berus mekap sigma.

Assalamualaikum.


sebab saya ni jurusolek, maka orang selalu tanya saya pakai berus mekap brand apa dan beli kat mana sebab orang akan ingat saya guna hat branded dan mahai ja.padahai kalau hangpa nak tau saya buat kerja mekap selama ni guna berus biasa biasa ja pun.beli hat set banyak banyak tu kat online dah berkurun lamanya sampai dah tak ingat berapa harga dan apa nama online tersebut..kahkah.berus biasa pun mekap boleh jadi mudah dan lawa jugak asalkan shape dia sesuai dengan keperluan untuk teknik mekap, berus elok dan bukan berus "IK OK IK OK"..ada paham? haha.


produk:
berus mekap.

jenama:
sigma

jenis/no:
small tapered blending-E45
tapered blending-E35

harga:
small tapered blending-E45 RM48.00
tapered blending-E35 RM56.00
*ni harga waktu saya beli, sekarang ni tak tahu berapa harga dia.
tak termasuk postage.

tempat beli:
web lovely adornment



hari tu saya macam perlu ja berus mekap dengan shape macam dalam gambar ni.so saya beli lah jenama sigma.brand ni agak famous di kalangan jurusolek professional.harga boleh tahan, nak cari pun susah.kalau ada pun asyik sold out ja.saya cuba cari jenama biasa yang tak mahal sangat tapi tak jumpa pun shape macam ni.last sekali saya order online.



berus mekap ada macam-macam bentuk dan nama.saya sendiri pun naik pening weh! ada pulak fungsi khas ikut bentuk berus dan teknik mekap tertentu, tapi kalau tau teknik mekap yang betul kita akan terer guna apa saja bentuk berus untuk pelbagai  teknik mekap.kira pandai-pandai lah mix & match.cewaahhhh! macam pakai baju pulak.dalam gambar ni saya beli berus sigma small tapered blending no E45 dan sigma tapered blending no E35.kalau nak tau berus hat branded akan ada no dia sendiri.



rupa berusnya.kiri tu tapered blending-E35.fungsinya untuk blending supaya eyeshadow nampak soft.berus dia jenis gebu dan kembang sikit kat bahagian hujung.kena tau teknik yang betul untuk blend eyeshadow guna berus ni sebab tersalah blend eyeshadow nampak comot, warna jadi terlalu tinggi atau 'berselerak' dari kelopak mata.kanan pulak small tapered blending brush-E45.fungsi dia untuk blending jugak tapi yang ni lagi senang kalau guna untuk blending di crease atau pelipat mata.hujung mata pun senang.bentuk berus tersusun ke dalam dan runcing di hujung.senang la nak blend warna di sudut dan pelipat mata tu.tapi kalau nak tau saya beli ja tapi rasa sayang pulak nak guna.pernah guna 2, 3 kali ja kot lepas tu simpan diam-diam.. haha.



terima kasih.
baibai.






No comments: