papa burger house.

Assalamualaikum.



adakah anda dok kat kulim? lepas tu confuse nak pi makan kat mana, meh kali ni saya nak share satu tempat makan ni.kot lah hangpa pun boleh pi try sama kan.ni bukan sponsor ka apa nahh, ni update dengan niat nak share semata-mata..bhahaha.



ni muka mangket tidoq ni.konon nak pi makan tapi partner balik rumah dia lepas tu terlena, sekali dengan saya pun terlena.dah pukoi 10, 11 malam camtu baru partner mai ambik nak pi makan.mamun mamun bangun pakai sweather dengan pashmina teruih keluaq.camni lah rupa dia ni.tapi lupa pulak nak habaq, ni pada 15.12.13 nih.setaun dah pun baru nak update.biasa lah tahun 2013 kan sindrom malas update blog melanda, tahun ni baru kaverline update balik..kihkih..tapi tunggu lepaih ni saya update yang baru pulak noohh.



lagi sedih tengok muka hat ni.tapi nak tunjuk suasana belakang saya tu.suka sebenaqnya pi restoran ada pokok hijau camni.restoran ni nama papa burger house.lokasi dia kat kilang lama.betoi betoi depan sekolah tunku malek tu.dekat dekat lah dengan sekolah badlishah.dia atas bukit sikit.



pada firasat saya lah kan, tema restoran ni ala-ala filem p.ramlee kot? dinding tu ada lah sikit gambaq p.ramlee.lepas tu menu pun nama-nama filem p.ramlee.



saya order ice blended chocolate dan partner pulak teh o ais.ice




ice blended ni sedap gak lah.sampai la ni kalau pi situ saya akan order ni.tapi maneh sikit.dari dulu sampai la pun maneh..rasa tu sama ja haha.



ni hat saya order.lupa dah nama dia.ada burger,kentang dan salad sayur campur dengan mayonis.daging burger tu rasanya depa buat sendiri la kot sebab rasa tak sama macam daging yang biasa dijual tu.daging dia lembut.dibalut dengan telur dan cheese(rasanya lah sebab tak berapa nak ingat la).rasa sedap gak tapi roti tu rasa macam roti gandum.saya rasa kalau guna roti burger biasa lagi sedap kot? haha.banyak akai sungguh lah.



ni pulak hat partner order.hat ni pun dah lupa nama dia.nampak macam sama yang saya order tapi sebenarnya lain.ada burger, kentang dan sayur campur dengan mayonis.dia tulis sos comot lagu ni pulak.. "abang chef ingat tulis lagu ni nampak kreatif ka?" agak-agak kena tampaq dak kalau saya cakap gutu kat dia? kahkah.




saya ni cerewet sikit pasal makan.kalau tak sedap memang saya tak pi dah.kat restoran tadi tu kira boleh tahan la rasa dia sampai saya boleh ulang pi beli sampai la ni..haha.tapi jarang makan kat situ.selalunya beli bawak balik.menu dalam gambaq ni antara yang saya suka order.tu hat kiri tu.nama dia dah lupa la.tapi roti,sosej dibalut telur, kentang dan sayur campur dengan mayonis.macam menu wajib untuk saya beli.bagi saya sedap lah jugak.hat kanan tu steak daging dengan kentang.hat ni tak tau rasa apa sebab bukan hat saya...haha.nama menu memang tak ingat sebab pi beli pun dok tunjuk gambaq kat menu ja..haha.



kalau hangpa rasa tak dak idea nak makan kat mana tu boleh la pi try nohh?


terima kasih.
baibai.



1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

Wahhh macam menarik jer, nanti akak pergi kulim bolehlah cari dan singgah ni...