product review: marine essence beauty bar(sabun marine essence).

Assalamualaikum.


dah selalu sangat dengar pasal sabun marine essence ni tapi tak tahu kenapa tak terbuka hati nak cuba beliau sampai lah baru2 ni akhirnya saya cuba jugak.serius rasa menyesal haku tak try awal2 lagi sebab sabun ni memang sangat2 berkesan la weh..bukan saya saja yang guna tapi satu family saya guna sebab kulit kami semua memang sensitif dan mudah jadi gatal2.saya bukan auta sebab nak review tau! tapi memang kisah benar satu family guna.let's go baca review saya ni k?


produk:
marine essence beauty bar.

harga:-
WM: RM105
EM: RM106
*harga ni untuk 3 ketul sabun besar2 dalam satu kotak.

saiz:
1 ketul 100gm(packaging ada 3 ketul,so 100gm x 3 ketul)

tempat beli:
cara order:
pm fb mereka tu atau whatsapp no ni 019-5933559(mas).



packaging produk.sabun ni didatangkan dalam kotak yang kemas dan bersih macam ni.bau sabun ni wangi,even dok kat dalam kotak lagi dah boleh bau wangi semerbak dia tu.


di bahagian belakang kotak terdapat maklumat mengenai produk.


sebenarnya kalau beli sabun ni ada 3 ketul dalam satu kotak.tapi ambil gambar satu ketul saja la k..
jangan nak over sangat..haha.


saiz satu ketul sabun 100gm.memang besar dan tebal lah..dan dalam satu kotak ada 3 ketul sabun.mungkin ada yang akan kata sabun ni mahal kan? tapi tak rugi beli sebab saiz besar2 dan dapat 3 ketul pulak tu.memang tahan lama tambah2 kalau kita potong2 dan guna sikit2.bab potong2 dan guna sikit2 tu memang stail saya sebab nak jimat punya pasal..muahaha.


satu family guna dan ada perubahan pada kulit,tapi saya tunjuk antara kesannya kat kulit saya saja la ok?
gambar 'sebelum' tu sebenarnya gambar selepas sehari dua cuci muka guna sabun marine essence.
hidung saya tu luka teruk jugak sebab saya korek guna jarum sampai lubang dan berdarah T___________T
selepas sehari dua cuci muka guna sabun ni, luka dah nak bercantum..boleh nampak kat gambar tu kan?
gambar 'selepas' pulak lepas saya dah cuci muka guna sabun ni selama seminggu dua.saya tak pakai apa2 krim muka pun sebab mood malas waktu tu..bhahaha.jadi saya cuma cuci dengan sabun marine essence paling kurang 2 kali sehari(siang dan malam) atau kalau rajin 3,4 kali jugak lah.luka dah sembuh sepenuhnya cuma tinggal parut sikit.tu pun dah makin pudar.


FUNGSI PRODUK MENURUT PENGELUAR:
  • ramuan eksklusif serta bermanfaat menyihatkan,melembabkan dan meremajakan kulit.
  • wangi dan organik.
  • membekalkan mineral untuk kulit.
  • menyingkirkan toksid dan kotoran pada badan.
  • menyeimbangkan ph badan.
  • meningkatkan daya pemulihan badan/kulit.
  • memperbaharui sel-sel kulit mati.
  • membantu mencerahkan dan kesan sekata pada kulit.
  • berkesan untuk kulit ekzema.
  • kulit gatal-gatal.
  • kulit alergi.
  • mencerahkan kulit.
  • mencerahkan ketiak.
  • mengecutkan jerawat.
  • selamat untuk bayi dan ibu mengandung.
HASIL PENGGUNAAN SAYA DAN KELUARGA:
  • mak saya jadi gatal2 dan merah di pergelangan bawah siku sampai jadi macam melecur.dah sapu ubat yang beli di farmasi pun tak jadi apa tapi gatal makin teruk pulak.saya bagi mak saya try sabun ni dan alhamdulilah lepas 2,3 hari guna dah ada perubahan dan selepas guna sampai habis sabun tu(saya potong kecil) kulit mak saya dah ok semula.siap cakap lagi "kulit mak dah jadi putih sikit lah" hahaha..saya ada ambil gambar tapi tak sesuai lah nak letak kat blog.blog saya bukan blog family kan..so faham2 lah ya..tak semua saya boleh letak.biar saya je yang review dari kisah benar yang saya tengok sendiri..ceh ceh...
  • anak saudara jadi gatal2 dan kudis di badan terutama di kaki.saya bagi dia guna ni dan stop sapu ubat.saja nak tengok macam mana kesannya.alhamdulilah luka dan kudis dia dah kering dan sembuh.
  • mula2 guna sabun ni saya tak tahu rupanya dia boleh guna di muka, bila dah tau tu apa lagik..berdesup hari2 cuci muka guna sabun ni.sabun badan terus sabun muka sekali haha.jimat2...waktu try sabun ni muka saya penuh dengan luka terutama kat dagu dan hidung.hari2 saya cuci guna sabun marine essence dan stop pakai semua krim.luka yang teruk2 tu dah bercantum dan sembuh.tinggal parut2 ja sikit.
  • paling jelas sekali muka saya dah jadi lebih putih! saya tak ambil gambar tapi memang boleh nampak beza dia.kulit saya jadi lebih putih dari sebelum guna.
  • bau wangi dan melekat lama di kulit.
  • bau badan yang busuk2 tu hilang.
  • gatal2 dan luka di kulit sembuh.
  • lepas guna, dia takde melekit macam kebanyakan sabun tu,dia kesat sikit..jadi saya suggest lepas mandi guna sabun ni pakai lah lotion atau krim badan untuk lembabkan kulit.
  • kulit jadi cerah.
  • banyak buih.
  • keseluruhannya sabun ni sangat2 bagus.bukan saya sorang yang cakap tapi family saya yang guna pun cakap..siap nak repeat beli lagi.saya cadangkan anda pun try jugak terutama kalau anda ada masalah kulit.tak kira lah kulit muka ka badan ka..try saja la labu..produk bagus mesti kena cuba tau? 



terima kasih mas owner online shop yang jual sabun ni sebab bagi kat saya buku mudahnya menjemput rezeki dengan handsock sekali.semoga murah rezeki yeee :)


like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang saya.
tq.

2 comments:

Diela Lavender said...

assalamualaikum....mmg bekesan ea if buat pencuci muka sis?

nurul shahida said...

As salam ..saya baru nak cuba..kulit pun jenis sensitif jugak :(