anak saudara kahwin.

Assalamualaikum.



Tengah dok clean folder dalam hard disk terjumpa gambar waktu anak saudara kahwin bulan 3 hari tu.kalau tak update macam sia-sia pulak saya dok berebut nak ambil gambar dengan pengantin waktu tu kahkah.



satu family pergi kenduri, maka ada lah anak-anak saudara hat nak naik dengan auntie.dah la naik kereta auntie, siap buat muka tak puas hati pulak tu! hampeh... hahaha.



kat majlis kenduri mesti lah terjumpa sanak saudara jauh dan dekat..bhahaha macam lagu raya.ni anak saudara jugak.hamboii..ramai benar ya anak saudara cik puan? kalau nak tau anak saudara saya memang ramai pun.yang ni ni beza umur dengan saya tak sampai 10 tahun kot? hah! so bayangkan bila anak saudara baya-baya mak saudara ja.belum kira anak-anak sepupu hat pangkat anak saudara jugak, yang lebih tua dari saya pun ada.



ni lah pengantinnya.pengantin lelaki anak saudara saya.comel gila anun pakai tuxedo ni haha.dulu kecik ja, la nih dah kahwin dah.selamat pengantin baru hasnol dan anis.



kenduri ni buat kat dewan bedaya.kali pertama mai kenduri kat sini.ingatkan dewan macam biasa tu, rupanya rumah.lawa! rumah style lama-lama tu.kat luar boleh guna, kat dalam rumah pun boleh.habis majlis boleh terus outdoor photoshoot sebab kat sini luas dan cantik.ada banyak pokok.boleh la kalau nak guling-guling atas rumput, main cak-cak balik pokok ala hindustang kan.. kahkah.



yang ni doorgift maisekutgift bagi kat majlis hasnol dan anis.tak sempat, depa buat simple ja.kalau nak doorgift biskut sedap-sedap siap hias dengan bajet yang murah boleh follow maisekutgift kat ig https://instagram.com/maisekutgift (klik sini) atau like fb page depa di https://www.facebook.com/maisekutgift (klik sini)



selamat berpuasa semua.kalau nak cari tudung raya lawa-lawa boleh ke fb page https://www.facebook.com/fabulousiti atau follow ig instagram.com/fabulousitibnc


terima kasih.


No comments: