tak
faham apa maksud simbol2 kat kotak lens yang dibeli.rasanya bukan setiap lens ada simbol2 ni.
setiap jenama ada lah ciri2 produk dia sendiri kan.pandai2 lah kita pilih yang mana terbaik dari segi kualiti dan keselamatan.kalau tak betul maksud simbol tu sila salahkan google..haha.
tapi apa2 pun kena tanya pada pakar lah sebab mata kita organ yang sangat berharga.jangan main hentam ja.kalau nak beli lens sila beli di kedai speck dan minta nasihat mereka.tanya lah apa2 saja.
depa akan bagitau k.jangan tanya saya pulak ! memang tak akan layan..bhahaha.



corak lens colourvue starbust gray.jenis starbust ni corak dia bentuk jewel dan berkilau.
keliling lens ada ring hitam.selalunya kalau lens ada ring hitam macam ni mata akan nampak besar.
kalau tengok waktu sebelum pakai,warna lens nampak macam gelap,tapi sebenarnya bila
dah pakai warna dia terang.rasanya semua lens dari jenama colourvue memang terang2 lah.



sebelum dan selepas pakai colourvue starbust gray.
selepas pakai nampak efek mata besar,warna terang dan corak nampak jelas.
jenama ni sangat lembut dan selesa walaupun pakai lama.
tapi dinasihatkan jangan pakai contact lens melebihi 8 jam.



hasilnya bila saya pakai contact lens colourvue starbust warna gray.
cantik kan? saya memang suka jenama ni..selesa sangat.the best lah !


like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang saya.
tq.

2 comments:

sit'Z said...

Comel.. =)

CikPuan FiDa said...

suke sgt tgok mata cik zoey ni.. dah la comel jer tau..