majlis pertunangan alin(anak saudara saya)

Assalamualaikum.


tahun ni family dan saudara-mara saya ramai yang nak kahwin.kiranya tahun ni banyak majlis nak berlangsung.dari bulan 12 hari tu sampai ke hujung tahun ni berderet lah pakat tunggu turn masing-masing.harap awak semua bertabah kalau buka blog saya nanti balik-balik pasal kahwin ja noohh?


hari tu saya cerita pasal majlis pertunangan adik saya, cce kan? majlis dia bulan 12 hari tu.kali ni saya nak update pasal majlis pertunangan anak saudara saya pulak, alin.majlis dia bulan 1 baru-baru ni.ni anak abang saya yang sulung merangkap cucu sulung dalam family.anak menakan semua besaq dah..besaq dari mak menakan dia nih T_________T



ni dia anak menakan saya hat bertunang.gambar dari official photographer ASM studio & gallery.boleh pi try cari fb depa. saya yang mekap alin.natural saja.boleh try tengok kat blog mekap saya http://fabulousiti.blogspot.com saya ada buat entry pasal mekap yang dibuat ni.



kalau cce tengok gambaq ni mesti dia ingat saya nak sabotaj dia bhahaha.tu lah dia exited sangat, kalau dia bertenang sikit mesti dia cun macam kami jugak..EH? kahkah.


ni abang saya.identiti adalah dirahsiakan.anggap lah dia pemalu..cey cey...haha.hari tu saya boh gambaq dengan abang saya kat fb, semua orang ingat tu kami yang bertunang.padahai ni abang saya, kami tumpang ambil gambar kat pelamin alin sajo lah..hahaha.



tuan punya pelamin sibuk melayan tetamu, budak ni mula lah ambil kesempatan cewi kat pelamin orang kan..dah la pakai lipstick merah ang-ang kalah alin hat bertunang T__________T


pelamin lawa ni dari mirabilia concept house of bridal.pi try cari fb depa guna nama yang sama k?


hantaran dari pihak perempuan.kami kot kedah kalau bertunang bagi hantaran makanan saja.hantaran persalinan tunggu waktu kahwin baru akan bagi.


lagi hantaran dari pihak perempuan.



hantaran dari pihak lelaki.sebelah lelaki pun kalau bertunang bagi makanan saja.sirih junjung tu lain cerita lah kan hehe.


ok, tu ja lah kot.nanti sampai masa majlis lain pulak berlangsung saya update lagi, insyaallah.semoga semua urusan yang bakal-bakal berkahwin ni dipermudahkan.selamat bertunang kepada alin dan amet dari auntie comels(nak gak sebut comels) muahaha.


alang-alang tu nak bagitau fabulousiti beauty & closet(klik sini) baru ja update tudung chiffon 4 segi bucu bulat atau dikenali jugak dengan nama bawal chiffon(bawal bulat)..saiz bidang 50.boleh pi usha-usha sebab tudung ni selesa, senang bentuk, tak licin dan tak jarang.boleh pakai cara tudung bawal atau cara shawl.ready stock dengan harga promosi RM24 sahaja! selalunya harga biasa untuk bidang 50 ni RM34.tengah murah ni pakat beli lekaih nah.atau boleh terus sms/whatsapp 012-4141421(jangan call).


terima kasih.
baibai.


No comments: