product review: NEW Loreal white perfect total 10 all-in-one whitening day cream.

Assalamualaikum.


kali ini saya nak review produk terbaru keluaran Loreal paris iaitu 
Loreal white perfect total 10 all-in-one whitening day cream.
saya dah cuba dan guna setiap hari,memang terbaik !


taadaaa... ini lah produk terbaru,Loreal white perfect total 10.


packaging produk.
kiri: bahagian depan kotak.
kanan: produk dalam bentuk botol berpam dan bersaiz 50ml.


bahagian tepi kotak.seperti kata pengeluar,produk ni mempunyai 10 kebaikan didalam satu produk.
jimat dan menguntungkan.tak payah beli banyak krim semata-mata untuk dapatkan kebaikan yang berlainan.dengan Loreal white perfect total 10 ni semua dah ada termasuk lah perlindungan uv yang sangat penting! leceh kan nak pakai krim pelembab asing,lepas tu kena pakai krim perlindungan uv asing pulak?
dengan produk ni mudah sangat tau..all-in-one !


picit/tekan pam untuk mengeluarkan produk.


tekstur produk 'ringan' dan nipis bila disapu.warna produk pink/soft purple dan berbau wangi.
saya suka bau dia.bau wangi ni sangat 'light' dan baunya lebih kurang sama seperti kebanyakan produk 
Loreal white perfect yang lain(saya pernah guna produk lengkap Loreal white perfect dalam tempoh yang lama,jadi saya tahu la hehe)


test di tangan.selepas sapuan white perfect total 10,kulit akan jadi lembut,lembab dan glowing !
mungkin dalam gambar ni tak berapa jelas,tapi kalau test di luar dan tengok sendiri,
memang nampak perbezaan antara bahagian yang disapu dan tidak disapu Loreal white perfect total 10.


muka tanpa mekap dan tanpa tambahan produk lain
ini pula saya test di muka.sebelah muka saya sapu Loreal white perfect total 10,
dan saya tinggalkan sikit saja bahagian muka yang tak disapu.
hasilnya bahagian yang disapu Loreal white perfect total 10 nampak lebih glowing dan sihat !
kulit bertukar menjadi lembut,lembab dan nampak lebih cerah(yeeesss,antara kesan serta-merta yang boleh dilihat samada didalam gambar atau diluar gambar ialah kulit nampak cerah sedikit selepas sapuan)


muka tanpa mekap dan tanpa tambahan produk lain.
gambar kiri sebelum saya mula cuba Loreal white perfect total 10 all-in-one whitening day cream.
kiranya waktu tu belum cuba langsung produk ni.

gambar kanan:
selepas hampir seminggu menggunakan Loreal perfect total 10 all-in-one whitening day cream.
saya dah tengok dan rasa sendiri perbezaannya.lebih glowing,cerah dan nampak sihat berseri.


kebaikan/fungsi produk menurut pengeluar:-
.
.
- penyelidikan Loreal telah mencipta formula termaju yang menggabungkan:
3 vitamin(E,B3 dan C) yang diketahui bertindak di atas lapisan kulit untuk mengawal pengeluaran melanin bersama DERMO-SHIELD complex yang membantu melindungi kulit dari beberapa punca penggelapan.


- hasil dan kebaikan dari penggunaan produk ni:
1) kulit tampak bercahaya(instant glow).
2) mencerahkan kulit
3) meratakan warna kulit
4) menyamarkan noda hitam
5) mengurangi kilap(shine)
6) melindungi dari polusi
7) anti-UVA
8) anti-UVB
9) anti-oksidan
10) mengurangi minyak yang berlebihan.

- diuji secara dermatologi-ujian ke atas kulit asia.

- cara guna:
sapu setiap pagi di bahagian muka dan leher yang bersih.elakkan dari terkena di kawasan mata.

untuk maklumat lanjut sila ke:
https://www.facebook.com/lorealparismalaysia


hasil penggunaan saya:
.
.
- kulit nampak glowing serta merta ! jadi,kulit saya nampak sihat dan berseri.
tak ada lagi kulit yang kusam.

- kulit jadi lebih cerah.bukan putih melepak tiba-tiba tu,tapi ini cerah yang pinkish.
cerah+pinkish = KULIT NAMPAK SIHAT DAN BERSERI ;D

- kulit terasa lembab dan nampak lembab.tahu tak bila kulit lembab, kulit akan kelihatan muda?  ;)

- kulit terasa lembut.tak kering dan tak kasar.

- warna kulit nampak sekata.

- keadaan kulit seimbang.tak kering sangat dan tak berminyak sangat.

- kulit jadi licin dan nampak licin.

- saya selalu sapu krim ni dan keluar kemana-mana tanpa pakai mekap langsung !
yakin je sebab kulit saya nampak glowing dan berseri :D

- all-in-one yang jimat dan memudahkan saya.tak payah beli krim uv asing dah
dan tak payah pakai berlapis-lapis krim setiap kali.dengan krim ni sekali sapu saja.

- ada perlindungan UVA dan UVB yang tersangat penting untuk melindungi kulit kita
dari pancaran matahari yang menyebabkan pelbagai masalah kulit termasuk
kulit gelap,nampak kusam,terlalu kering atau terlalu berminyak.kedutan,nampak lebih tua dari usia,
jerawat,sunburn atau lebih teruk kanser kulit !!!

- senang disapu.tekstur krimnya 'ringan','nipis',lembut dan rasa sejuk macam air haha..

- tak melekit dan cepat menyerap ke dalam kulit.

- berbau wangi..tapi bau wangi tu sangat 'light' dan tak peningkan kepala.

- keseluruhannya saya sangat puas hati dengan hasil dari penggunaan krim ni.

-saya yakin dengan produk Loreal ni sebab jenama Loreal dah sekian lama berada di pasaran dunia.produknya pula dihasilkan dari kajian yang mendalam selama bertahun-tahun dan tiada kandungan bahan kimia yang berbahaya(insyaallah).lagipun senang nak cari produk Loreal,di pusat beli belah dan farmasi pun ada.tapi ramai yang ingat skincare Loreal mahal kan? sebenarnya harga berpatutan dan mampu dibeli.cuma untuk produk terbaru ni saya belum pasti berapa harganya.jadi kalau berminat cepat-cepat lah beli dan try Loreal white perfect total 10 ni.


thanks Loreal sebab bagi saya cuba produk terbaru yang sangat berkesan ni.
saya pernah pakai skincare jenama Loreal untuk tempoh yang lama,sangat berkesan.
sebab tu saya yakin nak cuba produk terbaru ni.saya dapat jemputan ke majlis pelancaran produk
Loreal white perfect total 10,tapi atas sebab tertentu saya tak dapat pergi.
tapi terima kasih kerana menjemput ;)


untuk maklumat lanjut sila ke:
https://www.facebook.com/lorealparismalaysia


like fanpage saya di:


tq.



1 comment:

mamaairis said...

boleh try nih.....pas tuh pencucu muka dia ada 1set tak??