check-up ijn.

Assalamualaikum.


sebenarnya lama gila saya tak update pasal penyakit,check-up dan sewaktu dengannya.malas lah uolsss...selalu malas nak tangkap gambar,malas nak ingat balik apa benda yang saya buat bila jumpa doctor.sekarang nak pergi jumpa doctor pun malas tau ! tapi hari tu 9.10.13 waktu pergi jumpa doctor saya ada tangkap gambar..boleh la nak shared sikit gambar takde pekdah tu hahahaha..

p/s: nasib baik ijn tak macam hospital biasa yang sesak sangat2,panas dan boring tu.kalau tak,lagi malas nak pi hahaha.



muka tak semenggah budak yang malas nak jumpa doctor,malas nak tunggu,malas nak naik kereta lama2,malas nak redah jammed,malas nak buat test2 tu semua..pendek kata dia ni memang BUDAK PEMALAS! haha.sebenarnya waktu ni dalam kereta otw pergi KL.kalau kena jumpa doctor,sehari sebelum tu dah bertolak dari kulim ke ipoh.tidur rumah kakak saya kat sana dan awal2 pagi kami bertolak pergi KL pulak.selalu plan nak bertolak awal pagi kononnnya,tapi tiap2 kali pun mesti terlewat sebab saya bangun lewat kahkah..tak senonoh punya budak!


hari tu kena jumpa 2 orang doctor.doctor yang pertama ialah Dato' Dr.David Chew.dulu waktu tahun bila entah, saya pernah masuk ward ijn untuk try ubat baru.dato chew dan beberapa orang doctor lain pernah mai check saya dekat ward tu.ingat lagi waktu tu sambil pegang tangan saya dia cakap kat saya "kecilnya awak..tak makan ke?" sambil senyum..haha.serius lah cakap kalau jumpa doctor macam ni hari2 pun saya sanggup sebab sejak dulu sampai la dia sentiasa senyum dan cakap lembut.yang sakit pun boleh hilang.humble dan tenang sangat orangnya.aura dia tu boleh jangkit kat kita lah haha.

dah petang sikit lepas buat apa2 yang patut macam ECG,ECHO,6 MINUTES WALK(selalu saya tak buat yang ni sebab saya pening), saya jumpa pulak dengan doctor ke-2 iaitu doctor geeta.saya memang kena jumpa paediatric doctor.ni lah doctor yang rawat saya sejak 8 tahun lepas.saya harap akan ada ramai lagi doctor macam beliau ni.sangat bagus ! sepanjang sakit saya pernah jumpa ramai doctor tapi dia yang terbaik.lepas jumpa dengan dia 8 tahun lepas baru saya faham tentang penyakit ni sedalam-dalamnya.doctor lain tak jelaskan secara terperinci macam dia.dari penyakit,cara hidup,apa yang boleh dan tak boleh,ubat-ubatan,rawatan,dan lain2 semua terperinci dan dia tak akan selindung apa2 benda yang mungkin boleh buat kita menangis meraung kalau tak kuat iman haha.dia lah doctor yang cakap tiada rawatan atau pembedahan untuk sembuhkan saya,dia lah cakap saya anytime boleh tuuttt...yang bagitau saya tunggu 'masa' saja.reaksi saya biasa saja tapi kalau orang lain tak tahu pulak.dari cara dia dan apa yang dia buat memang boleh tau dia betul2 ambil berat,nak tolong dan rawat pesakit..sampai cara hidup kita pun dia ambil berat dan nak tolong.tq ya doctor :'D

mesti ada yang tertanya-tanya macam mana keadaan saya kan? saya check-up macam biasa.sekarang saya ulang alik berjumpa doctor di ijn dan di ipr(institut perubatan respiratori) dan ada cadangan untuk saya tukar organ.tapi kena tukar 2 organ terus iaitu jantung dan paru2 sebab dua ni lah punca penyakit saya.belum ada apa2 perkembangan lagi sebab berat saya tak cukup untuk buat pembedahan.atas sebab2 tertentu nama saya pun belum masuk dalam senarai menunggu organ.yang terbaru kebelakangan ni saya pening teruk dan dan berat badan ringan sangat.doctor bagi saya jumpa dietitian dan sekarang saya minum susu yang gantikan khasiat makanan yang saya tak dapat.tujuan dia supaya saya dapat khasiat makanan yang lengkap,berat saya mungkin naik dan pening berkurang.kalau pening teruk jugak saya mungkin dirujuk ke pakar hidung telinga dan tekak sebab takut something wrong dalam telinga.alhamdulilah lepas 2,3 minggu minum susu yang tak sedap tu saya dah rasa kuat dan pening pun dah kurang banyak v(^_^*)v



tunggu doctor memang boring sebab lambat haha.selalu pergi pagi2 sampai petang baru boleh balik.dalam tempoh tu merayau lah kami pergi beli makanan lah,majalah lah,cafe lah.hari tu saya try white chocolate ice blended ni.saya cari minuman yang tak ada kopi sebab saya tak suka..sekali staff gloria tu suggest suruh try yang ni sebab tak ada caffien..ingat hati nak coklat hitam biasa tu tapi try jugak yang ni.rasa lemak2 dan manis bebenau! hahahaha..rasa white chocolate kan.tapi not bad lah.kalau bagi kat CCE(adik saya) dia mesti suka sebab dia tu suka rasa yang pelik2 sikit T___________T
p/s: sorry,taip entry ni bukan waktu bulan puasa,ada makanan sikit ya.


muka dah habis mengantuk dah ni.dalam kereta asyik tidur ja.bangun pun ngantuk lagi sebab terlebih tidur dah haha.belum campur pening lagik.rasa macam nak baring ja.



ni ja makan tengahari saya.bihun soto dengan air mineral.kakak saya pulak tek o ais dengan sizzling.kalau pi makan kat cafe situ mesti order soto ni.ok jugak rasa dia.
p/s: sorry,taip entry ni bukan waktu bulan puasa,ada makanan sikit ya.



muka macam baru bangun tido lepas tu terus makan T_________T.pergi hospital memang malas nak buat segak2,malas nak mekap dan pakai lens walaupun rabun dan tak boleh pakai speck lama2.nanti dalam kereta nak tidur,mana boleh tidur kalau pakai lens..baik tak payah pakai terus hehe.


saya ada masalah tak boleh tidur malam.dah bertahun2 dah.sangat menganggu sebab langsung tak dapat tidur.siang2 pulak body lemah dan pening.doctor cakap saya mungkin rasa lebih teruk dan tak sihat kalau tak dapat tidur,so dia bagi ubat ni..kalau perlu kena makan lah.tapi paling tak tahan tu kan... masalah tidur/keresahan...KERESAHAN???? kahkah :'D sampai hari ni saya tak sentuh pun ubat ni.saya cuba tidur macam biasa.ada masanya boleh,ada masa tu awal2 pagi baru dapat lena.nasib lah -.-"


ok tu ja gambar yang ada pun.lain kali kalau pi lagi dan rajin saya tangkap gambar banyak2 k?
(klasik sangat guna ayat tangkap gambar tu).
SELAMAT BERPUASA ;)


like fanpage saya di:

tq.


9 comments:

Farah Waheda Wahid said...

take care and get well soon dear...

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya makanan

CikPuan FiDa said...

smg cpt sembuh ya zoey...
dap dap nyaaaa air tu...
huaaaaaa leleh ayaq lioq da niii

sit'Z said...

moga cepat sembuh..cube selalu buat diri rase gembira..isyallah mudah tido.. =)

Haura Marissa said...

get well soon!

Cik Puan Eka said...

Semoga Zoey terus kuat ya.

InshaAllah.

fazilamz @ iLa said...

zoey sgt kuat orngnya..
ila tahu bkn mudah utk dgr or terima bila doc kata ...bila2 kita boleh...
ila pernah juga di duga, mmg emosi sgt terganggu mcm nk giler dibuatnya...
apapun ila doakan zoey akn pulih seperti org lain...
anda adalah insan istimewa!

Zia Anis said...

semoga zoey diberikan kesihatan dan ceria sokmo..amin. teruskan menulis..saya suka baca.

leyla nurjatiey said...

semoga cepat sembuh ye sis..