jalan dan makan.

Assalamualaikum.


dah nak masuk tahun 2015 tapi blog cik puan datin markonah kau ni masih lagi dengan cerita cerita pada tahun 2013.mesti hangpa pun menyampah kan? bukan hangpa ja, saya sendiri pun dok memberontak secara diam diam bila lah nak update cerita hat terbaru? wakaka... but don't worry guys.. ini antara entry terakhir untuk tahun 2013, lepas ni saya update hat baru sikit noh..tapi pasti lah ada cerita tahun 2014 dulu.kena redha lagi menghadap entry yang lama.. tapi tak banyak lah muahaha.




15.12.13 teringin pulak nak pakai segak segak kan.maka bersolek lah secara over sedikit dari kebiasaan.eh tak over pun, mekap lebih sikit ja pun..haha.




kalau anda tertanya tanya kat mana lah saya waktu ni, saya sebenarnya kat dalam secret recepi.nak pi lunch kononnya.rasa nak pekup muka lah lagu nih.balik balik kat situ ja kan? bhahaha.



saya pi berdua dengan partner.konon berseni lah curi ambik gambaq celah ayaq lagu ni? kahkah.



tak lain tak bukan.. hat ni lah saya dok order.cuaca kat luaq dok panaih berdesing pun saya nak makan juga tomyam kung yang super pedaih dan super panaih ni.



dia punya rasa tom yam tu lain macam sikit.sedap!



ni yang partner saya order.nasi goreng apa entah.ada promosi lah untuk lunch hari tu.ok jugak kot rasa dia.tak berapa nak ingat.partner saya siap request nak sambal belacan.nasib memang ada..hehe.




minuman saya.ice blended chocolate.pernah try order hat lain tapi hat ni sedap lagi la.



air yang tak dapat di kenal pasti.kalau tak salah air ni ada kaitan dengan nasi goreng yang promosi tadi.set sekali kot? tapi lupa pulak ni air apa..HAHAHAHA kat diri sendiri.tu lah sapa suruh update lambat, semua benda hang lupa cik puan oiiii...




takyah lah bayangkan saya makan sungguh macam gaya ni.tak dak unsur kesopanan gadis melayu bag hang..kahkah..padahai?




dah kenyang baru ada tenaga nak ambik gambaq.keluaq kedai berdesup ambik gambaq..haha.tau dah mesti ada hat nak tanya baju beli mana? skirt? tudung? mai nak bagitau.tudung tu bawal chiffon bulat dari fabulousiti beauty & closet , jaket jeans tu beli kat kedai ameba ataih giant.lama dah beli tu.skirt pulak beli kat kawan.beli set baju kurung lycra hat dapat kain ni sekali.baju dia saya tak pakai sebab besaq sikit, skirt ni ja saya dok pakai.




pi jusco.pi cari apa tah.rindu jusco hat lama ni.dulu memang kerap pi situ.tak dak keja pun pi jugak.jusco baru tak berapa best sebab banyak jenama yang dah tak ada.kedai kasut opera yang saya suka pi tu pun dah tak dak.parking pulak tak luas macam jusco lama.ish2..kenangan ja la.



tunjuk jam.jam tak dak brand pun.beli ataih giant dengan harga belas belas ja.saja la beli pakai sebab jam lama dah nampak buruk sikit.waktu ni tak boleh beli lagi hat mahai macam jam lama.hat biasa ni pun boleh la.saya suka sebab nampak lawa..haha.tapi hampeh... pakai sat ja bateri habeh dah.sebab tu suka beli hat mahai.jangan ingat sebab nak berlagak pulak.tak tau la kebetulan ka apa, kalau hat mahai bateri tahan lama dan jam pun tahan lama jugak.




seingat saya waktu ni teringin nak makan rojak buah.pi cari merata tapi tak jumpa.singgah kat satu lori tepi jalan sebab ingat ada juai rojak buah, tapi tak dak pun.ternampak keropok ni teruih beli.keropok waktu zaman kecik kecik dulu ni..haha.



insyaallah lepas ni ada satu entry lagi untuk tahun 2013 lepas tu ada  entry tahun 2014 pulak..YAHOOOO! dot com dot mai T_________T



terima kasih.
baibai.

2 comments:

lia ummiirfan said...

hihi... suka jer cite pasal makan dan jalan-jalan., :))

Eda Johari said...

tu laa rindu jusco.
dulu time study kt poli rajin lah duk pi sana.. hehe