inai merah dan bersih cara saya.

Assalamualaikum.



saya suka pakai inai sejak kecik-kecik.tapi dulu mana ada inai tiub.kalau sebut inai tiub waktu dulu mesti haku dah meraban"ini sejenis makanankah?" muahahaha..over tau dia punya jakun.
maka tempek lah inai guna daun tu lepas tu tidur sampai esok pagi.bangun-bangun inai kau dah terbang ke mana pun tak dapat dikenalpasti dah.habis bantal,cadar dan baju lekat inai tu semua.belum kira susah payah nak petik daun inai,nak perisi(tanggalkan dari batang) daun inai tu,nak giling atau tumbuk lagik.mencabar gila nak lawa pun.tapi kadang-kadang kau akan kecewa sebab hasilnya inai  kau tak merah(saya pakai inai daun mesti tak jadi merah) kuang..kuang kepada diriku T________T


zaman sekarang mudah.guna saja inai tiub.sejak guna inai tiub ni lah baru merasa inai jadi merah kat tangan dan kuku saya..bhahaha.kesian baq hang.tapi inai tiub pun ada banyak jenis.ada yang jadi hitam. jadi coklat,jadi meroon.susah nak cari yang warna merah elok tu kan?.meh saya tunjuk yang saya selalu guna.




dulu suka pakai inai seluruh jari.lepas tu trend ukir inai muncul suka pulak ukir inai walaupun diri sendiri tak dapat kenalpasti apa corak yang haku buat tu..kahkah.sekarang suka pakai tang jari saja.salah satu motif pakai inai sebab nak cover line kuku saya yang selalu pucat atau biru(kesan penyakit saya) terutama kalau time saya sejuk atau lepas mandi.motif lain? sebab rasa cun kot kuku ada kaler? hahahaha.

saya suka pakai inai atas kuku tu bagi kemas dan bersih.kiranya tak comot kat tepi dia.tapi tengok sekarang ni ramai yang suka pakai bagi comot kat tepi.trend ke? tak pasti lah kan.

inai yang saya guna ni ni pun warna meroon sebenarnya.tapi tips dia, pakai sat saja.jangan biar betul-betul kering.lepas sapu dan biar sat terus cuci.agak-agak sendiri lah kan nak merah tu takat mana.yang nampak berkilat tu sebab saya cuci guna minyak.ada minyak kat kuku waktu ambil gambar ni..hewhew :p



bahan-bahan untuk pakai inai..haha.macam nak masak gayanya.inai saya guna yang beauty cone ni.boleh beli kat mydin.kat tempat lain tak pasti pulak.kakak saya duduk ipoh sebelum ni yang tolong beli.sekali beli berkotak-kotak lah buat stock haha.tapi dah tinggal satu ni saja.kakak saya dah pindah balik sini.lepas ni tak tau nak beli kat mana pulak.dulu abang ipar saya tolong beli kat kelantan.RM2 je! tapi tak ingat lah nama dan kotak dia.lepas pakai jangan cuci guna air, saya tanggalkan inai tu guna tisu, lepas tu cuci semula guna kapas yang dititik minyak.biar camtu je jangan guna air lagi.untuk minyak boleh guna minyak zaitun tapi saya guna minyak masak..haha.saya memang suka main hentam.pencuci mekap pixy tu saya titik kat putik kapas dan cuci tepi-tepi kuku supaya bersih dan kemas.saya guna jugak untuk cuci bahagian comot yang terkena inai.hebat wooo pencuci mekap ni..bukan takat cuci mekap, boleh tanggalkan inai dan kesan pen kat kulit! hahaha.saya try macam-macam guna pencuci mekap ni.saya memang suka bereksperimen pun..cewah!




lupa nak cakap.saya akan picit inai tu sikit kat dalam bekas, lepas tu saya colek guna pencungkil gigi yang leper sikit tu dan sapu atas kuku.guna pulak pencungkil gigi yang tajam kat hujung tu untuk ratakan inai di tepi kuku.senang sikit guna yang tajam ni.dapat masuk kot tepi tu.saya kan suka inai yang nampak kemas.


ok tu ja cara saya pakai inai.mesti uolss dah kerut dahi "nak pakai inai je pun punya banyak barang dia guna,punya rumit cara dia" bhahaha..selamat mencuba ye uolsss.. ;D



terima kasih.

baibai.



3 comments:

Siti Shuhadah said...

bagus tipsnya.. akak pon suka berinai...hehe..

ezyra daniel said...

sama la kita..suka pakai ina time kecik.bila dah besar just suka pakai kat kuku je..

Hana Niey said...

Hehe.. sy pun suka berinai.. suka tengok kuku kale merah.. hahaha