product review: the body shop camomile waterproof eye & lip make-up remover.

Assalamualaikum.



sapa yang selalu mekap memang wajib ada make-up remover.tambah pulak kalau suka pakai mekap yang waterproof macam saya ni.kena pakai make-up remover yang berkesan.saya ni memang suka tukar tukar jenama make-up remover.saja suka nak try dan cari yang best.baru baru ni saya try jenama the body shop.nak tau ok ka tak please baca sampai habis hokeh.



produk:
the body shop camomile waterproof eye & lip make-up remover.

saiz:
150ml

harga:
RM36.00

tempat beli:
boleh beli di butik the body shop tapi saya beli di laman web.




ini lah produknya.. the body shop camomile waterproof eye & lip make-up remover.
suka lah sebab packaging dia nampak fresh..haha.



gigih sangat tau ambil gambar dulu sebelum guna.now dah habis guna pun..macam ni baru boleh review pengalaman guna kan? semua produk yang saya guna memang wajib ambil gambar dulu sebelum guna.kot kot elok boleh review di blog kan? hahaha..gigih kata kau!



ada dua lapisan, di atas ada lapisan yang berminyak dan di bawah lapisan air.kena goncang sebelum guna untuk sebatikan dua lapisan ni.nampak produk macam biru kan? sebenarnya cecair dia jernih, yang biru tu cuma botol je..haha.



jom kita test naahh.seperti yang saya tulis kat gambar ni.saya sapu tebal tebal foundation,waterproof liquid eyeliner, waterproof lip liner dan waterproof lip matte/lipstick.nama pun waterproof make-up remover, mesti lah kena test kat produk yang waterproof kan? motif saya sebab nak test tahap keberkesanan produk ni.



apa hal tangan saya buruk sangat nih? bhahaha..ni sebab saya sharpkan gambar ya.please abaikan.
try tengok di sebelah kanan.saya dah lap sekali lalu guna kapas dan makeup remover.foundation hilang tapi eye liner, lip liner dan lip matte tak hilang sepenuhnya.



ni pulak selepas dua kali lap guna kapas dan make-up remover.baru tertanggal semua.kesimpulannya, kalau guna mekap waterproof yang agak tebal kita kena cuci betul betul supaya semua kesan mekap tu tertanggal.kalau mekap biasa biasa, sekali cucian pun dah tertanggal dah.


FUNGSI MENURUT PENGELUAR:
  • make-up remover terbaru ini mempunyai dua fasa formula yang berkesan dalam satu penggunaan.
  • make-up remover yang berkesan ini menanggalkan kesan mekap mata dan bibir yang paling 'degil'.
  • menanggalkan waterproof mascara dan lipstick.
  • menanggalkan semua sisa mekap dengan lembut.
  • bebas pewangi, pewarna dan tanpa alkohol.
  • sesuai untuk kulit yang sensitif dan pemakai contact lens.


HASIL PENGGUNAAN SAYA:
  • berkesan! walaupun kadang kadang kena cuci lebih sikit untuk mekap yang waterproof macam maskara, tapi memang dapat tanggalkan kesan mekap sampai bersih tanpa kesan hitam di mata(bergantung juga pada teknik cucian kita).
  • tak perlu gosok terlalu kuat.sapuan lembut pun dah boleh tanggalkan mekap di seluruh muka.kulit kita tak akan rasa pedih, sakit atau tak selesa.
  • tak perlu guna banyak banyak.goncang botol untuk sebatikan lapisan minyak dan air, tuang sikit atas kapas dan sapu lembut untuk tanggalkan mekap mata, bibir dan seluruh muka.sikit pun dah berkesan.
  • untuk mekap yang tebal saya suggest cuci 2,3 kali guna 2,3 kapas.walaupun kesan mekap dah tak nampak, tapi try cuci 2,3 kali lagi mesti keluar jugak sisa bedak dari kulit.kena cuci bersih bersih supaya tak naik jerawat akibat tersumbat dek sisa foundation dan bedak.
  • walaupun pengeluar kata takde bau, tapi ada juga bau sikit.cuma bau tu sangat 'mild' dan tak kuat.
  • walaupun goncang dulu sebelum guna, tapi kadang kadang dia jadi berminyak sikit.terutama dekat dekat nak habis.mungkin makin lama lapisan air makin kurang dan tinggal yang lapisan minyak je kan..so minyak tu yang banyak..haha.jadinya kat kulit pun rasa macam berminyak sikit la.
  • mata rasa tak selesa dan pedih sikit lepas cuci mekap mata.lepas cuci guna remover ni cepat cepat cuci muka guna cleanser kita yang biasa dan air.
  • keseluruhannya remover ni antara yang sangat berkesan.saya kongsi pengalaman guna kat diri sendiri, tapi tak semestinya kesan negatif/positif tu akan sama untuk anda juga.yang penting kena try sendiri baru tahu ya? memang berbaloi dan berkesan.jenama the body shop pula antara jenama yang terbaik sebab guna bahan semulajadi pada produknya.


kalau nak contact untuk review, test produk atau sebarang urusan kerja,
sila email ke: fabulousiti.bnc@gmail.com


terima kasih.

baibai.

3 comments:

Mek Onie said...

macam best je!! nanti nak try la,hehe

lia ummiirfan said...

menarik..! shud try this too :))

Ein Farah said...

suka entry ni. review terbaik. hee. sy jarang pkai remover sbab xbpe suke mekap. kalau ada pon guna minyak zaitun je. hihi