product review: cathy doll no apps ! BB cream.

Assalamualaikum.



saya dilahirkan untuk menyukai produk yang bernama BB cream..ewahh banyak cantik muka kau!(kataku kepada diri sendiri).ada unsur menipu disitu ye kawan-kawan.sebenarnya saya agak jarang pakai BB cream sebab hasilnya yang nipis,ringan dan pada firasat saya lah, memang tak dapat nak coverline mukaku yang tak suci akibat parut yang bermaharajalela ni kan.isk..isk.

tapi sejak cuba cathy no apps BB cream, tetiba je saya ter eksaited nak pakai selalu malah hari-hari pun nak pakai jugak..muahaha! hovernya cik senah.mekap rasa lawa je tau.let's go to the review(cakap omputih baq hang..)


produk:
cathy doll no apps BB cream
(HD pink pigment,matte finish, spf 30 PA+++)

saiz:
10gm

harga:
RM22.00 tidak termasuk pos.

maklumat lanjut/omlineshop yang menjual:

cara order:-
whatsapp: 012-9231982(aemy)
wechat/line/fb/: aemy makhtar




dua produk cathy doll yang saya pakai.dapat bag jugak.. comey ja tau.yang dolly hair tu saya review kemudian ok? best gila uolssss....harga pun murah gila.saya memang teruja kalau pakai produk cathy doll sebab packaging comel lepas tu berkesan pulak tu.dia bukan produk yang hanya mempukul canang kecomelan packaging semata-mata,tapi dia memang betul-betul berkesan.ada yang tak berani try sebab katanya dari thai, jangan risau lah.produk ni sebenarnya dari korea lah uolss.



kotak luar cathy doll no apps! BB cream.



BB cream ini didatangkan dalam bentuk tiub macam ni.picit je bila nak pakai.



kecil molek saiz tiub BB cream ni.senang nak bawak pergi mana-mana sebab boleh sumbat dalam bag,tak makan banyak ruang dan ringan pulak tu.spare dalam bag dan boleh pakai anytime.



tesktur berkrim dan berbau wangi.senang nak apply di kulit.saya guna warna light beige.



sebelah tak apply dan sebelah lagi apply cathy doll no apps BB cream.dapat cover bintik dan warna hijau urat kat tangan saya tu.



sebelah muka tak apply dan sebelah lagi apply cathy doll no apps BB cream.berseri-seri bahagian yang dah apply kan? hahaha(perasan dahku).tone kulit nampak sekata berbanding bahagian yang tak apply tu.



taadddaaa ! ni lah hasilnya lepas dah siap mekap guna cathy doll no apps BB cream.saya guna tebal sikit dan lagi tebal saya apply kat bawah mata sebab nak cover dark circle dan kat kawasan berparut untuk samarkan kesan parut tu.


nampak flawless dan gebu kan? lepas tu matte finish pulak tu.saya keluar sehari suntuk tapi mekap dan kulit mantain nampak cantik.sebab tu saya exited guna BB cream ni selalu hehehehe.


9 EFEK DARI CATHY DOLL NO APPS BB CREAM:
  • HD coverage dan tahan lama.
  • bersinar pada setiap sudut kulit wajah.
  • combine high chroma & high purity.
  • mencerahkan kulit.
  • mengawal minyak.
  • memberikan kesan muda.
  • nampak berkilau dan elegant.
  • rasa kulit selicin sutera dan ringan.
  • perlindungan uv dengan spf30.

FUNGSI PRODUK:
  • diperkaya dengan formula herba yang dipatenkan di korea,melegakan kulit dari iritasi dan antioksidan.
  • chione HD pink pigment mencerahkan kulit dan menutup cela.
  • 60% kandungan air melembabkan kulit sepanjang hari.
  • spf30 melindungi kulit dari sinar uv yang berbahaya.
  • ringan dan tahan lama di kulit.
  • photo apps menjadi kurang penting dengan kulit yang berseri dan selicin sutera.gunakan saja produk ini.

TIPS:
  • campurkan bersama aloe vera soothing gel dalam anggaran 1:1 untuk hasil 'water shine makeup look'


CARA APPLY:
  • picit sedikit BB cream di belakang tangan atau di atas sponge,kemudian titik/dotkan 5 dot di dahi,hidung,kedua belah pipi dan dagu.ratakan dengan lembut mengarah ke luar.tambah lebih lagi untuk menutup cela.

HASIL PENGGUNAAN SAYA:
  • senang nak ratakan di kulit.saya dotkan di serata muka.kemudian saya ratakan dengan jari dan pedap pula dengan sponge sampai nampak sekata.
  • saya guna tebal untuk cover parut.untuk mekap harian atau kulit yang elok, boleh apply sikit je untuk hasil mekap yang nipis dan natural.
  • dark cicrle dan parut saya memang teruk, wajib pakai concealer..tapi dengan BB cream ni saya cuma apply dan ratakan di seluruh muka macam biasa, kemudian tambah agak tebal di bawah mata dan kawasan berparut..dark circle dan parut akan nampak pudar.tak payah pakai concealer.memang bagus lah sebab BB cream selalunya tak dapat cover sangat cela tu semua.
  • lepas pakai BB cream ni, saya pedap compact powder nipis-nipis je kat muka.hasilnya cantik.so tak payah lagi nak pakai bedak tebal-tebal atas dia.
  • muka jadi gebu dan kulit nampak cantik.
  • matte finish, maknanya tak nampak berminyak.tapi efek kulit glowing tu ada jugak.bukan berminyak tapi nampak glowing dan sihat.
  • nampak berseri dan tak kusam..jadi muka tak nampak tua ;)
  • kulit jadi lembut dan lembab.
  • tahan lama.saya pakai sehari suntuk dan tak touch up pun tapi mekap mantain je.
  • kulit nampak licin.mungkin sebab efek kulit glowing tu.
  • tone kulit jadi sekata dan cerah,bukan kuning macam kebanyakan foundation dan bedak.selalunya kulit saya nampak gelap sikit lepas mekap sebab bila guna foundation dan bedak,sebenarnya dia ada tone kuning.. untuk kulit pucat macam saya ni memang akan jadi gelap sikit lah lepas tu.tapi dengan BB cream ni tone jadi elok dan bila ambil gambar nampak cerah berseri dan cantik sangat.
  • saya suggest anda untuk try sendiri.maklumat lanjut boleh klik link yang saya bagi di atas tadi atau contact terus no yang saya bagi tu ok? selamat mencuba ;)

terima kasih.

baibai.



2 comments:

ezyra daniel said...

kulit sis dah memang cantik la.hehe takde parut apa pon...bila makeup makin cantik je huhu

cik nur said...

not bad lawa lama dah tak upload video make up dekat you tube sob sob suka tengok hihi :)