ikan bakar tanjung dawai

Assalamualaikum.



Bulan dua 2015 hari tu saya pergi sungai petani sebab nak beli barang.habis satu family haku hangkut sekali.alang-alang nak pi tu saja lah bawak mak dengan kakna dan anak-anak dia keluar.hari-hari asyik terperap kat dalam rumah ja kan sebab husband dia kerja kat KL, boring la hoi! hahaha.Tapi CCE(adik saya) dengan ana(bff dia) pun ikut sekali.depa naik kereta asing la.I tak naik alphad okeh, I tak mampu nak sumbat semua orang naik kereta I..kahkah.




ini lah jadiknya kalau cuba-cuba pakai contact lens takdak power, kena taruk jugak speck kot atas.la ni rabun dengan pening teruk, takleh tinggai langsung speck atau lens yang ada power.satgi mula lah haku tak nampak lepas tu fening-fening lalat.koman spana betoi..wahaha!




cewahhh.. dan lagi dok buat ootd depan ghumah.tudung tu half moon pleated dari fabulousiti beauty & closet(klik sini) baju tu sebenarnya baju kebaya yang saya buat waktu raya tahun 2013(kalau tak salah).sepatutnya ada kain dia sendiri(dibuat dari kain batik) tapi kali ni saja la saya pakai dengan skirt labuh yang kawan saya bagi.




destinasi pertama, teman CCE(adik saya) bayar duit catering.sementara tunggu dia meeting dengan orang catering, dan lagi kak dia ni dok ambik gambaq kat umah orang nooh? pakai sekert I kena duduk ayu-ayu naahh..kihkih.



otw pi sp.syok dok tengok pemandangan sawah gini :)



makkk oiiiii....! segaknya padi dia kaler kuning..haha.macam jakun la haku ni kan.hangpa toksah heran la, haku memang suka buat jakun pun kahkah.




hari-hari dok kot dalam rumah ja.pandang dinding, pandang siling.pandang dinding, pandang siling, sekali sekala keluaq tengok pemandangan gini cerah mata cek hangpa tau! 




sebenaqnya pi sp nak cari kain.pi jakel tapi kain yang dicari ada kat tingkat 2 nuh.kena naik tangga takdak lif.iolss mana boleh naik tangga, satgi semput sia-sia ja I pakai segak mai jauh-jauh T_____T last-last pi kat gulatis dan beli kat situ ja sebab situ ada lif.sayang sungguh lah sebab jakel kain dia lagi murah dan layanan staff dia lagi helok dari gulatis(kenyataan dari pengalaman ni tau).




gadis pinggitan yang comel-comel belaka.yang kanan paling comel sekali,yang tu tak boleh dinafikan.dua orang budak ni pun takleh lawan..BHAHAHAHAHA.mesti hangpa semua geli-geli kat dalam hati, "apabenda minah sorang ni dok perasan, ingat dia segak ka?" muahaha.wokeh-wokeh, dah melulu sangat melalut haku nih.lepas habis beli barang kat sp, kami semua pi tanjung dawai nak makan ikan bakaq..weehuuu! tapi pi tepi pantai waktu petang hangpa paham-paham la noh? dia punya panaih tu lit-lit menusuk ke muka kami sampai takleh nak celik mata dah.


kami makan kat ikan bakar warisan warung mak njang(kalau tak salah).ni tempat favourite kak saya kot sebab dia kerap mai makan kat sini dengan husband dia.saya nak duduk kat pondok yang bersila, tapi mak sakit lutut tak larat nak duduk dan bangun nanti, so kami pilih pondok bangku tu ja.




ni geng veteran dan separa veteran(haku la tu -.-" )



ni geng kanak-kanak aneh...kahkah.




sementara tunggu ikan bakaq sampai, order dulu kerang busuk (nak kena tampar budak ni).ini kerang bakar la dey! cicah dengan ayaq asam.walaupun ayaq asam dia pedas sikit tapi sedap.




kopek kerang dan longgok sekali ayaq asam.makan sampai meleleh ayaq mata, ayaq hinguih..hahahahha.tak senonoh punya budak.



panaih-panaih minum lai chi kang memang fresh la kan.mula-mula order sikit sebab nak share, tapi lepas tu order terlebih pasal semua tamak haloba dek kepanasan tepian pantai... haha.



nasi putih.



ikan bakaq.kami order dua ikan bakaq.satu ikan jenahak dan satu lagi ikan siakap.kita boleh pilih sendiri ikan atau apa-apa ja makanan laut yang fresh untuk dibakar atau dimasak menu pilihan kita.saya suka ikan jenahak sebab tak dak tulang.saya ni kecut perut sikit kalau makan ikan sebab takut tulang .sebab tu saya jarang makan ikan..hewhew.



ni sekoq lagi.tak tau lah yang mana satu jenahak, mana satu siakap.tak ingat dah pun.dapat sekali ayaq asam untuk cicah.pedas tapi sedap woooo.. hamboi uolss meleleh ayaq lioq lew tuuuu...bhahaha.



yang ni sup ayam.tapi apasal aku nampak macam tom yam? kahkah.



kailan ikan masin.




nah dua juq ayaq.oren dengan sirap.



sayangnya waktu tu perut saya tak selesa, tak dapat nak nikmati betul-betul makanan tu semua.terus bawak diri usha matahari terbenam ni.




cantik kan? waktu maghrib kami pun bertolak balik ke kulim.



terima kasih.
baibai.

No comments: