product review: fabulousiti flawless angel foundation.

Assalamualaikum.


Bulan puasa memang lembab makcik sorang ni update blog.saya bz uolssss...bz meniaga tudung dan foundation kat fabulousiti beauty & closet sampai tak sempat nak mandi pun ! kahkahkah..


ok baiklah,sebenarnya selama ni ramai sangat yang tanya saya mekap customer guna foundation brand apa sebab hasil selepas mekap nampak kulit customer flawless.yang ada jerawat dan parut pun nampak flawless.belum kira orang tanya saya guna produk apa sebab kulit nampak flawless.padahal kalau nak tau kulit saya banyak parut dan bintik.yang nampak flawless tu sebab foundation saja..hehe.tapi macam biasa,saya tak bagitau pun sebab saya guna foundation sendiri.waktu tu jenama pun belum letak.saya guna dalam bekas kecil tu saja.bukan sombong tak mau bagitau, tapi kalau bagitau nanti orang nak beli kat mana? saya belum jual waktu tu.akhirnya awal ramadan saya dah mula jual.alhamdulilah saya dah ada produk jenama sendiri..terharu kite cik senah oiiii..sobs..so kali ni saya nak review pasal foundation ni k.


produk:
Fabulousiti Flawless Angel Foundation.

kod warna:
angel beige(pinkish tone)
angel natural(yellow tone).

saiz:
10gm
(tahan 2,3 bulan atau lebih,bergantung pada cara pakai).

harga:
RM59.00 tak termasuk pos.

cara order:
sms/whatsapp 012-4141421(jgn call).

maklumat lanjut:
sila ke http://www.facebook.com/fabulousiti(fabulousiti beauty & closet)
atau


P/S: 1) KAMI SEDANG MENCARI AGEN DAN DROPSHIP,SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH
SMS/WHATSAPP 012-4141421(jgn call).




poster fabulousiti flawless angel foundation.


poster fabulousiti flawless angel foundation.


ini customer paling latest.saya mekap untuk pre-wedding photoshoot.terima kasih kak eisma ;)
untuk hasil mekap kat customer lain yang saya buat selama ni,boleh pi tengok kat fabulousiti beauty & closet(klik sini).


packaging produk.buat masa sekarang belum letak dalam kotak.coming soon insyaallah :')


packaging produk.


kalau tengok kat luar sendiri, sebenarnya produk nampak gelap dalam bekas..tapi jangan risau.dalam bekas je gelap.warna asal natural dan boleh masuk kebanyakan warna kulit.



pilihan warna yang ada.



colour swatches.



contoh warna yang disapu di kulit muka.


foundation kami ni medium too full coverage, jadi dia lebih pekat dan tak lembut sangat macam kebanyakan foundation lain.nampak tak warna dia? jangan takut pulak..haha.bukan cerah sangat tapi bila pakai memang blend dengan kebanyakan warna kulit.gambar kanan tu pulak sebelum dan selepas apply.saja nak tunjuk contoh dia punya coverage.boleh tutup cela.kat tangan saya tu ada urat2 timbul warna hijau dan tekstur kulit pulak tak sekata macam tompok2 kan? selepas apply foundation ni dia tutup kesan tu semua.


yang ni pulak nak tunjuk perbezaan antara fabulousiti flawless angel foundation dan foundation jenama X.jahat kan kite nak compare? bhahaha.ok,gambar kiri tu perbezaan dia punya coverage.faoundation kami medium too full coverage, sangat sesuai untuk tutup parut,bintik,dark circle,cela dan samarkan jerawat.kesan dia lebih bagus untuk tutup tu semua berbanding foundation light too medium coverage.foundation jenama  X pulak lembut tapi boleh nampak perbezaannya kan? dia nipis,light coverage,so dia kena pakai banyak2..kena sapu banyak lapis kalau untuk kulit bermasalah dan kurang berkesan kalau nak tutup parut dan cela.

gambar kanan pulak perbezaan dari segi waterproof.sebenarnya foundation kami waterproof.sesuai sangat untuk kita kat malaysia sebab cuaca panas dan mudah berpeluh.kalau foundation biasa mekap kita boleh cair dan tak tahan lama kan? tapi foundation kami boleh buat mekap tahan berjam2 dari pagi sampai malam pun insyaallah mantain.dalam gambar tu saya jirus dengan air dan tonyoh2.foundation kami tak terjejas sangat tapi foundation jenama X dah comot2,sememeh dan hampir hilang.walaupun macam tu,foundation kami tak susah pun nak cuci.


cara nak pakai fabulousiti flawless angel foundation.
no.1: tempek foundation di muka menggunakan berus atau jari.
no.2: guna span foundation dan ratakan foundation tadi.sapu rata2 tau.
no.3: tambah dan tempek foundation lagi di bahagian yang kita nak tutup seperti di bawah mata(dark circle),parut,jerawat,bintik dan cela.ni cara untuk fungsi sebagai concealer.saya suka tempek banyak2 untuk part ni hehe.
no.4: guna span foundation dan pedap lembut sampai foundation tadi jadi rata.jangan tarik tau.pedap je sampai dia samarkan kesan2 tu semua.lepas tu boleh terus pakai compact powder.untuk kawasan yang kita pakai sebagai concealer tadi,pedap2 jugak compact powder.jangan tarik.
no.5: sebelum guna fabulousiti flawless angel foundation.
no.6: selepas guna flawless angel foundation.ni pakai foundation semata-mata.tak pakai bedak atau concealer asing.


perbezaan dark circle sebelum dan selepas disamarkan menggunakan fabulousiti flawless angel foundation.


gambar dekat perbezaan dark circle sebelum dan selepas disamarkan menggunakan fabulousiti flawless angel foundation.


perbezaan kening sebelum dan selepas dikemaskan menggunakan fabulousiti flawless angel foundation.
sebab dia full coverage, jadi senang nak tutup bulu kening di tepi2 tu.bentuk kening nampak lebih kemas terbentuk tanpa teknik cukur.


perbezaan sebelum dan selepas tutup parut menggunakan fabulousiti flawless angel foundation.tak edit photoshop naaahhhhh...!


sebelum dan selepas mekap menggunakan fabulousiti flawless angel foundation.ni mekap natural saja.


sebelum dan selepas mekap menggunakan fabulousiti flawless angel foundation.ni mekap tebal sikit untuk photoshoot.


sebelum dan selepas mekap menggunakan fabulousiti flawless angel foundation.


FUNGSI:
- medium too full coverage.
- menutup jerawat,parut,bintik,cela dan dark circle.
- membuat kulit nampak licin terutama selepas beberapa lama mekap di muka.
- kalis air.
- tidak berminyak.
- spf 30 melindungi kulit dari sinar uv.
- mekap tahan lama dari pagi sampai ke malam(lebih dari 15 jam!).
- warna natural dan sebati dengan kebanyakan warna kulit.
- berfungsi sebagai concealer.jadi tak perlu guna concealer asing.
- tiada pewangi.
- sesuai digunakan oleh jurusolek professional atau wanita dan gadis biasa.
- keluaran bumiputera dan halal.


ANTARA BAHAN UTAMA:
- argan oil.
- almond oil.
- collagen.
- spf 30.
- air zam-zam.


KENAPA SAYA SUKA GUNA FABULOUSITI FLAWLESS ANGEL FOUNDATION?:
- kenapa saya suka guna foundation ni walaupun banyak lagi foundation yang mua terkenal guna?
sebab yang ni betul2 memenuhi apa yang saya nak dan customer nak.mekap maintain tahan lama dan nampak flawless.
- kalis air antara ciri yang paling saya suka.cuaca kita panas dan selalu berpeluh.mekap mudah rosak dan jadi tak cantik.so dengan foundation ni memang mekap maintain sangat2.
- walaupun kalis air tapi tak susah nak cuci dia.guna mekap remover biasa pun boleh,guna  wet tissue atau baby wipes pun boleh.
- medium too full coverage.saya sendiri banyak parut dan dark circle teruk sangat2.foundation ni senang,sapu lebih sikit ja dah tutup semua kesan tak elok tu.nampak lah flawless kan.
- berfungsi sebagai concealer juga.jimat dah saya tak payah beli concealer banyak2 macam sebelum ni haha.
- sebagai mua saya mekap ramai sangat customer.dah tentu warna kulit depa tak sama kan? tapi saya hanya guna satu warna saja ! sebab apa? sebab foundation ni boleh blend dengan warna kulit yang asal terutama selepas beberapa jam mekap.lepas minyak semulajadi dan peluh keluar..dia nampak natural.
- tak berminyak ! kalau untuk kulit yang berminyak teruk,dia kurang sikit lah minyak tu.
- kulit nampak licin dan selepas berjam2 mekap nampak nampak makin cantik.
- tiada pewangi.jadi foundation kami bau bedak lah hahaha..tak tahu macam mana nak cakap.
- ramai tanya tahan lama tak 10gm ni? sbenarnya ikut cara kita guna.kalau selalu guna tebal2 dan selalu mekap akan cepat habis,tapi dalam 2,3 bulan rasanya.kalau jarang mekap atau guna nipis2 ja lebih lama dia tahan.saya guna bekas kecil dari 10gm pun tahan lama,tu dok mekap ramai orang tu.
- keseluruhannya saya memang suka dan saya guna foundation ni.cepat2 try ok? raya ni boleh la nampak flawless macam anak patung.kalah che ta uolsss ! muahaha.

TIPS:
- jangan risau kalau foundation ni nampak terlalu cerah atau terlalu gelap untuk kulit.selalunya dia akan blend elok dengan warna asal kulit tapi ada jugak tips mudah yang boleh anda try ni..
pakai foundation kami ikut cara pakai yang kami sarankan,kemudian pakai compact powder yang sama warna dengan kulit anda.lepas mekap warna akan blend dengan kulit dan nampak natural.tapi nak cakap siap2,normal tau kalau lepas mekap muka kita nampak sedikit cerah atau sedikit gelap.kita dah campur2 warna kan?
- untuk mekap harian atau yang natural,sapu nipis2.tapi untuk tutup kulit yang bermasalah macam parut,jerawat dan lain2 kena pakai lebih sikit ya.lebih sikit ja sebab ni full coverage..so memang dia sedia pekat dah.untuk mekap pengantin,dinner dan lain2 acara special guna lah tebal sikit.hasilnya nanti macam anak patung!
- sesetengah produk skincare contohnya toner,uv dan pelembab, akan buat foundation dan bedak jadi tak rata dan tak melekap elok di kulit.perhatikan mekap anda,kalau bedak tu macam pecah2 dan 'lari'(bedak tak melekat), sila bertukar dan pakai makeup primer atau makeup base sebelum mula pakai foundation dan bedak.ni lebih baik.


lain kali saya review lagi dengan gambar comel2..haha.
jom beli jom.contact no yang saya bagi kat atas tadi.


selamat berpuasa ;)


like fanpage saya di:

tq.

2 comments:

fazilamz @ iLa said...

Macam best la zoey..ila nk try la...
Tunggu ada duit sket, nti ila roger wssp zoey erk

Syafiqah Hashim said...

wahh..menarik nyaa..boleh cuba nanti..