tangkap gambar.

Assalamualaikum.


1.9.13 saya yang cantik menawan telah bertukar menjadi si gadis yang berkaler merah untuk sesi tangkap gambar berukuran ic bagi satu urusan.


kahkah..macam klasik gile sebut TANGKAP GAMBAR kan?
ke saya sorang je yang rasa ianya klasik? ye laaa..ye laa..saya ini memang jakuness orangnya.benda2 macam ini pun haku sibuk nak rasa ianya klasik fm T___________T


piiiwwiitttt ! merah betul saya pada hari tersebut.terpengaruh punye pasal.orang cakap kalau tangkap gambar pakai merah kita akan nampak lawo giler dalam gambar.sepatutnya saya tak terpengaruh la sebab tak pakai merah2 pun saya sudah kelihatan gojes di dalam gambar,di luar gambar dan tanpa gambar pun.
.
.
.
baiklah...sila muntah sekarang..


selepas sesi tangkap menangkap gambar selesai,saya pergi giant untuk beli stock makanan.
ini bukan stock makanan seisi rumahtangga,tapi ini stock makanan untuk saya sahaja.
kalau uolss nak tahu..atau taknak tahu pun tak mengapelah,saya sebenarnya kerap makan.makan sikit2 tetapi kerap.sebab itu la stock makanan sebanyak 3439543p3932 kilo tan amat diperlukan sepanjang masa T_________________________T


gambar kanan adalah hasil terbaru...
gambar kiri adalah hasil pada 7,8 tahun yang lepas.amboi,mentang2 lah ianya gambar lama,muke iolsss terus menjadi comot2 macam kasihan sangat je haku tengok.
dulu pipi bersemangat wajah.sekarang hanya mampu bersemangat waja kat dalam hati jeee.


sebelum masuk giant tu termasuk dulu kat satu kedai hadiah ni.konon2 nak cari facemask(tutup hidung tu) bercorak kartun2 yang adik saya cakap ada jual kat situ.sekali bukan facemask daaa...itu penutup mata yang pakai untuk tido tu.cessss ! bikin malu saja.tapi sebab ianya comel jadi saya telah terbeli jugak T_____T
yang mengharukan tu lepas beli penutup mata cik kitty dan bayar saya ronda2 dalam kedai.ternampak pulak botol air masak bear yang comel tu.beli dan bayar.lepas tu ronda lagi dan terjumpa pula sikat comel dan lens case comel.terbeli lagi.lepas tu jumpa macam2 benda comel.nasib lah mahal dan tak berbaloi.kalau tidak hampir kesemua barang kat dalam kedai tu saya beli.si tukang teman sampai dah tarik2 tangan suruh stop.nasib baik tak kena tarik telinge tau. 


waktu nak keluar tu saya terbeli lagi.kali ni jam tangan yang nampak lawa ni.murahan saje pun.
tapi hampas lah.baru pakai sekejap bateri dia habis.beza sungguh dengan jam mahal2.
habis tu ingat jam mahal2 tak habis bateri ke? kataku di dalam hati.tapi maaf lah.dari pemahaman dan pengalaman pakai jam murah yang dah beribu kali vs pakai jam mahal memang jam mahal beteri lagi tahan lama lah.so sila bersurai..jangan nak hentam saya pulak..KAHKAH.



baiklah.entry telah tamat.


like fanpage:


klik iklan nuffnang saya.
tq.

product review: smitten lip scrub dan iris whitening mineral salt body scrub.

Assalamualaikum.


kali ni nak kecoh sikit pasal scrub.bukan scrub body je,scrub bibir sekali cek kiah oiiii..
saya memang begini orangnya.semua segi haku sibuk2 nak jaga..tapi kasihan benar dengan diri sendiri ni,
jaga itu,jaga ini,tetapi rupa tetap tak semenggah mana..kahkahkahakah..!
tak mengapalah..mungkin di hari tua nanti saya tak kelihatan tua sangat malah lebih gojes dari che ta mungkin? mungkin ya sebab bila kita jaga semua benda insyaallah hasilnya lebih baik berbanding kalau tak jaga langsung.kesan jangka panjang tu yang penting.ewaahh kau.


p/s: sikit2 sebut che ta..che ta..che ta..bukan pasal benci dia derr...pasal iolss adalah peminat beliau yang nombor satu kot ! muahaha..suke benar dengan che ta tu.jadi sila maafkan dahku T__________T


baiklah,mari ke tujuan asal kita ye cik puan sekelian.


LIP SCRUB

produk:
smitten lip scrub(perisa blueberry).

harga:
RM8 tidak termasuk pos.

boleh dibeli di:

cara order:
whatsapp: 011-10758491


fungsi smitten lip scrub:
- menanggalkan sel kulit mati di bibir.
- menghaluskan kulit di sekitar bibir.
- membuatkan pemakaian lipstick lebih smooth.
- menghasilkan bibir yang lebih munggil.
- menjadikan bibir lebih lembab dan lembut.
- boleh dijilat.


hasil penggunaan saya:
- bau wangi dan rasa blueberry yang sedap !
- kata pengeluar boleh dijilat,maknanya produk ni selamat dan tak bahaya kalau tertelan.
cuma kalau boleh elakkan la kot? tapi saya pun tertelan jugak muahaha..
- kulit kering/menggelupas tu tertanggal tapi kena scrub betul2  lah.
- lepas scrub bibir jadi lembut.
- kulit bibir jadi lebih elok.
- lip balm,lipstick dan lip gloss jadi senang sangat nak apply kat bibir ni.
- lembapan dari lip balm jadi lebih berkesan lepas scrub bibir guna ni.warna bibir pun nampak cerah sikit.
- keseluruhannya saya suka sangat lip scrub ni.kena try tau.memang best ! tambah2 kalau lepas guna tu kita pakai lip balm ka,lipstick ka,lip gloss ka.senang apply dan bibir nampak cantik sangat.


packaging smitten lip scrub perisa blueberry.
bekas dia kecil molek je haaa.memang cute.selain perisa bluberry,ada jugak perisa strawberry,mango,apple,honeydew,cappuccino,chocolate,pineapple,sunkist dan buttermilk.
kalau nak tau perisa apa yang available boleh tanya kak fara riza ok?


tekstur produk macam ni.macam gula tapi comel sangat weh sebab warna dia biru muda haha.
warna lain pun ada ikut perisa lah.


cara nak guna:
1) ambil sedikit lip scrub dan sapu di bibir.
2) gosok dalam gerakan membulat(circle motion).pastikan kulit yang menggelupas tertanggal.
3) lap bibir.
tapi saya ada cara sendiri guna lip scrub ni.cara saya,sapu lip scrub di bibir,biar selama beberapa minit
lepas tu gosok lembut sampai kulit kering dan menggelupas tu tertanggal.last sekali cuci dengan air sebab saya tak selesa kalau tak cuci dengan air.rasa produk tu asyik nak telan je sebab sedap ! hahaha.
baik saya cuci cepat2 guna air.mana2 cara pun boleh tapi mungkin ikut cara pengeluar lagi bagus kot.


gambar kiri tu sebelum guna lip scrub.ada kuping2 kulit kering dan menggelupas.gambar kanan pulak selepas dah guna lip scrub ni.habis ja cuci bibir,pakai lah lip balm yang sesuai.memang bibir terasa lain.bibir jadi lagi lembab,lembut dan lip balm pun senang nak apply dan lagi berkesan melembabkan bibir berbanding kalau tak scrub dulu.


bagus scrub bibir ni.kulit2 kering tertanggal.bila kulit bibir dah elok,senang nak apply lip balm,lipstick dan lip gloss.warna melekat dan jadi rata di bibir.lembapan lip balm pun jadi lebih berkesan dan bibir nampak sihat,cerah dan cantik.kalau tak scrub,bibir kita ada kulit kering dan nampak gelap.bila pakai lip balm,lipstick dan lip gloss..warna jadi tak rata.tak melekat dan nampak tak cantik.jadi,silalah try smitten lip scrub ni.


BODY SCRUB

produk:
iris whitening mineral salt body scrub.

harga:
RM18 tidak termasuk pos.

boleh dibeli di:

cara order:
whatsapp: 011-10758491


fungsi iris whitening mineral salt body scrub:
- melembutkan kulit serta merta.
- melembabkan kulit.
- boleh dipakai setiap hari.
- boleh menggantikan sabun.
- badan menjadi segar.
- bau wangi dan tahan lama.
- bau yang mild.
- mencerahkan kulit.
- menanggalkan daki dan hitam di celah2.
- diperbuat daripada garam mineral asli.

hasil penggunaan saya:
- daki,kulit kering,kulit kasar dan gelap2 hilang.kulit jadi bersih.
- sebab saya guna scrub ni dengan berus badan,jadi lepas tu body rasa macam kena massage.sangat relaks,'sedap' dan selesa.macam baru lepas pergi spa je..haha.
- bau wangi ! macam buah-buahan campuran.fresh dan relaks je bau,tak kuat sangat dan tak pening kepala.
- kulit jadi lembut sangat2 ! efek lembut tu memang tahan lama.yang bab lembut ni memang terbaik !
saya scrub guna ni dan lepas mandi saya tak pakai krim badan pun kulit saya lembut sangat2 dan tak kering.bukan sekejap tapi lama tau efek lembut dan tak kering tu.best sentuh kulit sendiri.
- guna produk ni tak payah guna sabun dah.lepas scrub tu cuci degan air dia akan berbuih macam sabun.
bau pun dah wangi kan.sekali harung saja.2 in 1.scrub dan sabun.jimat masa dan jimat tenaga.
- boleh guna hari2.tapi saya guna selang sehari atau 2  hari sekali.tak mau bagi timbul daki..hehe.sekali dah timbul daki memang hitam dan kasar lah kulit.susah dah nak tonyoh bagi hilang.baik cegah siap2.
- percaya tak saya suka sangat kesan dia sampaikan sekali guna tu hampir suku botol saya pakai?!
cepat lah habis nanti T___________T tapi takpa.produk bagus,beli selalu pun tak rasa rugi.
- kulit nampak cerah sikit.mungkin sebab daki dan kulit kering dah tertanggal kan.
lagipun produk ni tak mengeringkan kulit,jadi kulit tak nampak gelap lah
(kulit kering ialah salah satu punca kulit kita nampak gelap).
- keseluruhannya saya memang suka sangat2 produk ni.ini antara THE BEST PRODUCT yang saya pernah guna.saya suggest sangat2 anda cuba.paling best efek kulit lembut tu.tak boleh lawan scrub lain yang saya pernah cuba setakat ni.CUBA TAU ! tak tipu ni.


packaging produk.350gm.produk banyak tapi bekas dia sedang2 dan comel je.
ada lapisan penutup untuk keselamatan dan kebersihan produk.


tekstur dia garam mineral lah.kasar2 sikit.warna ungu dan wangi sangat2.


macam biasa,sapu dan gosok di badan waktu mandi.tapi jangan guna kalau kulit ada luka.nama pun garam,takut pedih la kan.cara saya guna,sapu di seluruh badan dan gosok guna berus badan.berus badan tau bukan jala atau sponge mandian.time gosok tu pergghhh ! efek dia kalau tak biasa memang merah dan pedih sikit sebab produk kasar sikit tambah gosok dengan berus pulak kan.tapi saya dah biasa buat.memang best sangat2.daki2,kulit kasar,kulit kering dan gelap2 memang hilang habis.lepas tu cuci badan dengan air bersih sambil gosok lagi untuk hilangkan kesan lekit pulak sebab scrub ni kena air dia jadi berbuih macam sabun.kalau guna ni saya memang tak pakai sabun lain dah.guna ni saja.bau pun wangi.


sila cuba.semua ni memang saya pakai tau.
untuk sebarang pertanyaan dan pembelian,boleh terus contact kak fara riza yang jual ni k.
saya hanyalah pengguna,bukan penjual.scroll ke atas untuk link dan maklumat penjual.


like fanpage saya:


klik iklan nuffnang saya.
tq.

tutorial mekap: pink and soft purple makeup tutorial.

Assalamualaikum.


sudah lama tidak membuat tuto mekap yang baru.
ingatkan sudah tidak masyur lagi,rupanya masih ramai yag tertunggu-tunggu tuto mekap dari diriku ini..
kerana diriku begitu berharga ke?...SILA MUNTAH SEKARANG !


- saya bukan beauty guru,makeup guru mahupun mahaguru.saya membuat tuto bila berasa bosan.
jadi SILA JANGAN BOSAN menatap menonton tuto saya yang tah hape2.
- kening tak kemas,mekap tak kemas.kenapa ni? kenapa ni? sebab memang tabiat saya mekap muka sendiri ikut suka hati haku je.saya pasti anda semua boleh buat lagi lawa dari saya.
- saya buat teknik simple2 saja sebab saya hanya nak bagi idea atau hiburkan diri sendiri dengan buat tuto ni.saya bukan beauty guru ! motif ulang benda yang sama 2,3 kali? T_________T
- video ada part2 yang tak clear sangat sebab susah nak set fokus bila record diri sendiri.
lepas ni saya akan pastikan video clear untuk semua part.
-saya edit video ini dari malam sampai pagi.jangan hairan kalau captions semua merapu.
- kamera problem,sat2 dia stop sendiri.so,maaf lah kalau ada part2 yang habis secara tiba2.
- sudah lah..mari menonton saja lahhhh..



pilih HD atau paling kurang pun 480p supaya video lebih clear.


siap.



gabungan warna yang sweet(ke saya sorang je rasa ianya sweet? nangess)


kelopak mata saya yang sangat pelik.tenggelam tak tenggelam,timbul tak timbul T____T
kalau uolss buat mesti jadi lagi lawa dari saya.



cewi sikit untuk gambar terakhir.
selamat mencuba.tunggu tuto mekap saya yang lain pula.insyaallah tak lama lagi saya buat yang baru ok?


like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang.
tq.

product review: mistine egg white peel of mask.

Assalamualaikum.


acara yang paling eksaited bagi gadis2 pertengahan 20-an seperti saya ialah mempakai masker.
eksaited sebab bajet muka boleh awekss mude la kan lepas tu..muahaha..nampak sangat iolss takut kerepot.
kite belum kawen nyaahh...mesti nak jaga kulit elok2.yang lepas kawen lagi la kena jaga.
amboi nyaahhh...entry pasal masker tetibe bertukar ke entry kawen2 ni dah kenapa? kahkah.


mesti semua  pun dah terer kalau sebut putih telur dipakai sebagai masker.naahhhh..! sekarang ni takyah susah2 guna telur yang hanyir tu dah.sekarang dah ada masker putih telur yang wangi,berkesan dan best!


produk:
mistine egg white peel off mask.

harga:
RM19.00 tak  termasuk pos.

boleh dibeli di:

cara order:
pm inbox naaila beauty atau
contact 012-4915583(yatie).


kebaikan mistine egg mask:
- menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan.
- menganjalkan serta melicinkan kulit.
- membantu menghilangkan blackhead dan whitehead.
- memudarkan parut2 halus.
- mengecilkan pori2 muka.
- mengecutkan jerawat.
- mengatasi kesan sunburn pada wajah.
- menyejukkkan dan menenangkan kulit yang stress.
- mengurangkan masalah kulit berminyak.
- membantu mencerahkan kulit.
- sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan oleh wanita mahupun lelaki.

review saya:
- bau wangi.tak hanyir macam putih telur asli yang kita selalu guna tu.
- mudah sebab boleh guna mask petua tradisional dengan cara moden.picit dan terus pakai.
- cepat kering.
- kulit rasa sejuk,segar dan selesa waktu pakai.
- hasil selepas pemakaian,kulit rasa tegang.maksudnya tegang yang positif la.takde la kulit kendur2 stress2 semua tu kan.
- kulit lembut.
- kulit tak berminyak.
- rasa segar.
- tanggalkan kotoran halus/simple dari liang pori sebab ni jenis peel off kan.
- tak naik jerawat.kadang2 lepas pakai mask,kulit saya akan naik jerawat.naik terus tak tunggu2 dah.
tapi lepas guna produk ni jerawat tak naik pun.maknanya sangat bagus dan sesuai dengan kulit saya.
- lepas tanggalkan masker ni dan pakai pelembab,tekstur kulit jadi elok.licin dan lembut.
- keseluruhannya saya suka masker ni.paling suka sebab sesuai dan tak naik jerawat.kulit pun jadi elok.
suka betul efek dia sampai rasa nak pakai hari2.kakak saya pun tumpang pakai sekali haha.
saya rekemen kat anda untuk try jugak k?




packaging produk.senang packaging jenis picit ni.
kebersihan terjamin.



produknya jernih tapi ada macam glitter2 sikit.pekat dan kena sapu cepat2 kat muka,kalau tak..dia melekit kat jari pulak haha.tapi tekstur dia senang nak apply kat muka.




dah apply masker,tunggu kering.jangan hairan muka saya flawless tak pasal2,depan saya ada lighting kuasa kuda ku lari gagah berani
T_________T


p/s : untuk semua,please jangan guna gambar saya untuk onlineshop anda atau apa2 sahaja tanpa kebenaran.
saya agak bosan dengan orang yang ambil gambar saya tanpa kebenaran.saya serahkan pada Allah saja.
kena usaha untuk cari makan.jangan buat kerja mudah dengan curi gambar orang.lepas tu tersebar.
usaha sikit ye untuk ambil gambar sendiri walaupun produk yang dijual adalah sama macam yang saya review.pleaseee usaha.semua nak rezeki yang berkat kan?




masker ni jernih.bila pakai glowing habis muka saya..tu yang cewi ambil gambar banyak2.
syok sendiri la deyyy tengok muka glowing2..muahaha.





bila dah kering dia jadi tegang sampai tak mampu nak tersengih macam kerang busuk..kasihaannn..
suka giler muka nampak tegang macam ni.kan best kalau betul2 glowing dan tegang lagu ni.tapi bila tak boleh senyum tu takpelah..terima kasih je la.saya pilih untuk senyum no.1 hahaha.

eh jap.. ape budak ni buat pakai masker sambil pakai contact lens? uolss sila jangan tiru.
macam tak hygiene je pakai lens sambil buat rawatan muka,tapi sebab tuan blog cewi,maka aksi2 beliau terpaksa diabaikan hehe :p




bila dah kering tarik perlahan-lahan bermula dari bahagian bawah muka.pergh ! dia punya efek tarik2 ni boleh meleleh air mata tapi tu yang syok tu.rasa macam kotoran dah tertarik sekali.
berbaloi tahan sakit ni dengan hasilnya nanti.




taaaddaaaa ! muka tetap muka zoey zau yah.takde tukar2 muka jadi tokti ke,che ta ke.
tapi hasilnya best dan puas hati.pakai masker ni memang lah kita rasa macam efek dia kejap je tapi sebenarnya bagus biasakan diri merawat muka kita.untuk jangka masa panjang hasilnya memang bagus dan nampak muda berbanding kalau kita tak rawat langsung.sila jaga kulit anda sekarang !
marah nih..marah nih..!



sebarang pertanyaan dan pembelian sila rujuk apa yang saya tulis kat atas sekali.
saya hanya pengguna,bukan penjual ye.


like page saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang.
tq.

PROMOSI BAWAL CHIFFON 2IN1 RM34 SEMUA BIDANG !

Assalamualaikum.


fabulousiti beauty & closet tengah buat promosi tudung bawal chiffon 2in1.
boleh pakai cara tudung bawal biasa atau cara selendang.


BAWAL CHIFFON 2IN1 SEMUA JENIS BIDANG SEHELAI RM34 SAHAJA !


material:
chiffon berkualiti yang selesa,senang bentuk,tak jarang,tak licin dan tak nipis.


bentuk:
bulat atau segi(boleh pilih)

bidang:
50,55 dan 58(boleh pilih).

harga:
RM34 untuk semua bidang.
*harga belum campur pos.


maklumat lanjut boleh tengok di sini:


pertanyaan dan order:
sms/whatsapp 012-4141421.


cara order:
sms atau whatsapp 012-4141421.
bagi details ini:
nama
no.tel
alamat
bentuk(bulat atau segi)
bidang(50,55 atau 58)
kod warna(rujuk gambar 'kod warna' 
kuantiti
*SERIOUS BUYER ONLY.


order dan payment:
17-19 april 2014.

proses tudung:
20-22 april 2014.

pos:
23 april 2014.

dalam gambar ni nampak macam labuh sangat kan? sebab saya pakai yang bidang besar.
kalau anda jenis tak pakai tudung labuh2,saya cadangkan anda pakai bidang 50.saiz tu sesuai untuk semua dan senang pakai.senang nak stylekan dan senang nak tutup dada.
dulu 1st batch kami buat besar sangat kan? tapi sekarang kami dah baiki design,kualiti dan saiz.insyaallah saiz ok.

contoh bawal segi.tapi saya pakai bagi jadi bentuk bulat kat depan.
boleh je buat macam2 style.orang kata susah nak pakai tudung labuh2 dan besar,tapi saya rasa paling senang sebab pusing macam mana pun boleh.buat macam2 gaya pun boleh.tutup dada,nak labuh,nak sedang2 pun boleh adjust.kalau bidang kecik susah nak pusing2,susah nak tutup dada,tak boleh adjust nak labuh takat mana.jadi sila la cuba pakai tudung besar2 ni.cantik tau.

contoh bawal bulat.bentuk yang paling mendapat sambutan dan paling glamer sekarang ni.
dulu mula2 keluar kami buat bentuk betul2 bulat.tapi kami perbaiki design supaya lebih senang bentuk dan jadi muncung.kami sendiri pakai,jadi kami rasa sendiri dan tau apa yang perlu diubah dan macam mana nak bagi rasa selesa dan senang bentuk.

pilihan warna.

warna baru.saya nak sangat2 anda try warna2 baru ni sebab bila tengok kat luar memang cantik tau.



jom order ramai2 sebab order kali ni buka sat saja.harga promosi pulak tu.
maklumat lanjut sila scroll ke atas semula.



like page saya di:


klik iklan nuffnang.
tq.

product review: total image smelly-no-more berkesan hilangkan bau badan !

Assalamualaikum.


ADAKAH ANDA BERBAU BUSUK?
amboi..ini soalan meminta penampar.tapi betul lah saya sedang bertanya soalan ini kepada kamu semua.kalau2 ada yang berbau busuk lepas tu try macam2 produk pun tak berkesan,haaa....meh sini meh cik puan datin markonah nak share satu produk yang berkesan.


 2,3 minggu lepas saya cuba pakai satu produk ni.sebab tu saya nak share dengan anda.mana la tau kalau ada yang alami masalah bau busuk ni jugak.boleh la try kan.


produk:
total image smelly-no-more natural crystal roll on deodorant stick.

harga:
RM16.90 untuk 60gm dan RM24.90 untuk 120gm.

boleh dibeli di:
watsons,guardian,caring,vitacare, dan semua farmasi utama seluruh malaysia.

saiz:
60gm untuk penggunaan selama 3 bulan dan pek 120gm untuk penggunaan selama 6 bulan.

maklumat lanjut:
facebook: facebook.com/Totalimagemalaysia
web: www.totalimage.com.my


bau badan yang busuk memang ngeri.orang boleh bercakap buruk pasal kita atau mengelakkan diri dari berkawan/duduk dekat dengan kita hanya disebabkan bau badan.selalunya kita tak akan sedar bau badan sendiri yang busuk sebab dah terbiasa dengan bau sendiri.kalau ada bau busuk jom lah rawat ! dan kalau rasa2 tak ada bau badan pun jom cegah sebab bau badan boleh muncul secara tiba2.


antara kawasan utama bau terjadinya bau:
-ketiak
-kaki.terutamanya kalau kita pakai stokin dan kasut yang tertutup.
-tapak kaki.
-leher.


punca utama bau badan:
bau badan berpunca dari gabungan peluh dan bakteria.peluh sebenarnya tak berbau dan proses ini berfungsi sebagai satu cara semula jadi badan untuk menyikirkan toksin.bakteria memecahkan peluh kepada asid lemak berbau.deodorant komersial di pasaran hanya menghentikan proses perpeluhan atau  menutup masalah busuk dengan bau(bau wangi deodarant tu).sebab tu tak deodorant biasa kurang berkesan mengatasi punca utama bau badan.


total image smelly-no-more:
- menghapuskan bau badan dengan efektif.
- diperbuat daripada garam mineral semulajadi.
- berfungsi 300% lebih berkesan berbanding deodorant komersial kerana menghalang pembiakan bakteria,iaitu punca utama bau badan.
- boleh digunakan oleh kanak-kanak dan dewasa yang ingin mencegah atau merawat bau badan.
- sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan atau kulit sensitif kerana tidak mempunyai bahan wangian dan alkohol.
- selamat digunkanan pada kulit kerana tidak mengandungi aluminium chlorohydrate yang bahaya.
- boleh digunakan pada kawasan yang bermasalah seperti di ketiak,leher,belakang lutut,tapak tangan,dan tapak kaki.
- produk ini disyorkan untuk individu yang kerap berpeluh atau mereka yang sering melakukan aktiviti berat seperti atlet sukan.
- tidak menggelapkan/menghitamkan kulit.


cara guna:
gunakan produk ini selepas mandi,basahkan permukaan produk/batu ini dan sapukan di bahagian yang memerlukan perlindungan seperti ketiak,leher,belakang lutut,tapak tangan dan tapak kaki.
disyorkan mengguna 1 pek untuk seorang individu untuk memastikan kebersihan produk.


hasil penggunaan saya:
- kali pertama pakai bau badan yang sangat2 busuk tu tak muncul dah ! hilang terus !
katanya untuk hasil maksima,guna setiap hari selama 30 hari,tapi sejak kali pertama pakai pun dah berkesan dah.
- dia macam batu dan tak ada kesan melekit macam deodorant biasa.
- setiap kali lepas mandi saya spray permukaan produk/batu ni dan sapu pada bahagian yang saya rasa akan berbau.kulit akan rasa air yang kita basahkan tu saja.lepas tu terus kering dan tak melekit.
- tak rasa macam pakai apa2 produk pun sebab lepas air yang kita basahkan tu kering,terus tak rasa macam guna apa2 produk.yang ni memang best ! rimas kan kalau guna deodorant biasa ada rasa lekit2 tu.
yang ni takde rasa rimas tu dah.
- walaupun dia crystal dan macam batu tapi tak berat.dia kecil dan senang nak bawa ke mana2.
- tak ada kesan kuning atau berwarna,jadi tak ada lah kesan warna kuning kat baju kita.
- saya rasa yakin yang produk ni selamat sebab jenama total image memang dah lama dan dipercayai.produk ni pula boleh digunakan oleh kanak2 jugak.so maknanya memang selamat lah.tak lah risau kalau2 ada kesan sampingan,produk beracun dan sebagainya.
- keseluruhannya saya sangat suka produk ni! sungguh saya tak tipu.saya cadangkan sangat2 untuk sesiapa yang ada bau badan busuk untuk cuba ni.kita kena rawat sebab bau badan memang akan efek pada kehidupan harian kita dan hubungan dengan orang sekeliling.saya dah alami,memang saya tau susah sangat nak hilangkan bau badan yang busuk.bukan bau biasa tapi bau yang sangat busuk! tapi macam ajaib betul bila guna produk total image smelly-no-more ni.please try jugak ok?



ini lah produk yang berkesan sangat2 tu.saya guna yang pek saiz 60gm.
bentuk macam deodarant biasa tapi ni bukan macam kebanyakan deodorant di pasaran.
yang ni sangat2 bagus dan berkesan.



pernah guna sekali sehari sebab pernah mandi sekali je dalam sehari..haha kantoi..tapi lepas 24 jam pun badan tak busuk macam dulu.biasakan diri lepas mandi pakai produk ni tau.sangat2 bagus.


ni rupa dia.crystal dan macam batu.tak ada bau dan tak ada warna.



memang smelly no more lah.tak ada dah bau busuk.
the best product ever ! dalam banyak2 produk saya pernah try dan review,yang ni memang puas hati sangat2.macam ajaib tau.kalau suruh bagi bintang,saya akan bagi 10/10 ! sila try ye.


like page saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang saya.
tq.



kain cotton vietnam untuk baju raya.

Assalamualaikum.


hai kawan2...cik puan datin markonah kini telah kembali !sila tepuk beramai-ramai.tepuk seorang-seorang pun takpe..dimaafkan sebab saya tak kisah punye worang(lingkup ayat dia ni).
sudah habis bertepuk kah? baiklah,mari ke tujuan asal entry kali ini.
.
.
.
.
tahun ini kita akan berpuasa pada bulan 6..tak lama dah tu.ohoiiii orang2 kampung...! cik kiah,cik senah,dah buat baju raya ke belom? amboi kepochinya saya sampai baju raye orang pun haku nak sibuk2 tanye..kahkah.ingat saje2 ke nak update entry ni? saya tunjuk baju raya saya pada tahun ini.sila jangan jeles.


produk:
kain cotton vietnam.
(100% cotton dan kualiti gred AA).

harga:
RM60 sehelai termasuk postage(murah giler weh)!

saiz:
bidang 60,3.5 meter.

COD:
RM55 sehelai(muar dan segamat sahaja).

pertanyaan dan order:-
whatsapp: 011-15721383

page dan instagram:-


ini lah baju raya saya pada tahun ini.sebab saya orangnya over,jadi tiap kali raya nak baju liplap2 kalah che ta.tapi sekejap je kot haku cewi.mesti rasa tak selesa.baju dari kain cotton jugak mesti dicari.dah la selesa,nampak ala2 gadis kampung ayu sopan santun.."makcik tumpang lalu" kahkah.
sungguh tak tipu la memang selesa kain cotton.yang paling best kain cotton kat ghijabster suit cotton ni sebab kain dia 100% cotton,kualiti gred AA,selesa,berkualiti dan tak jarang hokeh ! lepas tu corak dia lawa.rambang mata nak pilih.uolss pun jom pi usha2 dan beli sebab murah.cotton mahal tau sekarang tapi yang ni murah,kain elok dan cantik.beli untuk raya,untuk pi kelas,kenduri,office,macam2 la boleh buat dengan kain ni.baju kurung,kebaya,jubah,dress moden semua pun boleh.tak rugi pun.


saya dah pi tempah kain ni nak pakai raya.waktu pi upah kat tailor cina tu dia cakap 
"cantik kain.pandai u pilih colour,nampak muda"  MUDA?????????
adakah selama ini saya menempah baju yang nampak tua2 belaka? baiklah..ini tidak melawakkan langsung
nasib baiklah beliau memuji kain saya lawa..terus hati manyaakkk happy !!!


meh kita usha2 antara kain yang ada kat ghijabster suite cotton.
.
.
.






banyak lagi yang lawa2.jom pi beli jom.
pertanyaan dan pembelian boleh contact mereka sendiri k? saya pun pembeli dan pengguna sahaja.
bukan penjual tau.


like page saya di:


klik iklan nuffnang saya.
tq.


cewi.

Assalamualaikum.


29.8.13
.
.
.
.
29.8.13?????
ok,takyah la nak terkejut beruk sangat.entry basi memang lah menjadi kesukaan para gadis pujaan malaya
kahkahkah.


cewi dengan sepek mata percuma.cewi dengan bag baharu yang terpaling mahal pernah dibeli..uhuk2..
rasa2 ini sudah masuk kali yang ke 12343566575 ribu kali saya sebut bag terpaling mahal...bag terpaling mahal..terpaling mahal...HOI SUDAH CUKUP SUDAH !


muka suci dahi luas memang kebanggaan saya..kahkah.


tak boleh cewi sorang2.penumpang di belakang pun mahu join sekali,2 kali,3 kali dan berkali2.


cewi bukan main tapi tujuan sebenar pi cari kain.bukan menghairankan kalau nampak budak ni duduk macam ni.sejak azali memang tabiat dia macam ni tambah2 kalau dia tak larat berdiri T_________T


kan dah cakap memang cewi.ingat saja2 ke letak tajuk cewi? muahaha.
sebab ini sepek free,maka perlu la cewi habis-habisan.lagipun tak berseri lah kalau entry tak ada muka dia ini.kau jangan main2,ni muka cari makan ni.


tamat.
p/s: gua sendiri tak paham apa motif entry ni?




like fanpage saya di:

like fanpage mekap dan tudung di:


klik iklan nuffnang saya.
tq.