product review: D'Lina Nature's Glow Glamzz UV Foundation.

Assalamualaikum.


Saya memang suka mekap.nama pun jurusolek kan..uolss ni buat2 tak paham pulak kan? haha..jadi tak menghairankan kalau jumpa saya dengan muka penuh ditempek mekap.tapi jangan bertambah hairan kalau jumpa saya langsung tak bermekap.haaaa itu awak semua boleh pengsan sebab terkejut..KAHKAH.
baiklah,sebab saya suka mekap..jadi saya pun suka pakai dan tukar2 foundation.salah satu foundation yang saya guna dari jenama D'Lina Nature's.ini jenama keluaran tempatan.produk keluaran bumiputera.
meh support orang kita.meh baca review saya meh..hehehe.


produk:
D'Lina Nature's glow glamzz uv foundation.

saiz:
10gm

pilihan warna:
ada 3 warna..pinkish,beige dan natural.saya pakai warna pinkish.

harga:
RM48 free postage.

maklumat lanjut dan tempat jual(online):
instagram: @NORAZLINA18638


pertanyaan dan cara oder:-
whatsapp:
014-6278301(ina)
017-5627176(wani)


packaging produk.


pilihan warna.saya pakai warna pinkish.


ini warna pinkish yang saya pakai.kalau tengok dari dalam bekas nampak macam warna dia gelap tapi bila dah apply warna dia jadi natural dan sesuai dengan kebanyakan warna kulit.sorry naahh ada kesan colek sebab saya dok guna haha.dah guna banyak kali tapi colek sikit saja sebab produk ni guna sikit pun kesan dia cantik dah.boleh tahan lama ni..jimat2..haha.


sebelah tak pakai produk ni,sebelah lagi selepas sapu glow glamzz foundation.tekstur dia krim lembut sangat2 dan mudah nak ratakan di kulit.warna dia natural dan masuk dengan warna asal kulit.nampak glowing2 dan warna rata.warna urat saya yang hijau2 tu pun dia cover elok.


belah kiri itu saya..saja nak kenalkan diri jugak in case awak semua dah lupakan saya..sobss.saya pakai glow glamzz foundation ni saja.waktu ni saya guna nipis sebab mekap natural.macam mekap harian lah.
yang sebelah kanan tu cce(adik saya).pun guna sikit dan nipis2 saja sebab mekap natural untuk dia pi interview kerja.nampak natural,glowing dan rata kan?


ini pulak salah seorang model yang saya mekap hari tu.saya buat mekap natural dan guna glow glamzz foundation.guna kod warna pinkish jugak ni.


ni pun model yang saya mekap hari tu.mekap ni vouge2 sikit tapi sorry lah lighting saya over bebenau.mekap ni saya sapu tebal sikit untuk efek full coverage.gebus2 glowing2 kan?


FUNGSI PRODUK MENURUT PENGELUAR:
  • agen perlindungan sinar uv terbaik yang bertindak sebagai alas wajah dan bertekstur ringan.
  • mengelakkan kerosakan dan memberi pencerahan pada kulit wajah.
  • memperbaiki struktur kulit secara intensif.
  • mengandungi spf30 untuk menghalang sinar uv.
  • diperkaya dengan AHA,vitamin E,minyak argan dan air zam-zam.
  • dirumus dengan bahan semulajadi untuk wajah lebih berseri,halus dan cerah.
  • sesuai untuk semua jenis kulit.

HASIL PENGGUNAAN SAYA:
  • tekstur krim dia lembut dan mudah nak rasatakan di kulit.
  • foundation dia melekat elok di kulit dan tak 'pecah'.
  • boleh pakai dengan apa saja jenis dan teknik bedak.contohnya lepas pakai foundation ni boleh pakai bedak pulak guna teknik span basah boleh,span kering boleh,guna berus boleh.bedak compact atau bedak debu, dua2 pun boleh.
  • warna jadi natural dan 'blend' dengan kulit.
  • untuk hasil yang natural boleh pakai nipis2.kalau nak mekap glamer sikit atau tutup parut2,cela2 dan bintik2 tu pakai lah tebal sikit.
  • ada perlindungan uv.sangat2 bagus kalau kita pakai mekap atau apa2 produk yang ada perlindungan uv.uv ni tak boleh buat main2.mesti kena ada perlindunga.alang2 pakai mekap kan,pilih yang ada perlindungan uv macam glow glamzz ni.jimat masa dan jimat duit sebab tak payah beli uv asing dan pakai asing kan?
  • mekap tahan lama.
  • hasil mekap cantik sangat.
  • keseluruhannya saya suka foundation ni.kalau berminat nak beli boleh lah awak semua contact link atau no.tel yang saya tulis kat atas tadi ok?

like page saya di:

tq.

product review: celebritylass berkesan hilangkan bau badan.

Assalamualaikum.


Saya mudah berpeluh.tambah pulak sekarang ni cuaca panas sangat kan? lagi banyak lah saya berpeluh.paling tak suka bila dah peluh tu mesti melekit, lepas tu timbul bau badan dan bau ketiak haha.
sebut pasal bau badan dan bau ketiak..perasan tak dua bau tu sebenarnya lain? kalau bau ketiak lagi busuk kan? euuwww ! tapi meh nak share satu produk yang saya baru cuba.baru cuba dah exited nak share sebab memang berkesan.sapa2 yang ada masalah bau badan,bau ketiak,bau kaki memang harus cuba produk ni.

produk:
celebritylass master odourless.

saiz:
50ml

harga:
harga asal untuk s/m RM85 dan untuk s/s RM95.
sekarang harga PROMOSI untuk s/m RM75 dan untuk s/s pula RM85.

tempat jual(online):

cara order:
whatsapp 019-6404110


packaging produk.walaupun 50ml,tapi botol dia kurus dan ringan je.tak ada masalah kot2 nak bawa pi mana2 kan.


fresh kan nampak warna biru tu? tu bukan warna botol, tapi memang warna produk dia biru tau :p
di bahagian tepi botol ada tulis maklumat mengenai produk.


produk ni jenis spray yang perlu dipicit, jadi lebih bersih dan senang nak guna.bila spray dia tak percik air merata macam kebanyakan spray tu tau,tapi dia keluar satu arah saja.kalau terus spray ke kawasan yang bermasalah,dia tak kena rata dan tak kena kat seluruh kawasan kulit.mungkin sebab tu kot kena spray dulu kat tapak tangan dan baru lah sapu di kawasan yang kita nak :)


macam saya cakap tadi,kena spray dulu kat tapak tangan dan baru sapu ke kawasan yang kita nak hilangkan bau macam di ketiak,kaki dan lain2.tekstur produk ni betul2 macam air dan berwarna biru.


FUNGSI PRODUK MENURUT PENGELUAR:
  • membantu menghilangkan kesan bau badan yang kurang menyenangkan.
  • bersifat antiseptik.
  • menaturalkan air kotor yang melekat pada badan.
  • lebih berkesan berbanding deodorant.
  • tidak melekit,
  • tidak meninggalkan kesan pada pakaian.
  • melindungi dari bau badan selama 24 jam.
  • selamat digunakan
  • guna sehari sekali sahaja.
  • sesuai untuk lelaki dan wanita serta semua peringkat umur.

HASIL PENGGUNAAN SAYA:
  • bau ketiak yang busuk hilang.try duduk dekat orang yang ada masalah bau ketiak.memang busuk dan bau kuat sangat kan? lepas pakai produk ni bau busuk tu hilang tau.
  • bau badan dan bau peluh hilang.perasan tak bau badan akibat peluh ni bau masam2 sikit kan? kita anggap bau tu bau biasa tapi sebenarnya tak selesa sangat.saya guna jugak kat bahagian belakang badan dan leher sebab saya banyak berpeluh kat situ dan timbul bau.lepas guna produk ni bau yang tak selesa tu hilang.
  • tekstur macam air.menyerap dan tak melekit.sekarang cuaca panas kita banyak berpeluh,kalau pakai deodorant rasa tak selesa sangat sebab melekit.sapa2 yang ada bau ketiak yang teruk lagi rimas kot? deodorant bukan hilangkan bau sangat pun kan? lekit2 pulak tu.best sangat pakai celebritylass ni sebab macam tak pakai apa2.tak rasa melekit pun.
  • tak ada kesan pada pakaian.kalau pakai baju putih dan cerah2 pun tak risau dah.tak ada pun kesan kotor macam kita pakai deedorant biasa.
  • sekali hidu macam tak ada bau tapi bila hidu betul2 sebenarnya ada bau sikit tapi sangat2 'light'.saya tak tau lah nak cakap bau dia macam mana hihi :p
  • untung beli produk ni sebab boleh guna seluruh badan dan seisi keluarga.kat ketiak,kaki dan lain2 bahagian yang selalu berbau.lagipun jenis spray,produk dalam botol tak kena kulit pun,so bersih lah kan dan tak payah risau terkena jangkitan atau kuman ke kan?
  • botol ringan.tak memberatkan bag kalau nak bawak pi mana2.
  • guna sehari sekali saja.jimat dan tak banyak kerja haha..dah la berkesan kan..senang betul.
  • keseluruhannya saya suka produk ni sebab bau badan dan ketiak yang busuk memang hilang.sapa2 yang ada masalah bau badan memang patut cuba.memang kita kena pakai perfume,tapi sebenarnya hilangkan punca bau badan dan bau ketiak tu dulu lagi penting.perfume tu hanya membantu saja.
CARA GUNA:
  • boleh digunakan sebelum mandi atau selepas mandi.
  • kalau guna sebelum mandi,kena bilas.
  • kalau guna selepas mandi,tak perlu bilas.rutin macam kita pakai deodorant.
  • picit beberapa titis di tapak tangan dan sapukan di mana2 bahagian badan terutama di bahagian ketiak.
  • GOOD BYE BAU BADAN ! cewahhhh... :p


like page saya di:

klik iklan nuffnang.
tq.

product review: cozuma mattifying lipstick.

Assalamualaikum.


sebagai jurusolek dan suka pakai mekap,memang semacam satu kepelikkan kalau saya tak cuba macam2 lipstick kan? baru2 ni saya try lipstick collagen cozuma mattifying lipstick dari syarikat hai o.mesti awak semua cakap "eh tak kenal pun lipstick ni?" haa.sama lah macam tuan blog ni T____________T
 tapi bila dah try memang cantik sangat2 dan bagus produk dia..rugi lah kalau tak try.


produk:
collagen lipstick, cozuma matiffying lipstick(dari syarikat hai o).


warna:
terdapat dalam 5 pilihan warna.saya guna warna lolly pink dan shanghai tang.

harga:
RM35 tapi special untuk pembaca blog saya anda beli 2 batang lipstick dengan harga
RM65+free gift+free postage !
(kalau nak beli bagitau mereka awak dari blog saya ok?)

tempat beli:
fb: El Janna(sila klik di sini)
instagram: el_janna(sila klik di sini)
blog: bbyuya.blogspot.com(sila klik di sini)

cara order:
pm fb mereka(link yang saya bagi di atas tadi) atau whatsapp 017-7251583(el janna).



packaging cozuma matiffying lipstick.saya guna warna lolly pink dan shanghai tang.di kotak ada maklumat mengenai produk.



rupa lipstick yang elegant :p


cozuma matiffying lipstick warna lolly pink


ini warna lolly pink.kalau nak tau saya memang dah lama cari warna ni.hari tu jumpa jenama lain dan beli tapi bila pakai tak best langsung sebab warna tak mau melekat di bibir.dah la mahal..sia2 je duit haku senah oiii.
akhirnya jumpa yang ni.warna sebijik lah macam yang saya nak.macam orange sikit,peach sikit,pink2 sikit.



cantiknya ! saya suka sangat warna ni.bila sapu lembut dan melekat di bibir.warna ni unik sikit sebab tu saya suka.bila pakai warna ni tiba2 rasa macam comelsss..hahaha.



full makeup dan lipstick saya pakai warna lolly pink.ipstick dia memang cantik dan tahan lama.warna nampak rata je kan?


cozuma matiffying lipstick warna shanghai tang

ini pulak warna shanghai tang.asyik pakai warna lembut2 je kan kadang rasa boring.saya jenis suka tukar2 warna lipstick.terang macam mana pun selamber ja saya pakai haha.warna ni cantik sangat.



warna lipstick ni pun macam unik jugak.sekali tengok macam merah terang tapi bila pakai jadi merah macam ni.kadang2 nampak macam meroon yang cantik pulak.tapi memang saya yakin lah pakai warna ni.



full makeup dan saya pakai lipstick warna shanghai tang.saja buat mekap smokey macam ni.yang bestnya kalau lipstick warna macam ni sebab kulit kita akan nampak lebih cerah :)


pilihan warna untuk cozuma matiffying lipstick.semua warna lawa2.memang tak urgi lah kalau beli.


FUNGSI/KELEBIHAN PRODUK MENURUT PENGELUAR:
  • cozuma matiffying lipstick gives a new dimension to lipstick with its sophisticated satin silky vibrant finish,enhanced by a collagen-enriched plumping active.an elastomeric polymer combined with a gellifying agent impart a deliciously soft and gliding application and perfect colour release.

HASIL PENGGUNAAN SAYA:
  • warna cantik.warna soft ke,terang ke dua2 pun cantik.
  • tahan lama.yang ni memang sangat2 bagus.saya pakai sekali waktu mula2 mekap lepas tu saya keluar,makan dan minum.selepas 5,6 jam balik rumah pun lipstick masih terang elok.
  • lembut dan senang disapu di bibir.
  • warna melekat elok di kulit bibir dan tahan lama.
  • bibir tak kering macam kebanyakan lipstick lain.
  • ini lipstick collagen,bila pakai tu bibir macam mungil,macam menyerlah lah haha.
  • keseluruhannya saya sangat suka lipstick ni.tak tipu,memang cantik sangat2.mekap orang pun saya letak lipstick ni.anda patut cuba tau.

PROMOSI!!!
untuk pembaca blog saya anda beli 2 batang lipstick dengan harga
RM65+free gift+free postage !
(kalau nak beli bagitau mereka awak dari blog saya ok?)


untuk pertanyaan dan pembelian awk boleh contact penjual yang saya tulis kat atas tadi ya.
saya pun pengguna sahaja,saya tak jual lipstick ni ;p


like fanpage saya di:

tq.

product review: marine essence beauty bar(sabun marine essence).

Assalamualaikum.


dah selalu sangat dengar pasal sabun marine essence ni tapi tak tahu kenapa tak terbuka hati nak cuba beliau sampai lah baru2 ni akhirnya saya cuba jugak.serius rasa menyesal haku tak try awal2 lagi sebab sabun ni memang sangat2 berkesan la weh..bukan saya saja yang guna tapi satu family saya guna sebab kulit kami semua memang sensitif dan mudah jadi gatal2.saya bukan auta sebab nak review tau! tapi memang kisah benar satu family guna.let's go baca review saya ni k?


produk:
marine essence beauty bar.

harga:-
WM: RM105
EM: RM106
*harga ni untuk 3 ketul sabun besar2 dalam satu kotak.

saiz:
1 ketul 100gm(packaging ada 3 ketul,so 100gm x 3 ketul)

tempat beli:
cara order:
pm fb mereka tu atau whatsapp no ni 019-5933559(mas).



packaging produk.sabun ni didatangkan dalam kotak yang kemas dan bersih macam ni.bau sabun ni wangi,even dok kat dalam kotak lagi dah boleh bau wangi semerbak dia tu.


di bahagian belakang kotak terdapat maklumat mengenai produk.


sebenarnya kalau beli sabun ni ada 3 ketul dalam satu kotak.tapi ambil gambar satu ketul saja la k..
jangan nak over sangat..haha.


saiz satu ketul sabun 100gm.memang besar dan tebal lah..dan dalam satu kotak ada 3 ketul sabun.mungkin ada yang akan kata sabun ni mahal kan? tapi tak rugi beli sebab saiz besar2 dan dapat 3 ketul pulak tu.memang tahan lama tambah2 kalau kita potong2 dan guna sikit2.bab potong2 dan guna sikit2 tu memang stail saya sebab nak jimat punya pasal..muahaha.


satu family guna dan ada perubahan pada kulit,tapi saya tunjuk antara kesannya kat kulit saya saja la ok?
gambar 'sebelum' tu sebenarnya gambar selepas sehari dua cuci muka guna sabun marine essence.
hidung saya tu luka teruk jugak sebab saya korek guna jarum sampai lubang dan berdarah T___________T
selepas sehari dua cuci muka guna sabun ni, luka dah nak bercantum..boleh nampak kat gambar tu kan?
gambar 'selepas' pulak lepas saya dah cuci muka guna sabun ni selama seminggu dua.saya tak pakai apa2 krim muka pun sebab mood malas waktu tu..bhahaha.jadi saya cuma cuci dengan sabun marine essence paling kurang 2 kali sehari(siang dan malam) atau kalau rajin 3,4 kali jugak lah.luka dah sembuh sepenuhnya cuma tinggal parut sikit.tu pun dah makin pudar.


FUNGSI PRODUK MENURUT PENGELUAR:
  • ramuan eksklusif serta bermanfaat menyihatkan,melembabkan dan meremajakan kulit.
  • wangi dan organik.
  • membekalkan mineral untuk kulit.
  • menyingkirkan toksid dan kotoran pada badan.
  • menyeimbangkan ph badan.
  • meningkatkan daya pemulihan badan/kulit.
  • memperbaharui sel-sel kulit mati.
  • membantu mencerahkan dan kesan sekata pada kulit.
  • berkesan untuk kulit ekzema.
  • kulit gatal-gatal.
  • kulit alergi.
  • mencerahkan kulit.
  • mencerahkan ketiak.
  • mengecutkan jerawat.
  • selamat untuk bayi dan ibu mengandung.
HASIL PENGGUNAAN SAYA DAN KELUARGA:
  • mak saya jadi gatal2 dan merah di pergelangan bawah siku sampai jadi macam melecur.dah sapu ubat yang beli di farmasi pun tak jadi apa tapi gatal makin teruk pulak.saya bagi mak saya try sabun ni dan alhamdulilah lepas 2,3 hari guna dah ada perubahan dan selepas guna sampai habis sabun tu(saya potong kecil) kulit mak saya dah ok semula.siap cakap lagi "kulit mak dah jadi putih sikit lah" hahaha..saya ada ambil gambar tapi tak sesuai lah nak letak kat blog.blog saya bukan blog family kan..so faham2 lah ya..tak semua saya boleh letak.biar saya je yang review dari kisah benar yang saya tengok sendiri..ceh ceh...
  • anak saudara jadi gatal2 dan kudis di badan terutama di kaki.saya bagi dia guna ni dan stop sapu ubat.saja nak tengok macam mana kesannya.alhamdulilah luka dan kudis dia dah kering dan sembuh.
  • mula2 guna sabun ni saya tak tahu rupanya dia boleh guna di muka, bila dah tau tu apa lagik..berdesup hari2 cuci muka guna sabun ni.sabun badan terus sabun muka sekali haha.jimat2...waktu try sabun ni muka saya penuh dengan luka terutama kat dagu dan hidung.hari2 saya cuci guna sabun marine essence dan stop pakai semua krim.luka yang teruk2 tu dah bercantum dan sembuh.tinggal parut2 ja sikit.
  • paling jelas sekali muka saya dah jadi lebih putih! saya tak ambil gambar tapi memang boleh nampak beza dia.kulit saya jadi lebih putih dari sebelum guna.
  • bau wangi dan melekat lama di kulit.
  • bau badan yang busuk2 tu hilang.
  • gatal2 dan luka di kulit sembuh.
  • lepas guna, dia takde melekit macam kebanyakan sabun tu,dia kesat sikit..jadi saya suggest lepas mandi guna sabun ni pakai lah lotion atau krim badan untuk lembabkan kulit.
  • kulit jadi cerah.
  • banyak buih.
  • keseluruhannya sabun ni sangat2 bagus.bukan saya sorang yang cakap tapi family saya yang guna pun cakap..siap nak repeat beli lagi.saya cadangkan anda pun try jugak terutama kalau anda ada masalah kulit.tak kira lah kulit muka ka badan ka..try saja la labu..produk bagus mesti kena cuba tau? 



terima kasih mas owner online shop yang jual sabun ni sebab bagi kat saya buku mudahnya menjemput rezeki dengan handsock sekali.semoga murah rezeki yeee :)


like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang saya.
tq.

product review: Revlon colourbust lipstick 070 soft nude.

Assalamualaikum.


tengok omputih pakai lipstick pucat lesi pun berasa ia sangat cun..

saya la tuuu... T__________T

budak mudah terpengaruh memang macam ini.

jadi saya telah beli satu lipstick warna nude dari revlon.

sebab nak shared dengan uolss best ke tak best lipstick ni meh saya nak review sikit.


produk:
revlon colourbust lipstick 070 soft nude.

harga:
lupa lah cik senah...dalam rm30 lebih kot.

tempat beli:
sasa beauty.
tapi boleh cari di mana2 kaunter revlon.kat watsons pun ada kaunter dia.



rupa luaran lipstick ni.



kod lipstick ni.pi cari lekaih..haha.



elegant sangat kan dia punya lipstick.



nampak warna macam coklat2 sikit kan?



harus tergoda dengan lipstick menggoda macam ini..bhahaha..



colour swatch.nampak macam coklat sikit,macam peach sikit.
maaf lah terpaksa guna tapak tangan untuk colour swatch.belakang tangan saya banyak urat timbul.
over tauuuu..macam orang tua.


hasil penggunaan saya:
- teksturnya berkrim dan licin.selalunya tekstur lipstick macam ni tak berapa tahan lama
tapi sifatnya samada melembabkan,bersinar atau bibir nampak basah.
- mudah disapu tapi kena sapu beberapa lapis baru warna melekat elok.
sekali sapuan warna tak berapa lekat dan jadi tak rata.
- boleh gabungkan dengan sapuan nipis lip gloss supaya jadi rata.pastikan gloss jernih.
kalau nak guna gloss yang berwarna pun boleh tapi kena warna nude jugak supaya warna lipstick
tak berubah ke warna lain.kecuali kalau kita memang nak bagi jadi warna lain lah.
- tak berapa tahan lama..ini disebabkan tekstur lipstick jenis ni.
- warna nude cantik ! bila pakai di bibir takde lah jadi peach atau coklat macam colour swatch,
dia jadi pucat sikit tapi memang cantik.
- walaupun bila sapu tu tak berapa lekat dan rata,tapi lepas gabungkan dengan gloss
dia akan jadi rata dan cantik.
- keseluruhannya lipstick ni ok jugak.warna nude tu tak menghampakan sebab saya dah pernah try beli beberapa lipstick warna ala2 nude tapi bila pakai tak jadi nude pun.yang ini betul2 nude.
sangat cantik bila gabungkan dengan mekap mata yang gelap2 seperti smokey.
lipctick revlon jenis ni dan warna ni glamer jugak.selalu tengok orang guna termasuk luar negara.



contoh saya sapu lipstick ni.dia tak berapa lekat dan tak rata.
kalau bibir kering dan mengelupas dia jadi lagi susah nak rata.tapi jangan risau,
gabungkan saja dengan gloss.atau pakai jugak lip balm sekali gloss..dia nampak rata sikit dan cantik.



saya gabungkan dengan mekap mata yang gelap(smokey eyes).
warna nude macam ni sangat cantik bila gabungkan dengan mekap mata yang gelap2.


ni gambar lama.saya cuba guna lipstick ni dengan mekap yang simple dan natural.
nampak pucat sikit lah tapi not bad jugak.



nude lipstick dengan mekap yang natural atau smokey?
dua2 pun boleh ;)



like fanpage saya di:
http://www.facebook.com/zoeyzauyahfanpage


klik iklan nuffnang nak kawen.
tq.

jalan-jalan.

Assalamualaikum.


21.9.13...


saya mesti nak buat entry lama2.tapi tak apa lah..asalkan saya bahagia walaupun mungkin uolss
tak bahagia asyik menghadap cerita yang dah basi je kan T___________T
kali ni pun tak ada yang menarik.cerita jalan2 macam biasa saja..bosan giler hidup haku bhahaha...


muka tak mekap tapi tetap berasa ayu(muntooohhh...).
tak mekap tu maksud saya tak pakai apa2 bedak langsung.hanya eyeliner,maskara dan lipstick.
nasib baik pakai jugak 3 benda tu,kalau tak pakai langsung pengsan pucat lesi lah muka uolss semua
bila tengok saya..kahkah.


singgah makan mee kuah.siapa2 yang baca blog saya sejak dulu mesti tau kan saya memang suka pi makan mee kuah machang bubok ni.sebelum anda tanya meh nak habaq,kedai dia depan sekolah rendah.
pi la try..sedap sungguh la.


lepas tu pi atoz.beli barang.ni lah jadinya kalau orang tinggi SIKIT ambil gambar..
mesti saya nampak rendah walaupun hakikatnya memang bukan tinggi pun T_____________T


pakai sepek hitam sebab nak cover line tang mata..muahaha.waktu ni buka lens rasanya.
lagipun waktu ni mata saya sensitif sikit dengan cahaya.rasa pening bila tengok cahaya terang2.


pergi jusco perda.ha'aaaa...macam menghairankan kalau saya tak datang sini tapi jalan kot bawah2
tepi2 tu saja.tak larat nak jalan lama2,jauh2.
saja saya mai tengok iphone5(waktu ni masih iphone5 rasanya).
mai tengok dan rasa gedik nak beli.macam la la tu nak beli tapi tahan hati sendiri sebab baru sangat
tukar ke note2 HUAAAAAAA ! hakikatnya sampai la ni saya tak beli iphone pun kahkah.


bawak hati sendiri pi tengok baju.tengok dari luar cermin pulak tu! kenapa kasihan sangat ni????


saya terjumpa pashmina macam yang saya cari.tapi orang yang jaga kiosk tak ada.
tunggu lah sekejap macam haku pulak yang tukang jualnya haha.


tunggu dan bosan dan tunggu dan bosan.sampai lah akhirnya orang tu sampai dan beli dan bayar dan keluar dengan jayanya..haha.


bali dari jusco singgah sat kat mengkuang dem.waktu ni saya tengah pening(tekanan darah rendah).
eh jap2..perasan tak tadi naik dalam kereta warna lain? ini warna lain?
mula2 keluar naik kereta emak orang tuuu..lepas tu pi tukar naik kereta ni pulak hehe.


sebenarnya lepas keluar dari jusco kami singgah abang burn beli meat ball ini..


dan burger ini..singgah mengkuang dem,park kereta kat tepi tu dan makan2.
mengupload gambar makanan waktu2 macam ni seolah-olah mencari pasal dengan diri sendiri.
sekarang dah teringin semula..macam mana ni? haa jawab! jawab ! muahaha.


test macro kamera handphone note2 saya.waktu ni baru lagi beli..cewi tak habis lagi haha..
uolsss ni sila lah paham (-.-")


ok itu saja.


like fanpage saya di:


klik iklan nuffnang saya.
tq.

product review: NEW Loreal white perfect total 10 all-in-one whitening day cream.

Assalamualaikum.


kali ini saya nak review produk terbaru keluaran Loreal paris iaitu 
Loreal white perfect total 10 all-in-one whitening day cream.
saya dah cuba dan guna setiap hari,memang terbaik !


taadaaa... ini lah produk terbaru,Loreal white perfect total 10.


packaging produk.
kiri: bahagian depan kotak.
kanan: produk dalam bentuk botol berpam dan bersaiz 50ml.


bahagian tepi kotak.seperti kata pengeluar,produk ni mempunyai 10 kebaikan didalam satu produk.
jimat dan menguntungkan.tak payah beli banyak krim semata-mata untuk dapatkan kebaikan yang berlainan.dengan Loreal white perfect total 10 ni semua dah ada termasuk lah perlindungan uv yang sangat penting! leceh kan nak pakai krim pelembab asing,lepas tu kena pakai krim perlindungan uv asing pulak?
dengan produk ni mudah sangat tau..all-in-one !


picit/tekan pam untuk mengeluarkan produk.


tekstur produk 'ringan' dan nipis bila disapu.warna produk pink/soft purple dan berbau wangi.
saya suka bau dia.bau wangi ni sangat 'light' dan baunya lebih kurang sama seperti kebanyakan produk 
Loreal white perfect yang lain(saya pernah guna produk lengkap Loreal white perfect dalam tempoh yang lama,jadi saya tahu la hehe)


test di tangan.selepas sapuan white perfect total 10,kulit akan jadi lembut,lembab dan glowing !
mungkin dalam gambar ni tak berapa jelas,tapi kalau test di luar dan tengok sendiri,
memang nampak perbezaan antara bahagian yang disapu dan tidak disapu Loreal white perfect total 10.


muka tanpa mekap dan tanpa tambahan produk lain
ini pula saya test di muka.sebelah muka saya sapu Loreal white perfect total 10,
dan saya tinggalkan sikit saja bahagian muka yang tak disapu.
hasilnya bahagian yang disapu Loreal white perfect total 10 nampak lebih glowing dan sihat !
kulit bertukar menjadi lembut,lembab dan nampak lebih cerah(yeeesss,antara kesan serta-merta yang boleh dilihat samada didalam gambar atau diluar gambar ialah kulit nampak cerah sedikit selepas sapuan)


muka tanpa mekap dan tanpa tambahan produk lain.
gambar kiri sebelum saya mula cuba Loreal white perfect total 10 all-in-one whitening day cream.
kiranya waktu tu belum cuba langsung produk ni.

gambar kanan:
selepas hampir seminggu menggunakan Loreal perfect total 10 all-in-one whitening day cream.
saya dah tengok dan rasa sendiri perbezaannya.lebih glowing,cerah dan nampak sihat berseri.


kebaikan/fungsi produk menurut pengeluar:-
.
.
- penyelidikan Loreal telah mencipta formula termaju yang menggabungkan:
3 vitamin(E,B3 dan C) yang diketahui bertindak di atas lapisan kulit untuk mengawal pengeluaran melanin bersama DERMO-SHIELD complex yang membantu melindungi kulit dari beberapa punca penggelapan.


- hasil dan kebaikan dari penggunaan produk ni:
1) kulit tampak bercahaya(instant glow).
2) mencerahkan kulit
3) meratakan warna kulit
4) menyamarkan noda hitam
5) mengurangi kilap(shine)
6) melindungi dari polusi
7) anti-UVA
8) anti-UVB
9) anti-oksidan
10) mengurangi minyak yang berlebihan.

- diuji secara dermatologi-ujian ke atas kulit asia.

- cara guna:
sapu setiap pagi di bahagian muka dan leher yang bersih.elakkan dari terkena di kawasan mata.

untuk maklumat lanjut sila ke:
https://www.facebook.com/lorealparismalaysia


hasil penggunaan saya:
.
.
- kulit nampak glowing serta merta ! jadi,kulit saya nampak sihat dan berseri.
tak ada lagi kulit yang kusam.

- kulit jadi lebih cerah.bukan putih melepak tiba-tiba tu,tapi ini cerah yang pinkish.
cerah+pinkish = KULIT NAMPAK SIHAT DAN BERSERI ;D

- kulit terasa lembab dan nampak lembab.tahu tak bila kulit lembab, kulit akan kelihatan muda?  ;)

- kulit terasa lembut.tak kering dan tak kasar.

- warna kulit nampak sekata.

- keadaan kulit seimbang.tak kering sangat dan tak berminyak sangat.

- kulit jadi licin dan nampak licin.

- saya selalu sapu krim ni dan keluar kemana-mana tanpa pakai mekap langsung !
yakin je sebab kulit saya nampak glowing dan berseri :D

- all-in-one yang jimat dan memudahkan saya.tak payah beli krim uv asing dah
dan tak payah pakai berlapis-lapis krim setiap kali.dengan krim ni sekali sapu saja.

- ada perlindungan UVA dan UVB yang tersangat penting untuk melindungi kulit kita
dari pancaran matahari yang menyebabkan pelbagai masalah kulit termasuk
kulit gelap,nampak kusam,terlalu kering atau terlalu berminyak.kedutan,nampak lebih tua dari usia,
jerawat,sunburn atau lebih teruk kanser kulit !!!

- senang disapu.tekstur krimnya 'ringan','nipis',lembut dan rasa sejuk macam air haha..

- tak melekit dan cepat menyerap ke dalam kulit.

- berbau wangi..tapi bau wangi tu sangat 'light' dan tak peningkan kepala.

- keseluruhannya saya sangat puas hati dengan hasil dari penggunaan krim ni.

-saya yakin dengan produk Loreal ni sebab jenama Loreal dah sekian lama berada di pasaran dunia.produknya pula dihasilkan dari kajian yang mendalam selama bertahun-tahun dan tiada kandungan bahan kimia yang berbahaya(insyaallah).lagipun senang nak cari produk Loreal,di pusat beli belah dan farmasi pun ada.tapi ramai yang ingat skincare Loreal mahal kan? sebenarnya harga berpatutan dan mampu dibeli.cuma untuk produk terbaru ni saya belum pasti berapa harganya.jadi kalau berminat cepat-cepat lah beli dan try Loreal white perfect total 10 ni.


thanks Loreal sebab bagi saya cuba produk terbaru yang sangat berkesan ni.
saya pernah pakai skincare jenama Loreal untuk tempoh yang lama,sangat berkesan.
sebab tu saya yakin nak cuba produk terbaru ni.saya dapat jemputan ke majlis pelancaran produk
Loreal white perfect total 10,tapi atas sebab tertentu saya tak dapat pergi.
tapi terima kasih kerana menjemput ;)


untuk maklumat lanjut sila ke:
https://www.facebook.com/lorealparismalaysia


like fanpage saya di:


tq.