product review: excel paris lip matte.warna bibir cantik dan tahan lama.

Assalamualaikum.


orang perempuan memang tak boleh dipisahkan dari lipstick, dan orang perempuan mesti tau susah nak cari lipstick lawa dan tahan lama.lepas makan atau minum tu lain cerita, memang habis lah warna liptsick kita nih..tapi takyah risau, saya dah jumpa produk yang tahan lama lepas tu warna dia lawa yang tersangat lawa! bhahaha..dengar macam nipu, tapi sungguh saya tak tipu.. produk ni macam lipstick, macam lipgloss..tapi nama dia lip matte.cun giler !


produk:
excel paris lip matte.

warna:
terdapat dalam 12 jenis warna.
saya pakai kod 503(pink), 504(orange), 505(red).

harga:
RM10.00
add postage RM6.00 untuk s/m dan RM9 untuk s/s.

tempat beli(onlineshop):
fb: chantek selalu(sila klik di sini)

cara order:-
pm inbox fb: fb chantek selalu(sila klik di sini)
atau sms 017-4781577


FUNGSI MENURUT PENGELUAR:
  •  longlasting(tahan lama).
  •  jenis matte.
  •  waterproof.kena cuci guna makeup remover atau minyak
  •  jika bibir terlalu kering, boleh pakai lip balm dulu.



HASIL PENGGUNAAN SAYA:
  • jenis matte.maknanya tak berkilat dan tak lembabkan bibir.jenis matte ni selalunya kering sikit,so pakai lah lip balm dulu supaya bibir tak terlalu kering.
  • warna pekat dan terang.tak macam lipstick dan lip gloss biasa tu.kena sapu banyak2 kali kan? lip matte ni sapu sikit saja pun warna dah melekat elok dah.
  • tesktur dia bukan macam lipstick biasa.dia ada macam satu lapisan warna dan tahan lama.
  • waterproof.jarang kan ada produk bibir yang waterproof? kalau nak cuci guna lah makeup remover atau minyak baby/minyak zaitun.
  • warna dia cantik sangat2.bila pakai nampak macam anak patung tau! hahaha.
  • tahan lama.tak payah touch-up banyak kali.
  • senang disapu dan mudah melekat di bibir.maknanya warna dia melekat elok lah.
  • bila pakai tu bibir nampak shape cantik je.macam garis dengan lip liner padahal saya cuma sapu lip matte ni guna berus dia dan sapu elok2..nampak bibir cantik terbentuk..tak pakai lip liner pun.
  • keseluruhannya saya suka lip matte ni.serius nampak macam anak patung bila pakai.anda pun patut cuba tau.tambah2 yang suka lipstick jenis matte dan tak mau touch-up banyak kali.sila try! saya sangat2 rekemen tau.



packaging produk.ini warna yang saya pakai.kod 503 yang pink tu,504 yang orange tu dan 505 yang red.


berus dia macam kebanyakan berus lip gloss.berus macam ni mudah nak ratakan warna di bibir.



colour swatches.try tengok betul2..tekstur dia..macam velvet kan? bila sapu dia jadi macam satu lapisan warna yang melekat di kulit dan tekstur dia jugak matte yang tak berkilat.sapa2 yang tak suka bibir nampak berkilat tu sila pakai lip matte ni.kesan matte dia tu cantik sangat tau.warna dia pulak pekat dan terang.



saya pakai ecxel paris lip matte warna 503(pink).
kalau tengok real2 nampak macam anak patung pakai warna ni :p



saya pakai warna 504(orange).
warna dia cantik sangat2.bukan oren pudar tu tapi oren terang yang sangat cantik!



saya pakai warna 505(red).
yang ni toksah cakap lah,lawa sangat2.warna merahnya pekat dan terang.nampak berseri dan putih kulit saya..haha.


P/S:
SAYA TAK JUAL LIP MATTE NI.SAYA HANYA PENGGUNA YANG BERKONGSI PENGALAMAN GUNA PRODUK NI.PERTANYAAN,PEMBELIAN DLL SILA BERHUBUNG DENGAN PENJUAL SENDIRI YA.MAKLUMAT PENJUAL ADA TULIS DI ATAS.
TQ.


like page saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage

tq.

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

cantiknya

leyla nurjatiey said...

cantiknye colour2 die..