boleh jadi duta secret recepi dah.

Assalamualaikum.


sejak mula try makan kat secret recepi tahun lepas, balik balik muka saya ja tercangak kat situ.
hari hari rasa nak makan makanan dia.over sangat eh? macam sepuluh tahun tak pernah rasa benda sedap...kahkah.. mentang mentang dah terer makan kat situ kan.



8.11.13 saya tak tau kenapa saya pakai cun sangat macam ni(pengsan !).rasanya nak keluar makan ja kot weh? motip nak kelihatan segak lagi bergaya? kahkah.segak dah kot tera ni nohhh?




gambaq dalam keta wajib lah oiiii.dah mekap sejam dua takkan tak ambik gambaq kot?relek la wey cewi sorang sorang..haha.




masuk cafe dia terus order(boleh ja sebut 'kedai' tapi cewi punya pasai nak sebut cafe jugak tu -.-').
lepas order lepak sandaq dinding dan pup pap pup pap tangkap gambaq...kahkah.bila rasa pening cari lah pot kot tepi dinding nih.boleh sandaq sandaq kan? saya ni kerap pening tiba tiba sebab darah rendah.makan pulak ubat hat bagi kesan sampingan tekanan darah rendah.pening pat lima kali ganda lah jadinya.



kalau nampak muka budak ni tau dah menu apa dia nak order.hari tu pun sama.banana split dengan ice blended chocolate.si dia tu order air pepsi ja.time ni ja rajin order pepsi pun. la nih dak dah.nak jaga kesihatan kena lah stop air gas(cewah..padahai dahku yang dok bletiaq kat dia..kahkah).



selalunya banana split depa boh ais krim vanila, tapi saja request nak ais krim coklat.naik muak pulak sebab air pun dah coklat dah(ice blended chocolate)..nasib shared makan dua orang.habeh jugak la.




hat ni pun kami order jugak.nama dia curry seafood laksa ka nyonya seafood laksa entah? tapi order satu ja lepas tu share sebab saya memang makan tak habeh punya.makan sikit lepas tu bagi kat si dia makan perabis.si dia pulak suka makan ni.tambah sambai depa bagi tu katanya kena dengan selera dia.portion pun besaq.tu yang boleh share dua orang tu.rasa dia memang sedap pun.dulu waktu mula mula try order ni, saya ingat rasa dia macam laksa utara! (sebab nama dia ada laksa laksa kan) rupanya kuah kari.pekat,lemak,secukup rasa,sedap! tudiaaa punya promote..! tu yang kata boleh jadi duta secret recepi dah kot? hahahaha...



cewaaaahhhh...makan sambil posing..hangpa boleh buat? boleh tu boleh tapi hangpa tak dak lah cewi macam dia ni kan? dia ni biasa laaaa..biasa laaaa..(motip kutuk diri sendiri?) T__________T



pulun la makan walaupun muak.dua dua coklat, maunya tak muak weh.tapi kena perabis la..satgi rasa rugi bayaq mahai..haha.



posing ayu walaupun diriku bukanlah seayu seperti di dalam gambaq T_____T




naaahhh..lagi sekali kita bagi posing ayu ayuan di sebuah cafe(teriak lagi laju la hangpa kan?)
T_______________T




ni nama dia konsep ambik gambaq dulu sebelum makan walaupun perut hang dah lapaq tak terkira dah.saya pun tak paham kenapa mesti diri ni nak buat konsep macam ni..haha.tapi apa apa pun puas hati makan sedap.


terima kasih sebab baca.jumpa di lain entry naahhh.


baibai :p

product review: masker organik warisan.

Assalamualaikum.



sekarang ni banyak sangat produk kat pasaran yang meragukan.bukan meragukan sebab apa, tapi kita jadi takut nak pakai sebab takut dengan kesan sampingan kan? pengelupasan, bahan kimia dan lain-lain antara kesan yang kita semua tak suka.sebab tu saya tertarik nak pakai masker organik warisan tradisional beauty.dengar organik sapa tak tertarik oiiii...! kihkih.jadi kali ni saya nak review dan share pengalaman guna masker organik ni.


produk:
tradisional beauty masker organik warisan.

saiz:
100gm

harga:
RM29.90+RM7 postage

boleh dibeli di:

cara order:
whatsapp/line 010-9782387



ni lah dia masker organik warisan yang saya amalkan.



antara kandungan bahan:
beras organik japan, pitera, ekstrak barli dan lain-lain bahan organik.

dibuat dari 7 bijirin terpilih,biasa digunakan di SPA, 100% bahan organik, tanpa pengawet dan kimia.



masker ni jenis serbuk dan perlu di bancuh sebelum pakai.tekstur masker serbuk halus dan bau macam beras.rasanya semua orang boleh terima bau dia sebab bau tak kuat pun.



cara bancuh masker:
1. ambil setengah sudu teh masker organik.
2.letak di dalam bekas bersih.
3.bancuh masker bersama satu sudu air masak.
4.sapu di keseluruhan wajah.
5.biarkan kering selama 30 minit, kemudian cuci menggunakan air bersih.

masker ni kena bancuh sikit sebab sapu nipis je kat muka, tapi boleh nampak kan punya banyak saya bancuh tu? muahaha.. over tau padahal muka saya kecik, guna sikit je.



1. pastikan kulit dicuci dahulu sebelum menggunakan masker.
2. untuk kulit berjerawat, bancuhan boleh dicampur dengan sedikit perahan air limau kasturi.
3. pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau pekat.

sapukan di seluruh wajah, elakkan kawasan mata dan bibir.biar 30 minit hingga kering.time tunggu ni boleh buat apa-apa yang patut macam tidur ke kan..KROIIIIHHHHHH.....(teruih dia ni tertidoq ka?)



tapi budak ni tak tidur, dia sibuk buat muka gedik kat depan kamera T______T



cuci muka dan taaadaaaa ! kena amalkan untuk hasil yang terbaik.kesan tu dapat rasa di kulit.best betul rawat kulit sendiri.tak payah pi SPA bayar mahal-mahal ok? beli masker ni dan buat sendiri kat rumah.nak tau macam mana lagi kesan menggunakan masker organik warisan ni boleh baca di bawah ni :p


FUNGSI DAN KHASIAT:
  • melembut
  • melicin
  • menghaluskan kulit
  • memudarkan parut jerawat.
  • penggunaan yang berterusan kulit akan menjadi mulus dan gebu.
  • mengelakkan jeragat dari membiak.
  • memudarkan parut jeragat.
  • untuk masalah jeragat amalkan juga pengambilan vitamin c pada setiap hari.
  • masker organik ini juga boleh di jadikan sebagai lulur badan.
  • sesuai untuk semua jenis kulit.


HASIL PENGGUNAAN SAYA:
  • yang paling menarik mengenai masker ni mesti lah sebab ianya dari bahan semulajadi dan ORGANIK ! semulajadi dan selamat.tak risau lagi kesan sampingan bahan kimia(saya dah jadi benci dengan produk yang ada bahan kimia).
  • produk ni sama seperti yang di gunakan di SPA.produk yang digunakan di SPA selalunya dari bahan-bahan semulajadi kan? now dah ada masker ni yang sama macam kat SPA.berSPA lah kat rumah sendiri kan? bhahaha.
  • guna sikit saja dan sapu nipis-nipis, tapi kesannya tersangatlah best.
  • walaupun pengeluar tak cakap masker ni boleh berfungsi sebagai scrub, tapi bila kering masker jadi kasar sikit macam ada butiran scrub.waktu cuci memang kena gosok lembut untuk tanggalkan kesan masker tu.bagi saya ini dah berfungsi sebagai scrub sebab gabungan bahan semulajadi+butiran seperti scrub+gosok lembut boleh tanggalkan sel mati di permukaan kulit.bila sel mati yang menyebabkan kulit kusam dan kasar dah tertanggal, kulit akan jadi lembut dan awet muda.gosok lembut tu pun dapat merangsang peredaran darah di kulit, hasilnya wajah akan nampak berseri..peewwiitt! haha :p
  • boleh digunakan setiap hari.
  • saya suka pakai waktu siang, malamnya saya perasan mesti parut(parut baru), jerawat dan biji ruam tu jadi kering.berkesan sangat tau..sebab tu kalau tak nak pakai seluruh muka, saya akan tempek kat kawasan yang ada parut, jerawat dan biji ruam tu je.dia akan mengering.
  • kulit rasa lembut dan licin.
  • kulit jadi tak berminyak lepas guna.sapa yang ada kulit berminyak terutama yang sangat berminyak tu saya cadangkan anda untuk pakai masker ni.memang berkesan control minyak di kulit.
  • keseluruhannya saya suka masker ni dan memang selalu pakai.tambah pulak fungsinya untuk pudarkan parut dan jeragat, lagi lah iolsss teruja nak amalkan..bhahaha.jom amalkan sama-sama ok? kalau berminat boleh contact no dan klik fb yang saya tulis kat atas tadi.selamat mencuba :)

terima kasih.

baibai.



product review: the body shop camomile waterproof eye & lip make-up remover.

Assalamualaikum.



sapa yang selalu mekap memang wajib ada make-up remover.tambah pulak kalau suka pakai mekap yang waterproof macam saya ni.kena pakai make-up remover yang berkesan.saya ni memang suka tukar tukar jenama make-up remover.saja suka nak try dan cari yang best.baru baru ni saya try jenama the body shop.nak tau ok ka tak please baca sampai habis hokeh.



produk:
the body shop camomile waterproof eye & lip make-up remover.

saiz:
150ml

harga:
RM36.00

tempat beli:
boleh beli di butik the body shop tapi saya beli di laman web.




ini lah produknya.. the body shop camomile waterproof eye & lip make-up remover.
suka lah sebab packaging dia nampak fresh..haha.



gigih sangat tau ambil gambar dulu sebelum guna.now dah habis guna pun..macam ni baru boleh review pengalaman guna kan? semua produk yang saya guna memang wajib ambil gambar dulu sebelum guna.kot kot elok boleh review di blog kan? hahaha..gigih kata kau!



ada dua lapisan, di atas ada lapisan yang berminyak dan di bawah lapisan air.kena goncang sebelum guna untuk sebatikan dua lapisan ni.nampak produk macam biru kan? sebenarnya cecair dia jernih, yang biru tu cuma botol je..haha.



jom kita test naahh.seperti yang saya tulis kat gambar ni.saya sapu tebal tebal foundation,waterproof liquid eyeliner, waterproof lip liner dan waterproof lip matte/lipstick.nama pun waterproof make-up remover, mesti lah kena test kat produk yang waterproof kan? motif saya sebab nak test tahap keberkesanan produk ni.



apa hal tangan saya buruk sangat nih? bhahaha..ni sebab saya sharpkan gambar ya.please abaikan.
try tengok di sebelah kanan.saya dah lap sekali lalu guna kapas dan makeup remover.foundation hilang tapi eye liner, lip liner dan lip matte tak hilang sepenuhnya.



ni pulak selepas dua kali lap guna kapas dan make-up remover.baru tertanggal semua.kesimpulannya, kalau guna mekap waterproof yang agak tebal kita kena cuci betul betul supaya semua kesan mekap tu tertanggal.kalau mekap biasa biasa, sekali cucian pun dah tertanggal dah.


FUNGSI MENURUT PENGELUAR:
  • make-up remover terbaru ini mempunyai dua fasa formula yang berkesan dalam satu penggunaan.
  • make-up remover yang berkesan ini menanggalkan kesan mekap mata dan bibir yang paling 'degil'.
  • menanggalkan waterproof mascara dan lipstick.
  • menanggalkan semua sisa mekap dengan lembut.
  • bebas pewangi, pewarna dan tanpa alkohol.
  • sesuai untuk kulit yang sensitif dan pemakai contact lens.


HASIL PENGGUNAAN SAYA:
  • berkesan! walaupun kadang kadang kena cuci lebih sikit untuk mekap yang waterproof macam maskara, tapi memang dapat tanggalkan kesan mekap sampai bersih tanpa kesan hitam di mata(bergantung juga pada teknik cucian kita).
  • tak perlu gosok terlalu kuat.sapuan lembut pun dah boleh tanggalkan mekap di seluruh muka.kulit kita tak akan rasa pedih, sakit atau tak selesa.
  • tak perlu guna banyak banyak.goncang botol untuk sebatikan lapisan minyak dan air, tuang sikit atas kapas dan sapu lembut untuk tanggalkan mekap mata, bibir dan seluruh muka.sikit pun dah berkesan.
  • untuk mekap yang tebal saya suggest cuci 2,3 kali guna 2,3 kapas.walaupun kesan mekap dah tak nampak, tapi try cuci 2,3 kali lagi mesti keluar jugak sisa bedak dari kulit.kena cuci bersih bersih supaya tak naik jerawat akibat tersumbat dek sisa foundation dan bedak.
  • walaupun pengeluar kata takde bau, tapi ada juga bau sikit.cuma bau tu sangat 'mild' dan tak kuat.
  • walaupun goncang dulu sebelum guna, tapi kadang kadang dia jadi berminyak sikit.terutama dekat dekat nak habis.mungkin makin lama lapisan air makin kurang dan tinggal yang lapisan minyak je kan..so minyak tu yang banyak..haha.jadinya kat kulit pun rasa macam berminyak sikit la.
  • mata rasa tak selesa dan pedih sikit lepas cuci mekap mata.lepas cuci guna remover ni cepat cepat cuci muka guna cleanser kita yang biasa dan air.
  • keseluruhannya remover ni antara yang sangat berkesan.saya kongsi pengalaman guna kat diri sendiri, tapi tak semestinya kesan negatif/positif tu akan sama untuk anda juga.yang penting kena try sendiri baru tahu ya? memang berbaloi dan berkesan.jenama the body shop pula antara jenama yang terbaik sebab guna bahan semulajadi pada produknya.


kalau nak contact untuk review, test produk atau sebarang urusan kerja,
sila email ke: fabulousiti.bnc@gmail.com


terima kasih.

baibai.

penghadang ruang.

Assalamualaikum.



terjumpa gambar ni dalam folder bertarikh 5.11.13(alasan).. jadi harus lah buat entry sikit.
sikit je tak banyak, so harap mengerti...errr..



p/s: saya tengah nak perabis gambar dari folder tahun 2013.
harap bertabah tengok blog saya banyak cerita lama T______T



bila saya cewi saya akan mekap secara puas hati walaupun hanya nak keluar sekejap mencari barang.
amboi bahasa dia T_________T



di kedai perabot.nampak cermin dan SELFIE! macam tak dak keja ja haku ni -...-"



pi kedai perabot beli benda ni.kayu penghadang ke hapa benda orang panggil ni?
nak hadang ruang waktu mekap customer.



entry takde faedah, malah membuang masa anda untuk masuk dan baca.
.
.
maafkan saya kawan..



terima kasih.
baibai.

lens dan tudung.

Assalamualaikum.



demi nak menghidangkan story yang terbaru yakni lagi terkini, maka saya kena clearkan folder tahun 2013 secepat yang mungkin! ewah kemain semangat budak ni sorang, harap dapat clearkan cepat cepat dan awak semua pun tak boooossssaaaannnnnn(saya yang bosan sebenarnya..puhaha).



pada 16.10.13. saya keluar untuk cari barang niaga.material nak buat tudung sebenarnya.tapi first, kena pi kedai speck kawan saya dulu sebab nak beli lens.kalau tidak, teraba raba lah haku membelek material tudung karang dek kerana mata ni yang kelabu asap(rabun) bhahaha.



selfie dalam kedai orang adalah perkara biasa ye kawan kawan..haha.



dah setttle bab lens kena lah ke tujuan asal iaitu mencari material buat tudung.pilih punya pilih sampai dah pening, terduduk lah makcik ni secara selamber.sebenarnya entry ni memang tak ada isi yang menarik pun.tapi sebab nak clearkan folder punya pasal, benda takde faedah pun haku sibuk nak buat entry jugak..takde lah rasa sia sia sangat saya pulun ambil gambar hari tu kan..kahkah.macam ni punya worang pun hadooo.


jumpa di lain entry.

terima kasih.

baibai.


aidiladha 2013

Assalamualaikum.



jom trowback ke tarikh 15.10.13 T____________T



hari tu ialah hari raya aidiladha 2013.trowback sangat kan..?



sebab hari tu hari raya, baru terhegeh hegeh nak pakai ayu lagi menyopankan..kahkah.



baju raya.saya buat kurung pahang dan pakai dengan rantai tradisonal.rantai tu beli kat padang besar, perlis.jenis biasa sajorrr..tak ingat berapa harga dia, tapi tak sampai RM20 rasanya.kain untuk buat baju ni sebenarnya saya dapat hadiah sempena birthday(kalau tak salah la).tak berapa ingat siapa yang bagi, tapi rasanya owner online shop yang saya selalu review.if you reading this, thank you so much.sangat cantik dan selesa.sorry lah sebab dah setahun berlalu baru saya sibuk sibuk nak update dan ucap thank you..haha.tudung half moon plain tu keluaran fabulousiti beauty & closet.



with the girls.adik dan anak anak sedara saya.ajak minmin ambil gambar tapi dia sibuk tarik tangan dan kacau auntie -.-" .sebenarnya raya aidiladha tak buat apa sangat pun.so hari tu kami balik kampung sebelah mak saya.ni depan rumah tok saya.



dengan yaya dan minmin.minmin tak suka ambil gambar, tak suka pandang kamera.auntie acah acah, last sekali auntie yang tergelak nampak siong..bhahaha!

p/s: rindunya nak kulit macam ni balik.sekarang kulit saya banyak parut dan cela -.-"

p/s kedua: takde gambar raya yang lain.banyak gambar sendiri saja.ini saja la yang boleh update pun..haha.


terima kasih.

baibai.






inai merah dan bersih cara saya.

Assalamualaikum.



saya suka pakai inai sejak kecik-kecik.tapi dulu mana ada inai tiub.kalau sebut inai tiub waktu dulu mesti haku dah meraban"ini sejenis makanankah?" muahahaha..over tau dia punya jakun.
maka tempek lah inai guna daun tu lepas tu tidur sampai esok pagi.bangun-bangun inai kau dah terbang ke mana pun tak dapat dikenalpasti dah.habis bantal,cadar dan baju lekat inai tu semua.belum kira susah payah nak petik daun inai,nak perisi(tanggalkan dari batang) daun inai tu,nak giling atau tumbuk lagik.mencabar gila nak lawa pun.tapi kadang-kadang kau akan kecewa sebab hasilnya inai  kau tak merah(saya pakai inai daun mesti tak jadi merah) kuang..kuang kepada diriku T________T


zaman sekarang mudah.guna saja inai tiub.sejak guna inai tiub ni lah baru merasa inai jadi merah kat tangan dan kuku saya..bhahaha.kesian baq hang.tapi inai tiub pun ada banyak jenis.ada yang jadi hitam. jadi coklat,jadi meroon.susah nak cari yang warna merah elok tu kan?.meh saya tunjuk yang saya selalu guna.




dulu suka pakai inai seluruh jari.lepas tu trend ukir inai muncul suka pulak ukir inai walaupun diri sendiri tak dapat kenalpasti apa corak yang haku buat tu..kahkah.sekarang suka pakai tang jari saja.salah satu motif pakai inai sebab nak cover line kuku saya yang selalu pucat atau biru(kesan penyakit saya) terutama kalau time saya sejuk atau lepas mandi.motif lain? sebab rasa cun kot kuku ada kaler? hahahaha.

saya suka pakai inai atas kuku tu bagi kemas dan bersih.kiranya tak comot kat tepi dia.tapi tengok sekarang ni ramai yang suka pakai bagi comot kat tepi.trend ke? tak pasti lah kan.

inai yang saya guna ni ni pun warna meroon sebenarnya.tapi tips dia, pakai sat saja.jangan biar betul-betul kering.lepas sapu dan biar sat terus cuci.agak-agak sendiri lah kan nak merah tu takat mana.yang nampak berkilat tu sebab saya cuci guna minyak.ada minyak kat kuku waktu ambil gambar ni..hewhew :p



bahan-bahan untuk pakai inai..haha.macam nak masak gayanya.inai saya guna yang beauty cone ni.boleh beli kat mydin.kat tempat lain tak pasti pulak.kakak saya duduk ipoh sebelum ni yang tolong beli.sekali beli berkotak-kotak lah buat stock haha.tapi dah tinggal satu ni saja.kakak saya dah pindah balik sini.lepas ni tak tau nak beli kat mana pulak.dulu abang ipar saya tolong beli kat kelantan.RM2 je! tapi tak ingat lah nama dan kotak dia.lepas pakai jangan cuci guna air, saya tanggalkan inai tu guna tisu, lepas tu cuci semula guna kapas yang dititik minyak.biar camtu je jangan guna air lagi.untuk minyak boleh guna minyak zaitun tapi saya guna minyak masak..haha.saya memang suka main hentam.pencuci mekap pixy tu saya titik kat putik kapas dan cuci tepi-tepi kuku supaya bersih dan kemas.saya guna jugak untuk cuci bahagian comot yang terkena inai.hebat wooo pencuci mekap ni..bukan takat cuci mekap, boleh tanggalkan inai dan kesan pen kat kulit! hahaha.saya try macam-macam guna pencuci mekap ni.saya memang suka bereksperimen pun..cewah!




lupa nak cakap.saya akan picit inai tu sikit kat dalam bekas, lepas tu saya colek guna pencungkil gigi yang leper sikit tu dan sapu atas kuku.guna pulak pencungkil gigi yang tajam kat hujung tu untuk ratakan inai di tepi kuku.senang sikit guna yang tajam ni.dapat masuk kot tepi tu.saya kan suka inai yang nampak kemas.


ok tu ja cara saya pakai inai.mesti uolss dah kerut dahi "nak pakai inai je pun punya banyak barang dia guna,punya rumit cara dia" bhahaha..selamat mencuba ye uolsss.. ;D



terima kasih.

baibai.



secret recepi.

Assalamualaikum.


hard disk saya penuh dengan folder gambar.sebab semak mata dan semak pala, saya perlu clearkan gambar dalam dalam folder tu supaya dapat di ubah ke dalam folder khas untuk gambar yang dah update di blog.hallo! uolss paham ke tak paham apa saya bebel ni? macam pening pening je haku bebel nih..muahaha.baik lah, sebenarnya tu semua alasan sebab nak update blog dengan cerita lama.tolonglah lali dengan stail tuan blog ni.tak update yang dah basi memang tak sah T________T



pada tarikh 14.10.13 iaitu pada tahun lepas dan sehari sebelum raya haji.
orang sibuk buat lemang ketupat dan prepare lembu nak sembelih untuk esoknya, saya sibuk teman si polan tutttt keluar beli barang nak masak.dia punya terer beli barang masak mengalahkan saya.tolong malu sikit(kataku kepada diri).



habis siangnya beli barang, dia balik tolong mak masak lah weh! saya ja muka tak malu tak reti reti nak tolong mak masak.cehhh pecah rahsia haku T_________T
malamnya sebab kelaparan dan tak ketahuan(raya haji biasa biasa saja kan), so keluar lagi lah dua makluk ni pi makan kat secret recepi.tapi harap maaf lah, makluk yang seorang lagi gambar dia tak valid dalam blog ni..bhahaha.nampak dalam gambar atas ni? dia ni memang kusyuk kalau tengok menu.tapi ulang 10 kali pun dia pening lagi nak makan apa.mesti hangpa stress kalau pi makan dengan dia.



kusyuk pilih menu, kusyuk lagi dia tangkap gambar -.-'



tersenyum kambing bila dah jumpa apa dia nak makan.cehhh nipu ja lebih.kalau mai secret recepi dia tak payah tengok menu pun dah tau nak order apa.balik balik order benda yang sama.



tengok sikit menu dia.sebenarnya banyak makanan yang sedap kat sini.tapi macam biasa, mesti nak order noodle in tom yam kung dengan ice blended chocolate.makluk yang seorang lagi order curry seafood laksa.



jangan kata iolss tak boikot nah..ini tahun lepas punya ni.orang yang satu lagi order.tengok ice blended chocolate tu..terliur ke tak terliur?(tampar muka sendiri sebab haku yang terliur sebenarnya)



dua makanan ni antara favourite kalau pi secret recepi.saya cerewet bab makan.yang ni sedap dan cukup rasa.banyak pulak tu.sekali sekala memang tak kisah makan mahal gini sebab memang sedap pun(terharu kedai makan kalau semua customer pikir gini).



noodle in tom yam kung.sedia tisu banyak banyak sebab pedas gila weh! makan time panas panas pulak, berasap lah kau cik senah.tapi memang sedap lah.kalau nak makan pedas macam ni order lah air yang ada susu macam ice blended chocolate tu kan.dia akan kurangkan rasa pedas tu sikit(ini faktau tau, minum susu boleh kurangkan rasa pedas).



curry seafood laksa(kalau tak silap).tak sepedas tom yang kung tadi.makan dengan sambal belacan dia tu memang sedap weh.kuah dia pekat, lemak, cukup rasa memang sedap lah.tulis nak kasi uolss terliur ja kan..bhahaha.



makan dengan riang raya.kata esok raya? *apa kena mengena? :p



muka senyum puas hati makan sedap.muka tak mekap waktu ni.dark circle dah jadi efek smokey eyes.nasib baik yakin diri -.-'



tekak happy, perut happy,dompet tak berapa happy T_______T bai bai.



terima kasih.