my birthday !

Assalamualaikum.


Kira punya kira rupanya dah dekat 5 bulan saya berumur 27 tahun..kahkah! macam nak lempang muka sendiri mendengarkan ayat tersebut.macam special sangat 27 tu kan.. padahal memberontak kat dalam hati pasal dah rasa tua sangat lalu emosi pun tak stabil mengenangkan umur yang kian meningkat veteran.. NANGESSSHHHH T_______________________T




mesti orang pikir apa benda budak ni dah pakai contact lens, double sepek mata pulak.jangan bergosip dulu cik senah, sebenarnya waktu ni saya tengah test power lens yang sesuai dan waktu ni saya pakai lens yang takde power.nak control ayu dek rabun ayam tu, kena lah pakai speck ada power kot atas, baru lah nampak clear pakwe mana yang hensem! kahkah.gambar ni diambil pada 31 januari tahun ni(2015) iaitu pada hari birthday saya..! ewah kau sebab ini birthday terus rasa nak mekap lawa-lawa kan.pergi jusco alma dan shopping kat sasa beauty, staff2 cina kat situ punya rancak berborak sambil pandang-pandang iolss.sampai lah satff yang melayan saya tu cakap "miss you cantik macam mix.you mix ka? mereka(kawan-kawan dia) cakap you cantik macam mix laa" aiseh! kemvang setaman iolss.ini lah pasal nak taruk gambar selfie atas ni.rupa budak yang dikatakan cantik dan kacukan(libas-libas tudung)... kahkah.




motif sebenar entry ni nak cerita pasal birthday, tapi melalut lebih memang kepakaran saya lah kan.kejadian ni dah lepas dah pun.31 januari hari tu lagi.tapi untuk kenangan kita taruk lah jugak kat blog.waktu ni potong kek dengan anak saudara saya aqil.birthday dia bulan januari jugak cuma tarikh tak sama.dia awal lagi.alang-alang beli kek nak potong, share lah dengan dia kan.birthday boy tak macho langsung, muka bedak selepung ='D




aqil taruk tepi, kasi can auntie nak potong kek feeling-feeling hokeh :'D



dah terlebih feeling dah nih.seronok dapat kek ke cik puan datin markonah?




versi-tanpa-flash-tapi-ku-rasa-ianya-segak-KAHKAH.



suka dengan kek yang diletak kat dalam kotak macam ni.pengaruh drama korea whatever skskdkwo



birthday cake untuk diri sendiri sobs..(terharu).



comel dan sedap(puji lebih sebab sendiri yang pilih).



waktu beli kek ni saya request nak tulis nama  tapi staff tu taknak.dia suruh letak happy birthday tu ja.tapi saya nak tulis jugak sebab birthday dua orang kan.banyak kali haku suruh dia naik stress gamaknya, terus dia pi tulis.tapi tunggu lama lah pulak.dia balas dendam kat haku ke apa agaknya ya? isk2..husnuzon cik puan..husnizon..bhahaha.




sebenarnya 31 januari malam tu kami adik beradik buat steam boat dan potong kek sesama kami je.bukan semua adik beradik lah, setakat yang ada kat rumah ni ja pun haha.jadi lah kan.kami memang selalu beli makanan lepas tu makan ramai-ramai macam ni.sempena birthday saya hari tu saja lah kami buat steam boat.kalau pi kedai rugi sebab saya jenis makan sikit tapi kerap.baik buat kat rumah sebab makan sikit pun boleh ulang banyak kali.gambar atas ni bahan-bahan yang kakna (kakak saya) dengan cce(adk saya) beli.ada isi ketam, udang,ikan dan makluk yang tak diketahui mahupun diketahui ERK?




sayur jangan lupa, baru lah boleh membajet kami hidup dengan memakan makanan yang sihat dan seimbang(padahal.....) hahaha.



kuah tomyam.buat kuah dulu dan masukkan bahan-bahan yang sepatutnya.guna periuk serbaguna yang saya beli dulu.tak sia-sia beli weh.banyak berjasa bila tuan dia mengidam nak makan stem boat hahahaha.



terliur tak?????



berkelah satu family kat depan tv sambil bersteam boat.



ini siang sebelum tu.pi jusco alma nak beli barang sikit.




teringin nak makan baskin robbin.




lupa nama ice yang saya ambil ni.kerap beli yang ni tapi tak ingat nama -.-'



singgah beli kek untuk potong malam tu.



saya suka tengok kek atau roti cantik-cantik macam ni.rasa bahagia tau tengok benda cantik berbau harum.macam sedap semuanya.




saya suka makan kek.awak pulak suka makan kek ke makan penampar? kahkah..tak relevan langsung pertanyaan saya.silap haribulan saya yang makan penampar dari awak semua(tahu takut).



ingat lagi cerita saya pasal staff kat sasa beauty tu? tak tahu lah samada dek kerana saya terlalu cantik macam kacukan(PENGSAN!) atau sebab dia baik hati, atau pun sebab saya beli produk mahal kat dia, terus dia bagi free perfume terbaru ni.saiz kecik lah.kau rasa dia nak bagi diri kena pecat ke nak bagi yang saiz besar punye? boleh lah anggap ni rezeki dan hadiah sempena birthday sebab tahun ni tak dapat hadiah pun.. KAHKAH BESAR-BESAR kat diri sendiri T__________T



sempena birthday kali ni saya berdoa semoga saya happy dan healty selalu(ceh, macam tak boleh taip bahasa melayu).


p/s: tahun lepas beberapa jam sebelum masuk birthday saya, arwah pak saya jatuh dan meninggal dua hari kemudian.birthday berlalu macam tu saja.tak teringin langsung nak buat apa-apa2.tapi 'si dia' ada buat kejutan jugak.ketuk pintu waktu malam, konon buka ja pintu dia nyanyi happy birthday sambil pegang kek.tapi lawaknya yang buka pintu tu bukan saya, tapi kakak ipar saya! hahahaha..dia sangka saya yang buka pintu boleh terus surprise kan.ini tidak, dia kena masuk rumah dulu dan dok depan saya baru nyanyi happy birthday.terima kasih you.yang penting sekali, terima kasih ALLAH untuk semua kenangan dan umur yang panjang ini..sobs...



terima kasih.
baibai.

No comments: