product review: floral mask dan sabun al-razi.

Assalamualaikum.


penangan nak muda remaja dan comels macam korea mesti lah kena rajin jaga muka.
tahun ni dah naik satu angka,merajinkan diri jaga muka dengan harapan rupa parasku turun satu angka..
maksudnya biar rupa tak seiring usia.muda dari usia la weh..muda! kahkahkah..siap2 nak marah2 lagi apehal?


nahhhh uolsss..kali ni saya nak shared masker favourite saya yang terbaru.
meh sama2 jaga muka.jangan kata pakai mask2 semua ni menyusah takde pekdah,esok tua kesan dia memang lain berbanding kita tak jaga dan tak pakai mask langsung.
kalau tak caya jom jumpa 10 taun lagik jom! bhahaha..kerek giler cabar orang camgini.


PEEL-OFF FLORAL MASK BY DIAN PIXY

produk:
peel-off floral mask by dian pixy.

harga:
RM45.00 termasuk pos.

boleh dibeli di:
fb: fara riza(klik sini)
ig: farabeauty_official(klik sini)

cara order:
whatsapp: 011-10758491




fungsi produk:
- berkesan menghapuskan bintik hitam dan kotoran degil di wajah.
- mengawal masalah kulit berminyak.
- menyah toksid pada wajah yang menjadi punca jerawat.
- sangat digalakkan untuk kulit muka sensitif dan berminyak.


keistimewaan produk:
- mempunyai mousture complex untuk kulit kering dan kusam.
- vitamin A,B3,C,E untuk merawat kulit berjerawat dan berjeragat.
- Q10 berfungsi untuk menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan.
- hyaluronic acid melindungi kulit dari pencemaran dan radiasi UV.
- diluluskan oleh kementerian kesihatan dan dijamin halal.

hasil penggunaan saya:
- bau lavender yang wangi dan menenangkan.memang wangi sangat,best sangat dan tak pening kepala.
- senang nak sapu di muka.saya sapu guna jari je lagi senang.
- waktu mask kering di muka dah boleh nampak bintik2 melekat kat mask.
- mask ni jenis peel-off,bila kering dan waktu tarik tu rasa best sangat sebab bintik dan kotoran akan tercabut sekali.
- selepas dah tarik mask tu kita boleh nampak kotoran dan bintik yang melekat kat mask tu.boleh geli tau!
- selepas guna mask ni kulit jadi lembut dan bersih.kotoran banyak yang dah tertanggal kan.
- kulit rasa tegang dan boleh feeling awet muda kan..haha.tegang maksudnya yang elok la.
kulit tak kendur dan kalau lama2 amalkan mask insyaallah kedut tak mudah muncul.
- lepas pakai mask ni kulit saya tak naik jerawat.maknanya sesuai dan bagus lah sebab kadang2 muka saya akan naik jerawat lepas pakai mask,tapi yang ni tak naik pun.
- mask jenis ni mudah dipakai sebab picit je terus sapu ke muka.tak payah bancuh macam mask dulu2.
- keseluruhannya saya suka sangat2 mask ni.memang best lah.anda kena try jugak k.
mask atau apa2 saja produk penjagaan kita kena amalkan selalu dan berterusan,baru hasilnya nanti memuaskan terutama sekali selepas beberapa tahun akan datang.kita akan nampak beza antara kulit yang dijaga dan tidak.



packaging produk.comel! kecik dan ringan je.



packaging jenis tiub,jadi bila nak pakai picit kat tapak tangan atau jari dan terus sapu ke muka.
tekstur dia likat dan kena cepat2 sapu,kalau tak dia melekat dan kering kat jari.
warna ungu dan berbau lavender.best gila bau dia.



pastikan kulit muka bersih dan kering.kemudian sapu mask ke seluruh muka.saya sapu guna jari je.
elakkan kawasan kening,mata dan bibir.
saya sapu sedang2,tak nipis sangat dan tak tebal sangat supaya senang nak tarik nanti.



jadi kerek sat sementara dok tunggu mask ni kering..bhahaha.. :p
tengah dok pakai mask ni anak sedara saya yang kecik,aqil tu mai tengok.dia pandang muka saya lama2 lepas tu nangis!. 2,3 jam lepas tu pun masih fobia nak tengok muka untie ni hahahahaha...
mesti dia dah fobia habis lah.



biar selama 20-25 minit sampai mask kering.bila kering tu dia jadi jadi tegang dan nampak cekang macam ni.nak senyum pun tak boleh dah.



bila kering boleh nampak bintik dan kotoran melekat kat mask.
tak sabaq nak tarik mask.geram tau !



tarik mask pelan2 bermula dari bahagian bawah muka.



euuwwww ! geli kan? geram pun ada.ni lah bintik dan kotoran yang melekat di mask.
saya dok selalu picit bintik2 pun masih ada banyak macam ni,bayangkan kalau tak jaga langsung?
sila beli mask ini sekarang !


AL-RAZI SOAP

produk:
Al-Razi soap(sabun muka).

harga:
RM49.00.

boleh dibeli di:
fb: fara riza(klik sini)
ig: farabeauty_official(klik sini)

cara order:
whatsapp: 011-10758491




fungsi produk:
- menghilangkan jerawat.
- menghilangkan bintik-bintik hitam.
- parut-parut jerawat.
- jeragat.
- meratakan tona kulit.
- mengecilkan pori-pori muka.


cara penggunaan:
- basahkan wajah dengan air suam agar pori-pori lebih terbuka.
- gosokkan sabun Al-Razi di tapak tangan dan sapukan secara lembut ke seluruh wajah.
- bilas dengan air.


review dari kakak saya:
- sabun  al-razi ni kakak saya yang guna sebab kulit dia problem.
jadi review ni hasil dari pengalaman dia sendiri guna.gambar dia tak ada tapi ini betul2 dia guna k..
takde tipu2 punya.
- bau herba.walaupun bau macam kuat tapi bila guna tak rasa pedih pun.
- banyak buih.
- selepas cuci kulit lembut dan lembab.tak rasa tegang macam kebanyakan sabun lain.
- jerawat dah kurang berbanding sebelum ni.
- bintik2 pun dah pudar.
- kulit lebih cerah berbanding sebelum guna.
- keseluruhannya sabun al-razi ni memang bagus tau.boleh nampak perbezaan dia.
lagipun saya tengok ramai testimoni yang guna dan berkesan.kulit jadi lawa !
so sapa2 yang ada masalah kulit tu sila beli dan try.langkah pertama untuk pastikan kulit cantik ialah dengan mencuci muka.cuci muka pulak mesti lah kena guna pencuci atau sabun muka yang bagus.
al-razi antara yang berkesan.tak caya sila tengok gambar kat bawah ni nanti.



packaging sabun ni ada kotak.jangan main2,buatan malaysia,GMP certified dan disahkan halal.
kat belakang kotak pun ada maklumat sabun dan pengeluar.



dalam satu kotak ada 2 bekas sabun.



ni lah sabunnya.dalam bekas macam ni.



sabun dia macam ni.tesktur macam sabun biasa cuma depa letak dalam bekas.
gambar belah kanan tu waktu mula2 kakak saya nak try pakai.dia korek ambil sikit saja,sekarang ni dua2 sabun dia ambil semua sebab dah guna terus dah..tak dak try2 lagi dah.


bawah ni gambar customer yang guna sabun al-razi.gambar ni dari fb kak fara riza.
kalau ada apa2 pertanyaan macam biasa,contact kak fara riza terus tau.link dan no dia saya
dah tulis kat atas tadi.
.
.






untuk maklumat lanjut,pertanyaan dan pembelian boleh contact atau klik terus link yang saya bagi kat atas tadi.saya hanya pengguna,bukan penjual ye ;)


like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang saya.
tq.

2 comments:

Fha Hzh said...

seriously mcm best je siti pakai yang mask tu.. color plak sgt lawa. okay nnti nak try jugak.. hehe.thanks review awk cntik!

farariza said...

Nak beli.. Beli dgn sy.. Fb: Fara Riza