product review: colorpia contact lens amazing umber brown.

Assalamualaikum.



selepas menguploading gambar memakai contact lens coklat-suwit-kata-kau
terus cik puan datin markonah menerima bertubi-tubi soalan cepuk emas bertanya
apakah gerangan nama si contact lens wewwiiittt tersebut.
lepas tu cik puan pi habaq kat hangpa "try check blog,saya pernah review rasanya".
padahal tak pernah review lagi poonnn ! mintak maap lah sebab dah menipu secara tak sengaja.
memang tak ingat dah review ka belum.dok rasa dah review,tengok2 belum.kasihan hangpa semua noh?




kali ni meh lah nak betul2 review contact lens tersebut.sebenarnya saya pakai lens jenama colourvue,tapi ada satu hari tu lens dah expired,saya malas nak order sebab nanti sampai tak ada sapa nak bawak pi ambil kat kedai.nak tak nak saya beli ja jenama apa2 pun yang ready stock dan ada power mata yang saya pakai.tokey kedai merangkap kawan saya yang suggest jenama colourpia.


PRODUK:
colorpia amazing-umber brown.

HARGA:
RM50 sepasang(kalau tak salah).

TEMPAT BELI:
kedai speck
(try la pi cari kat mana2 kedai speck kot2 ada jual jenama ni).

DIAMETER(SAIZ):
14.5mm

JANGKA HAYAT:
sebulan atau kalau jarang guna boleh tahan 3 bulan.



packaging contact lens jenama colourpia.lens ni original dari korea.saya pilih warna amazing-umber brown.
kebetulan memang cari warna coklat yang nampak natural sikit.kebetulan jugak warna coklat ni ready stock ada power macam yang saya pakai.power mata saya tak sama dua2 belah.tapi saya pilih power bagi sama dua2 belah.ikut power yang rendah.




satu kotak ada sepasang sterile soft contact lens.
kandungan/bahan lens dia 58% polyhema dan 42% water.




bentuk dan corak contact lens ni.warna dia nampak macam oren2 sikit.ada ring hitam keliling lens.
lens ni tak tebal sangat dan tak nipis sangat.




sebelum dan selepas pakai lens ni.walaupun saiz dia 14.5mm(normal),tapi bila pakai dia bagi efek besar mata jugak.mula2 dulu saya takut nak beli sebab saiz dia normal.saya ni kalau pakai saiz normal mesti mata rasa sakit macam ada benda.asyik nak berkelip dan tak selesa.mula2 pakai yang ni rasa sedang2.tak selesa sangat tapi tak pulak rasa sakit.bila lama2 pakai baru saya rasa ok.




amboi ngeri pulak muka cik puan datin markonah ni

nampak kan sebelah yang pakai tu mata nampak besar,sebelah tak pakai tu mata kecik.
mungkin sebab corak dia kot mata nampak besar.padahal saiz normal.




ni saya pakai lens ni.




ni pun.warna dia ikut cahaya jugak.kalau kat tempat cerah nampak coklat tu terang sikit.kalau kat tempat gelap nampak lah coklat tu gelap.yang penting warna dia memang natural dan selesa jugak.


- saya suka sebab selesa jugak.tak sakit macam kebanyakan lens bersaiz normal.
-warna ikut cahaya.di tempat cerah akan nampak coklat tu terang,di tempat gelap nampak coklat gelap.
-saiz normal tapi bila pakai anak mata nampak besar.
- harga murah.tak mahal sangat.
- tak lembut sangat dan tak tebal sangat.sedang2 dan senang nak masukkan dalam mata.
- warna natural.


SAYA HANYA REVIEW DARI PENGALAMAN SENDIRI GUNA.
SAYA TAK JUAL,TAK DAPAT EXPLAIN LEBIH LANJUT MENGENAI LENS NI
DAN TAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS PENGGUNAAN ANDA.
SILA DAPATKAN NASIHAT DARI PAKAR MATA/KEDAI SPECK YANG MENJUAL DAN PIHAK2 YANG LEBIH ARIF.


like fanpage saya:
http://www.facebook.com/fabulousiti


klik iklan nuffnang saya.
tq.





dedicated to my bapak.

Assalamualaikum.


lama cik puan tak update blog ya? sebenarnya cik puan ni manusia biasa(pernah ke jadik luar biasa? T___T)
banyak kejadian yang berlaku dalam hidup saya.salah satunya bapak saya baru saja meninggal.
hai kawan2,ini bukan entry sedih2 ya.saya tak suka bersedih dan tak suka biar orang pun bersedih.
sepanjang hidup saya ni banyak sangat dugaan,tapi saya pilih untuk jadi redha dan kuat.
menangis air mata darah,berusaha macam mana pun tapi kalau Allah dah kata jadi macam tu,
maka jadi jugak macam tu tak dapat diubah2.sama macam kematian,mati itu pasti..semua orang akan lalui.lambat atau cepat saja.apa2 dugaan yang berlaku kita kena redha.tak boleh 'down'..nanti
macam menyalahkan takdir dari Allah pulak.kita yang masih hidup kena muhasabah diri,banyak2 sedekahkan doa dan pahala buat yang telah pergi. :)
p/s: keluarga kami dah kehilangan dua orang tersayang.pertama kali arwah abang saya 9 tahun lepas,kali ni bapak saya pula.

30.1.14 malam bapak saya tiba2 jatuh dan masuk hospital.2.2.14 pula bapak saya meninggal.
doctor cakap sebab strok. bapak saya meninggal pada umur 67 tahun.
31.1.14 tu birthday saya tau.birthday paling takde perasaan agaknya?
 takmo cakap yang paling sedih sebab saya pilih takmo bersedih.
kalau nak tau bapak saya tak ada penyakit pun.tak pernah pun masuk hospital.
dia kuat dan aktif.sebelum meninggal pun dia aktif berkebun dan main sepak takraw.
tapi inilah namanya takdir dari Allah kan.


alhamdulilah syukur ke hadrat Allah..pinjamkan saya seorang bapak selama 26 tahun ni.
bapak yang baik,yang ikut ja kehendak anak2 dia,yang beli apa2 terutama makanan yang saya teringin,
yang menenangkan dan dukung saya bila saya tiba2 sakit dan sesak nafas sampai tak boleh jalan,
yang banyak bersusah payah dan berkorban membesarkan kami adik beradik terutama
saya anak dia ada penyakit.saya banyak habiskan masa dengan bapak dengan mak sebab
tinggal kami bertiga ja kat rumah.salah seorang penjaga saya dah tiada..dugaan dari Allah :')
tq pak untuk segalanya.hanya Allah yang dapat balas jasa pak :')
semoga Allah ampunkan dosa2 bapak saya,rohnya tenang di sana dan beliau ditempatkan bersama orang2 beriman..amin.mohon kawan2 yang baca entry ni sedekahkan Al-Fatihah buat arwah bapak saya.
terima kasih.



ni lah rupa bapak saya dari muda sampai yang terbaru gambar bawah kanan.
muda2 macam hero hindustan :'D.bapak saya semat dan pembersih tau.
baju berkolar dan masuk dalam seluar sejak muda sampai tua.tak pakai seluar pendek.
seluar slack kemas2 ja.kasut serelum dan sentiasa bawa sapu tangan.
selalu bercukur dan potong rambut.tak biar misai2 dan janggut.walau pendek pun tak biar.
mesti cukur licin.bapak saya aktif dan kuat.suka berkebun.tanam itu ini keliling rumah.
hari2 main sepak takraw.waktu pi tengok kat hospital tu rasa sedih sikit bila pandang dan pegang janggut dia
dah tumbuh sikit.kalau sihat tu jangan harap nak naik janggut sikit pun.mesti licin sentiasa :)
sampai ke akhir hayat..bapak saya tetap hensem dan semat :')



haha..ni takde kerja punya worang..gambar mak dan bapak saya time muda.
gambar kanan tu anak dara depa yang masih muda dan belum berkahwin..KAHKAH.
muka saya ada ke macam bapak saya? tapi muka saya sebenarnya macam mak saya.
kalau tak mekap a.k.a muka real nampak lah sebijik.
tapi dalam family saya sorang ja hidung tak mancung dan agaknya haku sorang jugak
yang pipi tersorong sorong... T___________T apa2 pun alhamdulilah dengan apa yang ada.


memandangkan bapak saya suka tanam macam2...
jadi saya nak tunjuk antara pokok2 yang arwah bapak saya tanam.ada lagi nih tapi tak larat nak
pi tangkap gambar.semput iolsss kang.
p/s: waktu saya sihat dulu saya pun suka berkebun dan tanam macam2.
kalau sihat saya nak ceburi bidang pertanian..wahhh gituuuuu...nampak gila glamer,
tapi sekali nak bidang pertanian  uolssss... :'D


pokok bunga kertas yang selalu dicemburui pencinta bunga(pandai2 haku je).
sebab apa? sebab pokok bunga kertas bapak saya memang berbunga lebat.
sangat lebat dan lawa.sesetengah orang tanam susah bunga kan,tapi yang bapak saya tanam
selalu sangat berbunga.lawa depan umah iolsss..kahkah.



ni pun.sian pokok yang satu ni diletak jauh sikit dari kawan2 dia tapi maintain berbunga.



pokok buluh depan rumah.sepatutnya ada 3,tapi satu dah tebang habis
sebab arwah bapak saya jual kat orang nak pasang bendera pilihanraya hari tu..eheh.



pokok bunga kertas ni dok jauh sikit sebab rendang dan ada duri.bunga jenis serumpun2 tu.



yang merimbun sihat ni pokok kerak nasi.sebab pak tanam pokok ni kat sini lah
ruang meja makan kat dapur tak ada lah panas sangat macam dulu.dia lindung cahaya matahari
 petang yang terik.pokok ni ada bunga warna putih.bau bunga tu macam daun pandan.
kalau cuaca sejuk,hujan dan malam2 bau dia lagi kuat.macam bau nasi lemak pun ada haha.



pokok ni berakar menjalar.tapi bapak saya sendal dengan kayu kat bawah bagi tinggi menaik,
tu yang dia nampak rimbun.



ni dia lagi.tapi waktu ni bunga tak ada.



pokok mahkota dewa.dengar kata susah nak tumbuh tapi bapak saya tanam naik je.



pokok dia berbuah.bila masak warna merah macam epal pulak haku tengok
tapi epal versi malaysia lah..haha.tapi buah tu tak boleh makan pun.
pokok ni orang buat ubat..tumbuhan herba tu.



pokok lidah buaya.pokok ni jadi mangsa kalau tuan blog
over korek muka sampai luka2,lepas tu mula nak carik pokok ni taruk lendir kat luka.



anak pokok bunga raya kot kalau tak salah.
bapak saya semai dalam pasu dulu,nanti baru pindah atas tanah.



anak pokok betik.



pokok nyok bapak saya baru tanam.



pokok durian yang masih kecik..dan kuruih..errrr...



pokok daun sirih menjalar naik kat pokok nyok.pokok nyok hat jiran kot ni.



pokok serai.dulu lagi banyak dari ni.



pokok jambu madu hat merah besar2,manis2 macam kita selalu jumpa kat perhentian R&R tu.
kenangan ni.dekat2 arwah nak meninggal pokok ni berbuah.arwah bapak saya sempat rasa.
dia macam bangga dan seronok sangat sebab dah berbuah walaupun baru 2 tahun tanam.
sepatutnya 3 tahun macam tu baru berbuah.hari2 dok pi tengok pokok ni waktu berbuah.
bila dah masak dan petik punya seronok sampai bawak buah tu pi tunjuk kat kawan dia.
saya tak rasa pulak,tapi kakak2 saya cakap manis :)



ni tengah berbunga.nak berbuah lagi la tu..alhamdulilah.minta2 dapat rasa kali ni.



ni pun pokok buah jambu.tak tau pulak pokok jambu apa.



batas yang arwah buat nak tanam pokok kacang bendi.
ada yang dah tanam dan berbuah tapi sebab lambat petik kot dia jadi keras.
lepas tu bapak dengan mak saya biar jadi kering nak buat benih.
tau tak 2,3 hari sebelum bapak saya jatuh dia dok berkebun kot belakang ni la dengan mak saya :)



dalam petak tu pokok pelam..pak saya baru tanam.



anak pokok pisang.



pokok pisang.banyak dah.bertahun2 dah pokok pisang arwah bapak saya tanam.
banyak kali dah dapat makan.



kuruih tinggi tu pokok buah betik.
dah ada satu yang masak.lepas ambil gambar ni lupa terus nak ambil.rezeki burung kot.
buah dia manis walaupun pokok kuruih kering haha.



pokok daun pandan.



ni ada lagi pokok daun pandan.



pokok limau purut.



buah limau purut :)



pokok daun kesum atau kami orang kedah panggil daun cenehom.



anak pokok belimbing buluh.



pokok nyok ni rendah ja tapi buah punya lebat.pak saya yang tanam.
ada lagi nih tapi kot belakang2 kalau tak salah.



pokok daun kari atau daun karapole KAHKAH..amboi nama dia.



ni hat daun haluih2 ni lah pokok karapole.



ni pokok dia lagi.tapi hat nih kecik sikit.



pokok lengkuas.



pokok buluh madu.ada rebung tau.arwah pak saya selalu ambil.buat masak,
bagi kat orang atau jual sebab ada gak yang nak beli.ada 3 pokok ni.
dua kat sini dan satu lagi kot bawah2 nun.saya tak pi pun kot bawah2 tu semua.



pokok kecik belah kiri tu pokok buah pelaga hat dok bubuh dalam masakan tu.
tu sebelah dia ada pokok nyok lagi.



buah nyok ni arwah pak kait sebab ada orang minta nak beli kalau tak salah.
ni hat lebih2 la nih.



pokok hiasan.



ni anak pokok rambutan yang tiba2 kering.kak saya cakap pak saya tersalah letak apa benda tah.
tu yang kering tu.sebenarnya dulu kat sini ada pokok rambutan yang besar.
buah dia memang ditunggu2 la setiap tahun.jiran2 pun tunggu sebab buah manis,isi tebal dan tanggal.
tapi 2,3 tahun lepas pokok tu tiba2 tumbang dan mati.
arwah pak saya try banyak kali dah nak tanam benih pokok yang sama tapi tak berjaya  :(



ni jiran saya tumpang tanam pokok tebu.
bapak saya kalau tanam apa2 kat belakang bukan sorang2,selalu jiran belakang a.k.a kawan dia
pun tolong.depa dua suka tanam2 nih.suka juga keletung keletang.
pernah tengok video mekap saya hat lama2? ada bunyi keletung keletang tu kerja jiran saya hat tu la tu.
rajin sungguh dia..kahkah.


ok tu saja.saja nak buat entry ni.
saya sayang mak bapak dan family saya.saya sayang bapak saya sangat2 sebab saya antara yang manja dengan dia sejak kecik lagi.pak saya selalu ikut kehendak saya terutama kalau teringin nak makan apa2.
selalu jenguk2 dalam bilik terutama waktu pagi,maghrib,dan tengah malam.turun pi toilet pun mesti mai check saya kat bilik nak tengok saya buat apa sebab saya ni berkurung ja dalam bilik dan susah lena malam.


kalau ibu bapa uolss masih ada,selalu2 lah habiskan masa dengan depa tau.
saya tak boleh kerja,saya sentiasa dengan mak bapak saya..jadi saya tau mak bapak ni macam mana.
depa sebenarnya selalu rindu dan harap anak2 balik habiskan masa dengan depa.
mak bapak saya kalau bunyi kereta laju2 pi tengok kot2 adik beradik saya balik atau mai.
walaupun hari dan waktu tu sepatutnya adik beradik saya kerja dan mustahil untuk balik.
saya dok dengan depa,saya faham sangat2 dah.hari2 sebut adik beradik saya hat tak tinggal sekali.
rindu la tu :)
hargai ibu bapa anda sementara masih ada,yang dah tiada kita sedekahkan doa banyak2 tau.


terima kasih pada jiran2,saudara mara,kawan2 dan sesiapa saja yang membantu
dan mendoakan arwah bapak saya dan kami sekeluarga.
hanya Allah yang dapat membalas jasa anda :')


tq.