product review: D'Lina Nature's Glow Glamzz UV Foundation.

Assalamualaikum.


Saya memang suka mekap.nama pun jurusolek kan..uolss ni buat2 tak paham pulak kan? haha..jadi tak menghairankan kalau jumpa saya dengan muka penuh ditempek mekap.tapi jangan bertambah hairan kalau jumpa saya langsung tak bermekap.haaaa itu awak semua boleh pengsan sebab terkejut..KAHKAH.
baiklah,sebab saya suka mekap..jadi saya pun suka pakai dan tukar2 foundation.salah satu foundation yang saya guna dari jenama D'Lina Nature's.ini jenama keluaran tempatan.produk keluaran bumiputera.
meh support orang kita.meh baca review saya meh..hehehe.


produk:
D'Lina Nature's glow glamzz uv foundation.

saiz:
10gm

pilihan warna:
ada 3 warna..pinkish,beige dan natural.saya pakai warna pinkish.

harga:
RM48 free postage.

maklumat lanjut dan tempat jual(online):
instagram: @NORAZLINA18638


pertanyaan dan cara oder:-
whatsapp:
014-6278301(ina)
017-5627176(wani)


packaging produk.


pilihan warna.saya pakai warna pinkish.


ini warna pinkish yang saya pakai.kalau tengok dari dalam bekas nampak macam warna dia gelap tapi bila dah apply warna dia jadi natural dan sesuai dengan kebanyakan warna kulit.sorry naahh ada kesan colek sebab saya dok guna haha.dah guna banyak kali tapi colek sikit saja sebab produk ni guna sikit pun kesan dia cantik dah.boleh tahan lama ni..jimat2..haha.


sebelah tak pakai produk ni,sebelah lagi selepas sapu glow glamzz foundation.tekstur dia krim lembut sangat2 dan mudah nak ratakan di kulit.warna dia natural dan masuk dengan warna asal kulit.nampak glowing2 dan warna rata.warna urat saya yang hijau2 tu pun dia cover elok.


belah kiri itu saya..saja nak kenalkan diri jugak in case awak semua dah lupakan saya..sobss.saya pakai glow glamzz foundation ni saja.waktu ni saya guna nipis sebab mekap natural.macam mekap harian lah.
yang sebelah kanan tu cce(adik saya).pun guna sikit dan nipis2 saja sebab mekap natural untuk dia pi interview kerja.nampak natural,glowing dan rata kan?


ini pulak salah seorang model yang saya mekap hari tu.saya buat mekap natural dan guna glow glamzz foundation.guna kod warna pinkish jugak ni.


ni pun model yang saya mekap hari tu.mekap ni vouge2 sikit tapi sorry lah lighting saya over bebenau.mekap ni saya sapu tebal sikit untuk efek full coverage.gebus2 glowing2 kan?


FUNGSI PRODUK MENURUT PENGELUAR:
  • agen perlindungan sinar uv terbaik yang bertindak sebagai alas wajah dan bertekstur ringan.
  • mengelakkan kerosakan dan memberi pencerahan pada kulit wajah.
  • memperbaiki struktur kulit secara intensif.
  • mengandungi spf30 untuk menghalang sinar uv.
  • diperkaya dengan AHA,vitamin E,minyak argan dan air zam-zam.
  • dirumus dengan bahan semulajadi untuk wajah lebih berseri,halus dan cerah.
  • sesuai untuk semua jenis kulit.

HASIL PENGGUNAAN SAYA:
  • tekstur krim dia lembut dan mudah nak rasatakan di kulit.
  • foundation dia melekat elok di kulit dan tak 'pecah'.
  • boleh pakai dengan apa saja jenis dan teknik bedak.contohnya lepas pakai foundation ni boleh pakai bedak pulak guna teknik span basah boleh,span kering boleh,guna berus boleh.bedak compact atau bedak debu, dua2 pun boleh.
  • warna jadi natural dan 'blend' dengan kulit.
  • untuk hasil yang natural boleh pakai nipis2.kalau nak mekap glamer sikit atau tutup parut2,cela2 dan bintik2 tu pakai lah tebal sikit.
  • ada perlindungan uv.sangat2 bagus kalau kita pakai mekap atau apa2 produk yang ada perlindungan uv.uv ni tak boleh buat main2.mesti kena ada perlindunga.alang2 pakai mekap kan,pilih yang ada perlindungan uv macam glow glamzz ni.jimat masa dan jimat duit sebab tak payah beli uv asing dan pakai asing kan?
  • mekap tahan lama.
  • hasil mekap cantik sangat.
  • keseluruhannya saya suka foundation ni.kalau berminat nak beli boleh lah awak semua contact link atau no.tel yang saya tulis kat atas tadi ok?

like page saya di:

tq.

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow

Elly Mirsada said...

wndu zoey..lme xjenguk cni sbb blog lme da pupus..skg guna link br.folo cni