product review: savee blackberry super whitening 3D paper mask sheet

Assalamualaikum.



setahun yang lepas cce(adik saya) TERbaik hati bagi savee mask secara free kat saya.ini adalah mengejutkan sebab dia jarang bagi benda secara free melainkan saya sendiri yang minta.waktu tu macam ajaib lah sebab ku sangkakan savee mask ni mahal giler sebab jakun sikit tak pernah dengar brand nih..bhahaha.memang jakun bebenor lah haku ni.rupanya murah je pun.... cce pulak bagi kat saya sebab kulit dia sensitif tak sesuai dengan brand ni.huk aloohhh..sebab tu rupanya dia bagi.ingatkan betul-betul beli kat ku.lepas dia bagi tu entah kat mana saya letak mask ni sampai lah baru-baru ni rasa nak relakskan muka sikit.nak pakai mask lepas tu teringat mask yang dia bagi ni.jenuh cari merata, last sekali jumpa jugak..pheww! so saya nak share pengalaman guna ok?


produk:
savee 3D paper mask series blackberry super whitening

harga:
RM2.90(kalau tak salah)

tempat beli:
kaunter savee



bahagian hadapan packaging.



bahagian belakang packaging.ada cara pakai dan maklumat produk.



senang kalau pakai mask jenis ni.keluarkan dari packaging dan terus pakai.



lubang untuk mata, hidung dan mulut..muahaha..nampak comel tapi lawak.sheet ni basah dengan kandungan produk.tapi bukan basah dengan cecair biasa,tapi ada macam jeli melekat di sheet.



lepas habis pakai dan sheet kering baru boleh ambil gambar full.ni lah bentuknya.yang specialnya mask sheet ni bukan saja ada lubang untuk mata, hidung dan mulut, tapi ada juga lubang untuk selit di telinga.yang bawah tu untuk leher.kat kelopak pula ada penutup so bila kita pakai, tepi muka, telinga, leher dan kelopak mata pun akan dapat mask dan dirawat sekali.



ini sangat scary -..-"
kelopak pun dirawat ye datin(eh?).



sebab awak semua mungkin scary, datin buka lah sebelah mata datin..bhahaha.datin konon.
lepas cuci muka, keluarkan dari packaging tu terus lah tempek kat muka dan biar selama 15 ke 20 minit.agak-agak kau berangan nak jadi cam che ta, kau pakai lah dalam 40 jam ke kan.. lepas tu kita tengok kau jadik che ta ke kau jadik faizdickie..bhahaha...beliau hensem hape weh!



lepas dah tanggal tu tepuk-tepuk muka kita secara manja.kalau tak sayang diri boleh je tepuk sampai lebam! bhahaha.tujuan tu supaya sisa produk menyerap ke dalam kulit.tapi sisa jeli yang banyak tu kena lah buang.yang tu dia macam tak serap ke dalam kulit dah.nampak tak kulit saya dah lembab berseri? keadaan kulit tu berlainan sikit lah dari tak pakai langsung kan.kena jaga kulit elok-elok, tak lama dah nak masuk 3 series ni T___________T



FUNGSI PRODUK MENURUT PENGELUAR:
  • ekstrak blackberry yang mengandungi antioksida
  • melawan tanda penuaan
  • membantu mengekalkan dan menggalakkan kemudaan
  • kulit bebas kedutan
HASIL PENGGUNAAN SAYA:
  • bau macam berry tapi masam-masam sikit.boleh tolerate lah sebab bau mild je pun.jangan nak ngada sangat eh? bhahaha.
  • bentuk mask sheet unik dan menguntungkan sebab boleh selit kat telinga, ada penutup untuk kelopak mata dan boleh tutup leher sekali! kiranya kawasan tu semua turut dirawat dengan mask ni lah kan.tapi untuk sesetengah orang mungkin rasa leceh sikit waktu nak pakai tu.dengan cecair produk meleleh, dengan saiz sheet agak besar, dengan nak lekatkan sheet elok-elok lagik.pandai-pandai lah kau tempek.nak hidup kan senah? kihkih.
  • cecair produk macam bercampur dengan jelly.tapi jelly ni tak lah hilang walaupun dah pakai sampai kering.melekat je kat atas kulit.kena buang sendiri lah ye.tapi lepas 20 minit pakai pun jelly basah lagi, tak kering pun.tunggu apa lagi? kutip buang lah deyy! 
  • kesan selepas guna yang paling mengujakan! cewah ayat mak datim -..-' kulit jadi lembut dan lembab.lepas pakai saya cuma tepuk lembut supaya lebihan produk menyerap ke kulit.lepas tu biar je.dah 2,3 hari pun kulit saya kekal lembab dan lembut.kulit yang lembab ni nampak muda dan berseri tau.
  • tekstur kulit sangat elok.saya pakai mekap pun senang je sapu dan nampak smooth.selalu krim asas yang saya pakai tu keras sikit dan susah nak rata kat kulit, tapi selepas guna mask ni krim tu sangat senang rata di kulit.foundation dan bedak pun sama.senang diratakan dan nampak smooth.
  • walaupun kat mask ni tulis super whitening, tapi tak ada lah putih melepak terus.nampak cerah dan berseri tu memang ada lah.kalau putih macam snow white tu dalam mimpi ja untuk kulit saya si melayu kuning langsat ni..T________T
  • keseluruhannya saya suka lah mask ni.siap cakap kat cce kalau terjumpa kaunter savee tolong beli lagi.best la pakai.selepas pakai tu tekstur kulit memang elok tak kira saya pakai mekap atau tak.dah la harga murah, bagus pulak tu.tapi ni dari pengalaman sendiri yang guna.hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.

terima kasih.
baibai.

No comments: