product review: freshkon mosaic velvet blue.


Assalamualaikum.



review contac lens kini kembali kawan-kawan(angkat dua jari peace).kalau rasa-rasa tengah dok cari contact lens tu boleh la mai baca review ni kot lah boleh membantu kan? cewwaahhh.
kalau nak tengok review hat len boleh klik kat labels "lens" banyak dah yang saya review sebelum ni.pi usha lekaih.


produk:
contact lens freshkon jenis mosaic

warna:
velvet blue

harga:
kalau tak salah time beli tu harga dia RM50.00 satu kotak(ada sepasang)

jangka hayat:
sebulan

saiz:
14.20mm

tempat beli:
kedai speck



packaging.ni bukan contact lens freshkon hat biasa tu tau, ni jenis mosaic.



corak dan warna contact lens freshkon velvet blue.



close-up sikit.macam ada ring di keliling lens tapi tak tebal dan tak jelas.nampak macam ring tu warna coklat ja.di tengah(keliling lubang anak mata) pun ada macam ring warna coklat tapi yang ni macam bercorak sikit.efek dia anak mata nampak menonjol berbanding lens yang tak ada ring di tengah.warna lens nampak jelas warna biru muda.



sebelum dan selepas pakai freshkon velvet blue.



close-up pulak.tadi dalam bekas nampak warna biru kan? tapi bila pakai nampak macam hijau sikit.




saya pakai freshkon mosaic velvet blue.




pakai lens yang sama.



PENGALAMAN SAYA PAKAI:
  • kalau dalam bekas warna lens nampak biru, tapi bila pakai nampak hijau sikit kecuali kalau betul-betul kena cahaya.tu pun nampak biru kelabu dan bukan betul-betul biru macam dalam bekas.walaupun macam tu, saya tetap suka warna dia.cantik jugak.
  • warna tak terang sangat dan tak gelap sangat.sedang-sedang lah kiranya.
  • corak lens membuatkan mata nampak menonjol terutama anak mata kat tengah tu.
  • lens ni tak keras dan tak terlalu lembut.biasa-biasa ja.
  • keselesaan tu sederhana.mula-mula pakai rasa macam ada benda jugak dalam mata.memang mata saya lagu ni kot? kalau pakai saiz biasa memang rasa ada benda.tapi lama-lama lepas tu agak ok jugak.tak sakit cuma rasa ada lens kat dalam mata.
  • saiz 14.20mm ni saiz biasa..so bila pakai tu tak ada lah efek mata besar atau bulat.nampak saiz biasa jugak.
  • bulat untuk anak mata di tengah tu kecik agaknya sebab bila pakai pandangan mata tak jelas.terganggu dengan warna lens di sekeliling tu.
  • keseluruhannya saya ok ja dengan lens ni.tak berjaya jadi favourite saya tapi bukan jugak lens yang saya tak suka.ok jugak tapi jarang lah pakai hehe.. ;D


p/s: saya review dari pengalaman diri sendiri.tak semestinya hasilnya akan sama kat anda juga.
yang penting try sendiri baru tau.selamat mencuba ;)



terima kasih.
baibai.

1 comment:

surizan abdghani said...

Review lipstick plissss..cantik lipstick awk