product review: kimci bambi contact lens pink.

Assalamualaikum.



p/s: publish entry ni nak clear entry dari draft -.-"


Dalam banyak2 review,contact lens lah yang paling juara sekali sebab banyak gila saya review..GILA KUASA PUNYA PRODUK bhahaha.semuanya saya pakai tau ! bukan saja saja review.sama macam kali ni, saya nak review contact lens korea.takmo cakap banyak,meh baca review meh(padahal memang dah cakap banyak pun -.-' ).


produk:
contact lens jenama kimci bambi.

warna:
pink.

harga:
RM30 termasuk pos dan free lens case.

jangka hayat:
tak berapa pasti.rasanya 3 bulan atau 6 bulan kot?
selalunya saya pakai sebulan saja.

saiz:
16mm.

 tempat beli:
facebook(onlineshop).
kalau nak beli juga try lah search kat fb yang jual lens.ada jugak kot jenis ni.




selalunya lens korea memang packaging dia dalam botol macam ni.saya rabun,jadi saya beli yang ada power.kat label botol ada tulis details produk termasuk made in korea,GMP,ISO,CE,KGMP,STERILE,soft contact lens,BC 8.6,DIA.16. haaaa...kalau tak paham apa makna perkataan ni semua sila lah google ye.




corak lens macam bentuk bunga.warna pink nampak pudar sikit.takyah lah bajet warna pink dia tu pekat macam neon pink pulak kan? pengsan orang pandang kau senah..bhahaha.keliling lens ada 'ring' tebal warna hitam.ni salah satu corak lens yang membuatkan mata nampak besar.lens ni sederhana saja.tak lembut atau nipis sangat dan tak tebal sangat.


gambar kiri sebelum pakai lens.mata kanan selepas dah pakai lens ni.selepas pakai mata nampak besar.warna pink masih nampak samar2 dan bukan terus jadi pink pekat.pandangan mata luas dan jelas. tak terganggu atau kelabu disebabkan warna lens..cuma tak tahu apa silapnya mata saya rasa tak selesa sikit lah.macam ada benda.dua belah mata pulak tu.sebelum ni saya pernah pakai jenis ni.rasa selesa sangat tapi kali ni rasa tak selesa la pulak.


gambar saya pakai lens ni.walaupun tak berapa selesa tapi pulun jugak haku pakai kan T________T
dah rabun,dah terdesak tak ada lens lain kena lah pakai jugak kan.tapi sekejap sekejap je la pakai tu.walaupun tak selesa,tapi takde lah sampai tahap mata merah atau sakit.tak selesa sikit saja.bila pakai tak nampak pink sangat pun.nampak macam warna dark brown.

P/S: dua2 gambar ni saya pakai tudung bawal keluaran fabulousiti beauty & closet.boleh pakai cara bawal atau shawl.kalau berminat boleh pi tengok kat http://www.facebook.com/fabulousiti atau instagram http://www.instagram.com/fabulousitibnc



sekali nampak macam pink,tapi selalu nampak macam dark brown..haha.sila lah try kalau anda minat.search saja nama lens ni kat google atau cari kat mana2 fb atau ig yang jual lens.mesti jumpa punya lah..insyaallah.

P/S: gambar kiri ni saya pakai tudung bawal keluaran fabulousiti beauty & closet.boleh pakai cara bawal atau shawl.gambar kanan saya pakai half moon pearl keluaran fabulousiti beauty & closet jugak.kalau berminat boleh pi tengok kat http://www.facebook.com/fabulousiti atau instagram http://www.instagram.com/fabulousitibnc


terima kasih.

baibai.