product review: masker organik warisan.

Assalamualaikum.



sekarang ni banyak sangat produk kat pasaran yang meragukan.bukan meragukan sebab apa, tapi kita jadi takut nak pakai sebab takut dengan kesan sampingan kan? pengelupasan, bahan kimia dan lain-lain antara kesan yang kita semua tak suka.sebab tu saya tertarik nak pakai masker organik warisan tradisional beauty.dengar organik sapa tak tertarik oiiii...! kihkih.jadi kali ni saya nak review dan share pengalaman guna masker organik ni.


produk:
tradisional beauty masker organik warisan.

saiz:
100gm

harga:
RM29.90+RM7 postage

boleh dibeli di:

cara order:
whatsapp/line 010-9782387



ni lah dia masker organik warisan yang saya amalkan.



antara kandungan bahan:
beras organik japan, pitera, ekstrak barli dan lain-lain bahan organik.

dibuat dari 7 bijirin terpilih,biasa digunakan di SPA, 100% bahan organik, tanpa pengawet dan kimia.



masker ni jenis serbuk dan perlu di bancuh sebelum pakai.tekstur masker serbuk halus dan bau macam beras.rasanya semua orang boleh terima bau dia sebab bau tak kuat pun.



cara bancuh masker:
1. ambil setengah sudu teh masker organik.
2.letak di dalam bekas bersih.
3.bancuh masker bersama satu sudu air masak.
4.sapu di keseluruhan wajah.
5.biarkan kering selama 30 minit, kemudian cuci menggunakan air bersih.

masker ni kena bancuh sikit sebab sapu nipis je kat muka, tapi boleh nampak kan punya banyak saya bancuh tu? muahaha.. over tau padahal muka saya kecik, guna sikit je.



1. pastikan kulit dicuci dahulu sebelum menggunakan masker.
2. untuk kulit berjerawat, bancuhan boleh dicampur dengan sedikit perahan air limau kasturi.
3. pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau pekat.

sapukan di seluruh wajah, elakkan kawasan mata dan bibir.biar 30 minit hingga kering.time tunggu ni boleh buat apa-apa yang patut macam tidur ke kan..KROIIIIHHHHHH.....(teruih dia ni tertidoq ka?)



tapi budak ni tak tidur, dia sibuk buat muka gedik kat depan kamera T______T



cuci muka dan taaadaaaa ! kena amalkan untuk hasil yang terbaik.kesan tu dapat rasa di kulit.best betul rawat kulit sendiri.tak payah pi SPA bayar mahal-mahal ok? beli masker ni dan buat sendiri kat rumah.nak tau macam mana lagi kesan menggunakan masker organik warisan ni boleh baca di bawah ni :p


FUNGSI DAN KHASIAT:
  • melembut
  • melicin
  • menghaluskan kulit
  • memudarkan parut jerawat.
  • penggunaan yang berterusan kulit akan menjadi mulus dan gebu.
  • mengelakkan jeragat dari membiak.
  • memudarkan parut jeragat.
  • untuk masalah jeragat amalkan juga pengambilan vitamin c pada setiap hari.
  • masker organik ini juga boleh di jadikan sebagai lulur badan.
  • sesuai untuk semua jenis kulit.


HASIL PENGGUNAAN SAYA:
  • yang paling menarik mengenai masker ni mesti lah sebab ianya dari bahan semulajadi dan ORGANIK ! semulajadi dan selamat.tak risau lagi kesan sampingan bahan kimia(saya dah jadi benci dengan produk yang ada bahan kimia).
  • produk ni sama seperti yang di gunakan di SPA.produk yang digunakan di SPA selalunya dari bahan-bahan semulajadi kan? now dah ada masker ni yang sama macam kat SPA.berSPA lah kat rumah sendiri kan? bhahaha.
  • guna sikit saja dan sapu nipis-nipis, tapi kesannya tersangatlah best.
  • walaupun pengeluar tak cakap masker ni boleh berfungsi sebagai scrub, tapi bila kering masker jadi kasar sikit macam ada butiran scrub.waktu cuci memang kena gosok lembut untuk tanggalkan kesan masker tu.bagi saya ini dah berfungsi sebagai scrub sebab gabungan bahan semulajadi+butiran seperti scrub+gosok lembut boleh tanggalkan sel mati di permukaan kulit.bila sel mati yang menyebabkan kulit kusam dan kasar dah tertanggal, kulit akan jadi lembut dan awet muda.gosok lembut tu pun dapat merangsang peredaran darah di kulit, hasilnya wajah akan nampak berseri..peewwiitt! haha :p
  • boleh digunakan setiap hari.
  • saya suka pakai waktu siang, malamnya saya perasan mesti parut(parut baru), jerawat dan biji ruam tu jadi kering.berkesan sangat tau..sebab tu kalau tak nak pakai seluruh muka, saya akan tempek kat kawasan yang ada parut, jerawat dan biji ruam tu je.dia akan mengering.
  • kulit rasa lembut dan licin.
  • kulit jadi tak berminyak lepas guna.sapa yang ada kulit berminyak terutama yang sangat berminyak tu saya cadangkan anda untuk pakai masker ni.memang berkesan control minyak di kulit.
  • keseluruhannya saya suka masker ni dan memang selalu pakai.tambah pulak fungsinya untuk pudarkan parut dan jeragat, lagi lah iolsss teruja nak amalkan..bhahaha.jom amalkan sama-sama ok? kalau berminat boleh contact no dan klik fb yang saya tulis kat atas tadi.selamat mencuba :)

terima kasih.

baibai.



No comments: