jalan-jalan di alor setar,sp dan makan-makan.

Assalamualaikum.



13.10.13 yang dah lama lepas(macam biasa la, cerita lama) saya,partner dan adik beradik plan nak jalan2 dan bawak mak sekali.saja boring2 kan.teringin pulak nak berjalan.tak tahu kenapa tiba2 rasa nak pergi alor setar.so pada hari tu ramai2 lah kami pi sana tapa arah tujuan..bhahaha.



pagi2 dah bangun dan bertolak.kata nak berjalan kan? tapi tak awai sangat pun..sempat lah mekap bagi nampak segak sikit, lepas tu takde lah malu sangat nak cewi tangkap gambar sendiri kan...kahkah :p



singgah pos laju dulu.tak ingat apa tujuan dia.nak pos barang ka nak ambil barang entah.hujan waktu ni.



sampai pekan rabu terus makan tengahari kat bawah tu.sedap nasi ayam dia.nama kedai tak ingat dah.depa semua pi jalan-jalan kat atas pekan rabu, saya jalan kat bawah ja sebab tak boleh naik tangga.tak beli apa pun.bila dah bosan saya rehat tunggu depa kat sini.



relaks2..masa ni dok tunggu depa habis jalan.edit bagi blur2 sikit kat body bukan sebab ada yang terjojol ka apa nahhh..(muahaha) tapi sebab waktu ni zaman masih pakai style tudung yang TAK tutup dada sepenuhnya.segan pulak la kan..so kita blurkan sikit la.jangan salah paham pulak tau.



sebab tak tau nak pi mana, kami ikut ja kak saya yang nak mai souq al-bukhary(giant hypermarket).
bangunan dia cantik.kat belakang saya tu nampak lah sikit2 bangunan dia.belakang ni ada masjid.nama dia masjid AlBukhary kalau tak salah(sorry kalau salah).memang lawa sangat2 masjid tu.kereta besaq2 ni bukan kereta kami tau.satgi hangpa ingat kami kaya raya pulak hahaha.



jalan-jalan kat dalam tu dan terbeli shawl bunga-bunga yang comel.nampak tak dress saya tu singkat? terpaksa coverline guna stokin.tu pun orang pandang semacam.beli dress online mesti singkat camni.dah TERpakai hari tu, malas nak tukar baju dah.



sebab dah boring dan tak tau nak pi mana dan tambah pulak time tu hujan lebat,so kami semua pun balik.kak saya dengan mak balik dulu.saya dan partner singgah amanjaya mall kat sungai petani.saja la singgah tapi ramai orang la pulak.mungkin sebab hari minggu.



singgah beli chatime.ni 1st time minum chatime sebab kat kulim tak dak.tapi untuk tekak saya ni chatime belum berjaya menjadi favourite saya lah hehe.



jalan punya jalan chatime pun habis.singgah jap blackwood ni beli air lagi.lawa cafe dia.saya suka pi tempat makan yang lawa2 gini :p



kat blackwood mesti ada ruang untuk customer lekat note kan.nampak comel..lepas tu haku pun tumpang comel sekali lah haha.



tak pasal2 abam tu masuk blog ni sekali.air dah siap tapi saja duduk2 ambil gambar.nasib tak kena halau..haha.



kali ni beli kopi.saya tak suka kopi, so saya tak minum -.-'



kat bawah ni antara note dan polaroid di dinding..
.
.
.












sambung jalan tengok ada pameran kereta.saja duduk2 buat2 try kat proton suprima S.saja lah try kan padahai mata dok usha bmw kat depan tu bhahahaha..



waktu ni kat bahagian atas amanjaya mall ada karnival usahawan bumiputera ke apa tah namanya.lupa lah uolsss..paham la kan cerita tahun bila punya ni? hahahaha.banyak lah produk makanan dari usahawan bumiputera tapi waktu ni dah tak larat nak jalan(iolss is semputnesss), so tak tertarik nak beli apa2 pun.terus turun dan balik.



sampai kulim dah malam, singgah makan sat dekat keev(sebelah honda).motor ni depa buat hiasan saja nohhh.



mata dah sakit2 sebab pakai lens sejak siang.tukar ke speck pulak lah.



muka letih campur mengantuk.tapi lapaq.



nak makan ka nak tido? nak makan ka nak tido? baik jangan over! bhahaha.



air yang kami order.chocolate ice blend,fresh orange dan air gas yang tak dapat dikenalpasti -.-'
dalam botol jernih2 tu air masak depa bagi free.



spaghetti.



mee apa tah lupa nama dia.saya yang order sebab confuse tak tau nak order apa dan dalam masa yang sama teringin nak makan benda bermee.last2 order ni tapi tak makan.tukar makanan dengan partnert saya.dia yang kena perabis ni.



ini pun lupa.tapi ayam la.chicken chop cheese ka apa erk? ohmai! memang tak ingat.



banana fritters.



banana fritters disiram air gula dan makan dengan aiskrim.rasa makanan kat sini? hmmmmmm... baik awak mai try sendiri.selera orang bukannya sama kan? hahahaha.



ok tu ja.panjang meleret tapi cam tak ada isi ja.adehhh.. :p


terima kasih.

1 comment:

Cik Fafa said...

terliuq tengok chicken chop cheese tu. ^_^