full red lips.

Assalamualaikum.


terjumpa picture dalam memori card handphone lama.

muka seorang makcik membajet marilyn monroe tak jadi.

kahkah

hey ! kenapa mesti gelak padahal ianya langsung tidak melawakkan???



baiklah..baiklah..

sebenarnya saya terjumpa gambar saya sedang bermain-main dengan lipliner dan lipstick merah ang2.

motif tak dapat dikenalpasti.

saya sedang bosan agaknya pada waktu tu?

atau sedang cuba membuat bibir full merah ang2 seperti marilyn monroe disebabkan bibir saya asalnya senipis kulit bawang merah?

pendek kata sedang cuba membuat bibir seksi?.pendek yang kata..panjang tak kata.

mungkin jugak lah T___________T




garis guna lipliner lebih sikit dari garisan asal.kaler sikit kat tepi2 dan dalam bibir.
kemudian sapu lipstick merah ang2.guna foundation dan berus untuk mengemaskan garisan tepi bibir.



tamat.


like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage

like fanpage mekap dan tudung di:
http://www.facebook.com/fabulousiti



klik iklan nuffnang saya.
tq.

hadiah impian.

Assalamualaikum.


sejak di dalam perut emak lagi saya memang sudah ada tabiat yang satu ini iaitu SHOPPING ketika stress !

baiklah,macam tak logik jeee saya nak menipu kauorang macam ini..

sehari dua ni secara tiba2 saya sangat teringin nak pergi shopping.stress ke makcik?

saya sangat teringin dengan benda2 takde pekdah ni.

teringin mendapat sebagai hadiah pula tu.apa ni? apa ni? ini bukan pesta hari jadi saya pun !

takpe,saja teringin hadiah.lagi indah kalau ianya hadiah secara SUPRISE !!!!!!!!!

ok cukup ! tak perlu over mentulis dengan sebesar itu.rasanya ianya akan berlaku di dalam mimpi sahaja nangesss

saya telah mensiapkan list barangan keinginan saya.

minta maap la bahasa saya tunggang langgang tak seindah rupah saya.
*mak cik tumpang lalu..ehem2.

sudah lah,bila stress memang perlu menjadi kurang waras ke?


JAM TANGAN.
saya mahu ini ! fulamakkk style habesss lah.tapi adakah ianya available di dalam negara kita? saya main hentam google saja.lepas tu tak pasti pulak tu ini jahanam jam lelaki ke perempuan? tapi tak apalah.kalau ianya jam lelaki pun hade haku kesah???? kahkahkah...OK TAK LAWAK POONNN.

tapi pelisss saya sangat suka yang ini !!!!!!!!! 


yang ini pun cun juga.pakcik bonia ni saje je nak kasi i pening2 nak pilih tauuuu...(bajet uwang berkepuk).


ini pun cun.cun macam rozita che wan.ada kena mengena ke?


baby G ! amboi menggodanya.macam tau2 je iolss suka semua benda yang kaler putisss.saya ada satu jam baby G.tahan bertahun2 dan takde napsu nak tukar baru sebab giler punye mahal waktu beli tu.sampai sekarang ada lagi tapi saya tak pakai dah sebab warna putih dia dah tak dapat dikenalpasti itu putih ke hijau? ke kelabu asap? itu padahnya bila pakai jam kaler putih2 melati merah2 delima.


saya rasa jam macam ni paling sesuai untuk saya.sebab apa? 3in1.malas pandang dot2 tersebut terus je tengok kat situ tulis hari apa,pukul berapa..KAHKAHKAH..sesuai..sangat sesuai untuk si pemalas macam saya ini.


HIGHT HEEL.


saya tak mampu ingat last time mempakai kasut tumit tinggi.sebenarnya pada zaman dahulu..ok2.kalau nak imbas kembali pun tak perlu la menggunapakai ayat dari buku sejarah T_________T
ok sambung..! zaman kuat2 dulu saya sangat suka pakai heel sebab bila pakai tu outamatik body saya jadi tegak dan berjalan macam yakin sokmo je kan.cun habis lah..bajet model la hoi! kahkah.
tapi sejak menjadi tidak sihat dalam 3,4 tahun ini saya dah lupakan terus heel,haal,hool atau yang sewaktu dengannya.flat shoes saja kemana2 pun.secara tiba2 saya termimpi2 nak beli dan pakai heel semula.
tolong lah..saya sangat teringin..


lip lap macam ini pun saya tak kisah.mana2 pun boleh...muahaha.ayat macam ade je orang nak tolong belikan.kalau ada siapa2 terbaik hati mahu hadiahkan heel buat saya..saya mempakai kasut bersaiz 5 untuk saiz malaysia,35 untuk uk..tak malu sungguh cik puan datin markonah ini


macam ini pun saya teringin juga.ini teringin,itu teringin,nak kena piat telinga gamaknya tuan blog ni?


RANTAI.

saya teringin nak pakai rantai leher.yang kecil,pendek dan simple macam ini.
tapi.....
tapi.....
tapi.....
ini adalah berjenama CARTIER !
motif sangat caps lock dan bersaiz besar gedabak begini bukan?
tak mampu..tak mampu..tak mampu..tak mampu...tak mampu...(terus bertukar menjadi kecil).
tak mampu walaupun hanya di dalam mimpi..nak muncul dalam mimpi pun tak mampu..
motif mengulang ayat yang lebih kurang sama?

baiklah..saya hanya tunjuk contoh rantai yang saya teringin.takde keinginan pun dengan jenama tersebut.
saya bukan lah seorang yang gila barangan mahal nak mamp** macam itu.
macam ini sejuk hati mak iolss mengandungkan iolsss..kahkah.


cun gila loket macam ini ! tapi kecik2 sudah lah.jangan nak over sangat eh.leher macam lidi tak mampu tampung rantai besar2 dan berat2.kecil2 sudah lah.kalau rantai emas lebih bagus boleh jadi pelaburan tapi kecik2 cili padi nak jadi pelaburan apa? muahaha.alang2 menseluk pekasam biar beli yang besar2.itu baru namanya pelaburan..ewaaahhh..lagi sejuk hati mak iolsss mendengar emas.emas besar pulak tu.. emas..emas...emas....kahkah..ampun mak..ampun.


p/s: saya ada lagi 2 keinginan.tapi biarlah diam2.usaha,doa dan tawakal insyaallah ada rezeki.


membuat list sebegini seolah2 mencarik pasal dengan diri sendiri.
hati saya telah tercarik..???  SAYA SANGAT TERINGIN !!!!!



annyeong (maksudnya bai bai)
baru belajar menonton drama korea sudah gedik begini dan membuat pandai.





baibai.


like fanpage saya:


klik iklan nuffnang saya.
tq.







takde apa.

Assalamualaikum.


saya update blog..

tapi takde yang menarik hati pun..

tapi saya nak update jugak..

pasal apa?

pasal ini blog saya..KAHKAHKAHKAHAKAH uhukksss!


kenapa posing macam ni? tak menarik pun.
posing depan kereta orang pulak kan..lagi tak menarik puunn..
pakai kasut semacam itu..tak menarik puunnnn...
baiklah...sebenarnya pakai kasut tu untuk mengurangkan rasa bersalah sebab beli tak pakai2.
pun tetap tak menarik puuunnn T____________T


nampak tak kat belakang tu hujan sangat lebat sampai semua nampak putih2 saja?
ada angin kuat jugak.tak paham lah kenapa ambil gambar macam ni?


sebab hujan sangat kencang(T__T),jadi masuk ke dalam landmark dan beli aiskrim.
indah kan makan aiskrim sewaktu hujan?


saja nak cakap saya suka betul aiskrim coklat dari daily fresh.rasa coklat dia sedap !


tak berseri lah entry kalau tak ada muka dia ini.
kasi can lah uolsss...



nampak tak entry ni langsung tak ada isi penting? isi tak penting tak ada juga.

baibai saja lah.



like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang saya.
tq.



product review: monopod dan shutter untuk selfie.

Assalamualaikum.



situsinisanasinun orang dok kecoh pasal monopod.walaupun mungkin mak cik..errr..maksud saya puan,cik kak,cik adik yang sedang terpampang menghadap belog saya ini dah tahu menahu pasal monopod dan sewaktu dengannya,saya selaku ketua gajah darjah yang jakun toksah citer ni,nak jugak kecoh2 review pasal  monopod dan satu lagi yang nama dia shutter tu.tapi saya tak beli dua2 ni sekali.monopod beli kat orang lain,shutter beli kat orang lain.uolss boleh cari kat instagram ramai yang jual.



MONOPOD:
produk:
hand held monopod.

harga:
RM50 termasuk pos.


tempat beli:
online
*MOHON JANGAN TANYA SAYA BELI DI MANA.
BOLEH SEARCH DI INSTAGRAM GUNA TAG MONOPOD,RAMAI YANG JUAL.


ni lah rupa monopod yang dipukul canang orang ramai tu termasuk la tuan belog ni T_______T
plastik kecik tu kena sambung kat kepala rod(batang) monopod ni.tak tau lah orang panggil dia apa.grip kot? kot la kan.



kiri:
dah siap sambung grip tu kat kepala rod monopod.ni lah rupa dia.

tengah:
rod ni kita boleh tarik bagi panjang atau pendek.

kanan:
no.1) bahagian ni macam skru.untuk ketatkan grip ke kepala rod.
no.2) ball head.boleh adjust untuk ambil gambar di mana2 sudut.nak bagi hp/kamera kita tu tunduk ke,hala ke atas ke,bawah ke,adjust saja kat sini.



grip ni boleh tarik.dia untuk cengkam hp/kamera kita supaya ketat dan tak jatuh.
sebab dia boleh tarik,so hp saiz besar macam note pun boleh.kamera compact pun boleh.dalam pic ni saya tunjuk contoh guna hp samsung wonder saja,saiz sederhana saja kan.tapi realitinya saya guna note2 hat boleh tahan besar gedabak saiz dia ! tu pun muat... (-.-")



rod monopod ni boleh tarik bagi panjang.panjang rod warna silver tu saja 72cm.
maksimum panjang rod termasuk handle hitam tu dengan grip 101cm.
memang panjang.tarik je rod bagi panjang supaya senang ambil gambar ramai2 bagi semua orang masuk dalam gambar.senang nak ambil gambar full kita sendiri,nak bagi nampak pemandangan di belakang kita dan lain2.tapi tangan saya tak stabil.pakai pulak hp besar dan berat macam note2,memang parkinson tangan menahan berat T__________T



supaya stabil,tarik rod pendek2 sudah,asalkan dapat ambil gambar full jugak kan.dalam gambar ni saya macam salah letak ja kamera tu kan? memang salah pooonnnnn...grip tu orang letak  tegak,ni saya pusing kat tepi macam tu.tapi pelissss....ini monopod saya,kamera saya,malahan blog saya juga,sukahati la nak buat macam mana pun kan..kahkah..emo pulak tuan blog ni.kalau guna monopod je macam ni kena ambil gambar guna self timer.tapi yang kurang best bila self timer macam leceh gak.kena set dulu.kalau gambar tu tak menjadi kena ulang set setiap kali nak ambil gambar.100 keping? 100 kali la kau kena ulang set.lepas tu self timer selalu blur.tak sharp.eh tolong lah apa ke cerewetnya tuan blog ni? nak ambil gambar je pun :'D


SHUTTER FOR ANDROID
produk:
shutter(ada 2 jenis,untuk iphone dan android)

harga: 
RM30.saya beli waktu promosi birthday anak owner,
so dapat harga rm28.50 tak termasuk pos.

tempat beli:
online.
MOHON JANGAN TANYA SAYA BELI DI MANA.
BOLEH SEARCH DI INSTAGRAM GUNA TAG MONOPOD,RAMAI YANG JUAL.


ni lah rupa shutter tu.macam wire je kan.yang petak warna hitam tu untuk tekan waktu nak ambil gambar.
sebenarnya dah lama cari shutter ni,last2 ternampak kak zana adieyza post pasal ni kat ig.terus lah tanya beli kat mana.berdesup iolsss pun order jugak.



tapi jangan konpius2 macam saya tau.punya la heran awat pi tekan hat hitam tu tapi dia tak tangkap gambar pun.dia dok zoom ja.rupanya saya sendiri yang setting tak betoi.so pi kat kamera,pilih 'use the volume key as'(rupanya ni untuk butang tengah yang kita tekan kalau nak ambil gambar tu) dia akan keluar popup macam gambar belah kanan.pilih la 'the camera key'.lepas tu bila tekan shutter hat butang warna hitam tu baru lah dia boleh tangkap gambar T__________T



ha sambung dia macam ni.



kalau guna monopd dan sambung shutter ambil gambar camni.senang sikit sebab shutter ni bila kita tekan dia akan fokus sama macam kita tekan butang tengah tu.gambar jadi lebih clear.
maaf lah,kedudukan grip dan hp dah betul tapi tegak pulak rod dia..hentam saja la.janji senang nak selfie.

p/s: perasan tak macam ada dua orang 'model' yang berlainan dalam entry ni? hoiii ! dua2 pun saya lah tapi nak buat camna,kena taruk mekap baru boleh nampak cun sikit.kalau takde mekap jadi macam gambar atas ni lah.macam makcik2 je kan(walau hakikatnya memang dah makcik2 pun...tuan bangka tak sedar diri dah).



gambar ni selfie guna monopod.dapat jugak ambil gambar sediri bagi nampak full tudung.saya ni meniaga tudung..selalu nak keluar stock baru kena ambil gambar sendiri sebab tak ada orang untuk tolong ambil.jual pulak tudung saiz besar2 dan labuh.jenuh setiap kali ambil sendiri.mesti nampak sekerat2.tak boleh full.tapi lepas ada monopod dan shutter ni senang betul kerja.dah boleh ambil tudung bagi nampak full.yeaappiiii !


p/s: saya sedang sakit gigi.tolong la sapa2 jangan mencarik pasal dengan saya,nanti saya tampar kamu kuat2 ! kahkahkah..eh tak..tak..saya cuma bergurau saja.
hebatnya penangan sakit gigi..


baiklah..ianya sangat sakit..dan saya menjadi tidak ketahuan hala...


baibai saja la.


update 18.3.14: gigi saya dah kurang sakit..alhamdulilah.nanti nak cabut..HAHAHAHA ngeri T___T


like fanpage saya:


klik iklan nuffnang saya.
tq.