pertunangan cce(adik saya)

Assalamualaikum.



Ohoii orang-orang kampung, perasan tak dah berapa lama saya tak update blog ni? rasa macam tak ada benda best pun nak update.. nampak sangat kehidupanku tak best...cehh! disebabkan tak ada benda best, kali ni saya update cerita majlis pertunangan adik saya, cce.sapa-sapa yang baca blog saya sejak dulu-dulu mesti kenai sapa cce ni kan? hari tu saya cakap kat cce "tak dak benda best nak update kat blog aku, boh pasai bertunang hang la ok?" muahaha.. tak malu sangat nak buat cerita pasai majlis orang.alang-alang dia tak ada blog dah, i sapu lah buat setory kat blog i kan? alaaaa. .lagipun semua mesti suka baca bab bertunang dan kawen-kawen kan? eleeeehhhhhhh... baik ngaku! kahkah.



majlis pertunangan ni berlangsung pada 7.12.14 pukul 11 pagi.sebelum subuh lagi semua dah bangun dan siapkan apa-apa yang patut(ya lah tu...padahai sibuk sambung iron baju).nampak gambar ni? ni masa rombongan pihak lelaki baru sampai.saya syak abang pengantin yang berbaju hijau tu ialah ketua warden rombongan berdasarkan gaya beliau yang penuh gaya, mutu, keunggulan... haha.jangan marah ya abang pengantin, gurau saja.



sesi perbincangan kedua belah pihak.sebab bapak saya dah meninggal, jadi jiran saya tolong jadi wakil pihak kami.ada ja abang-abang saya untuk jadi wakil tapi depa terlewat sikit masa tu.. jiran saya  kena takeover.pihak lelaki pula diwakili bapa beliau sendiri.cce tiba-tiba muncul kat situ bukan join sesi perbincangan ya, tapi waktu tu dah selesai sesi sarung cincin dah, saja lah dia duduk situ.kang uols pikir dah kenapa pengantin perempuan pun sibuk-sibuk nak join berbincang sekali.. haha.



dah selesai perbincangan, terus lah ke sesi menyarungkan cincin dan bersalaman dengan bakal ibu mertua beliau yang comel :)



lepas tu makan-makan, yeaaa! buat khemah dan sedia meja simple-simple ja sebab rumah kami tak luas sangat.takut tetamu tak selesa kalau makan dalam rumah.tak ada pun scallop atau sarung kerusi  dan meja yang segak-segak.. haha.semua dogoi(kosong).makanan tempah kat orang.ada nasi minyak, ayam masak merah(kalau tak silap) dan gulai daging. laksa tempah kat orang kampung saya dan tapai pulak mak mertua kakak saya yang buat.



hantaran pihak lelaki.dengar kata pengantin lelaki dan adik beradik lelaki dia yang buat..hihi.ada buah-buahan, tepak sirih, coklat dan kek lapis sarawak.



hantaran pihak perempuan.gubahan bunga hantaran saya yang buat(peewiittt!).cce sedia 5 dulang ja pun tapi jiran, mak saudara,sepupu, kakak dan kawan cce ada bagi jugak hantaran.nasib baik bunga ada lebih, boleh la hias sekali hantaran yang depa bagi.terima kasih sudi bagi naah.hantaran kat dalam gambar ni ada coklat yang jiran bagi, cupcake yang mak saudara bagi, kek kawan cce bagi, victoria sandwich cake cce tempah kat kulim cupcake dan buah-buahan.



total pihak perempuan bagi 10 dulang hantaran.dalam gambar ni ada coklat, bahulu(dalam bungkusan) yang kakak saya dari perlis bagi, ferraro rocher sepupu bagi, kekacang dan kismis, sirih junjung yang kakak saya dari perlis gubah.saya yang mula-mula start gubah, lepas tu dah start mengantuk malam sebelum majlis tu, terus pass kat kakak saya gubah sampai habis haha.bunga hidup untuk gubahan tu pun sepupu yang bagi.



pelamin.sebenarnya tak pelamin sangat pun.lebih pada tempat untuk sarung cincin dan ambil gambar bagi nampak lawa sikit.rumah kami ni rumah kampung yang ada banyak barang.memang tak ada ruang cantik untuk ambil gambar, so cce dengan kakna(sorang lagi kakak saya) DIY sendiri pelamin ni.dekat sebulan lah depa dok cari barang.saya tak campur bab pelamin sebab saya tak larat buat kerja-kerja macam ni haha.

  • gubahan bunga: saya yang gubah.bab ni saya terer lah kot.. kalau tak, sia-sia lah terbabit dalam bidang ni sejak dahulu kala.. cey..cey.. pasu dan bunga beli kat atoz.
  • gantungan bunga: bunga hidup yang sepupu bagi.cce gantung kat belakang pelamin macam tu.
  • kain tirai: cce beli kain dan bagi sepupu jahit.
  • karpet hijau:ni bukan karpet sangat pun, kain tebal dan berbulu ja, tapi cce hentam buat ala-ala karpet kat bawah tu.beli kat kamdar.
  • kayu lapik pasu bunga ros: ni asalnya batang pokok nyok(kelapa) yang jiran saya tebang.pokok nyok yang rendah-rendah tu.kakak saya gergaji dua(dapat lah dua alas) lepas tu cuci, jemur dan gosok licin guna kertas pasir.
  • kerusi: kerusi ni jiran saya tolong buat guna papan dan kayu yang tak guna dah.lepas dah siap, kakna kikis bekas cat, tonyoh dengan kertas pasir dan sapu cat putih.berat tau kerusi ni! tapi lawa kan? terima kasih jiran saya tolong buat lawa gini.
  • bantal: cce beli bantal yang dah siap tu kat tesco kot.. lepas tu sarung kotak-kotak dan warna pink tu cce beli kain dan upah orang jahit buat sarung.
  • lighting: cce beli kat kedai DIY.malam buat pelamin(buat awal beberapa hari) waktu try test buka lighting tu mentol dia terbakaq! haha.. lepas tu cce caras mentol dari lighting mini studio saya -.-'



cincin pertunangan dan bunga tangan.bunga tangan ni bff cce, ana yang bagi.



antara family kami.family saya ni sebenarnya ramai tapi depa semua susah betoi nak tangkap gambaq.waktu ni hat lelaki-lelaki sibuk uruskan makanan tetamu kat luaq.panggil ambil gambaq pun depa buat dek ja.. haha.kira ramai lah yang tak dak dalam gambaq ni.tau tak anak menakan saya kat depan yang pegang baby tu(tudung oren) muka dia sebiji macam cce waktu kecik haha.nak tengok cce time kecik boleh tengok dia ja.



cce dengan bff beliau.fiza dengan amalina mai jauh dari KL nun..terima kasih mai.leha si baju hitam tengah pregnant waktu ni.saya mekap waktu dia bertunang, nikah dan bersanding.sekarang dah ada baby pun.. tukang mekap ni ja tak kawin lagik haha.tahniah leha dapat baby boy :)



pengantin.kalau selalu dalam entry-entry saya mesti nak kenakan cce kan? tapi ni hari bahagia dia, kasi can lah dia tak dikenakan..bhahaha.



flower crown ni saya yang punya.lepas tu cce caras sampai lunyai lah dibuatnya..isk2.
mekap oleh saya.simple mekap ja pun.saya ada buat entry mengenai mekap yang dibuat ni di blog mekap saya http://fabulousiti.blogspot.com



si tudung ungu pun nak tumpang jugak -.-"



dia ni memang suka tumpang lebih-lebih pun T_____________T



terus buat ala-ala majlis sendiri.. kahkah.


alhamdulilah majlis berjalan lancar dan cuaca pun elok.petang tu ja waktu hampir selesai majlis, hujan dan angin sikit.dalam entry ni saya sebut cce dan tunang beliau sebagai pengantin kan? saja ja nak mudahkan saya taip.baru bertunang tau bukan kahwin lagi haha.saya tau mesti yang akan tanya "cik zoey bila lagi?"  takyah tanya sebab saya tak pernah jawab pun.tak minat nak jawab hehe.



terima kasih.
baibai.

8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

tahniah2 :)

Cik MeNtos said...

Cantknha pelamin diy. Berminat betul dgn kerusi putih tuu! Hehe

Amanina Mads said...

Tahniah buat cce

Cik Puan Eka said...

tahniah CCE. Cantiknya pelamin dia tu. Suka tengok simple dan menariklah. Cun cun

Nabila Syifa said...

tahniah yer!! adik awak

Salina Jalaludin said...

Cumell pelamin cce... ^_^ Tuan pelamin & kakaknya pun cumelll jugak...

Chekgu Azrine said...

Tahniah utk adil zoey

Hana Niey said...

Tahniah untuk CCE.. :)