tips untuk pemakai contact lens.

Assalamualaikum.


nak pakai contact lens kena jaga betul2.tak boleh pakai lebih dari tempoh yang dibenarkan.
ada contact lens pakai buang untuk sehari,ada yang tahan sebulan,ada yang 3 bulan,6 bulan dan setahun
tapi paling elok pakai sebulan atau 3 bulan saja.lepas tu sila baibai kat contact lens sekelian ye.
air cuci pun sama.tak boleh pakai lebih dari tempoh dibenarkan.nak tau tempoh expired lens dan air cuci
kena tanya penjual/kedai speck tempat anda beli tu k.
cuma masalah kita mesti selalu lupa berapa lama dah pakai lens tu kan? meh nak kasi tips cara saya.
ni cara saya sebab tak mo bagi lupa.cara puan sri saodah,datin meriah dan sewaktu dengannya
saya tak tahu ye..muahaha.




air cuci.saya guna all in one.maksudnya boleh guna untuk cuci,bilas dan simpan.
selalu beli jenama solo care aqua sebab tak pedih mata.
jenama ni tahan 3 bulan.takmo bagi lupa expired lepas buka senang saja cik senah oiii...
saya akan tulis tarikh mula buka(open) dan tarikh expired selepas buka(exp).
tak tau lah saya kira betul ka tak 3 bulan tu,tapi stop awal takpa dari terus guna walaupun dah expired.
bahaya tau !




contact lens pun sama.buka2 ja saya akan tulis di bekas dia tarikh mula buka
dan tarikh expired.kalau pakai lens yang diaorang cakap 6 bulan pun saya cuma akan pakai 3 bulan.
lepas tu terus buang dan beli baru.jangan cuba2 pakai yang dah expired.
nampak elok tapi kuman di lens tu kita tak nampak.mata kita sangat sensitif dan berharga tau.
setiap kali nak pakai lens biasakan diri tengok tarikh yang kita tulis kat bekas tu.
kot2 kita tak sedar tarikh expired dia.bila tengok boleh ingatkan kita tarikh tu kan.




satu lagi nak share.kalau pakai lens mesti lepas tanggalkan lens mata kita rasa
tak berapa selesa.macam saya pun kadang2 rasa pedih atau jadi merah2.
tak pun mata kering kan.so lepas buka lens saya akan titik ubat mata.
ni kes kalau mata rasa tak selesa lah.kalau tak rasa apa2 saya tak pakai.
kalau nak guna ubat mata,lebih baik pi klinik dan jumpa doctor sendiri.cakap ja apa problem
bila pakai lens atau lepas tanggalkan lens.doctor akan bagi ubat titis yang sesuai.
saya tak berani beli suka2 di farmasi atau tempat lain.benda nak titik kat mata weh..sila hati2 ok.
p/s: kadang2 orang suka titis ubat mata waktu lens masih ada kat dalam mata.
ada yang boleh,ada yang tak boleh.kalau jenis yang tak boleh tu kita pi titik jugak boleh pedih mata dan rosak lens tau.jadi seeloknya tanya doctor/klinik cara guna ubat titis tu.


tu ja nak share..maaf kurang update blog sebab emosi tak stabil T________T



like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage



klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.

product review:facial sendiri dan review botanical choice purifying dead sea mud mask "papaya".

Assalamualaikum.


p/s: ini entry lama.saya baru jumpa dalam draft T___T


kehidupan saya yang sibuk kebelakangan ini membuatkan saya tak sempat nak rawat muka sendiri.
muka sendiri pun tak sempat nak rawat,apatah lagi muka ibu2,kakak2,jiran tetangga dan orang2 kampung sekelian..muahahaha..motif sangat merepek tengah2 malam kan(entry ni dibuat pada pukul 3.23am!).


sebenarnya tak rawat muka bukan sebab sibuk semata2 tapi jugak ditambah sifat2 yang sangat pemalas.
baru2 ni terasa nak bajet mak datin semula.nak pakai masker,nak ilek2 sambil gosok kuku(pengaruh mak datin dalam tb).stock masker dan lain2 ada lagi,so buat sendiri je sep bajet uolsss.



kali ni buat facial simple2 je pun.ni barang2 yang saya guna.semua ni dah lama ada dalam simpanan,
tapi sebab malas nak buat,maka terkontang kanting lah mereka di dalam laci saya..ekeke.
benda yang saya guna adalah watsons energising eye mask reshreshing for tired eyes(insyaallah kalau ada masa nanti saya review yang ni ok),botanical choice purifying dead sea mud mask "papaya"(kali ni saya nak review yang ni sekali) dan cathy doll so happy berry yogurt peeling gel.
produk cathy doll ni hisyfadz beauty home(sila klik) yang bagi.lama dah bagi.bagi free untuk try saja
sebab masa tu dia cakap tak jual yang ni,uolss try masuk fb page dia dan usha kot2 dah jual sekarang k.



mula2 sekali lepas cuci muka saya pakai cathy doll so happy berry yogurt peeling gel.
dia macam scrub lah.tapi dia tak kasar macam kebanyakan scrub.tekstur dia macam krim warna putih.
lepas apply kat muka tu gosok lembut2 dia rasa ringan dan sejuk macam air.lepas tu dia bertukar dan keluar macam serdak2 tu.produk ni berbau strawberry dan wangi sangat.lepas pakai ni rasa kulit bersih.
best tau produk ni.satu paket trial pack ni pun boleh pakai sampai 3 orang ! 
saya shared pakai dengan adik dan kakak saya.



watsons energising eye mask refreshing for tired eyes.
sebenarnya yang ni saya pakai last sekali.saja nak pakai last pastu baring sampai hampir terlena..
muahaha.sebelum pakai saya letak kejap dalam peti sejuk.lepas tu bila tempek kat bawah mata tu rasa sejuk dan fresh sangat2.best jugak produk ni.lepas pakai mata rasa segar.



hari ni saya nak review sikit pasal produk botanical choice purifying dead sea mud mask "papaya".
saya tak ingat berapa harga dia sebab dah lama beli.beli kat watsons.
saya dah pernah try jenama ni,memang ini antara jenama mask terbaik.mask dia semua best2 bila pakai.


KATA PENGELUAR:
- membersihkan secara mendalam.
- digabungkan dari lumpur laut mati dan ramuan semulajadi yang menenangkan seperti
betik,lavender dan bergamot.
- membersihkan kulit yang letih.
- membersih/menarik kotoran dari dalam.
- menjadikan kulit lebih berseri,segar,bersih dan licin.



HASIL PENGGUNAAN SAYA:
- bau wangi ! best bau dia.tak pening kepala pun.
- tekstur pekat(macam lumpur lah).saya paling suka mask macam ni,lumpur2 tu kan.
- warna dia putih nak biru2,nak hijau2 sikit.
- satu paket ada banyak! muka saya kecik pulak kan,so saya shared pakai dengan adik dan kakak saya.
- walapun tekstur macam lumpur,tapi senang nak apply.saya guna jari je.
- jimat masa pakai mask ni sebab tak payah bancuh.buka paket dan terus sapu kat muka.
- pengeluar tulis pakai selama 15-20 minit,tapi mask ni cepat kering dan cekang muka.best !
- lepas cuci dengan air memang kulit rasa best sangat.jadi lembut dan rasa fresh.
- kadang2 lepas pakai mask mesti kulit jadi berminyak atau naik jerawat,tapi lepas pakai mask ni kulit kurang berminyak dan tak ada tanda2 nak naik jerawat.


mask yang sangat best ! sapu seluruh muka,elakkan kawasan mata dan bibir.
biar selama 15 ke 20 minit dan cuci bersih.lepas tu pakai lah produk muka macam toner dan pelembab.



lepas buat rawatan muka takde lah nak jadi muka tokti ke ape kan.
tapi kulit kita terjaga,awet muda,bersih,lembut dan rasa fresh.
kalau tak jaga dan tak buat rawatan secara konsisten kulit kita akan jadi kasar dan cepat nampak tua.
bintik putih dan hitam pun teruk(picit buang tau...kalau tak,dia jadi teruk dan rosakkan kulit kita).
cewaahhhh ! pandai dia bebel bagi pesanan kat orang,padahal dia sendiri pun malas nak buat rawatan :p


tamat.


like fanpage saya di: 


like fanpage mekap dan tudung di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.

tudung bawal chiffon bidang 60.

Assalamualaikum.


pre-order tudung bawal chiffon bidang 60.

order dan payment:
15.1.14( bermula 9 malam) hingga 20.1.14

pos:
24.1.14

harga:
RM55 termasuk pos.

cara order:
sms atau whatsapp 012-4141421
*sertakan nama,alamat.no.tel,kod warna dan kuantiti.
*sebarang pertanyaan juga boleh sms atau whatsapp,
bimbang kami tak dapat notification jika anda tanya di komen.

details produk:
bidang 60 yang besar.
material chiffon berkualiti tinggi.
tidak jarang.
selesa dipakai(tidak seperti kebanyakan chiffon yang  nipis dan licin).
senang muncung
labuh di depan dan di belakang.
sesuai untuk muslimah.


like fanpage:
follow instagram:
*kami galakkan anda like fanpage dan follow ig sebab kami akan update
status produk dan lain2 info di sana.



saya memakai tudung bawal chiffon bidang 60 warna ungu gelap.



kod warna.



kod warna yang anda boleh pilih.



sebelum ni kami jugak ada guna material chiffon yang sama untuk tudung bawal bulat
dan alhamdulilah kebanyakan customer cakap sangat selesa dan 'sedap' dipakai.
tq sangat2.semoga ramai lagi yang akan pakai tudung bersaiz besar dan labuh.
sekarang ni pun memang dah ramai yang pakai tudung besar dan labuh.
kami di fabulousiti beauty & closet sendiri banyak keluarkan tudung bersaiz besar :)


tq.

resepi roti canai telur.

Assalamualaikum.


pernah tak beli roti canai pastu makan tak habis pastu biar lama2 kuah dia basi,
roti canai dah keras dan kita tak tau camna nak makan dia dalam keadaan yang sedap?
uolss mungkin tak pernah sebab selalu orang makan sampai habis,tapi kat rumah iolss selalu
jadi kes macam ni.kami ada cara camna nak bagi sedap balik jilat jari2 tak tinggal jejak langsung
muahahaha..hovernya kau tuan blog.



p/s: orang mesti ingat rasa dia sama macam roti telur kedai buat tu tapi ni rasa lain la.
rasa macam lagi sedap je..cewahhh...!




mesti yang masuk entry ni ingat saya nak ajar buat roti canai terus..maap lah cik senah,
cik puan datin markonah kau ni mana pandai nak buat roti canai sendiri.
ke kedai lah kite membelinye..haha.ok meh setat meh.mula2 kena ada roti canai.
yang dah siap masak tau.




telur campur hirisan bawang besar dan garam sikit.
berapa biji telur dan berapa banyak kuantiti bahan tu ikut berapa keping roti canai
yang nak buat tu k.




pukul telur.orang kedah cakap timbok teloq..amboi ganaih sungguh depa sebut nohh?
kahkah.




panaskan sedikit minyak dalam kuali dan celup roti canai dalam telur.
pastikan hirisan bawang melekat sekali kat roti canai tu.baru la rasa lagi sedap.
kalau takmo lekat gak pandai2 lah uolss letak atas dia.penat tau cik puan datin markonah nak explain.




lepas tu goreng sampai bahagian ada telur masak.mak iolsss memang eksaited sikit kalau bab goreng2 ni.
itu pasal roti canai pun macam hangussss....! kahkahkah
*pecah rahsia mak iolss yang goreng,bukan iolss.




dah siap.maap ler rupa tak semengah mana.takpe lah asalkan rasa dia sedap.
takyah cicah apa2 pun sedap.makan gitu je.selamat mencuba :p


like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.

product review: bifesta cleansing lotion makeup remover.

Assalamualaikum.


si tukang mekap yang suka pakai mekap memang wajib ada makeup remover.
macam2 jenama yang saya dah try.hari tu try pulak jenama bifesta cleansing lotion for 
combination & oily skin.saja nak try sebab jenama ni waterbase.selalu dok pakai yang berminyak sikit
untuk tanggalkan mekap waterproof.kali ni nak cuba yang ringan2 dan tak berminyak.

produk:
bifesta cleansing lotion suitable for combination & oily skin.

harga:
tak ingat..muahaha..

tempat beli:
tak ingat tapi antara guardian dan watsons.



packaging bifesta cleansing lotion suitable for combination & oily skin.
dia ada 4 jenis untuk kulit yang berlainan.saya pilih yang ni sebab kulit saya jenis kombinasi,
berminyak di zon-T dan normal di bahagian muka yang lain.
saiz 300ml.besar dan tahan lama.berbulan2 saya guna tak habis lagi.


menurut pengeluar:
- berasaskan air.
- tidak perlu dibilas.
- mengandungi ekstrak teh hijau untuk mengetatkan/mengecilkan pori.
sesuai bagi sesiapa yang bimbangkan masalah pori2 besar dan terbuka serta kesan melekit
selepas guna.


hasil penggunaan saya:
- 'ringan' dan sejuk seperti air sebab produk ni memang berasaskan air.
- tak berminyak dan tak rasa melekit selepas guna.
- bau produk yang mild(bau tak kuat).
- mudah tanggalkan mekap tapi kurang berkesan untuk mekap yang kalis air.
- katanya tak perlu dibilas,tapi saya tetap guna pencuci muka dan bilas dengan air
 sebab nak bagi kulit lebih bersih dan elakkan kulit dan pori2 dari tersumbat.
takut naik jerawat uolss.bersih banyak2 kali tak rugi pun.
- kalau bilas dengan air dia akan rasa lekit2 macam ada lotion kat kulit kita.
kalau tak kena air tak rasa lekit pun.
- kadang2 rasa pedih kalau guna di mata.
- keseluruhannya saya suka jugak produk ni.tapi dia tak berkesan untuk mekap yang waterproof,
so saya cuci maskara guna baby oil,lepas tu saya double cuci lagi guna produk ni pulak.
tapi kena hati2 takmo bagi pedih kat mata.
untuk tanggalkan mekap di seluruh muka,saya terus guna produk ni je.



gambar sebelum:
saya sapu foundation jenis stick tebal2 ,sapu loose powder dan compact powder di tangan tu.
lepas tu sapu pulak eyeshadow jenis yang terang dan susah tanggal,lipstick yang susah tanggal,lipliner pencil yang susah tanggal dan liquid eyeliner jenis waterproof.

gambar selepas:
sekali sapuan guna bifesta cleansing lotion makeup remover.
memang berkesan untuk tanggalkan mekap dan tak rasa melekit atau berminyak.



sebelum:
kapas bersih yang dituang bifesta cleansing lotion.

gambar selepas:
hasil mekap dan kotoran yang keluar selepas sekali sapuan/cucian.



now kita tengok hasilnya untuk tanggalkan maskara pulak.

sebelum:
saya pakai maskara waterproof.maskara yang saya pakai ni memang betul2 kalis air
dan susah nak tanggal.kena pakai makeup remover jenis berminyak baru dia bersih.
tapi ni saja nak tunjuk kat uolss hasilnya macam mana kalau cuci guna bifesta cleansing lotion.

selepas(gambar tengah):
selepas cuci guna gifesta cleansing lotion.
nampak macam bersih kan? tapi sebenarnya masih ada sisa2 maskara dan mata rasa tak selesa.
produk ni berasaskan air dan takde unsur2 minyak,agaknya tu lah sebabnya kurang berkesan
untuk maskara kalis air.

selepas(gambar kanan):
sisa dan ketulan maskara yang masih ada walaupun dah cuci dengan produk ni.
nak cuci banyak2 kali pun tak boleh sebab dia rasa pedih sikit kat mata.
sebab tu untuk cuci maskara saya guna baby oil,lepas tu baru double dengan bifesta cleansing lotion pulak.



sebelum:
kapas bersih yang dituang bifesta cleansing oil.

selepas:
selepas 2,3 kali cuba cuci maskara kalis air.hasilnya macam ni.
tapi maskara tu tak dapat ditanggalkan 100%.masih ada sisa.
tapi apa2 pun produk ni berkesan untuk tanggalkan mekap yang lain di muka :)


selamat mencuba dan terima kasih :)


like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.

tq.


Al-fatihah.

Assalamualaikum.



kenalkan ni arwah abang kiteee...nama dia zamzuri.
25.12.13 hari tu cukup 9 tahun dia meninggal.dok terbayang2 lagi kelibat dia.
macam baru je meninggal.kalau uolss nak tau abang saya meninggal sebab jangkitan kuman dalam
darah bermula dari demam.minta jasa baik anda yang baca ni untuk sedekahkan Al-fatihah 
buat abang saya.semoga Allah ampunkan dosa2 beliau dan dia ditempatkan bersama orang2 beriman..
amin :')


p/s: gambar ni diambil beberapa bulan sebelum dia meninggal.
sebelah tu ialah SAYA.. macam tak caya tu saya kan? KAH KAH T____________T


terima kasih semua.


like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.