Sunsilk Lively Clean & Fresh.

Assalamualaikum.


Ini kisah benar.
Mula-mula pakai tudung dulu, saya macam terkena 'kejutan budaya' sebab tak tahu cara jaga rambut untuk gadis berhijab dan tak tahu produk apa yang bagus, akhirnya rambut saya mula bermasalah.bila pakai tudung rambut akan berbau dan berminyak.lepas tu kulit kepala rasa gatal-gatal.selalu ja rasa malu dan tak selesa nak dekat dengan orang lain sebab takut orang terhidu bau busuk tu dan saya asyik tergaru-garu je kepala ni sebab gatal.malu sangat kan? dah la kerja saya kena berjumpa ramai pelanggan,macam mana kalau pelanggan tak selesa berurusan dengan saya nanti? lagi satu, saya jadi tak selesa nak bergaya dengan pelbagai style hijab terutama yang berlapis-lapis sebab kepala rasa gatal.masalah ni semua selalu membuatkan saya jadi risau dan tak yakin diri.



Sampai satu masa tu saya cuba syampoo dan perapi Sunsilk Lively Clean & Fresh.mula-mula cuba saya suka sangat dengan bau Sunsilk Lively Clean & Fresh ni.bau wangi dan tahan lama.rambut saya berbau wangi, rambut jadi lembut dan senang diurus(tak kusut lagi), kepala rasa segar dan selesa walaupun bekerja dan pakai hijab dalam tempoh yang lama.bila berpeluh pun bau wangi masih kekal dan kulit kepala tak gatal lagi.bila dah segar dan selesa, keyakinan diri pun bertambah.gembira nak berurusan dengan orang ramai.sampai sekarang ni saya masih setia menggunakan jenama Sunsilk.


Tahu tak Sunsilk sedikit sebanyak dah mengubah diri saya? dari seorang yang tiada keyakinan dan berasa malu dengan masalah rambut gadis berhijab, saya menjadi seorang yang berkeyakinan dan selesa.selesa berurusan dengan orang lain, selesa untuk memakai pelbagai jenis hijab dan nampak menarik berbanding biasa, yang penting sekali selesa untuk berusaha mencapai aspirasi saya dan bergaul dengan orang ramai terutama mereka yang hebat di dalam bidang yang saya minat iaitu pernigaan dan keusahawanan.sekarang ni saya berjaya mengusahakan perniagaan hijab online dan berjumpa dengan ramai orang.tapi saya tak malu lagi,tak segan lagi, saya tetap selesa dan yakin diri.


Heliza Helmi telah dilantik sebagai duta bagi produk Sunsilk Lively Clean & Fresh.sama seperti kebanyakan wanita berhijab,Heliza Helmi juga sangat menitikberatkan berkenaan masalah bau rambut setelah seharian di luar dan ini juga memberikan kesan terhadap tahap keyakinan diri beliau.sudah tentu Sunsilk Lively Clean & Fresh adalah pilihan Heliza.


Sunsilk Lively Clean & Fresh diperkaya dengan Vitamin Citrus Complex.bahan ini dicipta untuk menyingkirkan penghasilan sebum yang berlebihan di kulit kepala dan dalam masa yang sama menyegarkan dengan hanya sekali cucian.Sunsilk Lively Clean & Fresh didatangkan dalam syampoo dan perapi.syampoo menyingkirkan lebihan sebum di kulit kepala dan menyuburkan untuk mengelakkan kegatalan.perapi  pula membantu mengurangkan rambut bercabang dan rambut kusut.


Sunsilk sentiasa memahami keperluan rambut wanita yang berlainan, termasuk wanita yang berhijab.ini menjadikan mereka sebagai peneraju penjagaan rambut wanita berhijab sejak 15 tahun yang lepas, sejak pelancaran Sunsilk Lively Clean & Fresh.kini hasil penciptaan bersama pakar penjagaan kulit kepala Dr.Francesca Fusco,Sunsilk Lively Clean & Fresh diperkayakan dengan Vitamin Citrus Complex khas untuk wanita berhijab.ia memberikan rasa segar,bebas kegatalan, dan memberikan bau kulit kepala yang harum walaupun memakai hijab dalam tempoh yang lama.kandungan bahan istimewa di dalam variasi ini juga membantu menyingkirkan sebum berlebihan untuk memberikan rasa bersih dan segar kepada wanita.


Saya masih ingat lagi, Sunsilk jenama syampoo pertama yang mengeluarkan iklan khas buat wanita berhijab tanpa mendedahkan rambut.sejak itu wanita berhijab mendapat lebih inspirasi dan keyakinan untuk bercita-cita tinggi dan yakin diri.sebagai jenama yang meletakkan wanita di tangga pertama, Sunsilk sentiasa menyokong wanita berhijab melalui kempen yang berkaitan wanita-wanita ini.Pada tahun lepas  Hijabku, Gayaku kempen telah membawa 10 pereka bertuah dan model ke International Stage Of Islamic Fashion Festival(IFF), yang mana pemenang persembahan fashion diberi peluang melangkah ke dalam industri fashion.pada tahun ini Sunsilk meletakkan fokus kempen Lively Clean & Fresh kepada wanita yang telah menyokong jenama ini sejak 15 tahun yang lepas.


SERTAI KEMPEN  SUNSILK MENEMANIMU SEJAK TAHUN 2000 
DAN MENANG RM20,000 !!!

Sunsilk menemanimu sejak tahun 2000 ialah kempen pada tahun ini.yang mana wanita yang menggunakan jenama Sunsilk dijemput untuk berkongsi kisah dan pengalaman mereka menggunakan Sunsilk di page facebook Sunsilk malaysia.pemenang akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM20,000 untuk mencapai aspirasi beliau.pemenang juga akan diberi peluang untuk menyuarakan pendapat dan berkongsi inspirasi sebagai wanita berhijab bersama dunia.

untuk menyertai peraduan ini dan menjadi sebahagian dari perjalanan Sunsilk menemanimu sejak tahun 2000, anda perlu:

1. Beli produk bernilai RM15 dari rangkaian Sunsilk Lively Clean & Fresh.

2.Kongsi pengalaman anda sepanjang berhijab bersama Sunsilk melalui Sunsilk menemanimu sejak tahun 2000 app* boleh cari di sini: (https://www.facebook.com/SunsilkMalaysia

jom ramai-ramai kita sertai kempen ini.hadiahnya lumayan dan yang penting sekali kita dapat berkongsi aspirasi dan tak mustahil berjaya mencapai aspirasi tersebut.

terima kasih.

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

jom try

| CIKZEK | said...

mmg best pon sunsilk ni ! rse segarrrr je spnjg hari walaupun bertudung ;)