tips cara mudah hilangkan kesan mekap pada berus solekan.

Assalamualaikum.


yuhhuuuuuu.....!

hal gadis2 mesti lah kena kepoh lebih sikit..


pernah tak kauorang mekap guna berus,nanti mekap lagi guna berus yang sama
lepas tu warna mekap macam bercampur2 dan muka comot? contohnya dah guna berus tu untuk warna hitam,bila nak sapu warna cerah tiba2 lekat kesan hitam dan warna jadi comot2 dah.
haaaa...kes ini terjadi sebab kauorang tak bersihkan sisa warna mekap kat berus yang dah digunakan.
jangan harap lah setiap kali lepas guna kita nak rendam,cuci dan jemur berus2 tu semua kan?
memakan masa jugak tu sedangkan mua macam saya ni lepas mekap sorang,terus kena mekap orang lain pulak.memang nak kena sekeh dengan customer la gamaknya nak tunggu cuci dulu berus2 tu semua kan?
jadi saya ada cara yang mudah dan cepat untuk bersihkan sisa mekap kat berus.
setiap kali lepas guna je terus buat.tapi kalau ada masa kena lah cuci berus tu betul2.
rendam,cuci dan jemur.



berus yang dah digunakan untuk mekap,tisu,kapas dan pencuci mekap.
saya memang spare semua2 ni dalam rak mekap.senang setiap kali lepas guna ja
boleh terus buang sisa mekap kat berus.


yang ni untuk berus eyeliner.lepas guna berus+eyeliner gel mesti dia jadi kering kat berus kan?
lepas tu berus jadi keras dan susah nak guna.cara yang mudah dan cepat nak cuci berus tu senang saja.

1) basahkan kapas dengan pencuci mekap.
2) lurut berus yang ada kesan eyeliner tu atau boleh juga tegakkan berus dan buat gerakan
macam kita tengah sapu.bagi kena kat kapas dan pencuci mekap tu ya.
buat cepat2,sat saja hilang kesan eyeliner tu.
3) bila dah hilang kesan eyeliner tu sila lah keringkan kesan pencuci mekap kat berus.
pedap2 kat bahagian kapas yang kering atau tisu.
tadaaaaa ! dah bersih dari sisa eyeliner,dah boleh guna semula.



1) guna tisu bersih.
2) ambil berus blusher,powder atau apa2 berus yang nak cuci..
lepas tu sapu berus tu buat macam kita tengah sapu mekap kat tisu tu.
sisa mekap akan keluar dan melekat kat tisu.buat sampai sisa mekap berkurang atau terus hilang.
3) teknik yang sama juga untuk berus eyeshadow.
berus ja macam kita tengah sapu mekap kat tisu tu.
4) untuk berus lipstick pulak,lurutkan berus dengan tisu.
sisa lipstick akan tertanggal.buat lah sampai bersih.


senang dan cepat ja cara2 ni.bukan nak kena buat lemah lembut pun.
buat cepat2 macam tonyoh2 saja,sat saja sisa mekap akan hilang.
jadi selamat mencuba :p



like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage

klik iklan nuffnang.
tq.

1 comment:

aizaAQIRA said...

kak zoey pkai brush set beli kat mana ea?