product review: maybelline hyperharp liner.

Assalamualaikum.


Lama dah tak update blog.ada lah dalam seminggu dua dah kan.ni lah akibatnya kalau sibuk melampau.tapi dalam dok sibuk tu saya banyak jumpa dan guna produk-produk yang sangat bagus! antaranya maybelline hypersharp liner.eyeliner ni memang favourite saya lah.


produk:
maybelline liner.

warna:
terdapat di dalam 3 warna iaitu intense black,soft black dan brown.
saya guna intense black.

harga:
RM35.90 (kalau tak salah).

boleh dibeli di:
semua kaunter maybelline di seluruh malaysia.

maklumat lanjut:
like fb page maybelline ini maybelline NY simply fabulous(malaysia)


FUNGSI MENURUT PENGELUAR:
- hujung berus yang runcing dan halus, 0.01mm sahaja !
- kalis air(24 hours smudge-proof).
- terdapat di dalam 3 warna yang sesuai untuk gadis yang berbeza personaliti.


HASIL PENGGUNAAN SAYA:
- hujung berus sangat halus dan runcing! tapi dalam masa yang sama sangat stabil dan senang nak garis eyeliner.tak ada masalah comot walaupun tangan kita tak berapa stabil dan tak pandai guna liquid eyeliner.
- warna pekat,senang melekat dan cantik.
- kalis air.sesuai untuk kita di malaysia yang mempunyai cuaca panas ni.bila berpeluh ataupun menangis tak akan jadi comot ! tapi dalam masa yang sama tak susah untuk cuci eyeliner ni.
- hujung berus yang halus memudahkan kita untuk garis eyeliner dengan pelbagai style.boleh garis halus dan nipis untuk efek natural.garis tebal dan sharp untuk efek mata galak dan bold serta pelbagai lagi.
- saya juga guna eyeliner ni untuk garisan bawah mata(garisan bulu mata bawah,bukan waterline).sebab dia waterproof,jadi dia tak comotkan bawah mata.lagipun hujung berus halus, boleh buat macam2 efek kat bawah mata.
- bentuk seperti pen sangat stabil untuk buat garisan yang bersih dan kemas.sesuai untuk sesiapa yang tak pandai guna liquid eyeliner atau sesiapa yang ada masalah tangan kurang stabil sampaikan garisan eyeliner selalu jadi comot.now guna saja eyeliner ni,stabil sangat.
- keseluruhannya saya suka eyeliner ni.sejak dulu lagi dah suka.bila keluar yang terbaru ni bertambah suka sebab lebih halus dan runcing.senang nak buat garisan dan macam-macam style eyeliner :p


packaging maybelline laser liner.gambar bawah tu boleh nampak kan betapa runcing,halus dan sharpnya hujung berus eyeliner ni.hujung berus tu bukan lembik dan bukan juga keras macam kebanyakan eyeliner lain.berus dia ni unik sikit dan stabil untuk buat garisan.


hujung berus halus,hasil garisan pun jadi halus dan 'clean'.


contoh.gambar kiri saya buat garisan halus dan tebal.warnanya pekat dan yang penting sekali eyeliner ni kalis air.gambar kanan pula contoh saya lukis guna eyeliner ni.saya lukis halus sangat-sangat ni tau! hujung dia memang terbukti runcing,stabil dan hasilnya 'clean'.


gambar kiri saya buat garisan yang betul-betul halus untuk efek mekap natural.garisan sangat nipis dan hampir dengan garisan bulu mata asli.tak ada masalah pun untuk garis halus dan nipis macam ni sebab hujung berus dia sangat halus.gambar kanan pula saya buat garisan dengan wing di hujung.nampak kan tepi dan atas garisan eyeliner ni jadi 'clean' dan sharp? tak comot pun.ini disebabkan pen/body eyeliner yang stabil,senang nak buat garisan.hujung berus pula halus dan runcing.


gambar kiri saya garis eyeliner ni untuk lukis bulu mata di bahagian bawah mata.berus halus,hasil garisan  pun halus dan orang memang susah nak perasan saya buat bulu mata olok-olok je haha.bulu mata bawah nampak full dan banyak.sedangkan saya create guna eyeliner ni saja.gambar kanan pula saya buat garisan  tebal sikit dan macam fishtail di hujung.tepi garisan semua nampak clean dan sharp kan? senang sangat garis guna eyeliner maybelline ni.


saya suka sangat eyeliner ni.anda pun patut cuba tau.
tamat.


like fanpage saya di:

tq.

3 comments:

Azie Azra said...

I pun baru je beli dan sgt puas hati! Senang nk apply dan kemas sgt. Dulu suka elianto tp skrg dh beralih ke yg ini pulak ❤

MittNamnArIffah said...

akak, pernah try tak produk Giffarine? hehe.

Hans said...

nasib harga boleh tahan lah :)