product review: mai'amy skincare yang saya guna.

Assalamualaikum.



hari tu saya tersalah pakai produk sampai naik jerawat dan ada parut hitam.lepas tu saya cuba pakai mai'amy skincare.sapa yang selalu main ig mesti kenai produk ni kan? saya pun kenai melalui ig sebab ramai sangat testimoni yang update kulit elok lepas pakai skincare ni.lepas dah cuba sendiri, now saya nak share lah pengalaman dan kesan sepanjang guna mai'amy skincare.


produk:
mai'amy skincare
*hydro cleanser gel
*diamond serum
*stemcell serum
*whitening serum
*eye serum
*pure gold serum(yang ni saya tak pakai)
p/s: hydro cleanser dijual loose, serum boleh beli loose(satu-satu) atau satu kotak.

saiz:
hydro cleanser gel ada dua saiz, 60ml dan 100ml
setiap satu serum 3.5ml

harga:
hydro cleanser gel 60ml RM50.
hydro cleanser gel 100ml RM85.
serum loose(sebotol) RM20.
serum sekotak(10 serum) RM170.
pembelian akan dapat FREE SERUM CAP+FREE GIFT.
beli 5 botol keatas FREE SERUM CAP+FREE POSTAGE.

tempat beli:
facebook page: healthy & beauty
sms/whatsapp: 016-4451555(for order only)



secara keseluruhannya ini antara kebaikan mai'amy skincare:
  • ada kelulusan dari kkm.
  • dirumus dengan bahan semulajadi dan fruit extract.
  • sesuai untuk: 
  • kulit berjerawat.
  • bintik-bintik hitam.
  • parut.
  • flawless kan kulit.
  • cerahkan kulit.
  • sekatakan warna kulit.
  • membersihkan kulit.
  • menghilangkan jeragat.
  • mengecilkan pori-pori.


packaging mai'amy skincare hydro cleanser gel dan serum(sekotak).



saya pakai 4 jenis serum saja.



stemcell serum,eye serum, diamond serum dan whitening serum.



kalau tak salah ni namanya serum cap.bila dah buka penutup serum yang asal, boleh la pakaikan serum cap ni pulak.serum tak meleleh dan senang nak tuang waktu pakai.



no.1: serum sebelum dibuka penutup asal.
no.2: sebelum nak buka penutup, cari bahagian yang bertanda anak panah kat penutup silver/aluminium tu.lepas tu tolak atau tarik penutup dari bahagian anak panah tu menghala ke atas.kalau ikut step camni senang sikit nak buka.
no.3: kalau tak ada serum cap, terpaksa guna balik lah penutup bahagian dalam serum ni..haha.tapi dia tak melekat elok lah..asyik nak tercabut ja.kalau nak bagi lekat jugak kena kepit dengan penutup silver/aluminium tu kat atas dia.tapi paling elok tutup guna serum cap.
no.4: tutup guna serum cap camgini haaaa... lagi mudah dan selamat.



MAI'AMY SKINCARE HYDRO CLEANSER GEL.
cleanser dalam botol jenis pam gini.lebih hyegine dan senang nak apply.senang nak agak berapa kali nak picit cleanser.ada pulak penutup tu, lagi selamat dan tak meleleh.



tekstur cleanser macam gel tapi lebih cair dan jernih macam air.


fungsi hydro cleanser gel:
  • pencuci muka yang dirumus khas untuk semua jenis kulit terutama untuk kulit yang berminyak dan bermasalah.dengan bahan aktif untuk memberi kesan pembersihan mendalam tanpa megeringkan dan merengsakan kulit.


cara guna:
  • basahkan muka, pam cleanser 2 kali(ikut banyak mana kita nak guna) dan buihkan dengan air di tapak tangan.tapi sebenarnya pencuci ni tak dak buih pun..hehe.lepas tu urut lembut dengan gerakan membulat di seluruh muka dan bilas dengan air bersih.

hasil penggunaan saya:
  • pencuci ni antara pencuci terbaik yang saya pernah guna.best sangat.apa yang best? baca bawah ni pulak..haha.
  • waktu mula-mula pakai produk ni kulit saya tengah problem, bukan saja jerawat dan parut, kulit tiba-tiba jadi terlalu kering dan rasa cekang.guna pencuci lain kulit saya jadi makin kering dan cekang, tapi lepas cuci guna cleanser ni kulit saya jadi lembut dan selesa! lembab-lembab sikit kan dan nampak ok berbanding sebelumnya.
  • lembut tapi berkesan.selalu kalau guna pencuci jenis lembut kulit rasa macam tak bersih kan? tapi yang ni sangat berkesan.
  • tak ada buih tapi boleh rasa dan nampak kulit bersih.kalau cuci muka untuk tanggalkan mekap, kita boleh nampak kesan kotoran mekap tu keluar.yang ni paling best kot? sebab saya kan suka mekap.mesti lah nak cari cleanser yang berkesan bersihkan sisa mekap macam bedak dan foundation tu.. kulit pulak rasa selesa.
  • lembut dan ringan di kulit.bukan pencuci yang pedih, bukan yang 'kuat' atau kasar.tekstur dan kesan lembut tu kita boleh rasa sendiri.
  • selepas cuci kulit akan rasa lembut.tak berminyak, tak tegang dan tak kering.rasa lembut dan selesa.
  • ada bau yang mild.
  • keseluruahannya saya memang suka pencuci ni.puaih hati sangat lah.sesiapa yang ada masalah kulit boleh cuba cleanser ni.mana lah tau dapat hasil yang terbaik macam saya jugak? kulit dah elok balik dah.


MAI'AMY SKINCARE DIAMOND SERUM.
tekstur diamond serum macam air.ringan dan sejuk.ada partikel bersinar macam serbuk diamond tau.
lepas cuci muka waktu pagi, saya akan sapu diamond serum di seluruh muka.


fungsi diamond serum:
  • untuk umur 30 tahun ke bawah.
  • sesuai untuk masalah jerawat dan jeragat.
  • melicinkan kulit.
  • membuatkan kulit nampak glowing.
  • melembabkan kulit muka agar tidak kering.
  • mencerahkan kulit muka.
  • menegangkan kulit muka.
  • untuk kulit awet muda.

hasil penggunaan saya:
  • saya guna diamond serum pada waktu siang.lepas cuci muka terus sapu serum nipis-nipis di seluruh muka.
  • kulit jadi lembab.
  • tekstur kulit bertambah baik.tak kering dan tak kusam macam sebelum ni.
  • kulit nampak glowing dan sihat.
  • tesktur ringan dan senang menyerap ke kulit.
  • ada bau yang mild.
  • kulit nampak lebih cerah.
  • parut jadi pudar.


MAI'AMY SKINCARE STEMCELL SERUM.
tesktur jernih dan kosong macam air.nipis, ringan dan sejuk.stemcell serum ni lebih cair berbanding diamond serum.lepas cuci muka waktu malam saya akan sapu stemcell serum di seluruh muka.


fungsi stemcell serum:
  • sesuai untuk semua peringkat umur.
  • memperbaiki sel-sel kulit.
  • awet muda.
  • memulihkan kesan parut lama.
  • menghilangkan jeragat.
  • mengecilkan pori-pori muka.

hasil penggunaan saya:
  • saya pakai stemcell serum pada waktu malam saja.lepas cuci saya sapu serum ni nipis-nipis di seluruh muka.
  • tekstur dia buat saya rasa macam sapu air ke kulit..hehe.
  • ni serum yang paling saya suka sebab lepas sapu dalam beberapa minit kulit saya nampak sihat.
  • kulit jadi lembut.
  • kulit jadi lembab.
  • kulit nampak lebih cerah.
  • parut makin pudar.
  • bila bangun esok paginya kulit nampak bermaya, sihat dan tak kusam.
  • ada bau yang lebih mild berbanding diamond serum.


MAI'AMY WHITENING SERUM.
tekstur macam air jugak dan ada bulat-bulat warna biru tu.bila sapu ke kulit dia akan meresap sekali.comel tau..haha.whitening serum ni saya guna waktu malam, sekali sekala berselang seli dengan stemcell serum.lepas cuci muka saya akan sapu serum ni di seluruh muka.


fungsi whitening serum:
  • sesuai untuk semua peringkat umur.
  • untuk mencerahkan kulit muka secara sekata.
  • melembabkan kulit muka secara efektif.
  • dipakai di waktu malam sahaja.

hasil penggunaan saya:
  • saya pakai whitening serum ni waktu malam.tapi kadang-kadang ja lah.kalau pakai whitening, saya stop stemcell.kira selang seli la antara dua-dua ni.lepas cuci muka saya sapu nipis di seluruh muka.
  • kulit akan jadi lembab,
  • kulit jadi lembut.
  • kulit nampak sihat dan tak kusam.
  • kulit makin cerah.
  • parut pudar.
  • bila pakai malam, esoknya boleh nampak kulit cerah sikit dan berseri.tekstur kulit nampak sihat dan tak kusam.
  • ada bau yang mild.


MAI'AMY SKINCARE EYE SERUM.
tekstur cair macam air tapi warna dia kuning lah..hehe.saya pakai waktu siang dan malam.lepas cuci, lepas pakai serum lain di seluruh muka, saya sapu serum ni di bawah mata.


fungsi eye serum:
  • mengatasi lingkaran gelap bawah mata.
  • mengurangkan kedutan dan garis halus di bawah mata.
  • megurangkan masalah eye bag.
  • disapu di kawasan mata sahaja.

hasil penggunaan saya:
  • lepas cuci muka pada waktu pagi dan malam, saya pakai serum lain di seluruh muka lepas tu saya sapu eye serum ni di bawah mata.
  • saya rasa eye serum ni paling jimat di antara kesemua serum sebab guna sikit ja pun.satu dot kecik ja dan sapu bawah mata.
  • yang paling best bila sapu ja terus mata rasa segar.
  • cepat menyerap.
  • selesa dan tak melekit, tak berminyak, tak terlalu basah macam kebanyakan produk bawah mata yang lain.
  • mata dah tak berapa nampak kusam dan tua(saya dah tuaaaa...)
  • kulit bawah mata jadi lembut dan lembab.
  • bawah mata nampak sihat dan lebih ok berbanding sebelum ni.
  • ada bau yang mild.



ni gambar selepas seminggu dua guna produk-produk tadi.walaupun masih ada parut tapi ni dah pudar tau.sebelum ni lagi teruk kot parut tu semua.walau mekap pun susah nak cover.kulit dah lembab dan berseri.nampak cerah sikit dan tak kusam.



TESTIMONI.
ni antara testimoni yang guna serum.bukan ni saja, ramai lagi yang puas hati.kulit jadi elok semula.jerawat dan parut makin kurang.yang penting kena rajin amalkan dan konsisten..baru lah hasilnya makin elok.



ni testimoni yang customer hantar sendiri kat kak ieymah(agen may'amy skincare)



keseluruhannya saya agak puas hati.kalau anda berminat nak cuba boleh lah contact kak ieymah dan minta pendapat beliau.dia akan suggest yang mana sesuai dengan masalah kulit anda.saya ni pun kak ieymah yang tolong suggest kan yang mana elok dan cara guna semua tu.tapi dalam semua yang saya guna ni, saya paling suka dengan hydro cleanser gel dan stemcell serum..terbaik lah.hehe.selamat mencuba ok.



terima kasih.
baibai.

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bagusnya

Ann Ishak said...

boleh cuba ni, thanks for the review :)

CikPuan FiDa said...

comel je botolnye.. geram lak tgok..

Cik Iman said...

botol dia comel la