product review: fynale classic glamourous grey.

Assalamualaikum.


hari tu saya review lens dari circle lens malaysia yang warna coklat kan? dah cakap nak review yang grey pula, so ni lah entrynya.kot2 anda pun tengah tercari-cari lens grey yang cantik dan selesa, boleh lah baca review ni lepas tu cepat2 pi order kat circle lens malaysia.siap ada diskaun lagi untuk pembaca blog saya tau.



produk:
contact lens fynale classic glamourous.

warna:
grey.

power available:
0-500(50 step)

jangka hayat:
1 tahun tapi dinasihatkan untuk guna 1-3 bulan saja untuk tujuan kebersihan.

water content:
55%

base curve:
8.60mm

diameter:
14.5mm


boleh dibeli di:-

pertanyaan:-
sms/whatsapp: 019-3070247
winkylens@gmail.com


maklumat lanjut mengenai contact lens  fynale classic glamourous grey.:-

special untuk pembaca blog saya, anda akan dapat diskaun untuk pembelian lens di circle lens malaysia!
.
.
.
discount code untuk pembaca blog saya: ZOEY10
-discount code hanya sah untuk pembelian kali pertama sahaja.
-minimum pembelian berjumlah RM50 dan ke atas.
-discount code ini sah digunakan sehingga 31/12/2014



packaging lens fynale classic glamourour grey di dalam botol.



jangan risau, semua lens dari circle lens malaysia adalah original dari korea.



corak lens.warna nampak grey pudar dan ada unsur2 biru sikit.ada ring nipis dari corak yang dibuat bentuk garisan terputus-putus di sekeliling lens.



sebelum dan selepas pakai lens.
saiz 14.5mm saja tapi bila pakai ada efek mata besar.warna grey yang agak soft ni nampak unik dan terang.susah tau nak cari warna grey macam ni.



rasa selesa dan pandangan mata tak kabur dek warna grey tu.
pandangan jelas lah maksudnya.



nampak terang kan warna dia? tak gelap macam kebanyakan grey lain.
selesa,mata nampak besar dan warna cantik.saya suka lah lens ni.


overall:
  • lens ni selesa dan tak sakitkan mata.
  • pandangan mata nampak jelas dan tak kabur.
  • efek mata besar walaupun saiznya cuma 14.5mm
  • warna grey yang unik.macam saya cakap tadi, susah cari warna grey macam ni.
  • warna lens tu nampak terang dan bukan gelap.
  • saya suggest anda untuk cuba lens ni juga.sangat cantik dan selesa,jadi sila lah cuba :D


terima kasih.

menghabiskan masa di secret recepi.

Assalamualaikum.


12.10.13.
sebenarnya ini entry lama.thank you kat awak semua yang tak sedih2 atau sesumpah saya sebab asyik kena baca entry yang lama2 ja kan...bhahaha.bagus sebab awak semua REDHO :p




saya rasa saya tak nampak kurus sangat dalam gambar ni yang bermakna ianya BAGUSSSS!
bila tengok gambar ni saya sebenarnya sedih sebab ada teksi merah tu.waktu ni arwah bapak saya masih ada.kereta bersih,berkilat berseri sebab rajin pak saya jaga.sekarang dah tak berapa terjaga sebab mana ada sapa yang bawal teksi ni.bila dikenang balik rasa rugi tak banyak habiskan masa dengan arwah walaupun sebenarnya dah banyak lah masa dengan arwah sebab tinggal saya,emak dengan arwah ja duduk sekali waktu ni.semua adik beradik dok asing dan ada yang dok jauh2 belaka.itu la kan orang kata, bila dah tak ada baru kita rasa rugi dengan semua perkara.. ini lah takdir Allah.setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati termasuk lah kita.Al-fatihah buat bapak saya :')



sebenarnya entry nak mempukul canang pengalaman saya yang pertama kali makan secret recepi.pada waktu ni la kan..sekarang dah terer asyik nak mai makan kat sini ja lah kerja haku >.<"
kalau kek dia memang selalu, tapi kalau makanan lain tu belum pernah lagi.jakun betul tuan blog seorang ni.kalau tanya kenapa tak try sedangkan dah berkurun secret recepi ada kat sini? jawapannya saya pun tak tahu..bhahaha..saya sendiri tak tau kenapa tak pernah try.



hasil daripada selfie macam gambar atas tadi -.-" waktu ni tak pakai bedak apa pun, pakai eyeliner,maskara dengan contact lens saja.



tu pun dah rasa cun habis dah  -.-"



cewi sungguh tak habeh2 dia dok ambik gambaq :p



pertama kali pi mesti la blur2 tak tau apa yang sedap.saya order chocolate ice blended dengan banana split.pepsi tu hat partner saya.hangpa jangan kutuk2 kami tak boikot nahhh, ni taun 2013 punya cerita.chocolate ice blended dengan banana split dia sedap!



dengan tom yam kung.tak sangka sedap sungguh walaupun pedas dia tu mak aiiihhhh...keluaq ayaq mata,ayaq hidung habeh..kahkahkah..tapi sampai la ni suka order tom yam kung ni.




dia punya noodle tu lain macam sikit lah.sedap !



jilat habis jari dia..haha.



hirup hingga ke titisan terakhir.mata takleh control, asyik nak usha orang ja.



tak pandang kiri kanan dah.takut orang sebelah minta gamaknya? haha.



ok, sambung posing...



tersandar dengan muka puas hati.bayar mahal tapi sedap takpa, bayar mahal tapi service hampeh dan tak sedap tu yang nak marah tu..haha.macam pandai pulak haku ni nak marah kan?



pandai makan pandai bayar lah dey !




puas hati, lain kali datang lagi.memang puuunnn...asyik2 muka ni ja lah kat secret recepi tu -.-"



terima kasih.


rambutku, rambut haha(runningman).

Assalamualaikum.


hari tu pi potong rambut.tahu apa jadi dengan rambut saya?




sebelum ni pi kedai yang sama, ada sorang tu potong rambut saya memang lawa.style habis lah rasa bhahaha.kali ni pi orang tu tak ada sebab keluar.dah balik kedai dia makan pulak.rasa tak nak ganggu,redha saja lah sapa pun yang potong.selesai zap! zap! zap! kena redha sekali lagi sebab rambutku tak lawa dah! bhahaha..




adakah dia peminat tegar ha ha runningman? habis rambutku dia buat macam gambar kiri tu.
tapi dalam keadaan yang lebih menyayat hati la T_______T
bayangkan apa perasaan kena tahan mata dan tahan hati dari tengok rambut sendiri untuk beberapa bulan akan datang ni? dah la rambut susah panjang..huaaaa! nak cover line punya pasal ku sepit2 rambut ku ini.tak pun pakai cekak..UNTUK SETIAP MASA... isk2
REDHA...


terima kasih.

tudung squeare dan curve chiffon(bawal shape).

Assalamualaikum.


fabulousiti beauty & closet dan buka order untuk raya haji.
tudung chiffon bentuk segi dan bulat.


cepat2 order untuk raya haji.ada harga promosi.
kalau nak order sila baca details kat bawah ni ok? :)


PRE-ORDER

BENTUK: segi dan bulat(boleh pilih)

SAIZ BIDANG: 45 / 50 / 55 (boleh pilih)

HARGA PROMOSI: RM29.00 untuk semua saiz bidang

MATERIAL: chiffon berkualiti.
*kesat,senang bentuk,selesa dan tak jarang.

CARA ORDER: sms/whatsapp 012-4141421
BAGI DETAILS:
nama
no.tel
alamat
bentuk
saiz bidang
warna
kuantiti

TARIKH TUTUP BAYARAN: 26.9.14 sebelum pukul 12 tengah malam.

PROSES TUDUNG: 27 - 29.9.14

POS: 30.9.14



contoh tudung chiffon bentuk segi dan bulat.boleh pakai cara bawal biasa atau cara shawl.
dalam gambar ni model pakai bidang 55.



contoh saya pakai bawal chiffon.



contoh warna.boleh pilih warna kat sini.warna asal mungkin berbeza sikit disebabkan cahaya,skrin dan lain2.hampir semua ni adalah warna2 baru.kalau tengok real2 semua warna ni memang cantik.
setiap warna terhad untuk beberapa helai saja.siapa cepat dia dapat.




kalau confuse warna kat gambar tadi boleh tengok warna kat sini.




cepat2 order sebelum tarikh tutup.raya haji boleh melaram dengan tudung cantik ni :p


terima kasih.

baggy shirt yang cantik dan selesa.

Assalamualaikum.


orang kata bestnya badan badan kurus boleh pakai macam-macam baju.. tapi anda pasti menarik balik kata-kata tersebut selepas berjumpa saya T_____T tahu tak badan saya ni over kurus sampai dah tak ada idea nak pakai baju jenis macam mana bhahaha.. pakai baju ikut badan? takyah mimpi lah sebab lagi over nampak badan yang kuruih ni.tapi itu dulu, sekarang saya dah jumpa style baju yang simple,selesa dan dapat cover line badanku yang kurus ini..YAHOO!


produk;
baggy shirt

harga:
1 pcs RM20.00/pcs
6 pcs RM18.00/pcs
10 pcs dan ke atas RM15/pcs.


boleh dibeli di:
fb: https://www.facebook.com/baggyshirtrm15
ig: http://instagram.com/zarashoppe13

cara order:
pm page atau whatsapp 012-4690017




jangan ingat orang kurus tak boleh pakai baju saiz besar.sebenarnya orang kurus lagi elok pakai baju besar sebab dapat cover badan yang kurus.




saya suka betul baggy shirt ni.selesa,tak panas,tak melekap di badan dan labuh dapat tutup apa-apa yang patut di belakang :p




warna yang colourful memang cantik lah.ada banyak lagi corak dan warna yang boleh dipilih.
masuk ja page dan ig yang saya bagi link tadi tu.sure rambang mata sebab semua comel2.




partner saya cakap cantik lah saya pakai baju ni.selalu nampak saya kurus macam rangka ja,
ni nampak comel je pakai baggy shirt..HAHA..kembang semangkuk la saya bila orang puji2.




stail tudung dah berubah(rasa comel sikit buat stail simple camni) hehe, tapi baju tak berubah sebab memang sangat selesa.mula2 pegang material baju ni saya ingat panas,rupanya tak panas pun.syok pakai sehari suntuk.jom lah pakat2 try beli baju ni.murah je...lepas pakai confirm terus suka.


terima kasih.

ikan bakar 'coq badak'

Assalamualaikum.


kalau sesiapa yang setia baca blog saya sejak dulu mesti perasan dalam 2 tahun kebelakangan ni saya tak berapa aktif update blog.kalau ada pun selang beberapa hari dan bukan tiap hari macam dulu kan? kalau tanya saya pun saya tak tau nak jawab kenapa.mungkin malas sikit? segan sikit? malu sikit? berdosa sikit(sebab tayang2) atau lain2? mungkin bercampur-campur perasaan tu kot puncanya? tapi insyaallah saya berazam nak update setiap hari walaupun untuk benda simple contohnya macam saya buat apa hari tu? atau saya makan apa hari tu? haha..aci lah kan.ala-ala tumbler atau instagram tapi di blog lah.nak buat tumbler saya tak rajin nak jaga banyak tempat..cukup lah blog ni dan page saja.




untuk permulaan saya nak tayang sikit lunch saya 2,3 hari yang lepas.tadi kata rasa berdosa tayang2?
ni kau tayang balik ya? haha..jangan salah sangka, saja nak share ja pun.kalau baca tajuk mesti pelik awat nama dia ikan bakaq cok badak? jeng..jeng....!



ikan bakar ni disalut dengan pais nyok(kelapa) dan bahan2 tertentu.entah apa bahan kak saya taruk tiba2 dia rasa macam inti cucur badak..bhahaha! terus kami panggil ikan bakaq cok badak.tapi sedap bukan main.makan dengan nasi panas2..pergh! sedap weh.selalu saya luch waktu dah petang2 sikit.tapi sebab ada ikan bakaq ni, saya makan nasi awal.sedap dan senang makan sebab kak saya guna ikan jenahaq yang tak banyak tulang.saya takut makan ikan dan jarang makan ikan sebab tulang2 dia tu.tapi ikan ni saya boleh makan.. ngada sangat kan? haha.



ok tu ja.kalau teringin sila buat ikan bakar ya? tapi jangan minta resepi kat saya, saya bukan tau pun haha.



terima kasih.

product review: 148 by fynale bambi brown.

Assalamualaikum.


kalau anda baca blog saya sejak dulu-dulu mesti anda tau bahawasanya saya ini adalah si pencinta contact lens yang tegar! cewah! jadi tak sah la kalau pencinta lens ni tak tayang contact lens yang baru dia cuba kan? jadi sile la paham ye..bhahaha..



produk:
148 series by fynale bambi.

warna:
brown.

power available:
0-500(50 step)

jangka hayat:
1 tahun tapi dinasihatkan untuk guna 1-3 bulan saja untuk tujuan kebersihan.

water content:
38%

base curve:
8.60mm

diameter:
14.8mm


boleh dibeli di:-

pertanyaan:-
sms/whatsapp: 019-3070247
winkylens@gmail.com


maklumat lanjut mengenai contact lens 148 by fynale bambi brown:-


special untuk pembaca blog saya, anda akan dapat diskaun untuk pembelian lens di circle lens malaysia!
.
.
.
discount code untuk pembaca blog saya: ZOEY10
-discount code hanya sah untuk pembelian kali pertama sahaja.
-minimum pembelian berjumlah RM50 dan ke atas.
-discount code ini sah digunakan sehingga 31/12/2014



exited dapat lens.terus ambil gambar tak sempat buka plastik dah :p



saya ada dua lens dari circle lens malaysia.yang satu lagi saya review lain kali ok?



packaging untuk 148 by fynale bambi brown.



lens dalam packaging.



corak lens.cantik kan corak? macam bunga..hihi.keliling lens ada ring hitam yang agak tebal.warna lens sebelum dipakai nampak macam warna oren, tapi ni warna brown tau.



sebelum dan selepas pakai 148 by fynale bambi brown.
walaupun saiz lens cuma 14.8mm, tapi bila pakai mata nampak besar dan bulat.
ring di sekeliling lens menambahkan lagi efek mata besar.
warna brown lens nampak natural dan tak over, tapi tetap nampak warnanya yang terang dan tak tenggelam.



rasa selesa.sesetengah lens membuatkan mata kita rasa tak selesa dan macam ada benda kat dalam mata kan? tapi lens 148 by fynale bambi brown ni sangat selesa dan pandangan mata jadi jelas..
maknanya tak kabur disebabkan warna lens tu tutup tepi anak mata.



warna cantik,mata nampak besar dan bulat,yang paling penting sekali selesa bila pakai.
saya suka sangat dan ini favourite lens saya sekarang ;D


overall:
  • saya suka sangat lens ni dan rekemen anda untuk try juga.
  • warna cantik.warnanya terang dan jelas tapi tetap natural.cantik sangat!
  • extra suka sebab ada ring hitam di sekeliling lens.ring ni akan bagi efek mata besar dan bulat,so mata dan muka kita nampak fresh sebab mata tak kuyu dah..haha :D
  • selesa.ni yang paling saya titik beratkan kalau pilih lens.kalau tak selesa mata akan jadi sakit dan merah, bahaya tau.jadi pilih la lens yang selesa macam lens 148 by fynale bambi brown ni.
  • pandangan mata clear dan tak jadi blur.
  • saya pakai yang ada power sebab saya rabun.sepanjang pakai lens ni tak ada masalah berkaitan power.ok saja.
  • sila la cuba ya :)


terima kasih.






Sunsilk Lively Clean & Fresh.

Assalamualaikum.


Ini kisah benar.
Mula-mula pakai tudung dulu, saya macam terkena 'kejutan budaya' sebab tak tahu cara jaga rambut untuk gadis berhijab dan tak tahu produk apa yang bagus, akhirnya rambut saya mula bermasalah.bila pakai tudung rambut akan berbau dan berminyak.lepas tu kulit kepala rasa gatal-gatal.selalu ja rasa malu dan tak selesa nak dekat dengan orang lain sebab takut orang terhidu bau busuk tu dan saya asyik tergaru-garu je kepala ni sebab gatal.malu sangat kan? dah la kerja saya kena berjumpa ramai pelanggan,macam mana kalau pelanggan tak selesa berurusan dengan saya nanti? lagi satu, saya jadi tak selesa nak bergaya dengan pelbagai style hijab terutama yang berlapis-lapis sebab kepala rasa gatal.masalah ni semua selalu membuatkan saya jadi risau dan tak yakin diri.



Sampai satu masa tu saya cuba syampoo dan perapi Sunsilk Lively Clean & Fresh.mula-mula cuba saya suka sangat dengan bau Sunsilk Lively Clean & Fresh ni.bau wangi dan tahan lama.rambut saya berbau wangi, rambut jadi lembut dan senang diurus(tak kusut lagi), kepala rasa segar dan selesa walaupun bekerja dan pakai hijab dalam tempoh yang lama.bila berpeluh pun bau wangi masih kekal dan kulit kepala tak gatal lagi.bila dah segar dan selesa, keyakinan diri pun bertambah.gembira nak berurusan dengan orang ramai.sampai sekarang ni saya masih setia menggunakan jenama Sunsilk.


Tahu tak Sunsilk sedikit sebanyak dah mengubah diri saya? dari seorang yang tiada keyakinan dan berasa malu dengan masalah rambut gadis berhijab, saya menjadi seorang yang berkeyakinan dan selesa.selesa berurusan dengan orang lain, selesa untuk memakai pelbagai jenis hijab dan nampak menarik berbanding biasa, yang penting sekali selesa untuk berusaha mencapai aspirasi saya dan bergaul dengan orang ramai terutama mereka yang hebat di dalam bidang yang saya minat iaitu pernigaan dan keusahawanan.sekarang ni saya berjaya mengusahakan perniagaan hijab online dan berjumpa dengan ramai orang.tapi saya tak malu lagi,tak segan lagi, saya tetap selesa dan yakin diri.


Heliza Helmi telah dilantik sebagai duta bagi produk Sunsilk Lively Clean & Fresh.sama seperti kebanyakan wanita berhijab,Heliza Helmi juga sangat menitikberatkan berkenaan masalah bau rambut setelah seharian di luar dan ini juga memberikan kesan terhadap tahap keyakinan diri beliau.sudah tentu Sunsilk Lively Clean & Fresh adalah pilihan Heliza.


Sunsilk Lively Clean & Fresh diperkaya dengan Vitamin Citrus Complex.bahan ini dicipta untuk menyingkirkan penghasilan sebum yang berlebihan di kulit kepala dan dalam masa yang sama menyegarkan dengan hanya sekali cucian.Sunsilk Lively Clean & Fresh didatangkan dalam syampoo dan perapi.syampoo menyingkirkan lebihan sebum di kulit kepala dan menyuburkan untuk mengelakkan kegatalan.perapi  pula membantu mengurangkan rambut bercabang dan rambut kusut.


Sunsilk sentiasa memahami keperluan rambut wanita yang berlainan, termasuk wanita yang berhijab.ini menjadikan mereka sebagai peneraju penjagaan rambut wanita berhijab sejak 15 tahun yang lepas, sejak pelancaran Sunsilk Lively Clean & Fresh.kini hasil penciptaan bersama pakar penjagaan kulit kepala Dr.Francesca Fusco,Sunsilk Lively Clean & Fresh diperkayakan dengan Vitamin Citrus Complex khas untuk wanita berhijab.ia memberikan rasa segar,bebas kegatalan, dan memberikan bau kulit kepala yang harum walaupun memakai hijab dalam tempoh yang lama.kandungan bahan istimewa di dalam variasi ini juga membantu menyingkirkan sebum berlebihan untuk memberikan rasa bersih dan segar kepada wanita.


Saya masih ingat lagi, Sunsilk jenama syampoo pertama yang mengeluarkan iklan khas buat wanita berhijab tanpa mendedahkan rambut.sejak itu wanita berhijab mendapat lebih inspirasi dan keyakinan untuk bercita-cita tinggi dan yakin diri.sebagai jenama yang meletakkan wanita di tangga pertama, Sunsilk sentiasa menyokong wanita berhijab melalui kempen yang berkaitan wanita-wanita ini.Pada tahun lepas  Hijabku, Gayaku kempen telah membawa 10 pereka bertuah dan model ke International Stage Of Islamic Fashion Festival(IFF), yang mana pemenang persembahan fashion diberi peluang melangkah ke dalam industri fashion.pada tahun ini Sunsilk meletakkan fokus kempen Lively Clean & Fresh kepada wanita yang telah menyokong jenama ini sejak 15 tahun yang lepas.


SERTAI KEMPEN  SUNSILK MENEMANIMU SEJAK TAHUN 2000 
DAN MENANG RM20,000 !!!

Sunsilk menemanimu sejak tahun 2000 ialah kempen pada tahun ini.yang mana wanita yang menggunakan jenama Sunsilk dijemput untuk berkongsi kisah dan pengalaman mereka menggunakan Sunsilk di page facebook Sunsilk malaysia.pemenang akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM20,000 untuk mencapai aspirasi beliau.pemenang juga akan diberi peluang untuk menyuarakan pendapat dan berkongsi inspirasi sebagai wanita berhijab bersama dunia.

untuk menyertai peraduan ini dan menjadi sebahagian dari perjalanan Sunsilk menemanimu sejak tahun 2000, anda perlu:

1. Beli produk bernilai RM15 dari rangkaian Sunsilk Lively Clean & Fresh.

2.Kongsi pengalaman anda sepanjang berhijab bersama Sunsilk melalui Sunsilk menemanimu sejak tahun 2000 app* boleh cari di sini: (https://www.facebook.com/SunsilkMalaysia

jom ramai-ramai kita sertai kempen ini.hadiahnya lumayan dan yang penting sekali kita dapat berkongsi aspirasi dan tak mustahil berjaya mencapai aspirasi tersebut.

terima kasih.

Sponsered Video:versi terbaru haruman GUCCI Premiera Eau De Toilette.

Assalamualaikum dan hi,



Baru-baru ni jenama antarabangsa yang terkenal, GUCCI telah memperkenalkan pewangi terbaru mereka iaitu GUCCI Premiere Eau De Toilette.lebih ringan,lebih menyerlah dengan jelmaan lebih lembut dari aroma yang asal.baunya lebih lembut berbanding Eau De Parfume(sebelum ni mereka dah keluarkan pewangi yang sama dari versi Eau De Parfume dan kini versi Eau De Toilette pula).






iklan untuk kempen Gucci Premiere Eau De Toilette menampilkan bintang terkenal hollywood, Blake Lively !



Blake Lively, duta bagi haruman asal Eau De Perfume, dan bukan asing lagi di hollywood, telah memainkan peranan untuk Eau De Toilette terbaru yang lebih lembut ini.Blake sangat bersesuaian bagi GUCCI Premiere Eau De Toilette, yang mana beliau berpendapat glamour tidak semestinya perlu sentiasa berada di acara yang besar- " bagi saya pewangi adalah lambang kepada keyakinan" . " anda semburkan dan serta-merta anda rasa berkuasa"- ada daya tarikan yang muncul bersama wangian dan ada 'kuasa' pada wangian yang memberi kesan kepada orang lain.

Pewangi GUCCI Premiere Eau De Toilette universe mengambil inspirasi daripada GUCCI Premiere Couture Collection yang bermula di cannes film festival 2010.jika GUCCI Premiera melambangkan suasana red carpet dan acara yang gah, versi Eau De Toilette pula lebih lembut.ia mempunyai kesemua ciri haruman yang asal, tetapi telah diolah semula, disegarkan dan anda boleh memakainya sebagai wangian harian anda.


botol dan packaging GUCCI Premiere Eau De Toilette menggabungkan pelbagai details dan motif design yang berkaitan dengan GUCCI Premiere Eau De Parfume.pingat dan 'house iconic horsebit' di leher botol yang elegant dan penutupnya yang menjadi lambang 'GUCCI Premiere'.kotaknya pula menampilkan sepuhan emas corak Diamante GG yang menjadi salah satu daripada motif design paling dikenali di dunia! sama seperti tandangan pengasasnya Guccio Gucci dan lambang web stripe jenama mereka.walaubagaimanapun, untuk mengekalkan keunikan karakter Eau De Toilette, glamour tersebut telah di zahirkan semula.. seperti mana pewangi didalam, kotaknya berwarna emas suram berbanding warna yang terang.


walaupun masih mengikut bauan pewangi asal Eau De Perfume, GUCCI Pemiere Eau De Toilette lebih berani.radiant flower dan sparkling citrus notes memberi bauan yang lebih 'ringan'.initial bloom triggers menyerlahkan keanggunan dan kelincahan.orange blossom memberi rasa sensasi.bauan top notes yang elegant perlahan-lahan bertukar kepada aroma bunga-bungaan putih freesia, jasmine dan soft bulgarian rose.apabila pewangi mengering di kulit, bauan 'halus' tetapi tenacious menghangatkan kulit, patchouli dan musky notes melengkapkan pewangi yang penuh karisma ini.

menurut Frida Giannini yang merupakan Gucci creative director, " di dalam GUCCI Premiere Eau De Toilette terbaru ini, mempunyai keseimbangan antara jasmine sambac dan bulgarian rose, dua jenis bungaan klasik,elegant dan penuh kewanitaan yang berbeza dengan freesia yang lembut.hasilnya bau feminine,moden dan 'cergas' yang anda boleh pakai dan nikmati setiap hari".

kata Blake Lively pula, "wangian terbaru ini menunjukkan anda mempunyai kekuatan dan gembira dengan diri anda sendiri.saya sangat sukakannya.ianya untuk wanita yang mana saya sentiasa ingin jadi sepertinya, setiap hari".


apa lagi yang saya boleh cakap? setiap wanita harus cuba pewangi ini :)



*this article is sponsored by GUCCI Premiera Eau De Toilette.



terima kasih.