boleh jadi duta secret recepi dah.

Assalamualaikum.


sejak mula try makan kat secret recepi tahun lepas, balik balik muka saya ja tercangak kat situ.
hari hari rasa nak makan makanan dia.over sangat eh? macam sepuluh tahun tak pernah rasa benda sedap...kahkah.. mentang mentang dah terer makan kat situ kan.



8.11.13 saya tak tau kenapa saya pakai cun sangat macam ni(pengsan !).rasanya nak keluar makan ja kot weh? motip nak kelihatan segak lagi bergaya? kahkah.segak dah kot tera ni nohhh?




gambaq dalam keta wajib lah oiiii.dah mekap sejam dua takkan tak ambik gambaq kot?relek la wey cewi sorang sorang..haha.




masuk cafe dia terus order(boleh ja sebut 'kedai' tapi cewi punya pasai nak sebut cafe jugak tu -.-').
lepas order lepak sandaq dinding dan pup pap pup pap tangkap gambaq...kahkah.bila rasa pening cari lah pot kot tepi dinding nih.boleh sandaq sandaq kan? saya ni kerap pening tiba tiba sebab darah rendah.makan pulak ubat hat bagi kesan sampingan tekanan darah rendah.pening pat lima kali ganda lah jadinya.



kalau nampak muka budak ni tau dah menu apa dia nak order.hari tu pun sama.banana split dengan ice blended chocolate.si dia tu order air pepsi ja.time ni ja rajin order pepsi pun. la nih dak dah.nak jaga kesihatan kena lah stop air gas(cewah..padahai dahku yang dok bletiaq kat dia..kahkah).



selalunya banana split depa boh ais krim vanila, tapi saja request nak ais krim coklat.naik muak pulak sebab air pun dah coklat dah(ice blended chocolate)..nasib shared makan dua orang.habeh jugak la.




hat ni pun kami order jugak.nama dia curry seafood laksa ka nyonya seafood laksa entah? tapi order satu ja lepas tu share sebab saya memang makan tak habeh punya.makan sikit lepas tu bagi kat si dia makan perabis.si dia pulak suka makan ni.tambah sambai depa bagi tu katanya kena dengan selera dia.portion pun besaq.tu yang boleh share dua orang tu.rasa dia memang sedap pun.dulu waktu mula mula try order ni, saya ingat rasa dia macam laksa utara! (sebab nama dia ada laksa laksa kan) rupanya kuah kari.pekat,lemak,secukup rasa,sedap! tudiaaa punya promote..! tu yang kata boleh jadi duta secret recepi dah kot? hahahaha...



cewaaaahhhh...makan sambil posing..hangpa boleh buat? boleh tu boleh tapi hangpa tak dak lah cewi macam dia ni kan? dia ni biasa laaaa..biasa laaaa..(motip kutuk diri sendiri?) T__________T



pulun la makan walaupun muak.dua dua coklat, maunya tak muak weh.tapi kena perabis la..satgi rasa rugi bayaq mahai..haha.



posing ayu walaupun diriku bukanlah seayu seperti di dalam gambaq T_____T




naaahhh..lagi sekali kita bagi posing ayu ayuan di sebuah cafe(teriak lagi laju la hangpa kan?)
T_______________T




ni nama dia konsep ambik gambaq dulu sebelum makan walaupun perut hang dah lapaq tak terkira dah.saya pun tak paham kenapa mesti diri ni nak buat konsep macam ni..haha.tapi apa apa pun puas hati makan sedap.


terima kasih sebab baca.jumpa di lain entry naahhh.


baibai :p

2 comments:

lia ummiirfan said...

SR memang sedapp.. akak paling suka dia punya chicken cornish tu,, nyum, nyum.. :))

Elly Mirsada said...

sdp plk nmpk banana split..hee