Sponsered Video:versi terbaru haruman GUCCI Premiera Eau De Toilette.

Assalamualaikum dan hi,



Baru-baru ni jenama antarabangsa yang terkenal, GUCCI telah memperkenalkan pewangi terbaru mereka iaitu GUCCI Premiere Eau De Toilette.lebih ringan,lebih menyerlah dengan jelmaan lebih lembut dari aroma yang asal.baunya lebih lembut berbanding Eau De Parfume(sebelum ni mereka dah keluarkan pewangi yang sama dari versi Eau De Parfume dan kini versi Eau De Toilette pula).






iklan untuk kempen Gucci Premiere Eau De Toilette menampilkan bintang terkenal hollywood, Blake Lively !



Blake Lively, duta bagi haruman asal Eau De Perfume, dan bukan asing lagi di hollywood, telah memainkan peranan untuk Eau De Toilette terbaru yang lebih lembut ini.Blake sangat bersesuaian bagi GUCCI Premiere Eau De Toilette, yang mana beliau berpendapat glamour tidak semestinya perlu sentiasa berada di acara yang besar- " bagi saya pewangi adalah lambang kepada keyakinan" . " anda semburkan dan serta-merta anda rasa berkuasa"- ada daya tarikan yang muncul bersama wangian dan ada 'kuasa' pada wangian yang memberi kesan kepada orang lain.

Pewangi GUCCI Premiere Eau De Toilette universe mengambil inspirasi daripada GUCCI Premiere Couture Collection yang bermula di cannes film festival 2010.jika GUCCI Premiera melambangkan suasana red carpet dan acara yang gah, versi Eau De Toilette pula lebih lembut.ia mempunyai kesemua ciri haruman yang asal, tetapi telah diolah semula, disegarkan dan anda boleh memakainya sebagai wangian harian anda.


botol dan packaging GUCCI Premiere Eau De Toilette menggabungkan pelbagai details dan motif design yang berkaitan dengan GUCCI Premiere Eau De Parfume.pingat dan 'house iconic horsebit' di leher botol yang elegant dan penutupnya yang menjadi lambang 'GUCCI Premiere'.kotaknya pula menampilkan sepuhan emas corak Diamante GG yang menjadi salah satu daripada motif design paling dikenali di dunia! sama seperti tandangan pengasasnya Guccio Gucci dan lambang web stripe jenama mereka.walaubagaimanapun, untuk mengekalkan keunikan karakter Eau De Toilette, glamour tersebut telah di zahirkan semula.. seperti mana pewangi didalam, kotaknya berwarna emas suram berbanding warna yang terang.


walaupun masih mengikut bauan pewangi asal Eau De Perfume, GUCCI Pemiere Eau De Toilette lebih berani.radiant flower dan sparkling citrus notes memberi bauan yang lebih 'ringan'.initial bloom triggers menyerlahkan keanggunan dan kelincahan.orange blossom memberi rasa sensasi.bauan top notes yang elegant perlahan-lahan bertukar kepada aroma bunga-bungaan putih freesia, jasmine dan soft bulgarian rose.apabila pewangi mengering di kulit, bauan 'halus' tetapi tenacious menghangatkan kulit, patchouli dan musky notes melengkapkan pewangi yang penuh karisma ini.

menurut Frida Giannini yang merupakan Gucci creative director, " di dalam GUCCI Premiere Eau De Toilette terbaru ini, mempunyai keseimbangan antara jasmine sambac dan bulgarian rose, dua jenis bungaan klasik,elegant dan penuh kewanitaan yang berbeza dengan freesia yang lembut.hasilnya bau feminine,moden dan 'cergas' yang anda boleh pakai dan nikmati setiap hari".

kata Blake Lively pula, "wangian terbaru ini menunjukkan anda mempunyai kekuatan dan gembira dengan diri anda sendiri.saya sangat sukakannya.ianya untuk wanita yang mana saya sentiasa ingin jadi sepertinya, setiap hari".


apa lagi yang saya boleh cakap? setiap wanita harus cuba pewangi ini :)



*this article is sponsored by GUCCI Premiera Eau De Toilette.



terima kasih.


1 comment:

Lisa Nurulain said...

wah...nti nak try